UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
83112019
Thesis
Penglibatan ibu bapa dalam didikan kanak-kanak di Taska Kemas, Perak
Norjumira Abd Raof
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penglibatan ibu bapa dalam didikan kanak- kanak  di  TASKA  KEMAS,  Perak.  Objektif  kajian  ini  ialah  untuk  mengenal  pasti tahap   penglibatan  ibu  bapa  daripada  perspektif  ibu  bapa  dan  guru  serta  mengkaji kerjasama  ibu   bapa  di  TASKA  KEMAS.  Kajian  tinjauan  menggunakan  instrumen soal selidik dan kajian  kualitatif menggunakan temu bual. Sampel terdiri daripada 47 orang  ibu  bapa  dan  28  orang  guru   TASKA  KEMAS.  Data  kuantitatif  dianalisis menggunakan  statistik  deskriptif  seperti  min,   sisihan  piawai  dan  peratusan.  Data kualitatif  pula  dianalisis  secara  tematik  oleh   Boyatzis  (1998)  berdasarkan  transkrip temu bual. Dapatan kuantitatif menunjukkan penglibatan ibu  bapa daripada perspektif mereka  berada  pada  tahap  yang  sederhana  (min  =  3.234,  SP  =   0.757).  Daripada perspektif  guru pula, penglibat.....

1743 hits

83122019
Thesis
Penerimaan dan penggunaan Blended Learning dalam kalangan guru sekolah rendah
Farid Helmi Mohamad Noor
Kajian ini bertujuan menganalisis penerimaan dan penggunaan Blended Learning (BL) dalam kalangan guru sekolah rendah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes melibatkan  pentadbiran soal selidik. Populasi kajian terdiri daripada 549 orang guru yang mengajar di sekolah  rendah dalam Daerah Mersing, Johor. Sampel kajian terdiri daripada 217 orang guru dipilih  berdasarkan teknik pensampelan rawak. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan  inferensi seperti min, peratusan, sisihan piawai,  Ujian-t  Sampel  Bebas,  Analisis  Varians  Satu   Hala  (ANOVA),  Korelasi Pearson  r  dan  Regresi  Berganda.  Teori  Unified  Theory  of   Acceptance  and  Use  of Technology (UTAUT) yang telah diadaptasi digunakan sebagai kerangka  konseptual kajian  yang  mengandungi  elemen-elemen  seperti  Pengaruh  Sosial  (SI),  Jangkaan  Prestasi (PE), Jangkaan Usaha (EE), Keadaan Kemudahan (FC), Niat Tingkah Laku (BI) dan Penggunaan  Tin.....

2641 hits

83132020
Book
Pustaka menerajui masyarakat berilmu
Siti Sumaizan Ramli
syukur hanya kepada Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya, buku Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu ini dapat disiapkan. Sesungguhnya segala nikmat yang diberikan kepada kita seharusnya menyedarkan kita bahawa amanah yang kita pikul sebenarnya akan dapat dilaksanakan jika kita berusaha dan sabar melakukannya. Setiap hari kita melalui pelbagai peristiwa, setiap peristiwa memberi makna yang tersendiri. Semua itu adalah diary dan sebagai gedung ilmu di institusi pengajian, perpustakaan berusaha untuk merakam serta menyimpan segala aktiviti dan peristiwa yang berlaku, kelak ia menjadi rujukan dan kenangan masa silam. Perpustakaan Tuanku Bainun tidak ketinggalan turut bersama menyokong program Malaysia Membaca dengan pengisian pelbagai kempen dan aktiviti berkaitan buku antaranya ialah wacana buku, bicara karya, diskusi karya, forum, kafe ilmu dan pelbagai istilah lagi digunakan. Program-program seperti ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan minat membaca dengan mengadakan pelbagai aktiv.....

1056 hits

83142019
Thesis
Personaliti lima utama dan tekad keusahawanan dalam kalangan pelajar pra universiti di sekolah sukan Malaysia
Nik Adlina Nik Abdul Adel
Kajian   ini   dijalankan   untuk   mengenal   pasti   personaliti   lima   utama   dan   tekad keusahawanan  pelajar  pra  universiti  di  Sekolah  Sukan  Malaysia.  Model  Personaliti Lima  Utama dan Teori Tingkah Laku Terancang digunakan dalam kajian ini. Pengkaji mengaplikasikan    pendekatan   kuantitatif   menggunakan   kaedah   tinjauan.   Pemilihan sampel   dibuat    berdasarkan   pensampelan   rawak   mudah   mengikut   pembahagian berkadaran  dengan  menggunakan   soal  selidik.  127  responden  yang  terdiri  daripada pelajar  pra  universiti  di  Sekolah   Sukan  Bukit  Jalil,  Sekolah  Sukan  Tengku  Mahkota Ismail  dan  Sekolah  Sukan  Malaysia  Pahang   dipilih  sebagai  sampel  kajian.  Analisis deskriptif  dan  inferensi  iaitu  analisis  ujian-t,   analisis  korelasi  serta  analisis  regresi berganda  digunakan  untuk  menganalisis  data.  Nilai   min .....

2105 hits

83152019
Thesis
Perkembangan motif catan Batik Fatimah Chik dalam seni lukis moden di Malaysia
Wan Nurul Hasyyati Mohd Pauzi
Penyelidikan ini bertujuan meneliti  Perkembangan Motif Catan Batik Fatimah Chik dalam Seni Lukis  Moden Malaysia sekitar tahun 1980-an hingga 2008. Reka bentuk penyelidikan menggunakan kaedah  kualitatif melalui pendekatan sejarah (historical) dalam  merungkai  tiga  objektif  kajian  bagi   mengupas  keselarian  dan  perbezaan perkaitannya   melalui   teknik,   motif,   kaedah   dan    gaya   yang   dipraktikkan   bagi memperolehi kesahihan maklumat. Analisis kajian ini melibatkan 12  buah karya catan batik kesemuanya bagi menjawab ketiga-tiga persoalan kajian. Terdapat empat teknik  pengumpulan data yang diaplikasikan dalam penyelidikan ini iaitu pemerhatian, temu bual,  rakaman   visual  dan  analisis  dokumen.  Dapatan  kajian,  menunjukkan  bahawa tahap  perkembangan  motif   dalam  karya  catan  batik  beliau  terdapatnya  perubahan melalui  gaya  dan  persembahan   mengikut  trend  semasa  aliran  seni  luk.....

1979 hits

83162019
Thesis
Hubungan antara kemudahgunaan, kebergunaan dan keseronokan dengan sikap terhadap realiti berperanta(AR) dalam kalangan murid bagi subjek Bahasa Inggeris
Nor Azura Mohamed Shapri
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan kemudahgunaan, kebergunaan dan  keseronokan   dengan  sikap  terhadap  penggunaan  Augmented  Reality  (AR)  dalam pembelajaran  subjek  Bahasa   Inggeris.  Kerangka  konseptual  kajian  ini  dibina  dengan berpandukan  Technology  Acceptance   Model  oleh  Davis. Sampel  kajian  terdiri daripada 60 orang murid tahun lima di salah sebuah  sekolah di daerah Parit Buntar, Perak. Kaedah kuantitatif  dengan  reka  bentuk  kajian  kes  telah   digunakan.  Instrumen  kajian  terdiri daripada  satu  set  soal  selidik  telah  digunakan.  Data   empirikal  kajian  dianalisis  dengan menggunakan  analisis  deskriptif  dan  inferens.  Analisis   deskriptif  menerangkan  faktor- faktor  demografi  murid  manakala  statistik  inferens  iaitu   korelasi  digunakan  untuk menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Dapatan kajian  menunjukkan bahawa  te.....

1622 hits

83172019
Thesis
Amalan literasi ibu bapa dengan perkembangan bahasa kanak-kanak tiga tahun di taska Putrajaya
Najwa Ahmad
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh amalan literasi ibu bapa terhadap perkembangan   bahasa   kanak-kanak   tiga   tahun   di   TASKA   di   Putrajaya. Pendekatan   kuantitatif  menggunakan  Kaedah  Tinjauan  telah  dilaksanakan  bagi kajian   ini.      Pemilihan    sampel   kajian   kanak-kanak   menggunakan   kaedah persampelan  rawak berlapis  yang melibatkan  100 orang kanak-kanak tiga tahun yang bersekolah di TASKA di Putrajaya. Pemilihan sampel kajian ibu  bapa pula menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Borang Soal Selidik Ibu Bapa dan Borang  Perkembangan  Bahasa Kanak-kanak berpandukan borang senarai  semak Boddum (2013) telah digunakan  dalam kajian ini. Data kajian dianalisis dengan menggunakan  analisis  deskriptif  dan  korelasi   melalui  program  Pakej  Statistik untuk Sains Sosial (SPSS). Dapatan kajian mendapati bahawa 51%  perkembangan bahasa kanak-kanak tiga tahun di TASKA berada di taha.....

2504 hits

83182019
Thesis
Analisis kesediaan guru terhadap integrasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Sandra Suffian
Kajian   ini   bertujuan   untuk   meneliti   kesediaan   guru   dalam   mengintegrasikan kemahiran  berfikir  aras  tinggi  (KBAT)  berdasarkan  aspek  pengetahuan,  kemahiran dan sikap  semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) prasekolah dilaksanakan. Pendekatan kualitatif  dengan reka bentuk Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini.  Instrumen  kajian  terdiri   daripada temu  bual,  pemerhatian  dan  analisis  dokumen yang  melibatkan  seramai  15  orang   guru  prasekolah.  Data  dianalisis  menggunakan Kaedah  Hermeneutik  yang  berbentuk  interpretasi   teks  kepada  metateks.  Dapatan kajian   menunjukkan   guru   prasekolah   menumpukan   tiga    daripada   empat   tahap pemikiran  KBAT  yang  terdapat  dalam  Kurikulum  Standard Prasekolah  Kebangsaan (KSPK), iaitu mencipta, mengaplikasi dan menganalisis dalam penulisan Rancangan  Pengajaran Harian  (RPH).  Guru  kerap menggu.....

4745 hits

83192019
Article
Surfactant-assisted imidacloprid intercalation of layered zinc hydroxide nitrate:synthesis, characterisation and controlled resease formulation
Norhayati Hashim
A neutrally charged insecticide, imidacloprid (IC), has been intercalated into zinc hydroxide nitrate (ZHN) with the assistance of sodium dodecylsulphate (SDS). The presence of SDS assists the intercalation of IC by forming a hydrophobic region in the interlayer gallery of ZHN. The intercalated compound, ZHN–SDS–IC, was characterised using powder X-ray difraction (PXRD), thermogravimetric analysis, Fourier transform infrared spectroscopy, elemental analysis, feld emission scanning electron microscopy, and gas sorption analysis. The PXRD studies demonstrated intercalation peaks at lower 2θ, which confrmed the intercalation of IC and SDS in the interlayer gallery of ZHN. The release and kinetic studies of ZHN–SDS–IC reveals that the IC were successfully released in controlled manner (with release time up to 1478 min), and were governed by pseudo second order kinetic model. The ZHN–SDS–IC synthesised is hopefully benefcial in overcoming the consequences of excessive usage of .....

709 hits

83202019
Article
Release behavior of dichlorprop from zn/al-ldh-dichlorprop nanocomposite into chloride, carbonate and phosphate solutions
Norhayati Hashim
A release study of dichlorprop phenoxyherbicides from the interlayer of a Zn/Allayered double hydroxide-dichlorprop nanocomposite was performed with various concentrations of sodium chloride, sodium carbonate and sodium phosphate and a mixture of sodium chloride, sodium carbonate and sodium phosphate in aqueous solution. The release study of dichlorprop showed that release is dependent on the concentration of the aqueous solution. The accumulated release percentage of dichlorprop phenoxyherbicides into the solution was found to be higher in solutions containing carbonate, phosphate, and a mixture of carbonate or phosphate anions. Confirmation of the releaseprocess was confirmed by the PXRD pattern of the powder recovered from highly concentrated solutions of sodium chloride, sodium carbonate, and sodium phosphate with basal spacing of 7.8 Å, 7.6 Å and 7.4 Å, is due to chloride, carbonate, and phosphate intercalation, respectively. The kinetic study revealed that dichlorprop release .....

636 hits

[ First ] [ Prev ] Page 832 of 1159 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.