UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

124 record(s) found

1
Abstract
Artikel ini menganalisis perubahan fungsi (ekonomi) bandar kecil di beberapa buah bandar kecil terpilih di Koridor Utara Negeri Selangor. Dengan menggunakan kaedah pemerhatian di lapangan, didapati fungsi-fungsi tradisional bandar kecil tersebut sudah mula berubah. Penawaran fungsi seperti kedai baja, kedai peralatan pertanian dan kedai buah-buahan semakin merosot. Sebaliknya fungsi-fungsi yang lebih bersifat global seperti pasar raya besar, penghantar cepat dan hotel semakin bertambah. Penemuan ini merupakan petunjuk awal ke arah bagi membuktikan bahawa proses globalisasi telah memainkan peranannya dalam mempengaruhi perubahan fungsi di kawasan kajian. Ini kerana semakin banyak perubahan penawaran fungsi (dari fungsi tradisional kepada yang lebih moden) membawa maksud semakin kuat pengaruh globalisasi di kawasan tersebut dan penemuan ini penting bagi menunjukkan bahawa perkembangan wilayah metropolitan Lembah Klang-Langat (WMKL) kini mula tersebar serta memberi kesan melampaui kawasan.....
Article Published 2014 3670 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan mengukur keupayaan daya tampung fizikal dan sosio-psikologi bagi Plaza Angsana, Stulang Laut dan Danga Bay di Johor Bahru. Data primer diperoleh melalui soal selidik, pemerhatian dan temu bual ringkas bersama responden. Seramai 367 orang pelancong dan pelawat domestik yang membuat kunjungan ke pusat pelancongan dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Keupayaan daya tampung fizikal bagi ketiga-tiga pusat pelancongan ini dikira berdasarkan formula yang dicadangkan oleh Ceballos. Keupayaan daya tampung dari segi sosio-psikologi pula diukur berdasarkan nilai min yang diperoleh daripada tahap kepuasan pelancong terhadap fasiliti yang disediakan. Ujian Kruskal-Wallis H digunakan untuk membandingkan persepsi antara tiga kumpulan responden berkenaan fasiliti yang disediakan. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga pusat pelancongan ini tidak mempunyai masalah dari segi keupayaan daya tampung fizikal berdasarkan formula yang diimplementasi. Sementara itu dapatan bagi .....
Thesis Published 2017 3136 hits Available
3
Abstract
Pengambilan sayur di kalangan kanak-kanak sering kali dilaporkan tidak memuaskan. Kajian  ini   bertujuan  untuk  melihat  kesan  pendedahan  berulang  kali  terhadap pengambilan sayur yang tidak  disukai oleh kanak-kanak prasekolah berbangsa Melayu di Kuala Kangsar. Dua buah prasekolah telah  dipilih iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II dan Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin.  Terdapat dua fasa dalam kajian ini di mana fasa pertama untuk menentukan sayur ujian dan fasa kedua  untuk melihat keberkesanan intervensi. Dalam fasa pertama, seramai 56 orang subjek (32 lelaki  dan  24 perempuan)  telah  bersetuju  menyertai  kajian ini  dan  ibu  bapa dikehendaki untuk mengisi  borang soal selidik yang telah diedarkan. Borang soal selidik ini mengandungi maklumat  sosiodemografi, kekerapan pengambilan sayur, tahap kesukaan terhadap sayur, kekerapan penyediaan  dan kaedah memasak sayur di rumah. Daripada analisa fasa pertama, sayur cekur manis dijad.....
Thesis Published 2013 788 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dalam kalangan guru sekolah menengah harian di negeri Selangor. Pembudayaan KPP dalam kalangan guru bermatlamat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru menerusi amalan kolaboratif bagi membangunkan potensi murid secara holistik. Penilaian ini dibuat dengan menggunakan Model CIPP yang menumpukan kepada dimensi Konteks, Input, Proses dan Produk serta gred jawatan guru sebagai _moderator_. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan berbentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan melibatkan seramai 480 orang guru. Data yang dikutip telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi berbantukan perisian IBM SPSS 26.0 dan juga SEM AMOS 24.0. Analisis deskriptif dijalankan untuk menjawab persoalan kajian pertama mengenai tahap persepsi guru terhadap dimensi Konteks, Input, Proses dan Produk dalam pelaksanaan KPP. Hasil penilaian menjelaskan dimensi Konteks berada pada tahap agak tinggi iaitu 5.6.....
Thesis Published 2025 117 hits Available
5
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  membentuk  model  pengurusan  bekalan  air  domestik berkualiti semasa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Jajahan Kuala Krai. Pendekatan  digunakan adalah kuantitatif. Reka bentuk kajian adalah penerokaan dengan pencerapan sampel air dan  soal selidik. Penilaian kualiti air melibatkan air telaga, air banjir dan air hujan berdasarkan  Indeks Kualiti Air yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Parameter yang digunakan adalah  oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia, keperluan oksigen kimia, ammonia nitrogen, pepejal  terampai, pH, kekeruhan, nitrat, ferum, magnesium, kalsium, kuprum dan bakteria Escherichia Coli.  Sampel air dikutip dua kali iaitu bulan Disember 2016 hingga Januari 2017 dan Mei hingga Jun 2017.  Seramai 300 orang responden dipilih melalui kaedah pensampelan rawak daripada ketua isi rumah  penduduk terlibat banjir. Analisis pemetaan iaitu data query, locational dan proximity analysis,  map overlay.....
Thesis Published 2018 4132 hits Available
6
Abstract
Kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis konsepsi dan amalan pengajaran dalam kalangan guru matematik Sekolah Menengah Atas (SMA) terhadap penyelesaian masalah matematik di Palembang. Seramai enam orang guru matematik SMA di Palembang sebagai responden di pilih dengan teknik persampelan bertujuan. Kaedah temu bual secara separa berstruktur dan pemerhatian digunakan bagi mengumpul data. Pemerhatian terhadap guru di jalankan sebanyak tiga kali sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp). Temu bual di jalankan sebelum dan selepas bagi setiap sesi pdp. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsepsi guru terhadap penyelesaian masalah masih belum jelas. Konsepsi guru terhadap penyelesaian masalah bertambah baik setiap kali temu bual di jalankan. Kebanyakan guru menyatakan penyelesaian masalah merupakan aplikasi matematik bagi murid. Namun begitu, responden juga menunjukkan perubahan secara berperingkat dengan menyatakan penyelesaian masalah s.....
Thesis Published 2016 1563 hits Available
7
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan pengaturcaraan LOGO terhadap pencapaian matematik murid tingkatan dua bagi topik geometri. Pencapaian matematik diukur berdasarkan pencapaian secara keseluruhan dan pencapaian berdasarkan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kajian ini mengguna reka bentuk Eksperimen Kuasi Pasca Ujian sahaja bagi membandingkan pencapaian matematik murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Seramai 36 murid ditempatkan dalam kumpulan eksperimen dan 36 murid lagi ditempatkan dalam kumpulan kawalan. Murid kumpulan eksperimen menjalani proses pembelajaran matematik menggunakan pengaturcaraan LOGO manakala murid kumpulan kawalan menjalani pembelajaran matematik menggunakan persembahan slaid PowerPoint. Tempoh pelaksanaan kajian adalah selama enam minggu. Instrumen yang digunakan untuk mengukur pencapaian matematik murid adalah ujian pasca yang diadakan sebanyak dua kali. Ujian Pasca I dilakukan sejurus selepas du.....
Article Published 2016 8849 hits Available
8
Malaya Publishing House, Limited Singapore
Abstract
Sebermula, maka adalah sebuah negeri bernama Chempaka Seri raja-nya bernama Indera Sari. Maka baginda itu cukup lengkap seperti adat istiadat kerajaan yang lain-lain juga, akan tetapi ada pun tabiat baginda itu terlalulah suka menyabung dan berjudi, sehingga menjadi suatu amalan pada baginda itu. Dengan hal yang demikian habislah sekalian rayat seisi negeri itu menjadi asyik leka dengan berjudi juga pada setiap masa tiada sekali-kali mengambil bena kapada mendirikan syariat Nabi SAW kerana raja-raja dan orang besar-besarnya terlalu amat suka mengerjakan pekerjaan yang maksiat itu...
Book Published 1929 907 hits Limited
9
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan pengajaran mengikut konteks dalam kalangan guru Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Aceh, Indonesia. Terdapat enam ciri pengajaran mengikut konteks, iaitu pembelajaran bermakna, inkuiri, masyarakat belajar, pemodelan, refleksi dan pentaksiran autentik. Kajian ini memfokuskan kepada tiga soalan kajian iaitu: Apakah perancangan pengajaran guru dengan pendekatan pengajaran mengikut konteks?; Bagaimana pelaksanaan pengajaran guru dengan pendekatan pengajaran mengikut konteks dalam bilik darjah?; Apakah masalah yang dihadapi guru dalam pelaksanaan pengajaran mengikut konteks dalam bilik darjah? Peserta kajian melibatkan tiga orang guru matematik tingkatan empat daripada dua buah SMV iaitu Sekolah Menengah Vokasional Negeri 1 (SMV N 1) dan Sekolah Menengah Vokasional Negeri 2 (SMV N 2). Pemilihan peserta adalah secara sukarela dan mendapat kebenaran pihak pentadbiran sekolah. Empat kaedah pengumpulan data digunakan iaitu pemerhatian pengajaran bilik darja.....
Thesis Published 2015 1025 hits Available
10
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penerapan Pendidikan Matematik Realistik Indonesia (PMRI) dalam pengajaran matematik di sekolah rendah di Indonesia. Kajian ini meliputi perancangan, pelaksanaan dan mengenal pasti masalah yang dihadapi guru. Reka bentuk kajian adalah kajian kualitatif kaedah dengan kajian kes. Pemilihan peserta kajian dijalankan secara persampelan bertujuan iaitu melibatkan tiga orang guru matematik sekolah rendah di daerah Banjarmasin, Indonesia. Pengumpulan data didapati melalui pemerhatian pengajaran kelas, temu bual pra dan pasca pengajaran dan analisis dokumen. Proses pemerhatian kepada setiap peserta dilaksanakan sebanyak tiga kali proses pengajaran kelas. Sesi temu bual dijalankan sebelum dan selepas sesi pemerhatian pengajaran kelas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta kajian telah merancang PMRI secara bertulis dan lisan sebelum pelaksanaan pengajaran kelas. Manakala, dalam pelaksanaan pengajaran kelas, peserta kajian didapati menerapkan PMRI dengan .....
Thesis Published 2016 920 hits Available
First Prev
Page 1 of 13

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.