UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
84512018
Thesis
Interactions between plant growth promoting microorganisms (pgpm) and biochar
Asilah Abdul Mutalib
Rhizobia are frequently used in the agriculture sector to enhance legume growth and improve soil fertility. There is growing interest in utilizing biological nitrogen fixation as a means of increasing the potential for sustainable intensification of food production whilst simultaneously reducing environmental damage caused by overuse of chemical fertilisers. Biochar, a recalcitrant carbon-rich product of pyrolysis which may be added to soil as a fertilizer or as a soil improver, alters soil physico-chemical properties usually by acting as a liming agent, by increasing water holding capacity or by modifying cation exchange capacity. The effects of biochar on the soil microbial community are not fully understood. Therefore, the main aim of this investigation was to evaluate the effects of biochar on the Rhizobium-legume relationship and determine whether biochar could increase legume growth. To achieve this aim, a series of growth experiments were carried out under controlled conditions .....

1041 hits

84522018
Thesis
Environmental effects on the biology of the cestode Schistocephalus solidus and its interactions with aquatic hosts
Zalina Ismail
The broad aim of the work undertaken in this thesis was to increase understanding of how environmental changes in aquatic environments impact host-parasite interactions in the experimentally amenable copepod - three spined stickleback - Schistocephalus solidus model using controlled, laboratory experiments. In natural environments, animals are being exposed to a suite of anthropogenic stressors including temperature and heavy metal pollution. In this thesis the effects of temperature and heavy metals pollution are studied to determine the effect of these stressor on the growth development, survival and life cycle of both hosts and parasites. This thesis first investigated the effect of the temperature on the survival of infective free­ swimming stages (coracidia) of Schistocephalus solidus, and their subsequent development as procercoid larvae in copepods (first intermediate hosts). The survival of coracidia was temperature-dependent, with the longest survival times at I 0°C, and bei.....

1676 hits

84532017
Thesis
Electrochemical sensor of copper, nickel and mercury using fenchone diazine ligand complexes-modified multiwalled carbon nanotubes paste electrodes
Mohamad Idris Saidin
This study aims to develop a modified multiwalled carbon nanotubes paste electrodes based fenchone azine ligand complexes for detecting copper, nickel and mercury. The fenchone diazine ligand complexes were characterized by using nuclear magnetic resonance spectroscopy, Fourier transform infrared spectroscopy, X-ray photoelectron spectroscopy, energy-dispersive X-ray spectroscopy, X-ray diffraction spectroscopy, scanning electron microscopy and transmission electron microscopy. The electrochemical properties of the modified electrodes were determined using square wave stripping voltammetry, cyclic voltammetry and electrochemical impedance spectroscopy. The results show that under optimal conditions, the electrodes showed a linear range between 0.1 nM and 1.0 µM, 10 nM and 1.0 µM, 5.0 µM and 0.1 mM with the limit of detection of 80 pM, 7.4 nM and 3.7 µM for detection of copper, nickel and mercury respectively. The interferences from Ba2+, Ca2+, Cd2+, Ce3+, Co2+, Cu2+, Pb2+, Mn2+, Mg.....

1425 hits

84542017
Thesis
Kesan model instruksi TGfU dan set terhadap konfigurasi permainan bola baling murid tingkatan dua
Vanitha Palaniappan
Kajian ini bertujuan untuk menyiasat kesan instruksi permainan berasaskan model TGfU, Stail Pedagogikal SET dan Model Konvensional terhadap murid lelaki tingkatan dua dalam prestasi pelaksanaan kemahiran dan keupayaan membuat keputusan taktikal (hantaran dan jaringan) dalam permainan mini 4 lawan 4, serta keseronokan penglibatan dalam permainan bola baling. Kajian ini juga menggunakan penulisan nota refleksi bagi meneroka tanggapan murid tentang proses instruksi. Reka bentuk kajian ini adalah kuasi-eksperimen pra-pasca ujian dengan dua kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan. Sampel seramai N=96 pelajar yang berumur 13-14 tahun diagihkan secara rawak dan seimbang kepada tiga kumpulan n=32. Instrumen kajian kuantitatif terdiri dari Instrumen Penilaian Prestasi Permainan (GPAI) dan Skala Keseronokan Aktiviti Fizikal (PACES), serta nota refleksi digunakan bagi kajian kualitatif. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan ANCOVA dan post-hoc, manakala data kualitatif dianalisis berd.....

1090 hits

84552018
Thesis
Tahap bawah sedar dan proses informasi ke arah peningkatan kognisi dalam penulisan karangan bahasa Melayu pelajar sekolah menengah
Sriraj Durailimgam
Kajian ini bertujuan meneliti Tahap Bawah Sedar (TBS) dan proses informasi dalam penulisan karangan Bahasa Melayu (BM) ke arah peningkatan kognisi pelajar sekolah menengah. Kaedah kualitatif dengan pendekatan Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian terdiri daripada soalan berbentuk pendapat pelajar, soalan berbentuk pendapat guru dan analisis dokumen berbentuk penulisan karangan. Responden adalah terdiri daripada 40 orang pelajar tingkatan 4 yang menjawab soalan berbentuk pendapat pelajar, 2 orang guru yang menjawab soalan berbentuk pendapat guru dan 60 orang pelajar dari kategori pencapaian sederhana yang menjawab soalan analisis dokumen berbentuk penulisan karangan. Data dianalisis menggunakan pendekatan Hermeneutik yang berbentuk interpretasi teks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar dari kategori pencapaian sederhana menghadapi beberapa masalah seperti kekurangan keyakinan ketika mencungkil maklumat daripada TBS dan proses informasi. Kekurangan keyakina.....

800 hits

84562018
Thesis
Pembinaan dan validasi Instrumen Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak Prasekolah menggunakan model pengukuran Rasch
Mohd Sahardi Ismail
Kajian ini bertujuan untuk membina dan menentusahkan Instrumen Perkembangan Sosioemosi Kanak-kanak Prasekolah (IPSP) untuk mengukur perkembangan sosioemosi kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan dengan skala likert empat mata. Responden terdiri daripada 710 orang guru dan 1250 kanak-kanak prasekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia, KEMAS, serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Draf awal instrumen yang dibangunkan mempunyai 53 item yang dibina berdasarkan model Miller daripada tiga konstruk iaitu mengurus emosi, membina emosi positif, dan membina hubungan sosial. IPSP menggunakan Model Pengukuran Rasch melalui Principal Component Analysis (PCA) dan kesepadanan item seperti MNSQ dan polariti item (PTMEA). Hanya 32 item dikekalkan dalam draf akhir IPSP berdasarkan nilai PCA dan kesepadanan item. Keputusan PCA menunjukkan sebanyak 57.7% dengan varians dapatkan dijelaskan oleh item-item dalam.....

1140 hits

84572017
Thesis
Pembinaan model pengajaran kemahiran menulis karangan berdasarkan teori konstruktivisme
Norafidah Noralidin
Kajian ini bertujuan untuk membina model pengajaran kemahiran menulis berdasarkan teori konstruktivisme. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengenal pasti amalan pengajaran guru, meneroka pengetahuan guru berkaitan penggunaan teori konstruktivisme dalam pengajaran karangan dan mengenal pasti ciri-ciri konstruktivisme dalam pengajaran kemahiran menulis karangan. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah fenomenologikal. Kajian ini dilaksanakan sebanyak dua fasa yang setiap satu fasa dibahagikan kepada dua peringkat. Setiap satu peringkat dalam kajian ini akan menjawab soalan kajian yang ditetapkan. Pemilihan peserta kajian berdasarkan kaedah peserta bertujuan yang melibatkan tiga orang guru Bahasa Melayu tingkatan dua yang mengajar di sebuah daerah di Papar Sabah. Enam instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu senarai semak, nota lapangan, rancangan pengajaran harian guru, refleksi pengajaran guru dan transkripsi temu bual dan rakaman video. Data diana.....

2061 hits

84582018
Thesis
Perbandingan pemikiran al-Farabi dengan al-Dihlawi tentang konsep nubuwwah dalam kitab Ara Ahl al-Madinah al-Fadilah dan Hujjah Allah al-Balighah
Mohd Nazri Mat Zin
Penyelidikan ini bertujuan untuk membandingkan konsep nubuwwah mengikut perspektif al-Farabi (m. 950M) dan al-Dihlawi (m. 1763M) berdasarkan kitab Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadilah dan Hujjah Allah al-Balighah. Kajian ini juga mengkaji rahsia syariat (asrar al-syari‘ah) dan kebenaran perutusan para Nabi sebagaimana yang diketengahkan oleh kedua-dua tokoh tersebut. Penyelidikan ini berbentuk kualitatif secara penyelidikan kepustakaan. Ia menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif dalam menganalisis data-data penyelidikan dan membuat perbandingan terhadap pemikiran kedua-dua tokoh. Dapatan kajian mendapati bahawa kriteria al- quwwah al-mutakhayyalah (daya imaginasi) dan mufahhamun (golongan yang diberi faham) merupakan sifat para Nabi yang telah berjaya membangunkan peradaban tamadun manusia. Penjelasan konsep nubuwwah al-Farabi secara rasional dan al- Dihlawi berdasarkan wahyu telah membenarkan perutusan risalah para Nabi dalam membangunkan ummah. Justeru, para Nabi boleh dij.....

831 hits

84592018
Thesis
Kesan imageri dan modeling terhadap prestasi conversion kick, hantaran dan tackle dalam kalangan pemain ragbi remaja
Mohd Huzairi Mohd Sani
kombinasi kedua-dua intervensi terhadap prestasi sukan ragbi. Dua kajian telah dijalankan, objektif utama kajian 1 adalah untuk menilai kesan ketiga-tiga intervensi terhadap prestasi conversion kick. Seramai 60 orang peserta terdiri daripada ahli kelab rugby sekolah telah di jemput untuk menyertai kajian. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada kumpulan kawalan (K), Imageri (I), Modeling (M) dan kombinasi Imageri dengan Modeling (IM) dengan bilangan peserta yang sama. Kumpulan intervensi menggunakan imageri audio dan video modeling (model rakan) selama empat minggu dengan kekerapan tiga kali seminggu. Kaedah ujian pra, intervensi dan ujian pasca digunakan dalam kajian ini. Keputusan analisis Ujian T menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam kumpulan M dan IM, manakala kumpulan K dan I tidak menunjukkan perubahan yang signifikan. Ujian ANOVA sehala pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan I dan M, kumpulan I dan IM dan kum.....

964 hits

84602017
Thesis
Kesan kepercayaan dan sikap terhadap reaksi mengklik iklan dan memohon pekerjaan dalam talian oleh pencari kerja di Selangor
Faizan Iza Zainuddin
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan kepercayaan dan sikap terhadap reaksi mengklik iklan dan memohon pekerjaan dalam talian oleh pencari kerja di Selangor. Dengan menggunakan kaedah tinjauan dan bersifat kuantitatif, data para pencari kerja dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik. Sebanyak 331 jumlah sampel telah diperolehi dan analisis. Data dianalisis menggunakan teknik Structural Equation Modelling (SEM) untuk menguji kesan langsung antara faktor kepercayaan dengan reaksi, faktor kepercayaan dengan sikap dan sikap dengan reaksi. Selain itu, kajian ini menguji pembolehubah sikap sebagai perantara terhadap hubungan antara kepercayaan dengan reaksi dan akhirnya, mengkaji peranan jantina sebagai moderator terhadap hubungan antara reaksi dan penentu-penentunya. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pembolehubah kepercayaan memberi kesan terhadap reaksi, kepercayaan memberi kesan terhadap sikap, manakala sikap pula memberi kesan terhadap reaksi. Bagi ujian perantara, .....

1808 hits

[ First ] [ Prev ] Page 846 of 1110 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.