UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
76512018
Thesis
Penglibatan orang Cina dalam industri penghasilan makanan di Butterworth, 1957-2000
Tan, Soon Chin
Kajian ini memfokuskan tentang penglibatan orang Cina dalam industri penghasilan makanan di Butterworth pada tahun 1957 hingga 2000. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penglibatan dan perkembangan perniagaan orang Cina dalam industri ini. Penglibatan orang Cina dalam industri ini selepas merdeka dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti pewarisan, modal, jaringan perniagaan dan dasar kerajaan. Faktor-faktor ini memainkan peranan penting bagi menjamin perkembangan dan kestabilan perniagaan orang Cina dalam industri penghasilan makanan pada tempoh tersebut. Kaedah penyelidikan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif dengan memberi penekanan kajian secara analisis dokumen. Rujukan telah dibuat pada dokumen-dokumen yang terdapat di Arkib Negara Malaysia dan Arkib Negeri Cawangan Negeri Pulau Pinang seperti Strait Settlement Record, Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang, fail Setiausaha Kerajaan Negeri, minit mesyuarat dan telegram. Selain itu, rujukan juga dibuat pada dokumen dalam ba.....

1609 hits

76522018
Thesis
Daya tampung dan tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan sosial di mukim Serendah
Mohd Faizul Muhammad
Kajian ini bertujuan mengkaji daya tampung dan tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan sosial yang sedia ada di Mukim Serendah. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Aspek daya tampung kemudahan sosial dianalisis berdasarkan Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD). Pensampelan rawak mudah berstrata digunakan untuk memilih seramai 400 orang responden di kawasan Mukim Serendah. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferens. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan daya tampung kemudahan sosial terpilih mengikut kawasan di Mukim Serendah. Kemudahan sosial yang paling banyak tidak memenuhi piawaian seperti digariskan oleh pihak JPBD adalah di Bukit Beruntung. Hampir kesemua kemudahan pendidikan tadika pula memenuhi piawaian seperti yang digariskan oleh pihak JPBD dan selari dengan pandangan pengguna terhadap daya tampung k.....

529 hits

76532018
Thesis
Pengaruh kepimpinan guru terhadap penambahbaikan budaya sekolah di sekolah rendah kebangsaan di daerah Petaling Perdana
Nurulain Hamzah
Kajian ini bertujuan untuk menyelidik pengaruh kepimpinan guru terhadap penambahbaikan budaya di Sekolah Rendah Kebangsaan di Daerah Petaling Perdana. Reka bentuk kuantitatif dengan pendekatan deskriptif secara tinjauan digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sekolah dijalankan secara persampelan sistematik di mana 20 buah sekolah rendah kebangsaan telah dipilih di daerah Petaling Perdana, Selangor. Kaedah pensampelan rawak telah digunakan untuk memilih seramai 357 orang guru terlatih. Instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini. Analisis deskriptif dilakukan untuk menjelaskan tahap kepimpinan guru dan tahap penambahbaikan budaya sekolah, manakala ujian regresi berganda dijalankan untuk menganalisis pengaruh antara pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan guru dan tahap penambahbaikan budaya sekolah berada pada tahap tinggi. Analisis regresi pula menunjukkan kepimpinan guru merupakan faktor peramal yang memberikan sumbangan yang signifikan (R² = .539) ke ata.....

599 hits

76542018
Thesis
Kecenderungan penggunaan makanan fungsian sunnah dalam kalangan mahasiswa di Malaysia
Rozilah Hamdan
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan penggunaan makanan fungsian sunnah dalam kalangan mahasiswa menggunakan Teori Tingkah Laku Terancang (Theory of Planned Behaviour, TPB). Tiga pemboleh ubah teori TPB iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku dianalisis bersama-sama dengan pemboleh ubah pengantara iaitu tuntutan manfaat kesihatan. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan instrumen soal selidik dalam pengumpulan data. Seramai 422 orang pelajar telah dipilih untuk menjadi sampel kajian berdasarkan kaedah persampelan rawak kluster satu peringkat. Statistik deskriptif dan inferens digunakan untuk menganalisis objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan pemboleh ubah norma subjektif (β = 0.129, p < 0.05) dan kawalan tingkah laku (β = 0.212, p < 0.05) terhadap kecenderungan menggunakan makanan fungsian sunnah mempengaruhi secara signifikan. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya pengaruh pengantara separa yang signifi.....

1291 hits

76552017
Thesis
Identiti tempat pelancongan bagi bandar-bandar kecil lama: kajian kes Teluk Intan dan Batu Gajah
Mohd Nasuhairree Abdull Manaf
Kajian ini bertujuan meneroka identiti tempat pelancongan bagi dua buah bandar kecil lama yang terletak di Teluk Intan dan Batu Gajah, Perak. Di antara lokasi pelancongan Kellie’s Castle dan Menara Condong Teluk Intan dipilih sebagai pusat lokasi pengumpulan data primer dalam kalangan pelancong tempatan. Seramai 250 orang responden di Batu Gajah dan 170 orang di Teluk Intan dipilih sebagai sampel kajian. Responden ditemu bual bertujuan untuk mendapatkan pandangan berkaitan identiti bagi kedua-dua lokasi pelancongan. Data yang diperoleh daripada borang soal selidik dan temu bual ringkas dianalisis secara deskriptif menggunakan min, jadual silang dan Khi Kuasa Dua untuk memahami identiti tempat pelancongan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa identiti tempat pelancongan di Teluk Intan dan Batu Gajah dikenal pasti sebagai ikon warisan sejarah berbanding dengan ikon pelancongan moden. Walau bagaimanapun, jika strategi perancangan pelancongan tidak konsisten dengan identiti pelanco.....

1053 hits

76562017
Article
The effects of step versus jump forward lunge exercise training on muscle architecture among recreational badminton players
Md Nadzalan Ali, Mohamad Nur Ikhwan, Lee Jeffrey Low Fook, Chinnasee Chamnan,
1919 hits

76572017
Article
Biflavonoids from the leaves and stem bark of garcinia griffithii and their biological activities
Wan Salleh Wan Mohd Nuzul Hakimi, Nik Sazali Nik Shazwani Afifah, Ahmad Farediah, - Muhammad Taher,
3400 hits

76582018
Thesis
Penampilan nilai budaya dalam kumpulan puisi tradisional Tamil Aruvi
Chandran Govindan
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemikiran nilai budaya, menganalisis protes sosial dan menghuraikan kesedaran yang diwujudkan dalam kumpulan puisi tradisional Tamil Aruvi oleh Kurinji Kumaran. Sejumlah 98 puisi tradisional yang dikarang dari tahun 1940 - 1991 dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan analisis teks digunakan dalam kajian ini. Teori sastera budaya yang dipelopori oleh Alan Sinfield digunakan bagi menganalisis kumpulan puisi tradisional Tamil Aruvi. Pola perbincangan kajian ini bertumpu kepada penampilan nilai budaya dari aspek individu, keluarga dan masyarakat. Dapatan kajian menunjukkan, 32 puisi tradisional menggambarkan nilai budaya dari aspek individu, sebanyak 36 puisi tradisional menggambarkan nilai budaya dari aspek keluarga dan sebanyak 30 puisi tradisional menggambarkan nilai budaya dari aspek masyarakat. Puisi tradisional ini menampilkan nilainilai budaya individu, keluarga dan .....

1199 hits

76592018
Thesis
Nilai-nilai estatika dalam lagu-lagu suci Thirunavukkarasar
Jiva Nathan
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai-nilai estatika dalam lagu-lagu suci Thirunavukkarasar. menganalisi nilai estatika dan menganalisis keindahan yang terdapat dalam lagu-lagu suci Thirunavukkarasar. Thirunavukkarasar merupakan penganut Hindu yang dikenali pada abad ke-6. Kajian ini dijalankan berasaskan perpustakaan. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Pengkaji menggunakan 4 ciri-ciri estatika berasaskan teori Immanual Kant. Sebanyak 42 patikam daripada thirumurai keempat menjadi sumber utama dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa lagu-lagu suci Thirunavukkarasar mengandungi nilai-nilai estatika yang dinyatakan dalam teori Immanual Kant. Pengkaji menggunakan teori estetika Immanual Kant dalam kajian ini untuk mengkaji nilai-nilai estatika. Kesimpulan kajian membuktikan bahawa lagu-lagu suci Thirunavukkarasar mengandungi nilai-nilai estatika ...

856 hits

76602018
Thesis
Keberkesanan pembelajaran model koperatif STAD meningkatkan minat, keyakinan dan pencapaian pelajar dalam pendidikan seni visual
Azman Ab.Rahim@Ibrahim
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan kaedah model koperatif STAD (Student Teams Achievement Divisions) terhadap minat, keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang catan alam semulajadi. Pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk eksperimen kuasi telah digunakan dalam kajian ini bagi satu kumpulan sahaja dengan beberapa ujian iaitu Ujian PRA, PASCA 1, PASCA 2 dan PASCA 3. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan terdiri daripada 17 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sebagai subjek elektif di salah sebuah sekolah di daerah Muar. Data dianalisis dengan menggunakan perisian program Microsoft Excel. Data peningkatan pencapaian dapat di rekod dan di nilai melalui ujian tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan penglibatan pelajar melalui pembelajaran koperatif. Dapatan pelaksanaan kaedah model koperatif STAD telah menunjukkan peningkatan minat, keyakinan serta pencapaian markah pelajar yang lebih tinggi .....

887 hits

[ First ] [ Prev ] Page 766 of 985 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.