UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
60312021
Thesis
Pembinaan dan keberkesanan modul pembelajaran berasaskan masalah (PBM Bio Genetic) terhadap pencapaian akademik dan pemikiran kritis pelajar
Nurul 'Izzati Ah Kabri
Kajian    ini    adalah    untuk    membangunkan    dan    menguji    keberkesanan    modul  Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Bio Genetic terhadap pencapaian akademik dan kemahiran  pemikiran kritis dalam kalangan pelajar kolej matrikulasi. Pembinaan modul adalah berdasarkan model  ADDIE dan Seven Jump Model. Reka bentuk kajian ini  adalah  kuasi  eksperimen  yang  melibatkan   seramai  60  pelajar  biologi  matrikulasi yang dipilih berdasarkan rawak berkelompok dan  dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu    kumpulan    eksperimen    dan    kumpulan    kawalan.     Kumpulan    eksperimen diperkenalkan  dengan  pendekatan  modul  PBM  Bio  Genetic  manakala   kumpulan kawalan   diajar   menggunakan   Pembelajaran   Tradisional   (PT).     Instrumen   yang  digunakan dalam  kajian  ini adalah satu  set ujian  pencapaian biologi   terhadap topik Genetic  Inheritance dan satu set instrumen Malaysian .....

2596 hits

60322020
Thesis
Profesionalisme guru Sekolah Rendah Agama (JAWI) berdasarkan amalan pengajaran
Nur Haiza Izhar
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  profesionalisme  guru  Sekolah  Rendah Agama (JAWI) berdasarkan amalan pengajaran. Kajian ini memfokuskan kepada tiga aspek amalan  pengajaran guru iaitu perancangan pengajaran, perlaksanaan pengajaran, dan  penilaian  pengajaran   berdasarkan  model  Cooper,  model  Al-qabisi  dan  model Standard  Guru  Malaysia.    Reka  bentuk   kajian  ini  menggunakan  kaedah  tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 274 responden yang  telah pilih secara rawak berstrata daripada  964  orang  guru  yang  berkhidmat  di  Sekolah   Rendah  Agama  di  bawah kelolaan   Jabatan   Agama   Islam   Wilayah   Persekutuan   cawangan    Kuala   Lumpur. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang telah  telah disahkan  oleh tiga  orang  pakar  bidang.  Kebolehpercayaan  instrumen  soal  selidik  adalah  tinggi  berdasarkan  pekali  Alpha Cronbach  α  = 0.89.  .....

2580 hits

60332020
Thesis
Pembinaan, kesahan dan kebolehpercayaan Modul Brief Cognitive Behavioural Therapy Mathematics Anxiety (BCBT-MA)
Muhamad Tajudin Mustafa
Kajian ini bertujuan membina modul dan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan modul Brief Cognitive Behavioral Therapy – Mathematics Anxiety (BCBT-MA). Modul ini bertujuan mengatasi masalah Mathematics Anxiety dengan cara menangani reaksi negatif, meningkatkan keyakinan terhadap angka dan  menangani perasaan bimbang dalam kalangan murid. Modul ini dibina berasaskan teori Brief Cognitive Behavioral Therapy oleh Cully dan Teten. Kajian ini menggunakan reka bentuk pembangunan modul. Seramai 10 orang panel pakar dalam bidang psikologi, kaunseling dan pendidikan matematik telah dipilih untuk menjawab dua soal selidik yang diubahsuai iaitu soal selidik kesahan kandungan modul berdasarkan Sidek dan Jamaludin dan soal selidik kesesuaian sesi dan aktiviti modul berdasarkan Mohammad Aziz Shah. Bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan modul, seramai 56 respondan dalam kalangan murid dari Pusat Perkembangan Minda; House of Mind Excellence (HOME Maths Therapy Centre) telah dipilih sebagai subjek.....

973 hits

60342020
Thesis
Strategi dan pengalaman latihan kemahiran psikologi dalam pasukan ragbi kebangsaan semasa pertandingan Asia Rugby Championship 2018
Ahmad Fadzlee Ahmad Idriss
Kajian  ini  bertujuan  menilai  strategi  dan  pengalaman  latihan  kemahiran  psikologi dalam    pasukan   ragbi   kebangsaan   Malaysia   semasa   pertandingan   Asia   Rugby Championship 2018.  Teori Weinberg dan Gould telah digunakan dalam kajian ini yang berfokuskan  kepada  kesan  strategi   dan  pengalaman  terhadap  kemahiran  psikologi sukan  yang  terdiri  daripada  penetapan   matlamat,  automacity,  kata  kendiri,  kawalan emosi, imageri, pengaktifan, relaksasi, pemikiran  negatif dan gangguan.   Kajian kes digunakan  sebagai  reka  bentuk  kajian.  Peserta  kajian   terdiri  25  orang  pemain  yang mewakili  Malaysia  di  kejohanan  Asia  Rugby  Championship   2018.  Instrumen  kajian terdiri  daripada  satu  set  soal  selidik  Test  of  Performance   Strategies  2  (TOPS2)  dan protokol temu bual. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan  statistik deskriptif dan  inferens.....

1165 hits

60352021
Thesis
The effect of phonemic segmentation through Interactive Whiteboard Elkonin Box Module among remedial children
Vanesri Kasi
The purpose of this study is to develop and evaluate the effectiveness of Interactive Whiteboard’s   Elkonin  Box  Module  in  improving  phonemic  segmentation  skills among Year Two remedial  students.   Interactive Whiteboard’s Elkonin Box Module had been designed  based on Constructivist  Theory,  mastery  learning and interactive learning. Quantitative approaches  with  quasi-experimental design were  used for this study. A number of 60 Year Two remedial students from  Muar district were selected using  purposive  sampling.  The  sample  was  divided  into  the   treatment  and  control groups.  The  former  went  through  a  teaching  and  learning  process   using  Interactive Whiteboard’s Elkonin Box Module, while the latter learnt through traditional  teaching. After  the  pre-test,  three  months  of  intervention  was  carried  out  to  both   groups  of sample,  folllowed  by  post-test.  Data  w.....

1025 hits

60362019
Thesis
Kesan intervensi Modul Terapi Diri terhadap Kebimbangan Tret, Kebimbangan Imageri, Kata Kendiri dan Kebangkitan Fisiologi atlet silat seni
Norazelina Awang @ Man
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan intervensi Modul Terapi Diri terhadap Kebimbangan Tret, Kebimbangan Seketika, Kejelasan Imageri, Kata Kendiri dan Kebangkitan Fisiologi atlet silat seni. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimental. Subjek yang terlibat ialah 45 atlet silat seni yang dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Sport Competition Anxiety Test (SCAT), Revised Competitive State Anxiety Inventory (CSAI-2R), Vividness of Visual Imagery Questionnaire (VVIQ), Belief in Self-Talk questionnaire (BSQ) telah digunakan untuk mengumpul data. Untuk mengukur tekanan darah dan kadar denyutan jantung, alat Automatic Wrist Blood Pressure Monitor OMRON HEM-6200 digunakan. Dapatan kajian kebimbangan tret menunjukkan adalah tidak signifikan pada aras p>.05, F(2, 42.) =1. , p= .37. Kebimbangan kognitif seketika pula signifikan, F(1., 853.) p< 141., manakala kebimbangan somatik, dan keyakinan diri adalah signifikan, F(1., 1563.) p< 296., F (1., 946.) p< 359.. Selain itu, dap.....

1647 hits

60372021
Thesis
Mass production of Carbon Nanotubes from waste cooking palm oil via modified thermal chemical vapor deposition and its application
Norhafizah Jusoh
This  study  is  aimed  to  synthesize  carbon  nanotubes  (CNTs)  for  the  large  scale production (in term of high volume production around 500 mg per day) by utilizing the novel waste  cooking palm oil (WCPO) as carbon feedstock. The method used were modified thermal chemical vapor  deposition (TCVD) that equipped with a peristaltic sprayer  in  order  to  continuously  supply   the  precursor  and  catalyst  into  the  system. Various synthesis parameters, such as effect of  vaporization and synthesis temperature, synthesis time interval, precursor flow rate, post  annealing treatment, nozzle diameter, and catalyst concentration were conducted in order to find  out the optimum parameter to  produce  high  quantity  and  good  quality  of  CNTs.  The  total   amount  of  1000  ml WCPO precursor was sprayed continuously during the experiment with ferrocene  as catalyst  via  modified  TCVD  system.  The  samples  were  c.....

826 hits

60382021
Thesis
Analisis ciri dan maksud hiperbola (Jaku Kelangkung) lirik lagu pop Iban era 70an hingga abad ke-21
Isa Lee
Walaupun lagu pop Iban telah diperkenalkan pada penghujung tahun 50-an, namun kurang   kajian    dijalankan   mengenai   liriknya.   Tujuan   kajian   ini   adalah   untuk menganalisis ciri dan  maksud hiperbola dalam empat puluh lirik lagu pop Iban era 70- an  hingga  abad  ke-21.  Hiperbola   adalah  ungkapan  yang  berlebih-lebihan  untuk memperoleh kesan tertentu. Teori relevan oleh  Sperber dan Wilson digunakan untuk menerangkan  kerelevanan  sesuatu  objek  alam  sebelum  ianya   diterima  menjadi maksud sesuatu percakapan manakala teori stilistik mengupas sesuatu gaya bahasa.  Reka   bentuk   kajian   fenomenologi   ini   menggunakan   kaedah   kualitatif   dengan pendekatan  deskriptif di mana  teks lirik lagu sebagai bahan analisis. Dua instrumen kajian   adalah    analisis   dokumen   dan   senarai   semak   di   mana   analisis   data menggunakan  analisis   jenis  tematik.  Hasil  d.....

1139 hits

60392019
Thesis
Pengaruh literasi kewangan, agen sosialisasi kewangan dan lokus kawalan terhadap amalan pengurusan kewangan dan pencapaian akademik pelajar Institusi Pengajian Tinggi
Norhaslinda Daud
Kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh literasi kewangan, agen sosialisasi kewangan dan lokus kawalan terhadap amalan pengurusan kewangan dan pencapaian akademik pelajar Institusi  Pengajian Tinggi (IPT). Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan instrumen soal  selidik  yang   ditadbirkan  kepada  480  orang  responden  yang  mengikuti  program Ijazah Sarjana Muda di lapan  IPT. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif  dan  inferensi  seperti   frekuensi,  peratus,  min,  sisihan  piawai,  ujian-t  sampel tidak  bersandar dan ujian linear  regresi berganda.  Dapatan kajian  menunjukkan sumber utama  kewangan  responden  terdiri  daripada   biasiswa  atau  pinjaman  yang  diperoleh daripada badan kerajaan atau swasta. Majoriti responden  mengalami masalah kewangan kerana   wujud   ketidakseimbangan   antara   pendapatan   dan    perbelanjaan.   Responden mempunyai  tahap  literasi  kewangan  (Min=3.....

2279 hits

60402020
Article
Seni majaz dalam bahasa Melayu: analisis berdasarkan ilmu balaghah Arab
Gamal Abd Nasir Zakaria
Makalah ini bertujuan membincangkan seni majaz dalam bahasa Melayu berdasarkan kerangka ilmu balaghah Arab. Perbincangan ini penting kerana sehingga kini konsep, kategori dan bentuk majaz dalam bahasa Melayu belum tersusun dalam suatu kesatuan ilmu yang jelas dan sistematik khususnya dalam pengajian ilmu retorik. Perkembangan semasa menunjukkan bidang retorik semakin tersisih dalam pengajian linguistik dan kesusasteraan Melayu  disebabkan kurangnya inovasi untuk merekayasa disiplin ini agar lebih menampakkan kedinamikan dan kerelevanannya dengan pandangan alam dan budaya Melayu yang tulen. Kajian berbentuk kualitatif dan kontrastif ini  menggunakan data seni majaz dari sumber al-Quran dan melihat persamaannya dalam komunikasi penutur Melayu di media massa dan perbualan harian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat banyak persamaan berbanding perbezaan  antara seni majaz dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Dapatan ini sekaligus membuktikan potensi besar majaz berdasarkan tradisi Arab .....

610 hits

[ First ] [ Prev ] Page 604 of 1063 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.