UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
38512023
Thesis
Development and usability of the Fountain of Phase (FOP) Model for the concept of matter in teaching and learning Chemistry
Faezatul Alwani Mohd Rahim
This study aims to develop a concrete model, the Fountain of Phase model, for the concept of matters and determine the usability of the FOP model. The design of this study is a development study based on the ADDIE model. A need analysis was administered to fourteen (14) chemistry teachers across PPD Muallim, Perak, to assess the need for using the concrete model as a teaching aid in science and chemistry education. Two validated instruments used in this study are the model’s validity questionnaire (MVQ) and the model’s usability questionnaire (MUQ). The MUQ was adapted from the questionnaire Usefulness, Satisfaction, and Ease of Use (USE) by Lund in 2001. The model was evaluated by five (5) experts from Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), including subject matter experts, lecturers in the field of chemical education, and lecturers with at least three (3) years of experience in teaching aid development. The FOP model had obtained a 0.99 Content Validity Index (CVI).....

1700 hits

38522023
Thesis
Pemahaman dan kekerapan guru menggunakan kaedah belajar melalui bermain di TADIKA
Nur Adilah Musa
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman, kekerapan, dan masalah guru menggunakan kaedah belajar melalui bermain di TADIKA. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik yang terbahagi kepada empat bahagian iaitu demografi responden, tahap pemahaman guru, aktiviti dan kekerapan guru serta masalah yang dihadapi guru melaksanakan kaedah belajar melalui bermain digunakan dalam kajian ini. Populasi kajian terdiri daripada guru TADIKA di daerah Hulu Selangor, Selangor. Sampel dipilih seramai 70 orang guru TADIKA. Pemilihan sampel dibuat secara rawak tanpa mengambil kira demografi responden. Secara keseluruhannya dalam bahagian B, tahap pemahaman guru tentang penggunaan kaedah belajar melalui bermain di TADIKA berada pada tahap ‘tinggi’ dengan nilai min 3.936 (s.p. = 0.753). Analisis ANOVA satu hala menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara tahap pemahaman guru menggunakan kaedah belajar melalui bermain dengan jenis TADIKA (F.....

929 hits

38532023
Thesis
Kesan penggunaan Model Peringkat Kefahaman Numerasi terhadap pencapaian penyelesaian masalah berayat operasi asas dan minat dalam Matematik Tahun Empat
Nur Amalina Ahmad
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Model Peringkat Kefahaman Numerasi (MPKN) terhadap pencapaian dan minat bagi penyelesaian masalah berayat operasi asas Matematik Tahun Empat di sekolah rendah daerah Kuala Selangor, Selangor. Kajian ini menggunakan MPKN yang dihasilkan oleh Siti Rahaimah. Terdapat empat tahap yang digunakan dalam model ini iaitu pengkodan kod (de-coding), pemerolehan pengetahuan (meaning making), aplikasi (using) dan analisis (analyzing). Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Responden bagi kajian ini ialah 62 orang murid di SK Bukit Kerayong. Murid ini akan dipilih secara rawak yang terdiri daripada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan ini diajar penyelesaian masalah berayat operasi asas Matematik menggunakan MPKN manakala kumpulan kawalan pula menggunakan pendekatan tradisional. Pengkaji menggunakan program SPSS iaitu ujian-t sampel berpasangan dalam menganalisis data yang diperoleh daripad.....

1011 hits

38542007
Thesis
Perkaitan kuasa otot kaki dan kepantasan pemain bola sepak lelaki bawah 18 tahun bahagian Sri Aman, Sarawak
Alta Abang Katum
Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat perkaitan kuasa otot kaki dan kepantasan pemain bola sepak lelaki bawah 18 tahun bahagian Sri Aman, Sarawak. Pemain bola sepak periu memiliki kecergasan yang tinggi bagi kuasa otot kaki dan kepantasan .Kajian ini mengamalkan kaedah persampelan ‘purposive\ ini kerana sampel kajian adalah terdiri daripada pemain bola sepak yang terpilih melalui pertandingan peringkat sekolah dan daerah. Seramai 20 orang pemain bola sepak lelaki pasukan bola sepak Bahagian Sri Aman yang mengikuti latihan pusat di Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu menjadi subjek kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan dijalankan dalam bentuk Ex-post Facto. Instrumen kajian yang digunakan adalah Ujian Lompat jauh Berdiri untuk mengukur kuasa otot kaki pemain dan Ujian Lari Pecut 30 meter untuk mengukur kepantasan pemain.Instrumen kajian ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi . Kesahan bagi Ujian Lompat Jauh Berdiri r=0.607 ( Johnson & N.....

836 hits

38552007
Thesis
Perkaitan antara kecergasan motor dengan menggelecek bola hoki di kalangan pemain hoki bawah 14 tahun lelaki MSSM gabungan Keningau
Jahari Laji@Mohd Fazril Abdullah
Objektif kajian adalah untuk mencari hubungan kelajuan, ketangkasan dengan mengelecek (mengawal) bola hoki. Prosedur kajian, sampel terdiri dari 18 orang pelajar bawah 14 tahun lelaki, yang terpilih untuk mewakili MSSM Gabungan Keningau, kekojohanan hoki MSS Sabah . Sebelum ujian di jalankan mereka telah pun menjalani latihan pusat selama tiga minggu . Subjek melakukan pemanasan badan dahulu selama 5-10 minit. Setiap ujian diberi percubaan sebanyak dua kali dan percubaan yang terbaik diambil kira. Bateri ujian kelajuan, lari pecut 30 meter, ketangkasan lari ulang alik 30 kaki (lOmeter) dan mengelecek( mengawal ) bola hoki dalam jarak 45 kaki. Dapatan, hasil kajian terdapat hubungan yang sederhana, positif, dan signifiken antara kelajuan dengan mengelecek bola hoki iaitu (r = . 496*). Hubungan antara kedua pemboleh ubah tersebut adalah signifikan (r = .496,* n = 18, p = 0.036, p < 0.05). Ketangkasan dengan mengelecek(mengawal) bola hoki. Terdapat hubungan yang positif dan sed.....

533 hits

38562023
Thesis
Correlation between educators understanding and applying of role play activities for preschoolers language, social and emotion development
Xichun, Huang
This study aims to determine the relationship between educators' understanding and applying of role play activities for preschoolers' language, social, and emotion development. A quantitative study was used to collect questionnaires from preschool educators in Chaozhou, Guangdong Province, China, who teach preschoolers aged five to six years old. A total of 352 educators (Private Urban N=110, Private Rural N=73, Public Urban N=101, Public Rural N=68) were chosen as research samples using stratified random sampling. The online platform Questionnaire Star is used for questionnaire distribution, which has been validated by experts and pilot studies. Inferential statistical analyses, such as correlation and regression models, are used to interpret the findings. Results showed that educators' understanding and applying of role play have a positive effect on preschoolers' language development (r=0.31, p..

1326 hits

38572005
Thesis
Penggunaan laptop di kalangan guru guru mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
Mohd Zamhari Mohd Salleh
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui secara statistikal penggunaan komputer laptop di kalangan guru-guru yang dibekalkan dengan peralatan tersebut dalam mengajar subjek Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris dan hubungannya dengan minat, pengalaman, kecekapan, kemahiran, latihan, serta kesannya ke atas prestasi pencapaian pelajar dalam subjek yang berkenaan. Sampel untuk kajian ini terdiri daripada 10 orang guru yang merupakan kumpulan pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Sumun, Perak yang telah dibekalkan dengan komputer laptop oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan borang soal selidik yang mengandungi 36 item. Item-item dalam soal selidik ini merangkumi soalan-soalan mengenai aspek latar belakang guru sebagai responden, minat, pengalaman, kemahiran, kebolehan, sikap, tabiat penggunaan, kesesuaian lat.....

607 hits

38582007
Thesis
Kesan latihan memanaskan badan terhadap kepantasan berlari 30 meter
Juno Soaibah@Juno Suaiba
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan latihan memanaskan badan terhadap kepantasan berlari dalam jarak 30 meter. Populasi kajian terdiri daripada pelajar-pelajar yang berumur lima belas tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah Sandakan Sabah.Subjek dipilih secara rawak dan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Tanpa Melakukan Latihan Memanaskan Badan, Kumpulan Memanaskan Badan 5 Minit dan Kumpulan Memanaskan Badan 10 Minit. Kajian ini menggunakan rekabentuk eksperimen. Pengiraan nilai min dan sisihan lazim dibuat secara deskriptif dengan menggunakan program Statistical Packages For The Social Sciences ( SPSS ). Analisis varian atau Anova sehala digunakan untuk membandingkan skor min bagi tiga kumpulan tersebut. Ujian Anova Sehala juga dijalankan bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian skor ujian lari pecut 30 meter di antara kumpulan tanpa memanaskan badan, kumpulan memanaskan badan 5 minit dan kumpulan memanaskan b.....

546 hits

38592014
Thesis
Hubungan status sosioekonomi keluarga dengan masalah ponteng dalam kalangan pelajar tingkatan empat di SMK Matang Hilir, Kuching Sarawak
Laila Lungkam
Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan antara status sosioekonomi keluarga dengan ponteng di  samping melihat tahap status sosioekonomi keluarga dan tahap ponteng. Kajian ini melibatkan seramai  169 orang pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Hilir, daerah Padawan  Kuching, Sarawak. Kajian ini merupakan kajian deskriptif dengan menggunakan soal selidik sebagai  instrumen kajian yang mengandungi  tiga bahagian iaitu latar belakang responden, status  sosioekonomi dan ponteng. Data diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian 'Statistical  Packages for the Social Science' (SPSS) versi 21.0. Data kajian dianalisis dengan menggunakan  Ujian-t, ANOVA Sehala, dan Korelasi Pearson. Kajian ini mendapati bahawa tiada hubungan yang  signifikan antara status sosioekonomi keluarga dengan ponteng. Dapatan kajian juga menunjukkan  tahap sosioekonomi keluarga secara keseluruhan adalah rendah manakalah tahap ponteng adalah berada pada tahap sederha.....

579 hits

38602023
Thesis
Meningkatkan kefahaman puisi klasik Cina terhadap murid tingkatan dua dengan teknik teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
Sim, Wen Qin
Kajian ini satu kajian tindakan yang ditadbir secara korelasi dan menguasai eksperimen yang dijalankan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) terhadap pengajaran dan pembelajaran puisi klasik Cina di sebuah sekolah menengah yang berada di daerah Johor Bahru, Johor. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada pengajaran teknik teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran puisi klasik Cina dapat meningkatkan pemahaman murid tentang puisi klasik, merangsang minat murid untuk mempelajari puisi klasik, dan mengubah sikap belajar mereka. Kajian ini akan membuat pengajaran yang sesuai dan meningkatkan kaedah pengajaran puisi klasik berdasarkan situasi pembelajaran murid. Seramai 10 orang murid sekolah menengah di daerah Johor Bahru, Johor dipilih sebagai sampel kajian menggunakan kaedah pensampelan rawak berkelompok. Data kajian diperoleh menggunakan instrumen pengujian pemerhatian dan temu bual untuk melihat hubungan penggunaan teknolog.....

928 hits

[ First ] [ Prev ] Page 386 of 1116 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.