|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 3671 | 2007 Thesis | Perkaitan diantara orientasi matlamat dengan motif penyertaan atlet olahraga Matnoor Sima Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat perkaitan orientasi matlamat dengan penglibatan atlet
olahraga di beberapa buah sekolah menengah Gabungan Lahad Datu, Sabah. lnstrumen kajian yang
digunakan dalam kajian ini ialah (TEOSQ) {Duda & Nicholls, 1989) dan 'Participation Motivation
Inventory (PMQ)' yang telah diubahsuai ditadbir ke atas 136 orang responden yang terdiri 68 orang
atlet lelaki dan 68 orang atlet perempuan. Purata umur responden kajian ini ialah di antara 12
hingga 18 tahun. Data dianslisis dengan nilai min, sisihan piawai dan korelasi dengan menggunakan
Program 'Statistical Packages for the Social Science' (SPSS/PC+). Dapatan kajian ini juga
penyelidik dapat mengenal pasti bahawa oreintasi tugasan dan motivasi intrinsik merupakan motif
utama yang mendorong penglibatan atlet dalam sukan olahraga yang diceburi. Skor min orientasi
tugasan {M=3.0483, SD= .39) manakala skor min orientasi ego ialah (M= 2.29, SD= .65). Pekali
korelasi orient..... 499 hits |
| 3672 | 2011 Thesis | Perkaitan antara sikap pelajar terhadap pencapaian akademik dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris Abd Razak Jusoh Kajian ini dibuat bagi mengetahui hubungan perkaitan di antara sikap dan
pencapaian pelajar terhadap pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris. Kajian
dijalankan menggunakan kaedah soal-selidik, kepustakaan, perbincangan dengan
pensyarah dan guru-guru Sains. Satu set soalan soal selidik telah disediakan untuk
mengumpul dan meninjau pandangan dan pendapat pelajar tentang pelaksanaan
pengajaran Sains menggunakan Bahasa Inggeris. Huraian keputusan kajian ini pada
keseluruhannya dibuat secara statistik deskriptif dengan menggunakan jadual
frekuensi dan peratusan. Pengkaji juga menggunakan Crosstab dan Ujian Khi
Kuasadua untuk melihat perhubungan yang signifikan antara dua variabel.
Min dan Standard Deviation digunakan untuk melihat masalah pelajar
mempelajari Sains menggunakan Bahasa Inggeris. Hasil kajian mendapati majoriti
pelajar menunjukkan sikap yang negatif terhadap pengajaran Sains menggunakan
Bahasa Inggeris. Pelajar menunjukkan sikap yang negatif terhadap pengajaran guru
..... 492 hits |
| 3673 | 2023 Thesis | Development of a design framework to create awareness of bakery food ingredients information for parents in Klang Valley Kasturi Pormalu@Perumal alaysia is famous for its variety of foods. However, the most common staple is bread, especially among busy parents. Despite multiple health problems rising among children, parents' understanding and awareness of food ingredient information are lacking. The design elements diminish the effective delivery of the message of the bakery food ingredients' information. Therefore, based on the problems identified in the design elements, this research aims to develop a Bakery Food Ingredient Information (BFII) framework. As the study is a sequential explanatory mixed-method, a QUANTITATIVE-QUALITATIVE research design is used. Data were gathered by giving survey questionnaires to parents and doing in-depth interviews with graphic design experts using semi-structured questions. In the quantitative survey, 700 questionnaires were sent to parents in the Klang Valley with children between the ages of 7 to 12. The survey used a stratified random sample method. A total of 456 questionnaires were fina..... 1079 hits |
| 3674 | 2007 Thesis | Pengaruh somotaip terhadap jarak lontaran dalam acara lontar peluru atlit sekolah menengah di kejohanan olahraga MSS gabungan Samarahan Norida Ahmad Somatotaip merupakan bidang yang mengklasifikasikan bentuk tubuh badan kepada saiz otot rangka dan
lemak subcutaneous yang berbeza antara inclividu. Pola somatotaip sangat penting dalam
mengenalpasti individu daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Somatotaip sering
dinyatakan sebagai mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan keupayaan seorang atlit. Oleh yang
demikian kajian ini cuba mengupas samada bentuk badan mempengaruhi kekuatan seseorang atlit semasa
membuat lontaran dalam acara lontar peluru. Kajian dibuat ke atas atlit lontar peluru yang
mewakili sekolah menengah masing-masing di Kejohanan Olahraga MSS Gabungan Samarahan. Dapatan
daripada kajian menunjukkan jarak lontaran tidak dipengaruhi oleh somatotaip mahupun
komposisi badan seseorang atlit itu.
.. 663 hits |
| 3675 | 2007 Thesis | Pengaruh orientasi matlamat dan motif penglibatan di kalangan pemain sofbol MSSM gabungan Kuching Sarawak Mah-Mhad Zul Kenedy Laili Kajian ini dijalankan untuk melihat apak.ah corak orientasi matlamat dan motif penglibatan pemain
serta perkaitan antara orientasi matlamat dengan motif penglibatan pemain sofbol yang menyertai
Kejohanan Sofbol MSSM Gabungan Kuching 2007. Kajian ini di jalankan untuk menyelesaikan empat
persoalan. (a) Apak.ah corak. orientasi matlamat pemain sofbol? (b) Apakah motif penglibatan yang
paling utama? (c) Apakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam orientasi matlamat mengikut umur,
jantina, pengalaman dan tahap penglibatan sampel kajian? (d) Apakah terdapat perhubungan yang
signifikan di antara motif penglibatan dengan corak. orentasi matlamat?
Setelah analisis dibuat dengan menggunakkan ujian t tidak bersand.ar didapatikeseluruhan
pemain sofbol mempunyai orientasi ego yang lebih tinggi berbanding dengan orientasi tugasan.
Namun pemain yang lebih berpengalaman menunjukkan orientasi tugasan dan orientasi ego yang agak
seim..... 380 hits |
| 3676 | 2007 Thesis | Perhubungan kuasa otot kaki dengan kemahiran lompatan bagi pemain bola tampar di Institut Pendidikan Guru Zon Sarawak Marni Golong Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemampuan pelajar yang
dipilih untuk menyertai pertandingan bola tampar di peringkat institut Perguruan Zon
Sarawak. Keputusan yang diperoleh adalah berdasarkan responden daripada kalangan
pelajar lelaki (N = 16 orang) dan perempuan (N = 16 orang) yang mewakili institusi
masing-masing dalam permainan bola tampar. Pengkaji telah menggunakan dua buah
institut perguruan dalam zon Sarawak iaitu Institut Perguruan Sarawak, Miri dan
Institut Perguruan Batu Lintang Kuching sebagai sampel kajian. Dalam kajian ini
penyelidik telah menggunakan dua jenis ujian yang berkaitan dengan kekuatan otot
kaki iaitu ujian lompat jauh berdiri dan ujian lompat menegak. Keputusan yang telah
diperoleh daripada kajian ini telah menunjukkan min bagi ujian lompat jauh berdiri
(M = 201.5) bagi manakala ujian lompat menegak ( M = 59.56) bagi responden lelaki.
Bagi . min responden perempuan pula menunjukkan keputusan ( M = 132.13)
manakala min uji..... 435 hits |
| 3677 | 2010 Thesis | Keperluan penggunaan internet dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di STAI Gajah Putih Takengon, Aceh, Indonesia Zakaria,Rahmanita Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana keperluan penggunaan internet dalam
pembelajaran bahasa lnggeris di Sekolah Tinggi Agama Islam (ST Al) Gajah Putih Takengon.
Bagi mencapai objektifkajian ini seramai 92 orang pelajar semester 7 jurusan bahasa lnggeris
telah digunakan sebagai sampel dalam kajian ini. Kaedah soal selidik yang menggunakan
skala likert telah digunakan dan terdapat 15 item soal selidik diedarkan kepada responden
yang dipilih secara rawak. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi mencari
kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa
(a) keperluan penggu!laan internet dalam pembelajaran bahasa lnggeris di ST Al Gajah Putih
adalah tinggi, (b) faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan internet dalam pembelajaran
yang meliputi segi kemahiran, sarana yang tersedia dan finansial berada di tahap rendah. dan
(c) tahap kesediaan serta minat pelajar terhadap penggunaan internet dalam pembelajara..... 378 hits |
| 3678 | 2022 Thesis | Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri Algebra (MPKA) bagi murid tingkatan 2 Nursyamimi Pauzin Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri Algebra (MPKA)
bagi murid Tingkatan 2. MPKA dibangunkan bagi mengatasi kelemahan murid dalam
menguasai topik Pemfaktoran dan Pecahan Algebra serta Rumus Algebra. Kajian ini
menggunakan kajian reka bentuk pembangunan melalui pendekatan kuantitatif.
Pembangunan MPKA adalah berdasarkan model ADDIE. Tiga set soal selidik
digunakan sebagai instrumen kajian bagi menentukan kesahan, kebolehpercayaan, dan
kebolehgunaan modul. Kesahan kandungan MPKA dilakukan oleh sembilan orang
pakar dan nilai kesahan MPKA ditentukan melalui indeks kesahan kandungan (IKK).
Nilai keseluruhan IKK MPKA adalah tinggi dengan nilai item (I-IKK) dan skala
(SIKK) masing-masing memperoleh nilai 0.99. Nilai keseluruhan IKK MPKA adalah
tinggi iaitu 0.99 untuk kedua-dua nilai item (I-IKK) dan skala (S-IKK). Populasi kajian
adalah seramai 224 murid Tingkatan 2 di sebuah sekolah dalam daerah Baling dan
seramai 30 murid dipilih sebagai sampel kajian men..... 1483 hits |
| 3679 | 2023 Thesis | Unsur simile dalam lirik lagu filem Tamil gubahan Vairamuthu Ravichandran Subramaniam Tesis ini merupakan kajian tentang simile dalam lirik lagu filem Tamil gubahan
Vairamuthu. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti unsur simile dalam lirik lagu
filem Tamil gubahan Vairamuthu. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti unsur simile
dalam lirik lagu filem Tamil gubahan Vairamuthu, menjelaskan maksud denotasi dan
konotasi unsur simile yang terdapat dalam lirik lagu filem Tamil gubahan Vairamuthu
dan meneroka penggunaan unsur simile terhadap isu-isu yang terdapat dalam lirik lagu
filem Tamil gubahan Vairamuthu. Pendekatan metodologi kajian ini memberi
penekanan kepada hubungan yang erat antara karya dengan kepentingan masyarakat.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan analisis
kandungan untuk mengkaji unsur simile dalam lirik lagu filem Tamil gubahan
Vairamuthu. Pengkaji telah menggunakan teori Semiotika yang dipelopori oleh Roland
Barthes untuk menganalisis maksud denotasi dan konotasi simile yang terdapat dalam
lirik lag..... 632 hits |
| 3680 | 2023 Thesis | Pembangunan dan kebolehlaksanaan buku digital RTGraf bagi topik Rangkaian dalam Teori Graf Tingkatan 4 Nik Nur Ainaa Athirah Rozaimi Kajian ini bertujuan membangunkan buku digital RTGraf bagi topik Rangkaian Teori
Graf Matematik KSSM Tingkatan 4 sebagai bahan bantu mengajar dan menilai
kebolehlaksanaannya terhadap guru. Pendekatan yang digunakan ialah Penyelidikan
Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) berasaskan model ADDIE. Kajian reka
bentuk dan pembangunan melibatkan tiga fasa utama iaitu Fasa Analisis Keperluan,
Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan dan Fasa Implementasi dan Penilaian. Teknik
pengumpulan data adalah melalui soal selidik dan protokol temu bual. Responden
kajian seramai 38 orang guru matematik Tingkatan 4 di daerah Pasir Mas yang dipilih
secara rawak mudah. Dapatan analisis keperluan menunjukkan terdapat keperluan
untuk membangunkan buku digital RTGraf. Manakala dapatan pengesahan
pembangunan buku digital RTGraf berdasarkan kesepakatan dari semua item dalam
aspek teknikal, aspek reka bentuk antara muka buku digital RTGraf dan aspek
interaktiviti pengajaran adalah tinggi. Dapatan soal selidik pe..... 973 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 368 of 1097 | [ Next ] [ Last ] |