|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 10281 | 2015 Article | Belajar kemahiran mengenal huruf menggunakan aktiviti membentuk doh Ahmad Noor Aini, Abd. Latiff Nur Liyana, Aktiviti membentuk doh boleh diaplikasikan untuk membantu murid bermasalah pembelajaran mempelajari kemahiran mengenal huruf. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana aktiviti menggunakan membentuk doh dapat membantu meningkatkan penguasaan mengenal huruf dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran. Kajian eksperimental kuasi dijalankan terhadap enam orang murid bermasalah pembelajaran yang dipilih secara pensampelan bertujuan di tiga buah sekolah menengah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) di dua buah daerah di negeri Perak Darul Ridzuan. Kumpulan kawalan di Sekolah A terdiri daripada dua orang murid (M1 dan M2) manakala rawatan dijalankan di Sekolah B dan Sekolah C. M3 dan M4 di Sekolah B menerima Rawatan 1 menggunakan aktiviti membentuk doh manakala M5 dan M6 di Sekolah C menerima Rawatan 2 menggunakan aktiviti percikan. Alat kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca dan kajian telah dilaksanakan selama tiga bulan. Dapatan kajian..... 1483 hits |
| 10282 | 2015 Article | Basic science process skills test for primary schools item development and validation Eng Tek Ong, Mesmen Norjuhana, Mokshein Siti Eshah, Mohd Salleh Sabri, Nik Yusuff Nik Azmah, Koon Peng Yeam, This paper reports the development and validation of a test that measures the whole range of basic science process skills as stipulated in the Malaysian science curricula and that is suitable for Malaysian upper primary school students. In the instrument development phase, 58-item Basic Science Process Skills (BSPS) Test was generated according to a set of a priori indicators. These items were vetted by two reviewers consisting of experienced primary science teachers to ensure content validity and to establish inter-rater reliability (or, degree of agreement). The analysis of inter-rater agreement in categorisation of basic science process skills items yielded a Cohen’s Kappa value of 0.877, p = .000 < .001. The BSPS Test was then field tested with a group of 197 upper primary students (Grades/Years 4-6, or aged 10- 12) that represents top, average, and bottom sets. The dataset was subjected to item analyses, resulting in a quality 29-item BSPS Test. The BSPS Test has a KR-20 reliabi..... 3215 hits |
| 10283 | 2015 Article | Aplikasi teknologi sistem perakaunan untuk penjanaan ekonomi masjid Mohd Hussin Mohd Yahya, Muhammad Fidlizan, Hassan Mohamad, Abdul Razak Azila, Habidin Nurul Fadly, Peranan masjid kepada umat Islam amat luas ruang lingkupnya kerana ia adalah institusi yang boleh menyatukan seluruh umat Islam. Pengembangan ekonomi masjid merupakan antara langkah yang boleh dilakukan oleh institusi masjid untuk tujuan pengimarahan. Melalui pengenalan sistem elektronik perakaunan masjid (EMAS) yang telah dilaksanakan oleh institusi masjid di Negeri Perak, mendapati jumlah dana masjid yang terkumpul dalam bentuk simpanan tunai beserta tanah wakaf yang tidak diusahakan adalah banyak. Oleh yang sedemikian, institusi masjid seharusnya menjana ekonominya bagi memastikan kelangsungan aktiviti masjid dapat diteruskan dan seterusnya memacu pembangunan ekonomi ummah melalui penglibatan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi yang produktif... 6280 hits |
| 10284 | 2015 Article | Aplikasi perisian visualisasi tiga dimensi dalam pembelajaran sains Biologi implikasi terhadap pelajar berbeza keupayaan spatial Said Che Soh, Umar Irfan Naufal, Muniandy Balakrisnan, Desa Shakinaz, Hanafi Hafizul Fahri, Tujuan kajian ini adalah bagi mengenalpasti kesan perbezaan tahap keupayaan spatial pelajar terhadap prestasi kognitif dalam pembelajaran subjek biologi sel dengan menggunakan perisian visualisasi tiga dimensi. Perisian visualisasi tiga dimensi dihasilkan dengan menggunakan teknologi realiti maya dalam persekitaran web. Prestasi kognitif diukur dengan menggunakan ujian pencapaian. Reka bentuk kajian kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Seramai enam puluh satu orang pelajar daripada sebuah universiti telah dipilih sebagai sampel kajian yang pemilihan adalah berdasarkan kepada kumpulan kelas sedia ada. Dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi pelajar berbeza keupayaan yang mengikuti pembelajaran dengan perisian visualisasi tiga dimensi. Hasil kajian ini menunjukkan perisian visualisasi tiga dimensi dapat membantu pelajar berkeupayaan spatial rendah untuk mempelajari subjek sains biologi seiring dengan pelajar berkeupayaan spatial tinggi. Dapatan menunjukkan..... 2016 hits |
| 10285 | 2015 Article | Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REIT) di Malaysia analisis hubungan keseimbangan dengan pemboleh ubah makroekonomi Yusuf Yusni Anis, Mohd Hussin Mohd Yahya, Rambeli@Ramli Norimah, Malaysia kini dianggap sebagai pemimpin dalam pembiayaan Islam sehingga pengalamannya merintis pelbagai cabang pembiayaan Islam dapat menjadi petunjuk kepada mereka yang sedang atau merancang untuk menurut jejak langkah Malaysia dalam bidang ini. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kewujudan hubungan jangka panjang dan pendek antara pemboleh ubah Amanah Pelaburan Hartanah Islam (Islamic Real Estate Investment Trust) dengan pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah data bulanan dari Disember 2008 hingga Disember 2013 dan dianalisis menggunakan model Vektor Autoregresif (VAR) yang piawai. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan jangka panjang antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dengan Indeks Harga Pengguna, Indeks Pengeluaran Industri, Kadar Pelaburan antara Bank secara Islam, Kadar Tukaran Asing dan FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah Indeks. Berdasarkan kepada hasil ujian VECM, didapati bahawa IREIT bukan penyebab Granger jangka pen..... 2242 hits |
| 10286 | 2015 Thesis | Pelaksanaan modul projek penyiasatan dalam meningkatkan komunikasi dan kemahiran sosial kanak-kanak prasekolah Azizah Zain Kajian ini bertujuan mengkaji pelaksanaan Modul Projek Penyiasatan dalam meningkatkan komunikasi, kemahiran sosial dan penglibatan kanak-kanak prasekolah melalui aktiviti 'hands-on '. Kaedah kajian yang digunakan adalah etnografi berdasarkan Teori Konstruktivisme dan Teori Interaksionalis. Subjek kajian terdiri daripada sepuluh orang kanak-kanak prasekolah di sebuah sekolah di daerah Kota Setaro Data primer terdiri daripada data pemerhatian, data temu bual dan data analisis dokumen. Kesemua data dianalisis menggunakan perisian Atlas Ti.O.7. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan aktiviti yang terdapat dalam Modul Projek Penyiasatan meningkatkan komunikasi kanak-kanak dengan guru, rakan dan persekitaran mereka. Kesan terhadap peningkatan komunikasi, keyakinan kanak-kanak berkomunikasi bersama individu lain bertambah baik. Dapatan juga menunjukkan komunikasi yang berlaku semasa aktiviti projek meningkatkan kefahaman dan pengetahuan kanak-kanak terhadap topik yang diminati. Di samping itu..... 2583 hits |
| 10287 | 2015 Thesis | Pola asuhan dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak tadika bandar Palembang Indonesia Soeparno, Nofita Anggraini Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan pola asuhan ibu bapa dengan pemerolehan bahasa kanak-kanak berlandaskan teori Halliday (1984). Teori ini menekankan pemerolehan bahasa kanak-kanak berdasarkan tujuh fungsi bahasa. Ketujuh-tujuh fungsi bahasa ini dijadikan konstruk pemboleh ubah bersandar kajian iaitu fungsi Imaginasi, Informasi, Heuristikal, Personal, Interaksi, Peraturan, Instrumental. Manakala pola asuh demokratikal, authoritarian, permisif dijadikan pemboleh ubah tidak bersandar kajian. Kaedah kuantitatif melalui tinjauan digunakan dengan mengemukakan boring soal selidik dan pemerhatian ke atas 20 bapa 25 ibu. Lokasi kajian dijalankan di Tadika Chandra Jaya di Bandar Palembang Indonesia. Data dikumpul melalui boring soal selidik terdiri dari tiga bahagian iaitu demografi ibu bapa, item pola asuh, item pemerolehan bahasa. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Version 20. Analisis statistik deskriptif frekuensi, peratusan digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Manakal..... 1242 hits |
| 10288 | 2014 Thesis | Teaching and learning mathematics and science in a second or third language Zuraini Ramli Teaching and learning in a second or a third language is not an easy task. Literatures have indicated that teachers and students involved have to struggle in order to cope with a language policy that requires them to teach or learn in an unfamiliar language. There is no doubt that in the learning process, language is the most powerful tool to deliver knowledge and skills. It becomes more difficult for learning to occur effectively if the language of instruction becomes a barrier to the learners. This study focuses on the teaching and learning of mathematics and science in English in Malaysia, where English is a second or a third language to both teachers and students. The main aim of this research is to investigate how languages are used in mathematics and science classes taught in a second or third language, and to understand how these are supported with multimodal resources. This study employed qualitative methods, involving a multiple case study and interpretive research paradigm. A..... 1870 hits |
| 10289 | 2015 Thesis | Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen untuk menilai pembelajaran Geometri tingkatan 1 Leow, Tze Wei Kajian ini bertujuan membina instrumen untuk: menilai murid dalam pembelajaran geometri tingkatan 1 dan menentukan kesahan kandungan dan kebolehpercayaannya. Kaedah yang digunakan untuk membina instrumen dalam kajian ini adalah berpandukan Model Penilaian Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP). Kajian ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu, kajian literatur, pembinaan instrumen kajian dan analisis kesahan kandungan dan kebolehpercayaan instrumen. Instrumen yang dibina adalah berbentuk rubrik dua lapis. Dapatan daripada kajian literatur menunjukkan terdapat lima konstruk iaitu, pengetahuan sedia ada murid, kefahaman murid dalam geometri, gaya pembelajaran murid, sikap pembelajaran murid serta pendekatan pengajaran guru. Sebanyak 79 item telah dibangunkan dalam instrumen ini. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kesemua lima panel pakar dalam bidang Pendidikan Matematik bersetuju bahawa instrumen yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang boleh diterima. Manakala, pekali kebolehpercayaan i..... 1260 hits |
| 10290 | 2014 Article | Keberkesanan program Pusat Islam dalam membentuk sahsiah pelajar kajian perbandingan antara UPSI dan UKM Abd Ghani Abd Rahman, Sahsiah yang baik ialah aset yang sangat penting pada diri seseorang pelajar. Kejayaan seseorang pelajar itu tidak hanya diukur berdasarkan ketinggian ilmu pengetahuannya, namun is juga diukur dari sudut ketinggian sahsiahnya. Selain peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu sendiri, Pusat Islam di sesebuah IPT itu juga sebenarnya sangat berperanan dalam membentuk sahsiah pelajar, kerana banyak program yang dijalankannya menjurus ke arah itu. Kajian ini melihat sejauhmanakah peranan yang dimainkan oleh Pusat Islam di dua buah IPTA iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi merialisasikannya. Kajian ini bersifat kualitatif dan kuantitatif iaitu menggunakan metode exploratory melibatkan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian ini menggunakan soal selidik dan juga analisis komparatif untuk membuat perbandingan. Objektif utama kajian ini ialah untuk melihat keberkesanan perjalanan bentuk program keagamaan dan kemasyarakatan yang..... 1111 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 1029 of 1143 | [ Next ] [ Last ] |