UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
PENDIDIKAN Kurikulum PENDIDIKAN ISLAM Goh swee Choo
ghazali din modul 2023 kajian kes Nor ain Mohd Tajudin

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
88512015
thesis
Pembinaan Modul Bio Three dan kesannya terhadap penguasaan konsep serta kemahiran berfikir aras tinggi murid tingkatan empat
Nurashikin Muzafar
Kajian ini bertujuan membina Modul BIO Three dan menilai kesannya terhadap penguasaan konsep dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid tingkatan empat. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah penyelidikan eksperimen kuasi dipilih bagi menjawab lapan persoalan kajian dan lima hipotesis. Tiga set instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Modul BIO Three, soalan pencapaian dan soalan Watson Glasier Critical Thinking Appraisal bagi mengukur pengajaran bertajuk pergerakan bahan merentas membran plasma. Seramai 60 orang murid dipilih secara rawak berkelompok sebagai responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul adalah sangat baik dengan nilai kesahan adalah 0.85. Tahap penguasaan konsep berada pada tahap baik manakala tahap KBAT pula pada tahap sederhana. Kajian juga menunjukkan bahawa penguasaan konsep tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan KBAT. Kesimpulannya, Modul BIO Three ini dapat meningkatkan penguasaan konsep dan KBAT murid. Implikasi kajian menunjukkan bah.....

977 hits

88522005
conference_item
Persepsi terhadap orang Jepun: dari sudut komunikasi antara budaya
Mohd Ali Suraiya,
Isu 'persepsi antara budaya' membawa kita kepada persoalan tentang peranan 'persepsi' dan kerelevenannya. 'Persepsi' memainkan peranan utama berhubungkait dengan perlakuan dan aktiviti manusia dan dari situ persepsi menjadi pengaruh utama ke atas perlakuan dan aktiviti manusia apabila manusia berkomunikasi antara satu sarna lain. Secara ringkasnya, 'persepsi bukan sekadar gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran kita sahaja, malah ianya secara langsung menentukan cara seseorang berhubung dengan orang lain dan apa yang berlaku kepada dirinya, iaitu pengalaman seseorang dalam konteks hubungan tersebut. Oleh itu, isu 'persepsi antara budaya' lebih sahih dan reieven sekiranya dilihat dari sudut konteks komunikasi antara budaya. Saya akan menghuraikan persepsi saya terhadap orang Jepun, sebagai seorang wanita Melayu yang pemah tinggal dan belajar di Jepun, sebagai seorang yang sedikit sebanyak mengenali adat resam orang Jepun serta dapat berkomunikasi dengan orang Jepun dengan menggun.....

476 hits

88532015
thesis
Strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Jerman
Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli
Kajian ini dijalankan untuk meneliti strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Jerman semasa di dalam kelas, di luar kelas dan semasa menghadapi peperiksaan. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti perbezaan penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan serta menganalisis motivasi pelajar mempelajari bahasa Melayu serta hubungannya terhadap penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu. Seramai 44 orang pelajar di Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Goethe Frankfurt, Jerman terlibat dalam kajian ini. Data kajian dikumpul melalui instrumen soal selidik, kemudian data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan ujian korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar di Jerman lebih kerap menggunakan pelbagai strategi semasa mempelajari bahasa Melayu di dalam kelas berbanding di luar kelas dan semasa menghadapi peperiksaan. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan pelajar perempuan lebih kerap menggunakan.....

1393 hits

88542005
conference_item
Persepsi cina-peranakan Indonesia sebelum perang dunia ke II terhadap tradisi Java: suatu perayaan identity Hybrid dalam novel Thio Tjin Boen bertajuk cerita Nyai Soemirah dan Anak Sapa? Djawa?
Sim Chee Cheang,
Sejak tahun 1897, orang Cina-peranakan di Indonesia sudah menghasilkan 3,000 buah karya dalarn bahasa Melayu, yang lebih sesuai dipanggil Bahasa Melajoe tionghoa. Mereka telah diasirnilasi, dinaturalisasi atau melalui pembauran dengan bangsa pribumi di Indonesia seperti kelompok Java, Makassar dan lain-lain yang menyebabkan rnereka dipanggil peranakan. Walaupun begitu kesetiaan mereka masih disangsi sehingga hari ini. Melalui kajian novel yang ditulis oleh Thio Tjin Boen, salah seorang daripada penulis Cina-peranakan yang rnenulis di antara 1885-1940, akan meninjau persoalan identiti Cina-Peranakan yang berkaitan dengan persepsi mereka terhadap tradisi dan budaya kelornpok Java. Persepsi negative dan positif yang dipaparkan dalam diskusi, Thio Tjin Boen tentang identity hybrid mereka, dapat dikesan dalam sorotan terhadap perkahwinan campur antara orang Cina-peranakan dan orang pribumi di Indonesia. Segala peruntungan, perenungan dan kerumitan yang dialami oleh karektor-karektor atau di.....

1550 hits

88552014
thesis
Nilai murni dalam iklan televisyen satu tinjauan berdasarkan teori relevans
Zuhana Amatol Akrma Hapipi
Kajian ini dilakukan bagi meneliti iklan-iklan televisyen terbitan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), mengenal pasti iklan-iklan televisyen yang mengandungi nilai mumi berdasarkan 16 nilai mumi yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (1994) dan menghuraikan makna nilai mumi berdasarkan Teori Relevans (TR). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis kandungan terhadap iklan televisyen dari tahun 2009 hingga 2012. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 45 iklan televisyen yang telah diterbitkan. Daripada 45 iklan tersebut, terdapat 10 iklan yang menerapkan 10 nilai mumi daripada 16 nilai mumi yang dikemukakan oleh KPM (1994) sebagai panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu. Didapati bahawa kebanyakan iklan menyampaikan makna nilai mumi dengan jelas dan relevan. Pengaplikasian TR berjaya merungkai ujaran eksplikatur dan.....

731 hits

88562016
article
Trends and factors for dropout among secondary school students in Perak
Mokshein Siti Eshah, Kung Teck Wong, Ibrahim Haniz,
The study sought to investigate the dropout trends and patterns among the secondary school students by district in Perak. The study employed a combination of quantitative and qualitative methods involving cohort flow analysis of student enrolment, interviews and document analysis. In the first part, student enrolment by grade level in 2000-2010 in all the nine districts in Perak from the database provided by the Ministry of Education was analyzed. In the second part, data were gathered through interviews from Batang Padang District that demonstrated highest dropout rate so as to further understand why secondary school students dropped out from schools, what are those students doing after leaving schools and explore their views on what could have been done to keep them in schools. Results showed that average of total loss between Form 1 and Form 5 in Perak State was 8.11 percent. The highest percentage of dropout was in Batang Padang (16.52%), followed by Manjung (11.9%), Hilir Perak (1.....

2443 hits

88572015
thesis
Penggunaan sepanduk sebagai alat komunikasi visual dalam penyampaian maklumat di sekolah-sekolah daerah Besut
Mazlinda Muhamad
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan sepanduk sebagai alat komunikasi visual dalam penyampaian maklumat. Fokus kajian ini adalah terhadap sepanduk di bahagian hadapan sekolah yang meliputi reka bentuk, struktur peragaan dan lokasi peragaan sepanduk. Penyelidikan ini melibatkan sepuluh buah sekolah dalam daerah Besut. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kajian kes kualitatif. Kajian kes yang digunakan adalah kajian kes deskriptif dan eksploratori. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data meliputi temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Bagi kaedah temu bual, sebanyak sepuluh orang guru seni daripada sepuluh buah sekolah telah dipilih secara rawak. Penyelidik juga membuat sesi temu bual bersama Pegawai Pendidikan Daerah Besut untuk mendapatkan maklumat berkaitan arahan menghasilkan sepanduk. Temu bual berbentuk separa struktur dilakukan. Kaedah pemerhatian dilakukan dengan melihat respons audiens terhadap sepanduk yang dipamerkan di sekolah-sekolah terpilih. .....

627 hits

88582005
conference_item
Nilai dan amalan negatif masyarakat Melayu: satu analisis
Nordin Shah Rul Anuar, Abdullah Md. Akbal, Sulaiman Abdullah, Wan Mohamed Nik Kamal,
Masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan nilai, amalan dan pemikiran negatif. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis masyarakat Melayu dari aspek amalan dan nilai-nilai budaya mereka khususnya tentang nilai dan amalan yang bersifat negatif. Perbincangan tentang permasalahan ini sebenamya telah banyak diperkatakan oleh para sarjana Melayu dan Orientalis Barat di dalam penulisan dan buku-buku mereka. Segolongan sarjana mengatakan bahawa masyarakat Melayu memang mempunyai nilai dan amalan negatif yang telah turun-temurun membudaya dalam kehidupan mereka sehari-hari dan ada segolongan pula yang menolak dakwaan ini. Golongan kedua ini lebih berhati-hati dan berpegang kepada teori bahawa bangsa Melayu bukanlah satu bangsa yang hina seperti yang digambarkan oleh golongan pertama tadi tetapi ia adalah suatu pengkhianatan dalam memanipulasi fakta tentang masyarakat Melayu. Penggunaan sumber rujukan di perpustakaan telah membawa penulis kepada suatu dapatan; iaitu teori persambu.....

1953 hits

88592014
thesis
Pembangunan perisian matematik bulatan 1 dan kesan penggunaannya terhadap murid bermasalah pendengaran
Low, Gaik See
Kajian ini bertujuan membangun Perisian PPBK Bulatan I sebagai bahan bantu mengajar yang menggunakan pendekatan tutorial berdasarkan Model ADDIE dan menilai perisian tersebut serta melihat kesan penggunaannya terhadap murid bennasalah pendengaran dalam topik Bulatan I. Kajian kuasi-eksperimental dengan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif telah dijalankan ke atas 10 orang murid tingkatan dua di sekolah menengah yang melaksanakan program integrasi pendidikan khas bennasalah pendengaran di negeri Perak. Soal selidik penilaian perisian PPBK Bulatan I, ujian pencapaian matematik, soal selidik tahap motivasi terhadap PPBK, senarai semak pemerhatian dan temu bual separa berstruktur telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data kuantitatif dan kualitatif dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Data kualitatif dianalisis dan digunakan untuk menyokong dapatan kajian kuantitatif. Pada keseluruhannya, pakar penilai memberi penilaian pada tahap yang tinggi (min=4.26) terhada.....

1203 hits

88602016
article
Students motivation toward science learning in secondary schools in Oman and Malaysia: a comparative study
Salih Maria, Y.M. Mai Mohammed, Al Shibli Abdullah,
The purpose of this research was to compare the Omani and Malaysian students' motivation toward science learning in secondary schools. Motivation is an important component from any teaching and learning process. The results of previous studies revealed that students with better motivation usually perform better in school grades. The sample size is 359 students: 37.6% of them were Malaysian (135 students) while 62.4% were Omani (224 students). The 30-item Science Motivation Questionnaire (SMQ) was used in this research. It was developed by Glynn, Taasoobshirazi and Brickman. The results showed that the students had a “moderate” motivation in general. Regarding the subcategories, the students had “high Extrinsically Motivation” while they had a “moderate” level of motivation in the other subcategories or motivational factors. An independent-samples t-test was conducted to compare the motivation towards science scores of Omani and Malaysians. This finding implied that the Oman.....

2736 hits

[ First ] [ Prev ] Page 886 of 961 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.