UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Latest addition to the database : |
8271 | 2018 Article | Analisis persejarahan baharu dalam novel `1515` Ghazali Taib Kajian ini bertujuan untuk menganalisis unsur-unsur sejarah baharu dalam novel `1515` dari perspektif Persejarahan Baharu. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan. Sumber utama data kajian ialah novel `1515` karya Faisal Tehrani (2003). Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dan dibincangkan secara deskriptif berpandukan idea teori Historisisme Baru oleh Stephen J. Greenblatt. Berdasarkan analisis yang dilakukan, kajian ini mendapati enam unsur sejarah baharu yang penting yang dapat dikenal pasti iaitu kisah watak wanita Nyemah Mulya dalam era pemerintahan sultan Mahmud Shah, kisah keperwirawati tokoh wanita Nyemah Mulya menentang Feringgi di Melaka, Alfonso Albuquerque mati dibunuh Nyemah Mulya, tokoh wanita memimpin armada perang Melaka menyerang Lisbon, Portugal ditakluk Melaka dan orang Melayu membina empayar pemerintahan di Portugal pada tahun 1515 hingg 1580. Kajian ini juga mendapati unsur sejarah baharu yang terdapat dalam novel mempunyai kaitan langsung deng..... 852 hits |
8272 | 2018 Article | Akal budi dalam peribahasa Melayu Sarawak Abang Patdeli Abang Muhi Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis genre dan akal budi yang terdapat dalam peribahasa Melayu Sarawak. Reka bentuk kajian ialah kajian kepustakaan yang bertujuan untuk mengenal pasti jenis peribahasa yang terdapat dalam beberapa buah buku berdasarkan pendekatan induktif daripada aspek genre dan akal budi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis peribahasa, menjelaskan struktur peribahasa dan menganalisis akal budi dalam peribahasa. Teori Peribahasa Za’ba dan Teori Semantik Geoffrey Leech diaplikasikan dalam kajian ini. Teori Za’ba digunakan untuk menentukan jenis-jenis dan fungsi peribahasa. Teori Leech menghuraikan jenis-jenis makna kiasan dan unsur-unsur akal budi. Data kualitatif kajian dipungut berdasarkan temu bual dua orang informan yang merupakan penutur asli Bahasa Melayu Sarawak. Kriteria pemilihan informan adalah tokoh rujukan yang berusia, berwibawa dan berkearifan mengenai sastera lisan Melayu Sarawak. Salah seorang daripada informan ialah pe..... 1096 hits |
8273 | 2018 Article | The effects of flipped classroom instructions on students motivation in algebraic component Mohd Zamri Abdullah The Ministry of Education Malaysia (MoE) has suggested using Flipped Classroom (FC) teaching method as an innovation in the teaching of additional mathematics especially in algebra. The suggestion of using FC is very much related to the concept of 21th Century Classroom that emphasizes good communication, collaboration, critical as well as creative thinking. This quasi-experimental research was carried out to determine the effects of FC on the motivation of students taking additional mathematics. Treatment group (n = 36) was treated with FC methods, whereas control group (n = 34) received conventional methods of learning additional mathematics. To control the difference in dependent variables, a pre-test was given before the experiment started. After nine weeks of treatment, both groups were given a post-test. The motivational questionaire on additional mathematics was used as a tool to collect the data. In determining the difference of data between treatment and control groups, the pr..... 1114 hits |
8274 | 2018 Article | Tahap kebiasaan, kefahaman konseptual, penguasaan dan minat terhadap kemahiran proses sains dalam kalangan guru sains Ang, Shu Zen Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan dalam tahap kebiasaan, kefahaman konseptual, penguasaan dan minat terhadap Kemahiran Proses Sains (KPS) dalam kalangan guru sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) berdasarkan pengalaman mengajar, opsyen, tahap yang diajar, umur dan bilangan kursus sains yang pernah dihadiri. Kajian ini menggunakan model penilaian jenis Context Input Process Product (CIPP) yang diasaskan oleh Stufflebeam. Pendekatan kuantitatif dengan kajian tinjauan keratan rentas digunakan dalam kajian ini. Teknik pensampelan yang digunakan adalah pensampelan rawak kluster yang melibatkan kesemua 70 orang guru sains SJKC di kluster Daerah Muallim di Perak. Tiga jenis instrumen kajian digunakan iaitu soal selidik, ujian bertulis dan ujian objektif aneka pilihan. Analisis inferens yang melibatkan Ujian Mann-Whitney dan Ujian Kruskal- Wallis digunakan untuk mengenal pasti perbezaan berdasarkan kumpulan demografik. Dapatan kajian menunjukkan, dari segi tahap kebiasaa..... 443 hits |
8275 | 2018 Article | Pembangunan komik stem tahun satu untuk mata pelajaran Sains dan Matematik Norazilawati Abdullah Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Komik STEM tahun satu untuk mata pelajaran sains dan matematik. Komik STEM ini dibangunkan berdasarkan kepada model Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Kandungan (TPACK). Pembangunan kandungan komik ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pembinaan komik STEM dan fasa penilaian Komik STEM. Walaubagaimanapun, artikel ini hanya membincangkan kepada fasa pembangunan komik STEM. 13 orang Guru Cemerlang sains dan matematik dari daerah Hulu Langat terlibat dalam analisis sukatan mata pelajaran sains dan matematik tahun satu dan penyediaan skrip manakala ilustrator komik STEM dibuat oleh 2 orang pensyarah dari Fakulti Seni. Komputeran dan Industri Kreatif dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hasilnya, sebuah Komik STEM yang mengandungi 10 siri gabungjalin kandungan tajuk dalam matapelajaran sains dan matematik tahun satu telah berjaya dibangunkan. Komik ini dijangka menarik minat serta meningkatkan pencapaian murid tahun satu dalam matapelajaran sains da..... 952 hits |
8276 | 2018 Article | Keupayaan menyelesaikan masalah Matematik berayat menggunakan strategi melukis gambar rajah dalam kalangan murid tahun 3 sekolah rendah Norazlin Mohd Rusdin Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan murid Tahun 3 sekolah rendah menyelesaikan masalah matematik berayat berdasarkan Model Penyelesaian Masalah Polya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Pemilihan peserta kajian dilakukan secara persampelan bertujuan dan melibatkan seorang peserta Tahun 3 di sebuah sekolah kebangsaan di Daerah Kinta Utara. Peserta ini berada pada tahap penguasaan baik dalam matematik. Pengumpulan data menggunakan Teknik Think Aloud, Protokol Temu Bual dan Senarai Semak Pemerhatian. Dapatan kajian yang berbentuk rakaman video, skrip penulisan penyelesaian masalah dan catatan penyelidik dianalisis secara kualitatif melalui lima proses iaitu penerokaan data kajian, transkripsi, mengorganisasi, pengkodan dan analisis dapatan. Analisis menjelaskan proses penyelesaian masalah oleh murid merujuk kepada Model Polya, khususnya strategi melukis gambar rajah. Hasil kajian menunjukkan peserta telah melaksanakan proses me..... 662 hits |
8277 | 2018 Article | Kesan ejen pedagogi dan rangsangan multimedia dalam koswer nutri-score terhadap kemahiran berfikir aras tinggi Norsaliza Sabu Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menguji kesan penggunaan koswer Nutri-Score dengan ejen pedagogi beranimasi bagi topik Nutrisi dalam Biologi Tingkatan Empat. Reka bentuk eksperimen kuasi digunakan. Persampelan kelompok tiga tahap dilaksanakan untuk memilih 181 responden dari masing-masing dua sekolah menengah di Kedah dan Pulau Pinang. Kumpulan rawatan mempelajari Nutrisi melalui Nutri-Score. Kumpulan kawalan mempelajari Nutrisi secara lazim. Pembolehubah-pembolehubah bersandar ialah kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran mengelaskan, kemahiran membandingbeza dan kemahiran menyelesaikan masalah mengikut Taksonomi Baru Model Marzano. Dapatan dianalisis dengan menggunakan ujian MANCOVA. Skor ujian pra dijadikan kovariat. Didapati penggunaan Nutri-Score telah meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran mengelaskan dan kemahiran membandingbeza secara signifikan. Justeru, reka bentuk dan pembangunan Nutri-Score boleh dijadikan panduan berguna untuk mereka bentuk da..... 588 hits |
8278 | 2018 Article | Keberkesanan pendekatan model bar dalam penyelesaian masalah berayat Matematik operasi tolak tahun empat Yap, Ji Lin Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meninjau pelaksanaan pendekatan kaedah model bar dalam penyelesaian masalah berayat operasi tolak dalam kalangan murid Tahun Empat di daerah Seremban, Negeri Sembilan dalam menyelesaikan masalah operasi tolak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pelaksanaan kaedah model bar dalam meningkatkan pencapaian murid dalam penyelesaian masalah berayat Matematik operasi tolak dan sejauh mana kaedah bar model menaik minat murid dalam menjawab soalan penyelesaian masalah berayat Matematik operasi tolak. Metodologi kajian ini menggunakan kajian tindakan yang mengaplikasikan model Kemmis & Mctaggart (1988). Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2 digunakan untuk membandingkan pencapaian murid sebelum dan selepas diajar pendekatan model bar. Borang soal selidik juga digunakan untuk mengetahui perasaan dan tahap minat murid terhadap penggunaan kaedah model bar. Dapatan kajian menunjukkan 100%..... 398 hits |
8279 | 2018 Article | A factor analysis of students attitudes towards statistics in higher learning institution Malaysia Rosnalini Mansor Attitudes toward statistics have received a great attention by academic and researcher in statistics and mathematics education. This paper investigates students’ attitudes towards statistics in one of the Malaysia higher education institution and determined the factors that explain the attitude of students toward statistics. Stratified sampling method was used to select 274 respondents from 18 classes Elementary Statistics course. The attitudes toward statistics were measured using the Survey Attitude Towards Statistics (SAT-36) scale. Factor analysis was applied to identify the factors on students’ attitude toward statistics. Findings from factor analysis revealed that seven factors that explain the attitude of the students were self-determination, cognitive competence, effort, value of statistics in professional life, difficulty, statistical solving and value of statistics in everyday life. The results suggested that statistics should be demonstrated in more practical way for dev..... 773 hits |
8280 | 2018 Article | Pengaruh guru, rakan sebaya dan sokongan keluarga terhadap keterlibatan matematik dalam kalangan murid sekolah menengah Ahmad Fauzi Mohd Ayu Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh guru, kesepaduan murid dan penglibatan keluarga terhadap keterlibatan matematik dalam kalangan murid sekolah menengah di Pulau Pinang. Seramai 155 orang murid daripada pelbagai sekolah terlibat dalam kajian yang dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min keseluruhan keterlibatan murid dalam matematik adalah 3.60 (SP = .41). Secara terperinci, keterlibatan murid dalam matematik adalah lebih secara tingkahlaku (M = 3.76, SP = 0.56) diikuti oleh domain afektif (M = 3.56, SP = .42) dan domain kognitif (M = 3.55, SP = 0.41). Dapatan kajian juga mendapati semasa proses pembelajaran dan pengajaran matematik, murid mendapat sokongan yang baik daripada guru (M = 3.80, SP = 0.56), kesepaduan murid (M = 3.65, SP = 0.53) dan penglibatan ibu bapa (M = 3.32, SP = 0.71). Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara penglibatan ibu bapa (r = .515; p < .001), sokongan guru (r = .494, p < .001) dan kesepaduan mu..... 1567 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 828 of 1077 | [ Next ] [ Last ] |