UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
38312013
Thesis
Kecenderungan keusahawanan dalam kalangan guru-guru koperasi sekolah menengah di daerah Klang
Rosli Khalid
Keusahawanan kini menjadi satu wadah yang penting dalam membangunkan modal insan di negara ini. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau tahap kecenderungan keusahawanan dalam kalangan guru-guru koperasi sekolah menengah di daerah Klang, Selangor. Lima dimensi kecenderungan keusahawanan telah dipilih iaitu Motivasi, Kreativiti dan Inovasi, Keyakinan Diri, Lokus Kawalan Dalaman dan Kesediaan Menghadapi Risiko. Seramai 113 responden yang terdiri daripada guruguru koperasi terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada guru-guru koperasi yang berkenaan. Sebanyak 150 set borang soalselidik diedarkan dan 75% atau 113 responden memberikan maklumbalas. Data-data yang diperoleh daripada kaji selidik ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dengan Cronbach Alpha dan nilai yang diperolehi ialah 0.89. Dapatan kajian menunjukkan bah.....

602 hits

38322012
Thesis
Gaya pemikiran dan pendekatan pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran perakaunan di sebuah kolej matrikulasi
Suzana Mad Hezir
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pemikiran yang dominan dan kecenderungan pendekatan pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar matrikulasi dalam mata pelajaran Perakaunan. Sampel kajian ini terdiri daripada 218 orang pelajar jurusan perakaunan dad sebuah kolej matrikulasi, Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan secara kuantitatif Instrumen yang digunakan adalah soal selidik 48 item yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu Sahagian A (3 item - maklumat latar belakang), Sahagian S (25 item - gaya pernikiran) dan Sahagian C (20 item - pendekatan pembelajaran). Analisis deskriptif (peratus dan min) dan statistik inferens (ujian-t, ANOV A dan korelasi Pearson) telah digunakan untuk menclapatkan maklumat berkaitan hubungan di antara pemboleh ubah bersandar (gaya pemikiran dan pendekatan pembelajaran) dengan pemboleh ubah bebas (jantina dan pengetahuan sedia ada). Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih dominan dalam gaya pemikiran internal berbanding pe.....

677 hits

38332004
Thesis
The relationship between quality of disclosure in corporate annual reports and firm-specific characteristics: the case of nacra
Nooraisah Katmun@Katmon
This study empirically examined the relationship between firm-specific characteristics and the quality of disclosure of company annual reports in Malaysia. Due to the increasing need of users towards accounting information, a full, quality and transparent disclosure must to be provided by companies. As a measurement of quality, the present study used the NACRA as a benchmark of sound quality of reporting. Firms that won NACRA were considered as firms that provided quality of disclosure in their annual reports. The independent variables tested in this study were firm size, ownership structure, leverage and profitability. The match-paired sample comprises 52, 56 and 66 firms that won and lost NACRA during the years 1999,2000 and 2001. This study used descriptive statistics, Mann-Whitney U test, Logistic regression and Linear regression (as the test of robustness) to test the hypotheses. Results show that ownership structure is the only variable found to be significant in influencing the .....

652 hits

38342007
Thesis
Tahap kebimbangan pemain bola jaring sebelum pertandingan dan pengaruhnya terhadap pencapaian prestasi dalam pertandingan
Wan Sulaiman Wan Elias
Tujuan utama kajian ini untuk mengenal pasti tahap kebimbangan kognitif, somatik, dan keyakinan diri serta melihat secara umum masa tahap kebimbangan yang paling menyukarkan pasukan bola jaring bawah 18 tahun Sekolah-Sekolah Menengah Gabungan Samarahan tujuh hari, tiga hari, dan 30 minit sebelum pertandingan dimulakan. Di samping itu kajian ini juga cuba untuk men genal pasti kesan kebimbangan dan keyakinan diri terhadap prestasi atlet. Seramai 60 subjek telah dipilih yang terdiri daripada 10 pemain untuk setiap pasukan dari enam buah Sekolah Menengah Gabungan Samarahan. Satu set borang soal selidik Cognitive-Somatic Anxiety Questionaire ( CSAI-2) digunakan. Data yang diperolehi dianalisa dengan membanding min berdasarkan kepada anova sehala dengan menggunakkan SPSS for Windows 11.0. Pengujian hipotesis bagi kumpulan subjek dibuat berdasarkan kepada aras keertian, a =0.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebimbangan antara pemain bola ja.....

1325 hits

38352007
Thesis
Perkaitan orientasi matlamat dan motif penglibatan atlet Bawah 18 tahun, 15 tahun dan 12 tahun dalam sukan olahraga
Daniel Lawrence
Kajian ini dilakukan bagi melihat perkaitan di antara orientasi matlamat dan motif penglibatan atlet olahraga bawah 18 tahun, 15 tahun, dan 12 tahun di daerah Tambunan Sabah yang menyertai Kejohanan Olahraga MajIis Sukan Sekolah-Sekolah Gabungan Keningau Kali Ke-40 Tahun 2007 iaitu seramai 106 di mana 45 atlet 18 tahun ke bawah, 41 atlet 15 tahun ke bawah dan 20 lagi atlet 12 tahun ke bawah. Kajian ini menggunakan "Task and Ego Orientations Questionnaire (Duda & Whitehead, 1998)" yang terdiri dari orientasi tugasan dan ego serta "Participation Motivation Inventory (Gill, Gross & Huddleston, 1983)" yang mengandungi lapan factor motivasi iaitu pencapaian/status, suasana berpasukan, kecergasan, keseronokan, rakan-rakan, penggunaan tenaga perkembangan kemahiran dan faktor lain. Hasil analisis data mendapati wujud perhubungan yang signifikan antara orientasi matlamat tugasan dengan motif penglibatan faktor kecergasan (r =.19, p > 0.01) dan kemahiran (r =.29, p > 0.05). Bagi corak orientasi .....

671 hits

38362007
Thesis
Kesan program latihan kecergasan fizikal terhadap ketinggian lompatan dalam acara lompat tinggi bagi pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Bahagian Kuching, Sarawak
Amran Abang
Kajian ini adalah berbentuk penyelidikan eksperimental. Penyelidikan ini dijalankan adalah untuk menentukan sama ada program latihan yang dikenakan terhadap kumpulan eksperimen memberi kesan terhadap peningkatan skor ujian kecergasan dan ketinggian lompatan dalam acara Lompat Tinggi. Dapatan data dan maklumat yang diperolehi dijadikan sebagai perbandingan kesan program kecergasan fizikal melalui ujian pra dan ujian pasca. Kajian ini hanya dijalankan ke atas 30 orang subjek pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Di Bahagian Kuching, Sarawak. Setiap sepuluh orang sampel mewakili Kategori A, B dan C. Tujuh jenis ujian telah digunakan iaitu Ujian Bridge-Up, Ujian Sit-Up (Bent Knee), Ujian Indiks Jisim Tubuh (IJT), Ujian Lompat Kuasa Menegak, Ujian SEMO, Ujian Lari Pecut 30 Meter dan Ujian Lompat Tinggi. Dengan menggunakan ujian-t sampel berasingan dalam ujian pra, kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara dua kumpulan sampel. Begitu jug.....

618 hits

38372023
Final Year Project
Tahap kecerdasan emosi mengikut model goleman dalam kalangan mahasiswa Fakulti Teknikal dan Vokasional di UPSI
Mohammad Akmal Nasrullah Omar
Kajian lapangan ini bertujuan melihat tahap kecerdasan emosi dalam kalangan mahasiswa Fakulti Teknikal Dan Vokasional di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Subjek adalah seramai 60 orang remaja dalam lingkungan umur 21 hingga 25 tahun yang merupakan pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Alat kajian yang digunakan adalah berbentuk borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Kecerdasan emosi dapat dijadikan sebagai panduan bagi mewujudkan Pendidikan yang berkualiti serta sebagai asas pemerolehan ilmu pengetahuan bagi seseorang pendidik dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru. Namun begitu, adakah faktor umur dan pengalaman seseorang bakal pendidik menjejaskan kecerdasan emosi mereka apabila meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi? Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kecerdasan emosi mahasiswa Fakulti Teknikal Dan Vokasional dengan menggunakan soal selidik berdasarkan model Goleman i.....

684 hits

38382023
Final Year Project
Pembangunan Alat Bantu Mengajar (ABM) Piecemeal 3D Kit Jahitan Kekal bagi pembelajaran subtopik teknik cantuman (jahitan tangan)
Nelson Jambul Holies Gra
Kajian ini dijalankan untuk mencapai tiga objektif, iaitu mengenalpasti Alat Bantu Mengajar (ABM) yang sesuai bagi Subtopik teknik cantuman (Jahitan Tangan); membangunkan, dan menilai kebolehgunaan ‘Piecemeal 3D Kit Jahitan Kekal’ sebagai ABM bagi subtopik teknik cantuman (jahitan tangan). Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan model ADDIE. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini, di mana instrumen temu bual separuh berstruktur dilaksanakan terhadap lima (5) orang pakar. Lima (5) pakar dipilih berdasarkan kepakaran dan pengalaman mengajar dalam bidang fesyen/jahitan, terutamanya berkaitan dengan subtopik teknik cantuman (jahitan tangan). Dapatan kajian diperolehi daripada inventori protokol temu bual dianalisis melalui analisis kandungan. Hasil dapatan kajian menunjukkan maklum balas yang positif daripada kelima-lima pakar dan membuktikan bahawa pembangunan ABM ini berjaya mencapai objektif kajian. Walau bagaimanapun, beberapa komen, cadangan penambahb.....

993 hits

38392023
Final Year Project
Pembangunan alat bantu mengajar \Explore 3D Box\ dalam meningkatkan kemahiran visualisasi lukisan 3D bagi pelajar Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Muhammad Faiz Zakwan Suhaimi
Kemahiran visualisasi secara meluasnya telah dikaji oleh kebanyakan universiti, institusi latihan dan politeknik khususnya dalam bidang kejuruteraan diperingkat pendidikan pengajian tinggi. Isu yang sering timbul berkaitan kemahiran ini ialah, lemahnya pelajar teknikal dan vokasional dalam kemahiran visualisasi dan kesukaran untuk pelajar menguasai kemahiran ini. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan alat bantu mengajar dalam rangka meningkatkan kemahiran visualisasi lukisan 3D pelajar Pendidikan Teknikal dan vokasional. Pembangunan ABM “Explore 3D Box telah dibangunkan untuk tujuan sebagai ABM bagi mata pelajaran yang berkaitan dengan topik lukisan 3D. Sasaran utama dalam pembangunan ABM ini adalah kepada guru dan pelajar. Guru menggunakan produk ini sebagai alat bantu mengajar dan pelajar boleh gunakan produk ini sebagai pembelajaran interaktif. Bagi menilai produk ini, kaedah temu bual telah digunakan yang mana melibatkan 5 orang tenaga pakar dari bidang yang berkait.....

831 hits

38402023
Final Year Project
Motivasi dan faktor kebolehpasaran graduan dalam bidang kemahiran di Fakulti Teknikal dan Vokasional UPSI
Izzatul Husna Ahmad Sahar
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti motivasi pelajar dan faktor kebolehpasaran graduan dalam bidang kemahiran di Fakulti Teknikal dan Vokasional UPSI. Antara faktor kebolehpasaran yang dikaji adalah faktor dari segi kemahiran interpersonal, kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran etika dan moral. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang dijana dalam bentuk perisian Google Forms sebagai instrumen pengukuran kajian. Kajian rintis juga telah dilaksanakan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian dan nilai Cronbach’s Alpha yang diperoleh adalah 0.910. Peserta kajian adalah seramai 140 orang responden terdiri daripada graduan Fakulti Teknikal dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris melibatkan pelbagai peringkat pengajian iaitu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Science Social.....

833 hits

[ First ] [ Prev ] Page 384 of 1169 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.