UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
83012019
Thesis
Mathematical models based on difference and differential equations for dengue disease mapping in Bandung Indonesia
Farah Kristiani
This study aimed to introduce a new alternative mathematical model for the discrete space-time  compartment models. The study focuses on the development of three new models. The first model is a  stochastic model which considers the age-structure based on the difference equation, also known as  the ASDE model to estimate the relative risk of dengue disease transmission. This model takes into  account the spatial correlation in determining  the  newly  infective  number  of  dengue  cases   which  can  be  applied  to juveniles and adults by using different birth and death probabilities.  The second model is the OBDE model which is based on the development of O blood-type differential  equation.  Lastly,  the  third  model  is  the  WADE  model,  which  is  also  known  as  Wolbachia-Aedes mosquito differential equation. The basic reproduction numbers (R0) of  OBDE  and   WADE  models  as  the  threshold  of  dengue  disease  transmi.....

1417 hits

83022019
Thesis
Penerapan unsur kesantunan berbahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah di Hulu Selangor
Asnida Gani
Kajian  ini  bertujuan  meneliti  penggunaan  dan  penerapan  amalan  kesantunan  berbahasa dalam   kalangan  guru  semasa  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  Bahasa  Melayu  di sebuah  sekolah   di  Hulu  Selangor.  Empat  orang  guru  Bahasa  Melayu  dipilih    sebagai peserta  kajian   berdasarkan  pengalaman  tahun    mengajar  yang  berbeza.  Empat  orang murid juga dipilih sebagai  peserta kajian secara berfokus. Kaedah kualitatif dengan reka bentuk  kajian  kes  di  sebuah   sekolah  di  Hulu  Selangor  digunakan  sebagai  metodologi kajian.   Temu   bual   dan    pemerhatian   dilakukan   terhadap   kelakuan   santun   guru, termasuklah  penggunaan  kata,   intonasi  dan  bahasa  badan  semasa  berinteraksi  dengan murid-murid  di  dalam  kelas  dan   keupayaan  mereka  menerapkan  amalan  kesantunan berbahasa ketika mengajar. Temu bual dan  pemerhatian juga dilakukan te.....

9566 hits

83032019
Thesis
Pendekatan gaya hibrid A+AGPD dalam visualisasi lukisan kajian architecture graphic presentation drawing (AGPD)
Maria Mohammad
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan memvisualkan, menganalisis dan  mencadangkan   pendekatan  gaya  hibrid  ‘A+AGPD’  Lukisan  Kajian  bagi  kursus Architecture Graphic Presentation  Drawing (AGPD) diploma Seni Bina Politeknik di Melaka. Masalah visualisasi AGPD telah menjejaskan  kelancaran pengajian sehingga 20%   pelajar   bertukar   program   akibat   kurang   menguasai    kemahiran   melukis. Pendekatan  kajian  kualitatif  berasaskan  reka  bentuk  fenomenologi  dan   kajian  kes digunakan. Data dikumpul melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis karya. Temu   bual  secara  mendalam  digunakan  bagi  mengenal  pasti  faktor-faktor  yang mempengaruhi    kemahiran   visualisasi.   Selain   itu,   temu   bual   secara   berfokus, pemerhatian  dan   analisis  karya  digunakan  bagi  mendapatkan  maklumat  tentang pendekatan hibrid juga digunakan.  Informan kajian terdiri .....

1765 hits

83042018
Thesis
Kesan pembelajaran berasaskan permainan digital terhadap pencapaian Matematik dalam kalangan murid sekolah rendah
Sayed Yusoff Syed Hussain
Kajian   ini   bertujuan   untuk   mengkaji   kesan   penggunaan   kaedah   pembelajaran berasaskan permainan digital (DGBL) terhadap pencapaian murid Tahun Satu. DGBL merupakan   strategi    pengajaran   berpusatkan   murid   yang   sesuai   dalam   proses pengajaran  dan  pembelajaran   (PdP)  matematik.  Topik  yang  dipilih  adalah  adalah Penambahan kurang daripada 100. Satu  permainan digital yang diberi nama  Mathgix telah  dihasilkan  untuk  dijadikan  bahan  bantu   belajar  dan  digunakan  semasa  proses PdP. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen yang  mana telah dijalankan di dua  buah  sekolah  di  Kelantan.  Seramai  78  orang  murid  terlibat   dan  mereka  telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 42 orang murid dalam kumpulan rawatan dan  36  orang  dalam  kumpulan  kawalan.  Jenis  kuasi  eksperimen  yang  digunakan  adalah Pre   and    Post   Test   of   Non-e.....

3867 hits

83052017
Thesis
Penghasilan Tubau menerusi amalan pembelajaran kendiri dalam kalangan penenun suku kaum Iranun di Kota Belud, Sabah
Zalia Abdullah@Wahab
Kajian ini bertujuan untuk menyelidik kaedah pembelajaran kendiri  yang diamalkan secara   tradisional  oleh  penenun  Tubau  suku  kaum  Iranun  dalam  mereka  corak  dan menghasilkan   Tubau  dengan  pelbagai  motif  dan  corak.  Kajian  ini  mengaplikasi pendekatan  kajian  kes   dengan  menggunakan  kaedah  pemerhatian  dan  temubual.  10 peserta   kajian   terlibat   dalam    mendapatkan   maklumat   kajian.   Dapatan   kajian menunjukkan    tiga    aspek    yang    signifikan    dalam    pembelajaran    kendiri    iaitu pemantauan kendiri,   pengurusan kendiri  dan motivasi, yang merupakan satu amalan dan kaedah   pembelajaran sepanjang hayat. Sebanyak 177  motif flora, 65 fauna, 55 geometri,  tiga  kosmos,  29  alam  benda,  dua  makanan  dan  25   kaligrafi  telah  berjaya dikenalpasti  dan  dikelompokkan  secara  sistematik  berdasarkan   ciri-ciri  semula  jadi motif  terseb.....

1378 hits

83062018
Thesis
Pembinaan dan penilaian modul pengajaran dan pembelajaran Matematik berasaskan model pengajaran dan pembelajaran kontektual
Maifalinda Fatra
Kajian  ini  bertujuan  membina  dan  menilai  modul  pengajaran  dan  pembelajaran matematik   berasaskan    model  pengajaran  dan  pembelajaran  kontektual  (PPMK). Kajian ini juga menguji  keberkesanan modul PPMK terhadap pemikiran kreatif dan keterampilan    sosial    pelajar    serta     menguji    pengaruh    pemikiran    kreatif    dan keterampilan sosial terhadap prestasi  pembelajaran pelajar.  Kajian ini menggunakan dua     kaedah,     iaitu     penyelidikan      pembangunan     dengan     langkah-langkah pembinaan  modul  yang  diubahsuai  daripada  model   Plomp  yang  melibatkan  (i) penyiasatan  awal;  (ii)  reka  bentuk  modul;  (iii)   realisasi/konstruksi;  (iv)    kesahan, kebolehpercayaan  serta  semakan;  dan  (v)  perlaksanaan   dan  penilaian.    Manakala penilaian   keberkesanan   modul   PPMK   menggunakan   kaedah    kuasi-eksperimen. Modul  PPMK  yang.....

1104 hits

83072019
Thesis
Pembinaan dan validasi rubrik pentaksiran kendiri kemahiran insaniah, E-Persona
Azliza Muhammad
Kajian ini bertujuan membina dan menentusahkan rubrik pentaksiran kendiri kemahiran insaniah,  e-persona.  Kajian ini mengadaptasi reka bentuk Design and Developmental Research (DDR) oleh Richey  dan Klein melibatkan empat fasa iaitu kajian keperluan, rekabentuk, pembinaan dan penilaian. Tiga  rubrik iaitu Rubrik Mendengar dengan Aktif dan   Memberi   Maklumbalas   (KOM2),   Mencari   Idea    dan   Mencari   Penyelesaian Alternatif  (BKMM3)  serta  Menganalisis  dan  Membuat  Keputusan   berkaitan  dengan Etika  (EM2)  telah  dibina.  Sampel  kajian  melibatkan  342  orang  pelajar   Kursus Pembangunan Sahsiah di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dipilih berdasarkan kaedah     pensampelan    rawak    berstrata    berkadaran.    Kesahan    konstruk    dan kebolehpercayaan  rubrik ditentukan menggunakan Model Pengukuran Rasch. Dapatan kajian menunjukkan bahawa rubrik yang  dibangunkan mempunyai kesahan konstruk yang .....

2060 hits

83082019
Thesis
Pelaksanaan program Bimbingan Tahfiz Bestari (PINTAR) sebagai medium tuisyen tahfiz separuh masa di negeri Pahang
Mohd Hasdi Mohamed
Kajian   ini   bertujuan   menilai   pelaksanaan   Program   Bimbingan   Tahfiz   Bestari (PINTAR) yang merupakan tuisyen tahfiz separuh masa di negeri Pahang. Kajian ini juga  mengkaji   Modul  LIQA  (Latihan  Intensif  Hafazan  Al-Quran)  yang  merupakan modul   utama   yang    digunakan   dalam   PINTAR   dalam   membantu   meningkatkan pencapaian hafazan pelajar. Pendekatan  kualitatif menerusi temubual telah digunakan sepenuhnya dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian  dijalankan secara persampelan bertujuan yang melibatkan 50 orang yang terdiri   daripada 5  pentadbir, 5 penyelaras, 10  guru  dan  30  pelajar.  Lima  buah  sekolah  telah  dipilih  yang   mewakili  kategori sekolah  menengah  kebangsaan  agama,  sekolah  agama  bantuan  kerajaan,   sekolah berasrama penuh, sekolah harian dan agensi kerajaan. Instrumen yang digunakan bagi kajian   ini  adalah  4  set  temubual  yang  memfokuskan.....

1761 hits

83092019
Thesis
Penggunaan platform VLE Frog dalam kalangan guru di sekolah rendah
Norliza Mohamed
Kajian ini bertujuan meninjau penggunaan platform persekitaran pembelajaran maya atau  Virtual  Learning  Enviroment  (VLE)  Frog  dalam  kalangan  guru  di  sekolah rendah.     Kajian  ini  mengukur  tahap  kegunaan,  pengetahuan,  minat  dan  kesediaan sumber  terhadap   penggunaan  platform  VLE  Frog  di  sekolah  rendah.    Pendekatan kuantitatif  berbentuk   tinjauan  digunakan  dalam  kajian  ini.    Kajian  melibatkan  260 orang  guru  Bahasa  Melayu  di   26  buah  sekolah  rendah  di  Shah  Alam,  Selangor. Dalam  kajian  ini,  instrumen  soal   selidik  dengan  empat  skala  likert  digunakan  bagi tujuan pengumpulan data.  Statistik  deskriptif digunakan  seperti min, sisihan piawai, kekerapan   dan   peratusan.   Pengujian   bagi    hipotesis   kajian   dilaksanakan   dengan menggunakan   korelasi   pearson.   Analisis    deskriptif   mendapati   tahap   kegunaan .....

1766 hits

83102019
Thesis
Kompetensi guru pendidikan awal kanak-kanak Taska dan Tadika
Nur Hafizaliyana Hassan
Kajian  ini  bertujuan  meneroka  ciri-ciri  guru  pendidikan  awal  kanak-kanak  (PAKK) yang kompeten berdasarkan perspektif pakar PAKK, pegawai kerajaan dan pengusaha TASKA dan TADIKA.  Kajian ini melibatkan 26 orang informan yang terdiri daripada tujuh  orang  pakar  PAKK,  tujuh   orang  pegawai  kerajaan  dan  12  orang  pengusaha TASKA  dan  TADIKA.  Temu  bual  separa   berstruktur  dijalankan  bagi  memperoleh data berkaitan ciri-ciri guru PAKK yang kompeten.  Analisis tematik yang dijalankan menghasilkan  empat  tema  utama   yang  menyokong  tinjauan   literatur   iaitu  ilmu pengetahuan,  kemahiran,  pengalaman  dan  sahsiah.  Dapatan  kajian   menunjukkan bahawa terdapat dua sumber ilmu pengetahuan guru PAKK, iaitu kelayakan akademik dan  program pembangunan profesional. Dari segi kemahiran, antara kemahiran yang perlu dimiliki oleh  guru PAKK yang kompeten ialah kemahiran pedagogi, kemahiran komunikasi,  kema.....

5403 hits

[ First ] [ Prev ] Page 831 of 1159 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.