UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
80612021
Final Year Project
Pembangunan dan persepsi kebolehgunaan "Mystery MCycle Kit" dalam subtopik pembahagian sel bagi mata pelajaran sains tingkatan empat
Mohamad Kamaasraf Besar@Kamal
Kajian ini bertujuan membina dan membangunkan “Mystery M’cycle Kit” dalam subtopik pembahagian sel dalam sukatan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sains Tingkatan Empat. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan persepsi dan kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih. Reka bentuk dan pembangunan “Mystery M’cycle Kit” menggunakan model ADDIE. Sampel untuk kesahan terdiri daripada tiga orang pensyarah biologi yang berpengalaman. Bagi kebolehpercayaan pula, sampel terdiri daripada 30 orang bakal guru pelatih yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) yang bukan dari sampel sebenar. Manakala, persepsi kebolehgunaan terdiri daripada 97 orang bakal guru pelatih yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) bagi ambilan A172 dan A181. Dua jenis instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu Borang Kesahan Kandungan Kit dan Soal Selidik Kebolehgunaan Kit. Data kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan ini dianalisis dengan menggunakan pe.....

5633 hits

80622021
Final Year Project
Pengaruh ketinggian kepada ketangkasan terhadap pemain Badminton amatur
Luqman Naim Mohammad
Ketangkasan merupakan salah satu komponen kemahiran yang penting dalam badminton. Namun begitu, hal ini tertakluk kepada faktor fizikal seseorang terutama kepada ketinggian. Pada peringkat atlit atau pemain professional, mereka didedahkan dengan latihan yang intensiti tinggi sehingga faktor ketinggian dapat diselindung dan sebaliknya bagi pemain amatur. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan tahap ketangkasan seseorang pemain badminton amatur dan mengetahui faktor ketinggian mempunyai kesan terhadap ketangkasan pemain badminton amatur. Sampel kajian ini terdiri daripada 20 orang pemain badminton amatur di daerah Kuala Pilah berumur 19-25 tahun. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan  mengikut ketinggian, (n=IO, 160-169 cm) dan (n=IO, 170-180 cm). Borang soal selidik diedarkan bagi mengetahui latar belakang. Mereka akan melakukan ujian Illinois Agility untuk mendapatkan data tahap ketangkasan. Data skor tahap ketangkasan pemain akan dikategorikan mengikut skor pencapaia.....

1079 hits

80632021
Final Year Project
Penilaian tahap kecergasan fizikal dan tabiat pemakanan di kalangan pelajar UPSI
Mohamad Firdaus Ahmad
Kajian ini bertujuan untuk melihat kekerapan aktiviti fizikal tahunan di kalangan pelajar, melihat masa yang diambil oleh pelajar untuk melakukan aktiviti fizikal, melihat rutin harian pemakanan pelajar di waktu pagi, mengenalpasti makanan utama dalam kehidupan seharian setiap pelajar dan mengenalpasti pengambilan makanan ringan di kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Reponden kajian ini melibatkan 375 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah dipilih secara rawak. Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan data kajian ialah soal selidik yang mengandungi 18 item soalan. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dengan menggunakan perisian SPSS 23. Hasil kajian menunjukkan seramai 37.6% pelajar menyatakan mereka selalu beraktiviti fizikal sepanjang tahun, 52% pelajar memperuntukkan masa 1-2 jam serninggu. Seterusnya, analisis bagi tabiat pemakanan menunjukkan 34.4% pelaja.....

3210 hits

80642021
Final Year Project
Perbezaan kinematik antara kaki dominan dan bukan dominan ketika tendangan kapak dan hadapan dikalangan atlit elit dalam sukan taekwondo
Ahmad Fahmy Al-Haqim Harun
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan kinematik antara kaki dominan dan bukan dominan ketika tendangan kapak dan hadapan dikalangan atlit elit dalam sukan taekwondo. Seramai 10 orang peserta kajian yang terdiri daripada atlet elit taekwondo universiti pendidikan sultan idris kajian ini dijalankan secara eksperimental bagi kaki dominan dan bukan dominan ketika tendangan hadapan dan kapak dilakukan oleh atlit elit taekwondo. Instrumen yang digunakan adalah menggunakan applikasi kinovea untuk mengukur perbezaan pada ketinggian puncak tendangan, sudur lutut tendangan dan halaju tendangan terhadap kaki dominan dan bukan dominan bagi tendangan hadapan dan kapak. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial SPSS versi 25.0 bagi menjawab persoalan-persoalan dalam kajian ini. Hasil analisis ujian sampel-T berpasangan telah menunjukkan tiada perbezaan yang mempengaruhi antara kaki dominan dan bukan dominan ketika tendangan kapak dan hadapan di.....

1556 hits

80652021
Final Year Project
Reviu sistematik kajian berkaitan kaedah pembelajaran motor terhadap kanak-kanak gangguan Autism Spektrum
Nur Sufi Alisa Shaudin
Tujuan kajian ini adalah untuk menjalankan tinjauan sistematik terhadap kajian yang berkaitan dengan kaedah pembelajaran kemahiran motor yang berkesan untuk kanak-kanak dengan gangguan spektrum autisme (ASD). Berdasarkan persoalan kajian yang ingin menentukan potensi kepentingan latihan sains dan sukan di kalangan populasi berkeperluan khas, tujuan tinjauan ini adalah untuk mensintesiskan penemuan sama ada kaedah pembelajaran motor implisit dapat menghasilkan tahap pergerakan automatik yang lebih tinggi berbanding dengan pembelajaran eksplisit. Walaupun kajian berkaitan telah menunjukkan sokongan untuk tuntutan ini, tidak ada kajian sistematik yang dilakukan. Oleh itu, kajian ini secara sistematik mengkaji kajian yang diterbitkan melalui enjin carian dan kajian berkaitan yang ditapis berdasarkan kriteria menggunakan kaedah PRISMA. Set parameter jangka masa yang ditetapkan tertumpu kepada penyelidikan sejak 20 tahun yang lalu (2000-2020) dan kajian pembelajaran motor yang berkaitan deng.....

1681 hits

80662021
Final Year Project
Tahap kebimbangan atlet sebelum pertandingan E-Sport dalam kalangan pelajar kolej
Muhammad Azim Aliif Mohd Zuki
Kajian ini telah dijlankan bagi mengenalpasti perbezaan tahap kebimbangan atlet dalam tiga tempoh yang berbeza sebelum pertandingan e-sport dalam kalangan pelajar kolej. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti perbezaan tahap kebimbangan atlet e-sport pada tempoh 2 rninggu, 24 jam dan 30 rninit sebelum pertandingan. Pengkaji menggunakan soal selidik daripada Sport Competition Anxiety Test (SCAT). Semua data akan dianalisis bagi mendapatkan tiga mean dan sisihan piawai yang berbeza yang menentukan tahap kebimbangan atlet yang berbeza menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Bagi tahap kebimbangan atlet untuk 2 minggu sebelum pertandingan (M=l.28, SD=0.46) dapatan kajian menunjukkan tahap kebimbangan atlet adalah rendah. Manakala, tahap kebimbangan atlet untuk 24 jam sebelum pertandingan (M=2.28, SD=0.46) dapatan kajian menunjukkan tahap kebimbangan atlet adalah sederhana dan tahap kebimbangan atlet untuk 30 minit sebelum pertandingan (M=2.78,.....

3867 hits

80672021
Final Year Project
Tahap pengetahuan taktikal dalam kalangan pemain hoki remaja lelaki peringkat sekolah di Daerah Seremban Negeri Sembilan
Nurul Syazana Mohd Rusham
Kajian ini dijalankan untuk  mengkaji  tahap  pengetahuan  taktikal  dalam kalangan pema-in hoki remaja lelaki peringkat sekolah  di  daerah  Seremban Negeri Sembila n. Seramai 30 orang pemain telah menjadi responden dalam kajian ini. Taktikal merupakan salah satu elemen yang penting  bagi  setiap pasukan hoki, sekiranya pasukan hoki merniliki taktikal yang baik sudah pasti prestasi pasukan akan  meningkat.  Objektif  kajian  ini adalah  mengenalpasti tahap pengetahuan taktikal clalam kalangan pemain hoki remaja lelaki peringkat sekolah di  daerah Seremban Negeri  Sembilan, seterusnya mengenalpasti perbezaan  tahap  pengetahuan  taktikal  da1am  ka1angan  pemain  hoki  remaja lelaki ctiantara SMK SASER, SMK TMS dan  SMK  ZAABA  di  daerah Seremban Negeri Sembilan dan mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan taktikal diantara posisi penyerang clan pertahanan dalam kalangan pemain hoki remaja le1ak:i peringkat seko1ah di daerah Negeri Sembilan. Kesemua respo.....

1103 hits

80682021
Final Year Project
The effect of caffeine on recovery in sprinters Universiti Pendidikan Sultan Idirs
Khairun Hanisah Kamarudin
Research on the effect of caffeine is widening all over the world and caffeine is most likely known as an ergogenic aid in enhancing sports performance and recovery faster. The purpose of this study is to identify the effect of caffeine on recovery heart rate in UPSI Sprinters. Individual heart rate produced may vary at different time of the day and their food intake. 10 male sprinter athletes (n=IO) from Fox Athletics Club of Universiti Pendidikan Sultan Idris had participated in this study. Participants were divided into two groups, caffeine group (n=5) and control group (n=5) accordingly. Training sessions were conducted with one week interval and sprint training were performed by the sprinters as the exercise load method. Control group was not given any caffeine (0.00 mg/kg) while the caffeine group was given 3.00-3.50 mg/kg of caffeine dosage before the training session begun. The sprint training involved sprinting in distance set of 10m, 30m, 50m, 80m and 100m with 5 minutes rest.....

1621 hits

80692019
Thesis
Kompetensi profesional guru mata pelajaran reka cipta Sekolah Menengah di Malaysia
Nur Faeeza Abd.Ghafar
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi profesional guru mata pelajaran Reka Cipta di sekolah menengah berdasarkan penilaian kendiri guru dan penilaian profesional pentadbir sekolah terpilih. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 270 guru dan 270 pentadbir yang telah dipilih secara rawak berstrata berdasarkan kategori jawatan, lokasi, umur dan tahun pengalaman mengajar. Instrumen kajian iaitu dua set soal selidik dibangunkan berdasarkan Model Standard Kompetensi Guru Malaysia. Soal selidik disahkan oleh tiga orang pakar. Kebolehpercayaan soal selidik daripada aspek ketekalan dalaman diukur menggunakan indeks Alpha Cronbach, α=0.84-0.97 untuk domain-domain yang diuji. Oleh itu, instrumen kajian didapati mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Berdasar penilaian kendiri, guru bersetuju bahawa mereka memiliki sikap profesional (M=4.01,SP=0.46), diikuti pengetahuan profesional (M=3.89,SP.....

2344 hits

80702019
Thesis
Analisis kompetensi pengetahuan,kemahiran dan sikap tenaga pengajar dalam melaksanakan amali pembuatan perabot di Malaysia
Mohd Zaini Osman
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kompetensi pengetahuan, kemahiran dan sikap tenaga pengajar dalam melaksanakan amali Pembuatan Perabot (PP) di Malaysia. Ketiga-tiga elemen kompetensi tersebut dipilih berdasarkan model kompetensi Iceberge. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 127 orang tenaga pengajar yang telah dipilih secara rawak berstrata berdasarkan kategori jantina, pengalaman tahun mengajar, opsyen dan syarat kelayakan mengajar. Instrumen kajian iaitu soal selidik diadaptasi berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK). Soal selidik disahkan oleh lima orang pakar. Kebolehpercayaan soal selidik daripada aspek ketekalan dalaman diukur menggunakan indeks Alfa Cronbach (α=0.98) untuk semua sub-konstruk. Oleh itu, instrumen kajian didapati mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Berdasarkan penilaian kendiri, tenaga pengajar bersetuju bahawa mereka memiliki kompetensi sik.....

4661 hits

[ First ] [ Prev ] Page 807 of 1213 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.