UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
37012015
Thesis
Tingkah laku buli dalam kalangan murid-murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa, Kuching
Jonna Randog
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kejadian tingkah laku buli dalam kalangan murid-murid  tingkatan I hingga tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa, Kuching berdasarkan  jantina, kaum dan tingkatan. Seramai 330 orang murid telah dijadikan respondan dengan menjawab satu  set soalan soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian yang merangkumi semua objektif,  persoalan dan hipotesis kajian ini. Model kajian Olweus (1978) telah digunakan sebagai teori  kajian. Dalam kajian  ini  penyelidik  telah  menggunakan  kaedah  kuantitatif  Semua  responden  dikehendaki  menjawab  semua  item  dalam  set  soalan  soal  selidik  yang  telah diberikan.  Maklumat yang diperolehi daripada kaji selidik tersebut telah dianalisis dengan  menggunakan   program SPSS Ver. 21. Kaedah  kuantitatif  iaitu  statistik deskriptif dan  inferensi  digunakan   dalam  menganalisis  data.  Soal  selidik  yang mengandungi  item-item  berkaitan de.....

631 hits

37022022
Article
Pameran antarabangsa seni visual generasi 21 sokongan kementerian dan kecenderungan karya generasi z
Norzuraina Mohd Nor
Pameran Antarabangsa Seni Visual Generasi 21 merupakan program seni inisiatif Katarsis Seni. Ia dirancang khas untuk generasi Z yang terdiri dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 21 tahun. Program ini melibatkan penyertaan antarabangsa yang bertujuan untuk melihat kesinambungan pendidikan seni bagi membina jati diri generasi Z di masa hadapan. Tujuan kajian ini adalah bagi mengenal pasti bagaimana sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) terhadap aktiviti seni remaja di samping melihat kecenderungan karya seni yang dihasilkan oleh remaja generasi Z semasa musim pandemik. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah temu bual dan dokumen analisis. Dapatan mendapati KPM kurang memberi galakan untuk penyertaan remaja disebabkan situasi semasa, namun MOTAC menyokong penuh penganjuran dan penyertaan remaja sama ada melalui khidmat tempat, kepakaran dan perundingan pameran kepada pihak penganjur. Rentetan kurangny.....

825 hits

37032022
Article
Meningkatkan kemahiran melukis dalam kalangan murid seni visual tahun 6 sk sri layang menggunakan kaedah surih led
Noor Ain Mohd Yusoff
Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji keberkesanan pengaplikasian kaedah “Surih LED” bagi meningkatkan kemahiran melukis dalam kalangan murid mata pelajaran Seni Visual. Kajian ini dilaksanakan dalam kalangan murid kelas 6 Cemerlang SK Sri Layang, Genting Highlands. Seramai 23 orang murid terlibat bagi membantu pengkaji untuk mendapatkan data secara kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan beberapa jenis instrument iaitu ujian pra, ujian pos, analisis dokumen tugasan dan soal selidik. Analisis data dibuat dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif bagi menghuraikan data yang diperolehi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan terhadap pencapaian murid setelah pengaplikasian kaedah “Surih LED” diperkenalkan. Pelaksanaan kaedah ini juga melibatkan aktiviti berkumpulan (bimbingan rakan sebaya, dilihat turut membantu murid terdorong untuk meningkatkan kemahiran masing- masing. Penggunaan kaedah “Surih LED” ini sebagai satu intervensi baharu yang diteroka dalam u.....

284 hits

37042022
Article
Elemen rekaan dan seni pada baju kurung masyarakat melayu
Aszulhida Aman
Baju Kurung merupakan pakaian tradisional masyarakat di Alam Melayu yang dicipta oleh masyarakat Melayu sejak berkurun lamanya mengikut kepada adat dan anutan agama Islam yang sangat indah prinsipnya. Baju yang dipadankan bersama kain ombak beralun ini dipotong dari selembar kain yang ditenun kemudian ia dicantum semula dari beberapa kepingan kain yang dipotong berbentuk geometri yang mewujudkan rekaan satu pasang baju tradisional masyarakat Melayu yang indah serta unik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana setiap garisan yang membentuk Baju Kurung akan dirujuk, pemerhatian terhadap setiapnya dihubungkait bersama elemen rekaan dan seni. Kajian ini akan mentafsir kepada lima elemen terkait di dalam pembuatan pakaian Baju Kurung mengikut elemen yang terdapat di dalam potongan pakaian tradisional tersebut. Elemen rekaan dan seni yang dikaji adalah seperti garisan, rupa, bentuk, tekstur dan warna namun ia penelitian terhad terhadap penggunaan elemen yang ada pada Baju Kurung sa.....

700 hits

37052022
Article
Digital audio workstation (DAW) as a platform of creative musical performance experience
Aiman Ikram Uyub
The future of world development seems to be influenced and around by the practice of technology as daily basis. Data by Simon Kemp with the Kepios Team of Data Reportal (Kemp, 2021) shows that there are over 3 billion smart phones, gadgets and 4.80 billion users of internet globally and the numbers continue to growth. Without any doubt we can all agree that technology has now become a ‘need’ for every sectors (Nicklin, Velikova, Boele, 2020). The art and education sectors that persist a ‘human touch’ and verbal communication has now begun to fluctuate impacted by the practice of technology. As the global begin to develop, the culture also developed (Sudirana, 2020). Current situation of art and education has now developed and technology-based practice are now critically required in order to practice social distancing due the pandemic of covid 19, especially here in Malaysia. This study will look into the implementation of digital audio workstation (DAW) as a platform of creativ.....

518 hits

37062022
Article
Design and development research (DDR) approaches in the development of koin art cooperative learning model for student of inclusive education program
Punithavili Mariappan
Teachers are considered to be the most influential individuals in the formation of educational policy since they directly impact the learning process and are accountable for students' well-being. Teachers should play an active and effective role in encouraging the acceptance of special-needs students into the Inclusive Education Program (IEP) and ensuring the wellbeing of all students in this regard. Diversity of teaching methods is one of the methods for meeting the demands of students in better comprehending the subject's syllabus and even increasing their motivation and interest in the subject. Cooperative Learning is a student-centred 21st-century learning model that emphasizes creative and critical thinking skills. It enhances all students' learning and emerged as one of the most basic teaching strategies for promoting inclusive education. The objective of this paper is to use a cooperative learning model to construct a learning model for secondary school visual art education stud.....

566 hits

37072022
Article
Aplikasi brianiac quantum leap (BQL) bagi meningkatkan penguasaan bahasa inggeris kakank-kanak prasekolah menerusi eksplorasi seni dan estetika
Wayhidah Usop
Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai keberkesanan Brianiac Quantum Leap (BQL) dalam meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak melalui pendedahan eksplorasi seni dan estetika. BQL merupakan bahan yang dibangunkan secara manual dan digital yang melibatkan aspek fizikal serta kognitif dalam meningkatkan daya imaginasi intituitif kanak-kanak melalui aktiviti dan proses pembelajaran melalui aktiviti seni. Brianiac Quantum Leap (BQL) telah dibangunkan bagi menyahut saranan, kandungan serta matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), bagi menerapkan aktiviti pembelajaran yang mengembirakan, kreatif dan memberikan pengalaman bermakna kepada kanak-kanak melalui pengajaran berdasarkan Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika. Justeru, kajian ini juga bertujuan bagi membuka aspek konsep pendidikan seni dengan pemanfaatan digital terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru. Bahan ini telah menjalani uji lari kepada tiga orang guru prasekolah pelbagai agensi bagi mend.....

611 hits

37082022
Article
Analisis keperluan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual berasaskan kolaboratif konstruktivis di sekolah rendah
Lee, Hoi Yeh
Teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia digunakan semakin meluas dan banyak memberi manfaat dalam bidang pendidikan sebagai peranti mudah dalam pembelajaran dan pemudahcaraan serta mewujudkan pembelajaran atas talian. Perkembangan dinamik ini turut mengubah paradigma pendidikan, corak pemikiran, pendekatan dan pedagogi pengajaran guru daripada pengajaran secara konvensional berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan murid. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual berasaskan kolaboratif-konstruktivis di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian lapangan melibatkan sepuluh responden yang dipilih melalui persampelan bertujuan. Kajian analisis keperluan merupakan sebahagian daripada proses kajian reka bentuk dan pembangunan model. Fasa analisis merupakan fasa pertama kajian yang melibatkan proses mengumpulkan melalui temu bual secara mendalam serta analisis dokumen bagi menganalisis maklumat dalam konteks.....

552 hits

37092022
Article
The evolvement in printmaking artwork making process technology implementation as an approach to produing an artwork
Nur Adibah Nadiah Mohd Aripin
Printmaking is an approach to art-making which need patience and good discipline throughout the process. Usually, the production of printmaking artwork is done manually, starting with the production of the drawing, transferring the image or design onto the block, and continuing to the next processes to deliver the idea. Historically, much evidence has been proven that the usual process of making printmaking artwork takes a long time because it has to follow an organized process. However, in the printmaking artwork-making process, there is a need for a solution that can help artists upgrading the process of making printmaking artwork. This underlying study intention is to compile and establish the process effectiveness of technology involvement in printmaking artwork process. This research will implement qualitative research through observation on techniques, processes, and materials of the technique. By involving this technology aspect as part of the printmaking artwork-making process,.....

770 hits

37102022
Article
Sarung batik nenek ku suatu apresiasi seni
Nor Idayu Ibrahim
Kajian apresiasi karya seni ini, adalah satu kajian yang berfokuskan kepada apresiasi seni terhadap sebuah karya seni. Hasil karya yang mempunyai elemen budaya tampak masyarakat Melayu, merupakan satu karya yang dihasilkan oleh anak gadis yang mempunyai keakraban kasih bersama neneknya. Penyelidik membuat satu apresiasi karya dengan menerapkan enam nilai estetika oleh Zakaria Ali. Keenam-enam aras nilai estetika itu adalah berhalus, finesse, berguna, functional, bersatu, unity, berlawan, constrasting, berlambang, symbolic, dan bermakna, meaningful. Kajian ini menggunapakai kaedah kualitatif untuk mengumpulkan data, dan satu temubual bersama pelukis telah diadakan dan dirakam menggunakan peranti telefon pintar penyelidik. Apresiasi karya seni adalah satu kaedah penghargaan seni yang mengahsilkan output positif yang diterjemahkan oleh pelukis terhadap karya seni mereka...

352 hits

[ First ] [ Prev ] Page 371 of 1143 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.