UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Latest addition to the database : |
6041 | 2020 Article | Persekitaran kanak-kanak: satu penelitian terhadap novel kanak-kanak Terpilih Rohayati Junaidi Peranan karya sastera sebagai medium menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat telah menjadi asas dalam kewujudan karya sastera. Novel kanak-kanak dihasilkan daripada persekitaran yang diambil daripada realiti kehidupan dan diolah dengan bahasa yang indah sebagai santapan pembaca. Bertitik-tolak daripada pegangan karya sastera merupakan cerminan masyarakat, perkara ini selari dengan pelbagai kes yang melibatkan kanak-kanak yang sering terpampang di dada akhbar mutakhir ini. Justeru, sebagai salah satu bidang ilmu yang turut menyumbang ke arah mendidik modal insan yang berguna, maka kajian ini dilakukan bagi menjelaskan secara kritis peranan persekitaran yang melingkungi kehidupan kanak-kanak terhadap perkembangan sahsiah dan tingkah laku kanakkanak yang dapat dilihat dalam novel Suteki Da Ne Aleena (2013), Umairah dan Kuda Putih (2008) dan Memori Atikah (2002). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Manakala, aspek persekitara..... 734 hits |
6042 | 2020 Article | Pengajaran dan pembelajaran berasaskan tugasan meningkatkan motivasi dan keyakinan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah Zainaba Omar Tinjauan yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Singapura menunjukkan peningkatan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid darjah satu di rumah berlaku dalam kalangan keluarga Melayu daripada 18 peratus pada tahun 1999 kepada 67 peratus pada tahun 2019. Hal ini menyebabkan murid kurang atau tidak mendapat pendedahan kepada persekitaran yang sesuai untuk bertutur bahasa Melayu justeru tidak dapat bertutur bahasa Melayu dengan fasih. Kajian ini bertujuan untuk meneroka penggunaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Tugasan (PPBT) yang diubahsuai daripada model PPBT Ellis dan Model PPBT Willis untuk meningkatkan motivasi murid belajar dan bertutur bahasa Melayu di sekolah. Melalui tugasan yang menjadi elemen utama PPBT, murid akan berpeluang menggunakan bahasa Melayu secara aktif. Kajian tinjauan ini menggunakan seramai 30 orang murid daripada sebuah sekolah rendah.
Mereka telah diajar dengan menggunakan kaedah PPBT yang diubahsuai ini selama lima minggu. Instrumen ya..... 737 hits |
6043 | 2019 Thesis | Keberkesanan penggunaan kaedah Koperatif Jigsaw terhadap pembelajaran permainan serta merta kibod dalam kalangan guru pelatih muzik Ummu Rahmah Arifin Kegagalan menguasai kemahiran permainan serta merta kibod dalam kalangan guru
pelatih muzik masih berterusan. Kegagalan ini akan membuatkan guru pelatih muzik
ketinggalan untuk menguasai pembelajaran Kecekapan Kibod. Kajian ini bertujuan melihat
keberkesanan penggunaan kaedah koperatif Jigsaw terhadap pembelajaran permainan serta
merta kibod dalam kalangan guru pelatih muzik. Kajian kualitatif ini menggunakan reka
bentuk kajian kes. Satu rancangan pengajaran berasaskan Model Pembelajaran Koperatif
Jigsaw dan Model Quality Appropriate Incentive Time (QAIT) telah dibina untuk membantu
permainan serta merta kibod guru pelatih muzik. Seramai enam orang guru pelatih telah
dipilih secara bertujuan. Data diperoleh melalui pemerhatian, kajian dokumen dan temu
bual. Dapatan kajian menunjukkan pe..... 2874 hits |
6044 | 2020 Article | Keunggulan kepengarangan novel-novel terpilih Anwar Ridhwan Mohamad Rosmizi Mahamad Kajian ini bertujuan meneliti keunggulan kepengarangan novel Naratif Ogonshoto dan novel Penyeberang Sempadan yang akan dianalisis menggunakan teori Teksdealisme melalui empat prinsip iaitu kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan keindividualan. Secara khusus, kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kedua-dua novel tersebut yang menjadi kekuatan kepada kepengarangan pengarangnya. Novel Naratif Ogonshoto dan novel Penyeberang Sempadan dikarang oleh Anwar Ridhwan yang merupakan tokoh Sasterawan Negara ke-10.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Secara holistiknya, kajian ini mengaplikasikan empat prinsip yang mendukung teori Teksdealisme yang menampilkan keunggulan kepengarangan Anwar Ridhwan dan menemukan konsep keunggulan baharu iaitu Citra Keunggulan Insan melalui tiga prinsip utama iaitu prinsip Hijrah, prinsip Jati Diri dan prinsip Insaniah. Kajian ini merumuskan secara keseluruhan dari segala a..... 1466 hits |
6045 | 2020 Article | Karakter lokal dalam sastra Indonesia di Sumatera Utara Nasution, Ikhwanuddin Penulisan artikel ini memperihalkan kreativiti pengarang sastra Indonesia merepresentasikan latar sistem sosial dan budaya yang beragam untuk menjadi persoalan yang menarik diangkat membina karakter lokal dalam karya prosa sastra Indonesia.
Analisis tekstual telah digunakan untuk memperolehi dapatan yang membicarakan persoalan utama kepengarangan sastra Indonesia Hasan Al-Banna, Hidayat Banjar, Idris Pasaribu dan Maulana Syamsuri diangkat membina karakter lokal di Sumatera Utara.
Dapatan terhadap nilai-nilai budaya lokal masyarakat Karo, identitaskemelayuan Deli dan Mandailing merupakan akar tunjang dilestarikan, dikembangkan, dan direvitalisasi dalam karya prosa sastra Indonesia di Sumatera Utara. Malah, karya-karya sastra yang memuatkan nilai-nilai budaya lokal, kearifan lokal, dan karakter lokal akan dijadikan bahan pengajaran untuk anak didik mengenal karakter bangsanya sendiri.
.. 633 hits |
6046 | 2020 Article | Imej arketaip dalam puisi Sabak Laura Seman Puisi rakyat Iban dikenali sebagai Leka Main dan dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu Leka Main Invokasyen (Invokasi), Leka Main Adat Basa (Adat) dan Leka Main Pemerindang (Hiburan). Puisi sabak tergolong dalam puisi invokasi.
Puisi sabak sangat unik dan memiliki pelbagai imej arketaip. Kertas ini fokus kepada imej arketaip yang terdapat dalam teks sabak. Masyarakat Iban khasnya generasi muda kurang jelas tentang maksud setiap perkataan atau imej yang digunakan dalam puisi sabak.
Imej arketaip ini dianalisis daripada teks puisi sabak daripada buku Sabak oleh Robert Menua Salleh di samping temu bual bersama responden yang terlibat iaitu tukang
sabak. Teori arketaip oleh Carl Jung digunakan dalam kajian ini dengan melihat kepada imej arketaip dalam puisi sabak. Kajian kualitatif digunakan iaitu dengan analisis sebahagian buku Sabak dan temu bual.
Hasil dapatan dalam analisis teks sabak dan temu bual mendapati penggunaan objek dalam puisi sabak seperti besi, tabak yang beris..... 1584 hits |
6047 | 2020 Article | Gambaran kemewahan melalui perlambangan dalam lirik lagu hokkien “Ji Pa Ban”: analisis semantik inkuisitif Wong, Shia Ho Pemilihan sesuatu ungkapan dalam penulisan lirik lagu memerlukan pemikiran yang tajam daripada penulis kerana fungsi lagu bukanlah semata-mata untuk hiburan tetapi terkandungnya falsafah dan pemikirannya untuk disampaikan kepada pendengar. Kajian ini menghuraikan makna dan akal budi penulis melalui unsur perlambangan yang digunakannya dalam lirik lagu “Ji Pa Ban” —?? (Seratus Juta). Dua data yang mengandungi unsur perlambangan tentang kemewahan yang ingin dinikmati oleh penulis jika menjadi jutawan dipilih untuk dianalisis. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengaplikasikan pendekatan semantik inkuisitif yang diasaskan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Hasil kajian ini mendapati bahawa penggunaan kata-kata tertentu dalam unsur perlambangan dilakukan dengan bijaksana oleh penulis. Selain itu, kajian ini juga memperlihatkan gandingan data, teori, falsafah dan budaya dapat menghasilkan huraian makna secara mendalam sehingga akal budi penulis terserlah melalui penggunaan bahas..... 1641 hits |
6048 | 2019 Thesis | Kesan modul pementoran terhadap kompetensi, profesionalisme, integriti dan penampilan diri dalam kalangan staf sokongan di sebuah Kolej Matrikulasi Kamsi @ Kamsiah Adil Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur keberkesanan modul terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu kompetensi, profesionalisme, integriti dan penampilan diri antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengukur kesan modul pementoran terhadap empat pembolehubah tersebut antara kumpulan rawatan berdasarkan jantina berbanding kumpulan kawalan. Kajian kuasi eksperimen ini melibatkan 75 responden staf sokongan perkhidmatan Pendidikan di Kolej Matrikulasi Labuan yang dipilih secara persampelan rawak bertujuan. Responden dibahagikan secara rawak kepada kumpulan rawatan (25 lelaki dan 25 perempuan) dan kumpulan kawalan (25 lelaki dan perempuan). Data ujian pra dan ujian pasca dikutip menggunakan Instrumen Profesionalisme Perkhidmatan Awam (IPPA) yang telah dibangunkan untuk kajian ini. Data kuantitatif dianalisis secara deskritif dan inferensi berdasarkan min, Ujian-t, MANCOVA dan Post Hoc Tukey pada aras signifikan 0.05. Hasil kajian menunjukkan m..... 1617 hits |
6049 | 2019 Thesis | Pembinaan Model Pentaksiran Ekstensif bagi Permainan Kategori Memadang dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5 Mohd Hanapiah Khamis Kajian ini bertujuan membina Model Pentaksiran Ekstensif bagi Permainan Kategori
Memadang dalam Pendidikan Jasmani Tahun 5 serta mengenal pasti tahap pencapaian murid bagi domain psikomotor, kognitif, afektif dan penaakulan. Reka bentuk kajian kes sekali telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 18 orang guru Pendidikan Jasmani dipilih secara rawak dan 570 murid dalam kelas tersebut secara automatik sebagai sampel kajian (lelaki = 288 dan perempuan = 282). Nilai kesahan kandungan instrumen Pentaksiran Ekstensif (PE) menggunakan statistik persetujuan secara manual r = 0.93 dan nilai kebolehpercayaan menggunakan Pearson Correlation r = 0.92. Kajian ini menggunakan instrumen PE dan keberkesanannya ditentukan melalui soal selidik tahap persetujuan guru. Kaedah pentaksiran guru dan pentaksiran kendiri digunakan bagi mengukur tahap pencapaian murid dari aspek psikomotor, kognitif, afektif dan penaakulan. Dapatan kajian menunjukkan tahap pencapaian domain psikomotor murid lelaki (M = 76.93..... 1188 hits |
6050 | 2019 Thesis | Pengurusan perubahan dalam penjenamaan semula pendidikan Tingkatan Enam di Malaysia daripada sistem terminal kepada sistem modular, satu kajian kes di Perak Mohamad Hasmuni Mohamad Noor Latar kajian ini merujuk kepada perubahan besar yang berlaku dalam pendidikan
Tingkatan Enam apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penjenamaan
semula Tingkatan Enam pada tahun 2012. Tujuan kajian ini untuk mengenalpasti amalan
pengurusan perubahan dalam pelaksanaan penjenamaan semula pendidikan Tingkatan Enam daripada sistem
terminal kepada sistem modular. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka
bentuk kajian kes. Berdasarkan teori Kurt Lewin, beberapa elemen kajian seperti
pelaksanaan, penerimaan dan kesediaan, rintangan perubahan, strategi menangani
perubahan, faktor kejayaan perubahan serta keberkesanan perubahan digunapakai.
Pemilihan subjek kajian dijalankan secara teknik persampelan bertujuan melibatkan
sembilan orang guru Tingkatan Enam di sebuah sekolah Pusat..... 1258 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 605 of 1063 | [ Next ] [ Last ] |