UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
82912021
Thesis
Tahap penguasaan kemahiran asas mengajar aspek media digital guru pelatih pendidikan khas
Nur Fittrah Hassan
Kajian ini bertujuan mengkaji tahap penguasaan guru pelatih pendidikan khas terhadap kemahiran asas mengajar aspek media digital. Reka bentuk soal selidik kajian tinjauan ini dianalisis menggunakan pendekatan kuantitatif yang terdiri daripada statistik deskriptif. Objektif kajian adalah mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran asas mengajar aspek media digital guru pelatih pendidikan khas bagi menyumbang kepada amalan pengintegrasian revolusi pendidikan 4.0 dalam pengajaran dan pemudahcaraan di program pendidikan khas integrasi. Seramai 45 orang guru pelatih pendidikan khas dipilih sebagai responden kajian melalui pensampelan tujuan bagi mewakili populasi guru pelatih pendidikan khas. Instrumen kajian diadaptasi daripada modul penilaian pengajaran, teknologi dan pentaksiran latihan perguruan dan telah mendapat kesahan daripada dua orang pakar bidang Pendidikan Khas dengan nilai Cronbach Alpha, α = 0.736 dan Cohen Kappa, κ = 1.0 adalah diterima. Hasil analisis kajian pada .....

8956 hits

82922021
Thesis
Pengaruh kepimpinan transformasional guru besar terhadap pembangunan profesional guru prasekolah kebangsaan di negeri Perak
Zuriani Hanim Zaini
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh kepimpinan transformasional guru besar terhadap pembangunan profesional guru prasekolah kebangsaan di negeri Perak. Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan deskriptif. Sampel kajian yag dipilih adalah seramai 260 orang guru prasekolah kebangsaan dari 808 orang guru prasekolah dari seluruh negeri Perak. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini adalah dengan menggunakan soal selidik. Instrumen kajian ini telah diadaptasi daripada Leadership Practice Inventory (LPI) dan Model Readiness, Planning, Training, Implementation and Maintenance (RPTIM). Hasil dapatan menunjukkan tahap kepimpinan transformansional guru besar (min = 3.96) dan tahap pembangunan profesional guru prasekolah (min = 4.00) berada di tahap yang tinggi. Analisis Anova sehala menunjukkan tidak terdapat kesan utama antara faktor tahap pendidikan guru: F (3,256) = .331, p = .80) dan faktor tempoh perkhidmatan guru: F (3,356) = .1.96,.....

1982 hits

82932021
Thesis
Pengurusan intelek kanak-kanak berdasarkan prinsip kepimpinan dalam animasi Upin dan Ipin
Norsaliza Mohd Shuhaini
Kehebatan dalam pembangunan teknologi dan perisian evolusi animasi tempatan menular seiring  dengan   perkembangan  pembelajaran  kanak-kanak.  Ketinggian  daya  fikir  yang terkandung  dalam   penceritaannya    mempamerkan  kesignifikanan  dan  kerelevanannya untuk  mendidik  kanak-kanak   melalui  pengalaman  dalam  multimedia.  Sehubungan  itu, objektif kajian ini dijalankan adalah  untuk pertama, mengenal pasti dimensi yang terdapat dalam  Prinsip  Kepimpinan  berdasarkan   kandungan  transkripsi  video  animasi  Upin  dan Ipin  terpilih;  kedua,  menganalisis  kandungan   transkripsi  video  animasi  Upin  dan  Ipin terpilih  dalam  menguruskan  intelek  kanak-kanak   berdasarkan  Prinsip  Kepimpinan;  dan ketiga,  merumuskan  keupayaan  kepimpinan  menguruskan   intelek  kanak-kanak  dalam transkripsi   video   animasi   Upin   dan   Ipin   terpilih.   Kajian    ini   dijalankan   denga.....

2867 hits

82942021
Thesis
Starategi dan pengalaman latihan kemahiran psikologi dalam pasukan ragbi kebangsaan semasa pertandingan Asia Rugby Championship 2018
Ahmad Fadzlee Ahmad Idriss
Kajian  ini  bertujuan  menilai  strategi  dan  pengalaman  latihan  kemahiran  psikologi dalam    pasukan   ragbi   kebangsaan   Malaysia   semasa   pertandingan   Asia   Rugby Championship 2018.  Teori Weinberg dan Gould telah digunakan dalam kajian ini yang berfokuskan  kepada  kesan  strategi   dan  pengalaman  terhadap  kemahiran  psikologi sukan  yang  terdiri  daripada  penetapan   matlamat,  automacity,  kata  kendiri,  kawalan emosi, imageri, pengaktifan, relaksasi, pemikiran  negatif dan gangguan.   Kajian kes digunakan  sebagai  reka  bentuk  kajian.  Peserta  kajian   terdiri  25  orang  pemain  yang mewakili  Malaysia  di  kejohanan  Asia  Rugby  Championship   2018. Instrumen  kajian terdiri  daripada  satu  set  soal  selidik  Test  of  Performance   Strategies  2  (TOPS2)  dan protokol temu bual. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan  statistik deskriptif dan  inferens .....

1820 hits

82952021
Thesis
The reality of teaching Arabic language in womens mosque in Henan province, China
Li, Qing Mei
The main objective of this study is to know the reality of teaching Arabic in women's mosques in  Henan Province, China, especially in the field of teaching methods and the problems faced by female  teachers and female students during teaching and learning Arabic. The study was based on the  historical method of discovering the establishment of women mosques in Henan and its teaching  Arabic language. The field approach was used to highlight the teaching methods and the problems  that teachers and students face when teaching and studying the Arabic language through the method  of observation and interview. The study also used descriptive and analytical methods. Data  collection was two questionnaires one of them for teachers and another one for students. It has two  sections. First, bio data of teachers and students. Second, general information that includes  teaching methods by Arab teachers, problems faced by them and students in teaching  and  learning   Arabi.....

1346 hits

82962021
Thesis
Analisis ciri repertoir, teknik vokal dan kaedah latihan koir cemerlang sekolah rendah
Joshua Raj Pitchemuthu
Pertandingan  koir  merupakan  satu  medan  persaingan  yang  hebat  antara  sekolah- sekolah  rendah  yang  bertanding.  Persaingan  ini  wujud  kerana  pasukan koir  masing- masing  ingin   memperoleh  pingat  emas,  meningkatkan  mutu  ataupun  menunjukkan kualiti  persembahan  mereka.   Oleh  itu,  kajian  ini  bertujuan  untuk  melihat  ciri-ciri repertoir,  penguasaan  teknik  vokal   dan  pelaksanaan  kaedah  latihan  kumpulan  koir berprestasi  cemerlang  untuk  memperoleh   kemenangan  dalam  pertandingan  koir  di kebangsaan dan di peringkat antarabangsa. Sebanyak tiga  buah kumpulan koir sekolah rendah berprestasi cemerlang di Negeri Selangor telah terlibat dalam  kajian ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan kaedah kualitatif. Data bagi  kajian ini diperoleh melalui tiga instrumen iaitu analisis dokumen, temu bual, dan pemerhatian.  Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses pemilihan rep.....

3339 hits

82972021
Thesis
Sikap keusahawanan dalaman, kompetensi keusahawanan dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan dalam kalangan guru prasekolah
Aqila Zahirah Zulfikri
Kajian   ini   bertujuan   untuk   mengenal   pasti   sikap   keusahawanan   dalaman, kompetensi  keusahawanan dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan dalam kalangan  guru  prasekolah  di   daerah  Hilir  Perak  dan  Kinta  Selatan.  Kajian  ini menggunakan teori tingkah laku terancang  oleh Azjen. Kaedah kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Populasi  kajian adalah seramai 149 orang  dan  pemilihan  sampel  secara  rawak  mudah  dengan  menggunakan   jadual persampelan  Krejcie dan  Morgan  yang melibatkan seramai 113  guru  prasekolah. Instrumen  kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang diadaptasi daripada Test for  Personel   Entrepreneurial  Competencies.  Soal  selidik  ini  telah  disahkan  oleh empat orang pakar  menggunakan Content Validity Index (CVI) dengan nilai CVI = 0.96  dan  kebolehpercayaan  soal  selidik  menggunakan  indeks  Cronbach  Alpha dengan nil.....

3799 hits

82982017
Thesis
Digital practices at home and school: a case study approach
Haslinda Hashim
The study illustrates children's digital practices in the Malaysian context. The 21 st century has witnessed an unprecedented expansion of and access to information for people who can use technology. Nowadays, information can be reached in the blink of an eye and is accessible at our fingertips. Since the 1990s, the internet revolution has helped people to search for information through their networked computers, and mobile gadgets have more recently made this even easier as people can carry information in their own pockets. However, this steady increase in internet usage and mobile device ownership, particularly among schoolchildren in Malaysia over the last few years, has been creating fear, anxiety and frustration. Due to a moral panic in Malaysia regarding children's online safety, to date the majority of the extant studies carried out in Malaysia are focusing on E-Safety instead of seeking a deeper understanding of the current digital practices among Malaysian children......

1463 hits

82992021
Thesis
Keunggulan kepengarangan Anwar Ridhwan dalam novel-novel terpilih
Mohamad Rosmizi Mahamad
Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kepengarangan novel Naratif  Ogonshoto dan novel Penyeberang Sempadan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif  dengan kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Asas  dan  dasar  kajian  ini   dianalisis  melalui  empat  prinsip  teori  Teksdealisme  iaitu prinsip kehadiran, prinsip  pelanggaran, prinsip pengukuhan dan prinsip individualisme. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa,  keunggulan Anwar Ridhwan dalam prinsip kehadiran   teori   Teksdealisme   telah   berjaya    menghadirkan   pengalaman   melalui pengembaraan,  pengalaman  perkhidmatan,  kehidupan  masyarakat   dan  penyelidikan yang dilakukan. Begitu juga prinsip pelanggaran yang membolehkan Anwar Rihdwan  berani mengemukakan pelanggaran tema dan persoalan, pelanggaran dari segi watak dan perwatakan  serta pelanggaran nilai kemanusiaan yang memberi pembaharuan idea dalam  kepengarangan.Â.....

1965 hits

83002019
Thesis
Burnout dan hubungannya dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru Tadika
Nurul Fatihah Setapa
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengkaji  hubungan  antara  burnout  dengan  kepuasan kerja dalam  kalangan guru Tadika Islam,Perak. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk   melihat   tiga    aspek   dalam   burnout   iaitu   keletihan   emosi,   gangguan keperibadian kendiri dan pencapaian  peribadi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan reka bentuk tinjauan  deskriptif. Seramai 118 orang guru Tadika  Islam,  Perak  dipilih  secara  rawak  untuk  dijadikan   sampel  bagi  kajian  ini. Satu set soal selidik yang terdiri daripada Maslach burnout inventory  (MBI-ES) di sediakan  oleh  Fatima  Eid  Zaid  dan  Majed  Mohammad  (2017)  digunakan  untuk  mengukur tahap burnout guru Tadika Islam,Perak dan satu set soal selidik Teacher Job Satisfaction  Questionnaire (TJSQ) disediakan oleh Cheng dan Chen (2011) di gunakan  bagi  mengukur  kepuasan   kerja  dalam  kalangan  guru.  Data  kajianÂ.....

3561 hits

[ First ] [ Prev ] Page 830 of 1182 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.