UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
pembangunan Komunikasi matematik Kurikulum ismail man
Perpustakaan Tuanku Bainun Ahmad Hashim M K Ahmad model PENDIDIKAN ISLAM

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
94212019
thesis
Penilaian KIPP dalam pembelajaran dan pemudahcara murid ketidakupayaan penglihatan menggunakan buku teks Braille pendidikan kesenian
Norzuraina Mohd Nor
  Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis Buku Teks Braille Pendidikan Kesenian Tahun 1 (BTBPKT1) dan proses Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) Pendidikan Kesenian (Suaian) (PKS) Tahun 1 dan juga menilai kebolehbelajaran berdasarkan  model penilaian Kontek-Input-Proses-Produk (KIPP) oleh Stuflebeam. Kajian penilaian ini menggunakan  reka bentuk kajian kes. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan lima orang  murid ketidakupayaan penglihatan dan empat orang guru. Data diperolehi melalui pemerhatian,  temubual, tugasan, dan analisis dokumen. Data tugasan dianalisis menggunakan perisian SPSS,  manakala data temubual dianalisis menggunakan perisian NVIVO. Kerangka teoritikal kajian adalah  berdasarkan Teori Pembelajaran Humanistik, Teori Sosio-Budaya (Scaffolding), dan Teori Pembelajaran  Tingkah Laku. Hasil dapatan analisis dokumen pada peringkat penilaian konteks (K) menunjukkan  BTBPKT1 adalah dokumen yang menyokong prose.....

22181 hits

94222018
thesis
Penerimaan program dakwah dalam kalangan golongan profesional Melayu di negeri Pahang
Ahmad Effat Mokhtar
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan para profesional Melayu di negeri Pahang terhadap program dakwah yang dianjurkan oleh badan-badan dakwah. Reka bentuk kajian  tinjauan berpandukan Theory of Reasoned Action (TRA) digunakan untuk mengetahui hubungan dan  sumbangan enam faktor tingkah laku iaitu amalan agama, kefahaman agama, sikap, pengaruh rakan,  kepuasan dan keberkesanan dakwah dengan penerimaan program dakwah. Data kajian dianalisis secara  deskriptif dan inferens menggunakan ujian-t, ANOVA sehala, korelasi dan regresi berganda. Kajian  ini juga menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh data kualitatif. Nilai  kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal selidik yang dibina adalah tinggi, iaitu antara 0.68  hingga 0.93. Responden kajian ini dipilih berdasarkan pensampelan mudah. Seramai 318 orang golongan  profesional Melayu terlibat untuk menjawab instrumen soal selidik. Sementara itu, seramai 37 orang  responden yang terdiri daripada g.....

10328 hits

94232018
thesis
Penerimaan dan penggunaan S-dagang dalam kalangan usahawan PKS di Malaysia
Azilahwati Adam
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengkaji  faktor  individu  (sikap  dan  efikasi  kendiri), teknologi (jangkaan prestasi dan jangkaan usaha), persekitaran (pengaruh sosial dan keadaan  fasiliti), perubahan persekitaran (pencetus peristiwa) dan hubungannya dengan niat dan penggunaan  sosial dagang (s-dagang). Kajian ini juga menguji model penerimaan dan penggunaan s-dagang bagi  usahawan perusahaan kecil sederhana (PKS) di Malaysia. Kajian tinjauan ini telah dijalankan di  sembilan buah negeri di Malaysia melibatkan 250 usahawan PKS. Data telah dianalisis menggunakan  teknik Partial Least Squared Structural Equation Modelling (PLS-SEM). Dapatan kajian menunjukkan  bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor individu (β = 0.341, p..

2367 hits

94242018
thesis
Pengurusan bekalan air domestik berkualiti semasa bencana banjir di Kuala Krai, Kelantan
Koh Liew See
Kajian  ini  bertujuan  untuk  membentuk  model  pengurusan  bekalan  air  domestik berkualiti semasa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Jajahan Kuala Krai. Pendekatan  digunakan adalah kuantitatif. Reka bentuk kajian adalah penerokaan dengan pencerapan sampel air dan  soal selidik. Penilaian kualiti air melibatkan air telaga, air banjir dan air hujan berdasarkan  Indeks Kualiti Air yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Parameter yang digunakan adalah  oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia, keperluan oksigen kimia, ammonia nitrogen, pepejal  terampai, pH, kekeruhan, nitrat, ferum, magnesium, kalsium, kuprum dan bakteria Escherichia Coli.  Sampel air dikutip dua kali iaitu bulan Disember 2016 hingga Januari 2017 dan Mei hingga Jun 2017.  Seramai 300 orang responden dipilih melalui kaedah pensampelan rawak daripada ketua isi rumah  penduduk terlibat banjir. Analisis pemetaan iaitu data query, locational dan proximity analysis,  map overlay.....

2175 hits

94252018
thesis
Permodelan hubungan antara kekuatan sistem, faktor pengguna dan gaya pengurusan sekolah dengan kejayaan penggunaan aplikasi sistem maklumat pengurusan pendidikan
Mohd Faizal Md Karim
Kajian  ini  adalah  satu  usaha  yang  dijalankan  untuk  mengetahui  sejauh  mana  tahap penggunaan Pengurusan Sistem Maklumat Pendidikan (EMIS) di sekolah seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan. Dalam penyelidikan ini, kejayaan penggunaan EMIS dilihat dari segi manfaat  kepada individu dan organisasi. Reka bentuk penyelidikan ini adalah korelasi- deskriptif dan data  kuantitatif dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Penyelidikan ini menggunakan teknik  pensampelan rawak strata untuk memilih 607 responden. Data kajian dianalisis dengan menggunakan  analisis deskriptif dan analisis regrasi berganda. Kajian ini mendapati empat daripada enam faktor  iaitu Kepuasan Pengguna EMIS (β = .45), Penglibatan Pengguna EMIS (β = .25), Kekuatan Sistem EMIS  (β= .24), Kefahaman Pengguna EMIS (β = .20) adalah faktor penyumbang yang signifikan kepada  kejayaan penggunaan EMIS dan menghasilkan persamaan regresi (Y-hatK-EMIS = -0.19 + 0.24(Kekuatan  Sistem (KS)) + 0.20(.....

23987 hits

[ First ] [ Prev ] Page 943 of 943 [Next] [Last]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.