|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 3691 | 2022 Article | Structural properties of poly Vinyl Chloride based polymer electrolytes Fadiatul Hasinah Muhammad Solid polymer electrolyte of poly (vinyl chloride) PVC-sodium iodide (NaI) was prepared using solution casting technique. FTIR results suggested that NaI interacted with PVC. Deconvolution of FTIR spectra region were carried out to estimate the relative percentage of number of free ions at the C-Cl stretching vibration band. This result is in good agreement with the conductivity studies as well as the temperature studies.. 588 hits |
| 3692 | 2023 Thesis | Pembinaan model kompetensi amil zakat di Politeknik Malaysia Ammar Badruddin Romli Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan konsep amil menurut fuqaha dalam pengurusan zakat serta menganalisis konsep kompetensi profesionalisme amil zakat dan amalan kompetensi amil zakat cemerlang politeknik bagi menghasilkan model kompetensi amil zakat di politeknik Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang berbentuk kajian kes menerusi instrumen temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data. Seramai empat orang amil, empat orang ketua unit zakat, lapan orang asnaf dan lapan orang muzakki telah dipilih menerusi persampelan bertujuan sebagai informan kajian. Data verbatim temu bual merupakan data utama yang disokong oleh data pemerhatian dan analisis dokumen. Semua data dianalisis menggunakan perisian N'Vivo 12 Pro bagi menetapkan tema dan sub-sub tema.Dapatan kajian menunjukkan amil berperanan dalam mengutip dan mengagihkan zakat yang memerlukan ciri-ciri kualiti keperibadian, keilmuan, kemahiran, inovasi, serta perkhidmatan dan konsultas..... 1832 hits |
| 3693 | 2023 Thesis | Pengaruh kepimpinan transformasi guru besar dan perilaku kewarganegaraan organisasi guru terhadap keberkesanan sekolah Daerah Kinta, Perak Alagari Subramaniam Tujuan kajian ini adalah untuk menganalis hubungan di antara kepimpinan transformasi
guru besar, perilaku kewarganegaraan organisasi dan keberkesanan sekolah. Ia juga turut
mengukur pengaruh kepimpinan transformasi guru besar dan perilaku kewarganegaraan
organisasi terhadap keberkesanan sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif
dengan reka bentuk secara tinjauan berdasarkan soal selidik. Ia melibatkan 582 orang guru
sekolah kebangsaan dari daerah Kinta Utara dan Kinta Selatan Perak. Pemilihan sekolah
serta responden telah dibuat menggunakan persampelan secara rawak mudah dan berstrata.
Data-data telah dianalisis menggunakan ujian deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi guru besar mengikut persepsi guru adalah
pada tahap tinggi (min=4.31,SP=.616), perilaku kewarganegaraan organisasi guru adalah
pada tahap tinggi (min=4.15,SP=.613), dan keberkesanan sekolah juga berada pada tahap
tinggi (min=4.25,SP=.603). Analisis u..... 914 hits |
| 3694 | 2023 Thesis | Elemen patriotisme patuh syariah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah menengah Mohd Erfino Johari Kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman patriotisme dalam kalangan Guru
Pendidikan Islam (GPI), meneroka penerapan elemen patriotisme dalam kalangan GPI,
meneliti pandangan GPI terhadap penghayatan elemen patriotisme murid Islam dan
melihat faktor-faktor kekangan yang wujud dalam perlaksanaan penerapan elemen
patriotisme dalam mata pelajaran Pendidikan Islam secara mendalam. Patriotisme
sangat penting dalam Pendidikan Islam kerana ia mempersiapkan Guru Pendidikan
Islam untuk membina jati diri murid dan keperibadian muslim dengan berlandaskan
kepatuhan kepada syariah. Selanjutnya, kajian ini meneliti kepentingan penerapan
elemen patriotisme dalam mata pelajaran Pendidikan Islam serta meneroka elemen
Patriotisme Patuh Syariah (PPS). Kajian ini berbentuk kajian kes dengan menggunakan
pendekatan kualitatif sepenuhnya. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual
separa berstruktur, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Data dianalisis
menggunakan perisian ATLAS.ti...... 4058 hits |
| 3695 | 2023 Thesis | Hubungan Kepimpinan Teknologi Guru Besar dengan Penggunaan Whatsapp guru sekolah rendah Daerah Marang Terengganu Mohd Haris Hashim@Hassan Kajian ini bertujuan meneliti hubungan Kepimpinan Teknologi Guru Besar dengan
Penggunaan WhatsApp guru sekolah rendah Daerah Marang Terengganu. Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Kajian ini
melibatkan 292 sampel yang dipilih daripada kumpulan populasi seramai 1068 orang
guru. Pengambilan sampel dilakukan menerusi teknik persampelan rawak berstrata
dalam kalangan guru yang berkhidmat di lapan buah sekolah rendah Zon Bukit Payong
dan lapan buah di Zon Marang. Pengumpulan data adalah menerusi instrumen soal
selidik yang diadaptasi daripada Principal Technology Leadership Assessment [PTLA]
berasaskan National Educational Technology Standards for Administrators [NETS-A]
dan Unified Theory of Acceptance and Use of Technology [UTAUT]. Dapatan kajian
menunjukkan min bagi Kepimpinan Teknologi (4.09), Niat Tingkah Laku (3.79) dan
Tingkah Laku Penggunaan (3.74) adalah berada di tahap tinggi. Korelasi Pearson bagi
Kepimpinan Teknologi dengan Niat..... 1255 hits |
| 3696 | 2023 Thesis | Amalan kepimpinan moral guru besar lepasan Principals Residency and Immersion Programme Vasu Muniandy Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan kepimpinan moral yang wujud dalam
kalangan guru besar lepasan PRIme, anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB), yang
ditempatkan di beberapa buah sekolah rendah di Malaysia. PRIme merupakan
program transisi PGB dalam memantapkan pelbagai kompetensi kepimpinan dan
pengurusan serta menimba pengalaman daripada PGB yang akan bersara atau yang
akan bertukar dan dapat memahami dan membiasakan diri dengan persekitaran dan
iklim sekolah. Elemen kepimpinan yang dikaji dalam kalangan Guru besar ialah
amalan kepimpinan moral yang wujud aspek dalam pengurusan organisasi sekolah,
aspek pengajaran dan pembelajaran dan dalam aspek kemenjadian murid. Kajian ini
dilaksanakan menerusi pendekatan kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian
tindakan partisipatif (Participatory Action Research atau PAR). Model PAR tiga
gelung yang diadaptasi daripada Crane dan Richardson (2000) telah digunakan dalam
kajian ini. Seramai 21 orang peserta kajian dalam ka..... 1477 hits |
| 3697 | 2022 Article | Microcontroller based fertigation farming automation system Nor Shafarina Anuar Fertigation is a technique that combines plant fertigation and irrigation that becomes most used by the commercial farmers as well as home growers. However, fertigation systems required a constant water supply and the exact amount of nutrient that plant needed as it changes depending on their growth. The paper aims to research, create, built, test and implement an automatic mixing fertilizer by implementing Total Dissolved Solids (TDS) monitoring system according to the plant’s nutrient level needed. It is also exploring the potential of optimum water usage by constructing an automatic timer for watering the plants according to the routine schedule. The system used an Arduino UNO R3 as a microcontroller. TDS sensor sense and measure the dissolved solids in a nutrient solution which gives information on the number of nutrients or impurities in TDS value. In an automatic watering system, the pump is running according to the timer set by a microcontroller. The frequency of distribution ..... 352 hits |
| 3698 | 2022 Thesis | The development of Automatic Programming Assessment Tool (APAT) that applies learning Taxonomy as its grading model Muhammad Huzaifah Ismail Currently, it is difficult to effectively grade students’ programming assignments. As a result,
the objective of this work was to create an Automatic Programming Assessment Tool
(APAT) with a Bloom Taxonomy-mapped grading rubric. To guarantee that such a novel
tool has appropriate quality attributes, the development of APAT was carried out based on
the Software Engineering (SE) principles, namely software specification, software
development, and software verification. The evaluation of this novel tool focused on its
usability and effectiveness. The assessment of the tool’s usability was carried out using
Heuristic Assessment involving eight lecturers from the Faculty of Art, Computing, and
Creative Industry, Sultan Idris Education University where data were gathered through
WebUSE. The assessment of the tool’s effectiveness in assessing student learning was
performed through Analysis of Variance (ANOVA). The results of the analysis of the survey
data showed that the le..... 684 hits |
| 3699 | 2023 Thesis | Pembangunan dan penentusahan Modul Pembelajaran STEM Nu-Tech bagi topik tenaga nuklear untuk mata pelajaran Sains tingkatan empat Suraya Mohamed Sabri Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Pembelajaran STEM Nu-Tech bagi
topik tenaga nuklear untuk mata pelajaran sains tingkatan empat. Kajian ini
menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan yang dipelopori oleh
Richey dan Klein yang melibatkan tiga fasa kajian. Model Pembinaan Modul Sidek
mendasari kajian ini. Data kajian fasa pertama iaitu analisis keperluan dikumpul
melalui soal selidik yang diedarkan kepada 110 orang guru sains dipilih sebagai
persampelan bertujuan. Data dianalisis secara deskriptif menunjukkan majoriti guru
bersetuju keperluan membangunkan modul pembelajaran STEM bagi topik tenaga
nuklear untuk pelajar. Data daripada fasa kedua iaitu peringkat reka bentuk modul
diperolehi menggunakan teknik Fuzzy Delphi oleh 11 orang panel pakar. Analisis
berdasarkan konsensus pakar terhadap soal selidik yang terdiri daripada tujuh skala
Likert linguistik. Panel pakar telah mencapai kesepakatan bersama dengan nilai
threshold (d) ≤ 0.2 iaitu melebihi 75% ..... 1274 hits |
| 3700 | 2021 Thesis | Unsur-unsur kebudayaan masyarakat India dalam cerpen-cerpen terpilih karya Saroja Theavy Balakrishnan dan Uthaya Sankar SB Joanna Janet Joseph Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan unsur-unsur kebudayaan masyarakat India
dalam cerpen-cerpen terpilih Saroja Theavy Balakrishnan (STB) dan Uthaya Sankar
SB. (US. SB.) Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu, mengenal pasti penggunaan
perkataan-perkataan dari bahasa masyarakat India Malaysia yang mempunyai unsur
kebudayaan, mengkategorikan paparan unsur kebudayaan India mengikut
pembahagian unsur kebudayaan Koentjaraningrat dan mengupaskan makna di sebalik
paparan unsur kebudayaan mengikut pembahagian unsur kebudayaan
Koentjaraningrat. Kajian ini menggunakan teori kebudayaan Koentjaraningrat yang
digagaskan oleh Koentjaraningrat. Pendekatan kualitatif berbentuk deskriptif telah
digunakan dalam kajian ini. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah
berbentuk kaedah keperpustakaan. Analisis deskriptif memberikan gambaran
mengenai paparan unsur kebudayaan melalui penggunaan perkataan-perkataan dari
bahasa masyarakat India Malaysia yang terdapat dalam cerpen-cerp..... 851 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 370 of 1118 | [ Next ] [ Last ] |