UPSI Digital Repository (UDRep)
|
Today's popular searches: | ||||
PENDIDIKAN | pembangunan | Komunikasi | matematik | Kurikulum |
ismail man | addie | Perpustakaan Tuanku Bainun | Ahmad Hashim | M K Ahmad |
|
Latest addition to the database : |
9411 | 2019 thesis | Hybrid watermark techniques for skin cancer images Omar Adil Dheyab The aims of this study are to reveal the potentials of digital watermarking in medical data
management issues, and proposes a hybrid watermark technique for skin cancer to enforce integrity,
authenticity and confidentiality of the medical information. Dermoscopic image dataset (PH2) was
used for testing purpose, which includes 200 different images. The hybrid watermark is proposed
based on chaotic embedding. The hybrid watermarking includes robust and fragile watermarks embedded
in the region of non interest of the image. The robust watermark utilizes the discrete wavelet
transform to hide the patient information in the frequency domain. The fragile watermark utilizes
the least significant bit to hide the authentication data in the spatial domain. The findings of
this study shows high watermarked image quality and promising robustness under different attacks,
and when compared with other techniques including discrete cosine transform and 2LSB. The Peak
Signa..... 4519 hits |
9412 | 2018 thesis | Israiliyyat dalam periwayatan kisah Nabi Sulaiman AS mealui kitab Jami Al-Bayan An Tawil Ayi Al-Quran Asmadi Abdul Rahman Kajian ini bertujuan mengenal pasti riwayat hidup dan keperibadian Nabi Sulaiman
berdasarkan al-Quran dan Sunnah, selain menganalisis aspek-aspek Israilliyyat kisah Nabi Sulaiman
dan metodologi pentafsiran yang terdapat dalam kitab Tafsir Ibn Jarir al-Tabari Jami’ Al-Bayan ‘An
Ta’wil Ayi Al-Quran. Reka bentuk kajian ini menggunakan analisis dokumen dengan pendekatan
kepustakaan terhadap 365 riwayat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Nabi Sulaiman memiliki nilai
murni yang membentuk keperibadian yang cemerlang, kebijaksanaan, kepimpinan, keprihatinan Nabi
Sulaiman kepada rakyat, keadilan terhadap musuh, serta sentiasa bersedia menghadapi ujian dan
menjadikan doa sebagai tanda kebergantungan baginda kepada Allah SWT. Manakala Israilliyyat dalam
tafsiran kisah Nabi Sulaiman dikenalpasti melalui aspek Israilliyyat dalam penamaan sesuatu,
penamaan tempat, memperincikan sesuatu bilangan, memperincikan sesebuah kisah, penambahan kisah,
yang melampaui keperiba..... 12198 hits |
9413 | 2018 thesis | Pengaruh kepimpinan instruksional pengetua dan organisasi pembelajaran terhadap kualiti dan lulusan madrasah Aliyah negeri di Jakarta Widhyanti Rosmaniar Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kepimpinan instruksional
pengetua madrasah dan organisasi pembelajaran terhadap kualiti dan lulusan Madrasah Aliyah Negeri
di Jakarta. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif melalui kaedah temu bual
dan tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada enam orang peserta temu bual dan 150 orang guru. Data
temu bual dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan, manakala analisis deskriptif dan
inferens digunakan untuk data tinjauan. Dapatan kajian menunjukkan skor min tahap kepimpinan
instruksional (3.79), organisasi pembelajaran (3.66), kualiti madrasah (3.58) dan kualiti graduan
(3.58) adalah pada tahap yang tinggi. Di samping itu, terdapat pengaruh langsung yang signifikan
antara kepimpinan instruksional pengetua dan organisasi pembelajaran terhadap kualiti madrasah
(p.. 1877 hits |
9414 | 2018 thesis | Perikanan lestari zon pinggir pantai berasaskan kearifan tempatan di Kabupaten Raja Ampat provinsi Papua Barat republik Indonesia Endang Gunaisah Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis dan bentuk kearifan tempatan bagi
kegunaan pemeliharaan perikanan lestari di kawasan konservasi zon pinggir pantai Teluk Mayalibit,
Kabupaten Raja Ampat, Provinsi Papua Barat, Republik Indonesia. Kajian ini menggunakan pendekatan
kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan soal selidik dan temu bual sebagai instrumen
kajian. Pemilihan sampel menggunakan pensampelan bertujuan dengan melibatkan 248 orang penduduk zon
pinggir pantai manakala 30 orang pemegang taruh bagi temu bual berstruktur dan tidak berstruktur.
Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif, Rapid Appraisal Process (RAP), Multi
Dimensional Scaling (MDS) dan Analytic Hierarchy Process (AHP). Dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapat lima kearifan tempatan dikenal pasti termasuk ‘Sasi’ yang digunakan dalam pemeliharaan
perikanan lestari. Dapatan kajian juga menunjukkan kelestarian kearifan tempatan wujud melalui
nilai- nilai..... 3198 hits |
9415 | 2019 thesis | Pembangunan instrumen saringan kemahiran Vokasional murid berkeperluan khas masalah pembelajaran bagi persediaan sijil kemahiran Malaysia Kama Shaffeei Kajian ini bertujuan membina Instrumen Saringan Kemahiran Vokasional (ISKV)
Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (MBKMP) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
bagi persediaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Pembinaan instrumen ISKV berpandukan Model
Pembinaan Instrumen McIntire dan Miller (2007) melalui tiga Fasa iaitu Fasa Satu (Analisa), Fasa
Dua (Pembinaan Instrumen) dan Fasa Tiga (Pelaksanaan Kajian). Kajian melibatkan seramai 216 orang
guru di 72 Program Pendidikan Khas Integrasi di negeri Selangor. Instrumen kajian terdiri daripada
182 konstruk iaitu tiga konstruk Demografi, 81 konstruk Kemahiran Bahasa dan 98 konstruk Kemahiran
Vokasional setelah melalui proses pengguguran 21 item bagi konstruk Kemahiran Bahasa dan sebanyak
16 item ditambah bagi konstruk Kemahiran Vokasional untuk pelaksanaan proses saringan ISKV terhadap
MBKMP. Dapatan kajian ini telah mengenal pasti dua konstruk utama dalam ISKV iaitu Kemahiran Bahasa
dan Kemahiran Vok..... 3019 hits |
9416 | 2018 thesis | Faktor penyumbang terhadap pencapaian akademik pelajar-pelajar sekolah menengah Wan Muhammad Saidi Jaafar Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan sumbangan pelbagai faktor
terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan
kaedah tinjauan melibatkan 1000 pelajar dari 10 buah sekolah cemerlang (500 pelajar) dan 10 sekolah
tidak cemerlang (500 pelajar). Kajian ini bersandarkan Teori Produktiviti Pendidikan sebagai teori
asas kerangka kajian. Kaedah pensampelan rawak digunakan untuk memilih daerah, sekolah dan
responden sampel kajian. Instrumen kajian ialah soal selidik pencapaian akademik (SSPA) yang dibina
mengandungi 59 item dengan kesahan dan kebolehpercayaan tinggi serta dilakukan kajian rintis
terlebih dahulu. Data kajian dianalisis menggunakan analisis regresi pelbagai dengan perisian SPSS
dan analisis laluan dengan perisian AMOS. Dapatan kajian menunjukkan faktor gaya belajar (β=0.27),
motivasi belajar (β=0.22), prestasi akademik pelajar (UPSR) (β=0.20), kualiti pengajaran (β=0.18)..... 11347 hits |
9417 | 2019 thesis | The mediating effect of innovation on the relationship between entrepreneurial competencies and business success in Malaysia Azmi Umar This study aims to analyse the impact of Entrepreneurial Competencies, Innovation,
and Business Success among owners and managers in Small and Medium Enterprise (SMEs) to address the
high rate of business failure. Quantitative approaches through the use of survey were used in this
study. Data were collected using questionnaires involving 407 owners and managers of SMEs in
manufacturing, services and other sectors. Respondents were chosen using using Stratified Random
Sampling technique. Multiple Regression Analysis indicated that 53 percent of the variation in
Business Success were explained by Entrepreneurial Competencies and Innovation. The findings also
showed that Entrepreneurial Competencies contributed significantly to Business Success (β=0.190,
S.E=0.051) and Innovation (β=0.198, S.E=0.013). Further, Innovation contributed significantly to
Business Success (β=1.035, S.E=0.226). This study also showed that Innovation served as partial
mediator betwe..... 3638 hits |
9418 | 2018 thesis | Kesan geoplay berasaskan prinsip kelewahan dan modality terhadap aras kemahiran berfikir murid Khairuddin Nisa Fokus kajian ini untuk membangunkan pembelajaran berasaskan permainan Geoplay
menggunakan modul Gamified System Development Process dan menilai keberkesanan tiga strategi
penyampaian yang digunakan Geoplay. Tanpa kelewahan dan modality, iaitu visual dan lisan (V&L),
kesan kelewahan, iaitu visual, lisan dan teks kata kunci (VL&Tk) dan kesan modality, iaitu visual
dan teks (V&T) terhadap tahap penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran
berfikir aras rendah (KBAR) murid bagi tajuk Arah Mata Angin dan Bearing Sudutan Geografi Tingkatan
Satu. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi dan data kajian dianalisis secara
inferens. Seramai 432 murid tingkatan satu daripada daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk yang
melibatkan lima buah sekolah di bandar dan lima buah sekolah di luar bandar telah dipilih sebagai
sampel kajian. Ujian statistik MANCOVA telah diaplikasikan bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat perbe..... 2192 hits |
9419 | 2018 thesis | Kesan program spark ke atas peratus lemak badan, tahap kardiovaskular dan minat terhadap aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak berumur 11 tahun Nurul Diyana Sanuddin Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan program SPARK
(Sports Play Active and Recreation for Kids) ke atas perubahan peratus lemak badan, tahap
kardiovaskular dan minat terhadap aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 11
tahun. Program SPARK yang mengandungi empat aktiviti kecergasan fizikal dan empat aktiviti
kecergasan kemahiran yang telah dijalankan selama lapan (8) minggu di empat buah sekolah rendah di
Teluk Intan, Perak. Kajian ini berbentuk true experimental pre and post control group design.
Sampel kajian terdiri daripada 240 murid yang telah dipilih berdasarkan kaedah ‘intact sampling’
iaitu dalam keadaan di mana semua murid yang terdapat dalam lapan buah kelas dalam darjah lima (5)
di empat buah sekolah dikekalkan sebagai subjek kajian. Subjek kajian seterusnya dibahagikan kepada
kumpulan rawatan (n=120) dan kumpulan kawalan (n=120) secara rawak. Data dianalisis dengan
menggunakan ANCOVA Dua Hala. Dapatan k..... 7774 hits |
9420 | 2019 thesis | Kesan modul adventure based counseling terhadap kepuasan kerja, iltizam kerja, dan kecenderungan berhenti kerja dalam kalangan kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris Nuzsep Almigo Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan modul adventure based
counseling (ABC) terhadap tiga atribut kepuasan kerja, iltizam kerja dan kecenderungan berhenti
kerja dalam kalangan kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini mengikut reka bentuk
2x3 mixed design experiment. Sampel kajian yang terdiri dari dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen
(n=20) dan kumpulan kawalan (n=20) yang ditentukan melalui pra ujian yang mendapat ciri dua
kumpulan yang homogenus. Kumpulan eksperimen dibekalkan dengan modul adventure based counseling
serta intervensi dengan bantuan oleh fasilitator yang bertumpukan aktiviti/simulasi berdasarkan
pengalaman secara langsung melalui proses refleksi. Kumpulan kawalan dibekalkan juga modul
adventure based yang sama, tetapi tidak diberikan intervensi oleh fasilitator. Tiga instrumen yang
digunakan dalam kajian ini, iaitu: pertama, instrumen kepuasan kerja (pekerjaan itu sendiri,
peluang promosi, gaji, pen..... 3580 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 942 of 943 | [ Next ] [ Last ] |