UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Latest addition to the database : |
921 | 2024 Final Year Project | Malaysia Madani: kefahaman dan kesediaan ketua masyarakat di Tanjung Malim Tay, Ping Chek Gagasan Malaysia Madani telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri
Anwar bin Ibrahim bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang maju dan sejahtera.
Objektif utama gagasan ini adalah untuk membangunkan semula ekonomi negara pasca
pandemik Covid-19. Kejayaan gagasan ini amat memerlukan sokongan dan
pemahaman ketua-ketua masyarakat untuk membangunkan masyarakat kawasan
setempat. Oleh itu, kajian ini mempunyai objektif iaitu mengenal pasti tahap
pengetahuan ketua masyarakat terhadap konsep dan pendekatan dalam Malaysia
Madani, meneliti tahap kesediaan ketua masyarakat untuk terlibat dalam mencapai
hasrat Malaysia Madani dan mengenal pasti strategi untuk meningkatkan pemahaman
ketua masyarakat terhadap Dasar Malaysia Madani. Konsep masyarakat Madani dan
masyarakat pelbagai budaya telah digunakan untuk menerangkan suasana yang ingin
dicapai di bawah Malaysia Madani dan latar belakang masyarakat Malaysia sedia ada.
Teori fungsionalisme struktur telah diguna untuk men..... 321 hits |
922 | 2024 Final Year Project | Kesan pembelajaran ilmu Turath terhadap guru agama Kurikulum Bersepadu Dini di daerah Kinta Utara Perak Nur Farhanis Faisal Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru agama Kurikulum
Bersepadu Dini (KBD) di sekolah dalam daerah Kinta Utara, Perak terhadap
keperluan pembelajaran ilmu turāth. Kajian ini juga menganalisis kesan
pembelajaran ilmu turāth terhadap ilmu pengetahuan dan akhlāq guru agama KBD.
Di samping itu, kajian ini juga ingin mengenal pasti masalah berkaitan pembelajaran
ilmu turāth yang berlaku dalam kalangan guru agama KBD agar dapat didatangkan
solusi bagi masalah tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif
sepenuhnya melalui pelaksanaan sesi temu bual secara semi-struktur. Seramai enam
(6) orang guru agama yang terlibat dengan Kurikulum Bersepadu Dini dari tiga (3)
buah sekolah yang berbeza telah dipilih sebagai responden kajian ini. Data di analisis
secara manual, iaitu pengkaji melakukan bacaan data yang telah ditranskripsi secara
berkala dan meletakkan data yang diperolehi ke dalam tema yang telah disenaraikan.
Dapatan kajian mendapati bahawa ilmu..... 288 hits |
923 | 2023 Article | Cabaran dan persediaan Guru Bahasa Melayu dalam mengadaptasikan pengajaran dan pembelajaran pada Musim Pandemik Muhammad Zamzini Mohd Zamani Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti cabaran dan persediaan guru Bahasa Melayu dalam mengadaptasikan pengajaran dan pembelajaran pada musim pandemik. Selain itu, kajian ini turut dijalankan untuk melihat hubungan antara cabaran dan persediaan guru Bahasa Melayu dalam mengadaptasikan pengajaran dan pembelajaran pada musim pandemik. Kajian ini telah menggunakan kaedah kuantitatif deskriptif berbentuk tinjauan menggunakan borang soal selidik (Google Form). Selain itu, sampel kajian ini melibatkan seramai 80 orang guru Bahasa Melayu melibatkan 15 buah sekolah dari daerah Muallim, Batang Padang dan Hilir Perak di negeri Perak. Data yang diperoleh daripada maklum balas soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Data kajian ini juga akan dianalisis secara korelasi menggunakan korelasi Pearson mencapai objektif yang ketiga. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa cabaran paling utama yang hadapi oleh guru-guru B..... 196 hits |
924 | 2023 Article | Malay Postcolonial Culture Narrative Social Conflict In Anak Tanjung Play By Noordin Hassan Lena Farida Hussain Chin The revitalization of Malaysian theatre after the 1930s marked the beginning of the revival of Malaysian modern drama. Since then, the narrative, themes, genres, and performance elements of modern Malaysian drama have expanded to include a variety of forms, including postcolonial drama. Postcolonial drama is the first comprehensive study to examine how narratives have been instrumental in resisting imperialism's ongoing effects. This study employs contemporary theoretical frameworks derived from postcolonial studies to analyse a diverse range of dramatic plays. Postcolonial society is quite pressing, with numerous issues that squeeze between primordial culture and the new system (the new world). The manner of thinking and the ideology of decolonization influence the shape of culture in the practise of politics and social justice. This study uses qualitative methods that focus on textual and descriptive analysis. It will examine how the ideology in Anak Tanjung Malay by Noordin Hassan p..... 187 hits |
925 | 2023 Article | Memupuk kemahiran Auditorik dan Kinestetik Pelajar Sekolah Rendah melalui Teater Tradisional Mak Yong Mardiana Ismail Makalah ini merupakan satu tinjauan mengenai adakah pelajar sekolah rendah mempunyai minat dan bakat terhadap persembahan Teater Tradisional Mak Yong? Persoalan ini seringkali dijadikan tembok untuk melestarikan persembahan Teater Tradisional Mak Yong. Oleh itu, “Program Sekolah Bitara” melalui penjenamaan “Cilik Mak Yong” telah dibentuk. Beberapa perincian telah diusulkan melalui Program Sekolah Bitara, dengan mempertingkatkan kemahiran kinestetik para pelajar melalui aspek tarian, manakala pengukuhan kemahiran auditorik para pelajar pula melalui aspek nyanyian. Ini berorientasikan untuk membantu mencungkil dan seterusnya mengasah bakat para pelajar. Selain itu, makalah ini mengambil kira disiplin yang terkandung didalam seni persembahan Teater Tradisional Mak Yong untuk menerapkan daya tumpuan yang terarah dan sekaligus merangsang minat para pelajar. Kesimpulannya, berdasarkan pengalaman pemerhatian terhadap persembahan Teater Tradisional Mak Yong, secara tidak langsung mempe..... 123 hits |
926 | 2023 Article | Mitos Angkapio sebagai isyarat alam peneguh Firasat Murut Paluan Jacquelina Karimon Mitos kepercayaan manusia primitif. Kepercayaan yang menyanjung alam tumbuhan dan binatang sebagai penyampai konotasi bahaya dan berita baik. Realitinya jasad alam merupakan kehidupan yang dekat dengan masyarakat Murut Paluan. Penceritaan mitos angkapio banyak mengaitkan binatang dan tumbuhan sebagai agen pengetahuan yang mampu difahami oleh manusia. Kejadian sesuatu peristiwa dipercayai mampu difahami dan diketahui melalui isyarat daripada alam. Pembukaan suatu kawasan, berburu, mencari rezeki di tengah hutan dan mengetahui kejadian bencana banyak ditafsirkan melalui isyarat alam. Kedekatan hidup dengan hutan menjadikan masyarakat Murut Paluan begitu peka dengan kejadian yang bakal menimpa mereka. Maklumat yang terkandung dalam mitos angkapio. Isyarat alam menjadikan mereka lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kejadian dan peristiwa. Terdapat pula tindak balas yang dilakukan untuk menghindari sebuah kejadian buruk supaya tidak menimpa mereka. Cerita mitos sebegini bukanlah dongeng..... 121 hits |
927 | 2023 Article | Nilai Bahasa Melayu sebagai asas jati diri dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Muhammad Norhazim Izman Jati diri (identiti) ialah asas penting yang berkembang menjadi kubu kuat identiti untuk manusia, komuniti dan negara. Justeru, kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah yang melibatkan 311 orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) daripada pelbagai program pengajian dan fakulti. Teori Pembangunan Manusia telah digunakan bagi melihat dan mengenal pasti nilai jati diri bahasa Melayu pelajar-pelajar UKM dalam pelbagai program pengajian dan fakulti masih kekal atau sudah luntur? Data dikumpulkan melalui instrumen borang soal selidik yang disebarkan melalui Google Form. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap jati diri mengikut kategori fakulti dan tahun pengajian, tetapi mempunyai perbezaan yang ketara dalam tahap jati diri berdasarkan kaum dan jantina. Pelajar kaum Melayu lebih tinggi kekal jati dirinya berbanding kaum-kaum lain. Dari segi jantina, pelajar ..... 150 hits |
928 | 2023 Article | Perbezaan ciri telik dalam empat kelas kata kerja Bahasa Melayu analisis dari sudut teori tatabahasa peranan dan rujukan Burhan Murshidi Baharon Kajian ini bertujuan untuk meneliti dan melaporkan perbezaan ciri telik dalam empat kelas kata kerja yang wujud dalam bahasa Melayu. Secara amnya kata kerja dibahagikan kepada empat kelas, iaitu keadaan, aktiviti, pencapaian dan penyempurnaan. Telik ialah titik penamat semula jadi. Keadaan dan aktiviti menunjukkan ciri tidak telik, manakala pencapaian dan penyempurnaan menunjukkan ciri telik. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan Teori Tatabahasa Peranan dan Rujukan dan Teori Manfred Krifka. Kajian ini memberikan pengelasan kata kerja bahasa Melayu berdasarkan perbezaan ciri telik tersebut. Kajian Maslida Yusof mengelaskan bahawa kata kerja dalam bahasa Melayu berdasarkan aspek situasi dan membahagikan kata kerja atau predikat bahasa Melayu kepada keadaan, pencapaian, penyempurnaan, aktiviti, aktif penyempurnaan, semelfaktif dan versi kausatif bagi setiap kelas kata kerja. Oleh itu, penelitian terhadap perbezaan aspek empat kelas kata kerja ini penting untuk melihat perbezaan..... 139 hits |
929 | 2023 Article | Shaharir Mohamad Zain pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa pengungkapan ilmu Mohd Tarmizi Hasrah Hanya sebahagian kecil ilmuwan yang sanggup melangkah tembok bidang kepakaran masing-masing bagi menikmati panorama rentas mahupun multi disiplin. Salah seorang yang sanggup melakukannya ialah Shaharir Mohamad Zain. Beliau yang mendapat pendidikan rasmi dalam bidang matematik dan fizik, kemudiannya menyerlahkan penguasaan dalam pelbagai bidang ilmu lain seperti bahasa, budaya, ekonomi, politik dan falsafah. Makalah ini bertujuan membincangkan pemikiran dan sumbangan Shaharir terhadap bahasa Melayu dengan fokus yang spesifik kepada pemerkasaan bahasa ini sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengungkapan ilmu. Bagi mencapainya, makalah ini berpedoman kepada perspektif grafisejarah menerusi konsep iklim idea (Koerner, 1989) khusus untuk menelusuri cetusan awal dan perkembangan pemikiran Shaharir tentang bahasa Melayu. Penyerlahan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa komunikasi ilmu dilakukan menerusi telaah kritis terhadap karangan Shaharir, kemudiannya dipaparkan menurut tema-tema tert..... 185 hits |
930 | 2023 Article | Unsur tumbuhan sebagai perlambangan dalam Peribahasa Iban Nur Alisha binti Mengga Peribahasa merupakan cabang seni sastera lisan dalam budaya masyarakat di dunia, termasuklah budaya masyarakat Iban. Peribahasa lahir daripada pengamatan anggota masyarakat terhadap fenomena alam, yang sarat dengan keunikkan bentuk dan keindahan makna tersurat dan tersirat. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk meneliti unsur tumbuhan yang terdapat dalam peribahasa Iban. Kajian ini menggunakan kaedah senarai semak dengan melakukan analisis dokumen terhadap Kamus Peribahasa Iban yang ditulis Christy Duin Tanggi (1998). Hasil kajian mendapati bahawa aspek tumbuh-tumbuhan dimanifestasi dalam kehidupan seharian mereka. Kesemua unsur tumbuhan dalam peribahasa yang dikaji merupakan haiwan yang mempunyai kaitan dalam ruang lingkup kehidupan suku kaum tersebut. Kajian ini penting untuk memberikan pemahaman kepada golongan masyarakat yang mempunyai hubungan secara langsung dengan kelompok tersebut sebagai salah satu objektif untuk merapatkan jurang sosiobudaya dalam kalangan masyarakat di nega..... 143 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 93 of 988 | [ Next ] [ Last ] |