|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 10291 | 2014 Article | Kegiatan ekonomi di Kelantan, 1950-an hingga 1970-an Hasan Haryati, Artikel ini membincangkan kegiatan ekonomi Kelantan pada tempoh 1950-an hingga 1970-an. Pertanian sara diri merupakan kegiatan ekonomi utama di Kelantan pada sebelum tahun 1950. Ciri-ciri perpetanian dan pedesaan ini kekal sehinggalah menjelang pasta kemerdekaan. Keadaan ini memberikan keunikannya tersendiri kepada negeri tersebut khususnya dalam mempengaruhi sosiobudaya masyarakatnya. Selepas tahun 1950 keadaan masih tidak banyak berubah. Orang Melayu Kelantan rata-rata tinggal di kawasan luar bandar dengan pertanian masih merupakan mata pencarian yang utama. Hanya sebilangan kecil yang menetap di bandar dan melibatkan diri dalam lapangan perniagaan, perburuhan dan menjawat jawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Ekonomi secukup hidup ini sedikit sebanyak telah merencatkan usaha kerajaan membangunkan negeri tersebut. Kadar penghijrahan yang tinggi dan kemiskinan dalam kalangan rakyatnya menggambarkan realiti dan situasi sebenar keadaan ekonomi Kelantan pada tempoh tersebut... 1095 hits |
| 10292 | 2014 Article | Kepimpinan transformasi pengarah kolej vokasional dan efikasi kendiri pensyarah kolej vokasional Soffi Siti N. Shahshina, M. Sharif Ahmad, Kejayaan transformasi pendidikan vokasional yang dilancar oleh kerajaan Malaysia pada 2014, banyak bergantung kepada daya kepimpinan pengarah dan prestasi tenaga pengajar kolej vokasional yang dinaik taraf. Sejajar dengan senario masa kini, kajian ini berhasrat untuk menyingkap kepimpinan transformasi pengarah kolej vokasional dan juga efikasi kendiri pensyarah kolej vokasional. Kajian ini juga bertujuan untuk mengukur pengaruh kepimpinan transformasi pengarah kolej vokasional terhadap efikasi kendiri pensyarah kolej. Sampel kajian terdiri daripada 152 orang pensyarah yang dipilih secara rawak daripada tujuh buah kolej vokasional di Negeri Sembilan dan Melaka. Borang soal selidik mengandungi dua instrumen, Multifactor-Leadership Questionnaire (MLQ) dan Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES) masing-masing bagi mengukur tahap kepimpinan transformasi dan efikasi kendiri. Analisis data melibatkan kekerapan, min, peratusan, sisihan piawai, ujian-t, ANOVA dan regrasi berganda. Kajian menunju..... 1044 hits |
| 10293 | 2014 Article | Kesan pembandaran terhadap pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu Ibrahim Mohd Hairy, Ismail Kamarul, Nazari Siti Shazlina, Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan aktiviti pembandaran terhadap fenomena Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu. Matlamat kajian ini adalah mengenal pasti pembentukan fenomena Pulau Haba Bandar (PHB) yang berlaku di Kuala Terengganu kesan daripada aktiviti pembandaran di bandar ini. Kajian ini melibatkan dua data utama iaitu data primer melalui kajian lapangan dan data sekunder daripada Majlis Pembandaran Kuala Terengganu (MBKT). Kaedah rentasan suhu di lapangan dilakukan menggunakan kenderaan bermotor yang melibatkan sembilan buah stesen pencerapan yang meliputi kawasan pusat bandar hingga ke pinggir bandar bagi mengukur suhu, kelembapan bandingan dan kelajuan angin selama dua minggu bermula dari 25 Jun 2013 hingga 8 Julai 2013. Waktu data dikutip adalah dua kali sehari iaitu pada waktu siang dan malam antara pukul 12:00-14:00 dan 19:00-21:00. Data ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS), Microsoft Window Excel dan perisian Geographic I..... 2344 hits |
| 10294 | 2014 Article | Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Abdullah Norazilawati, Mohd Noh Noraini, Hamzah Mahizer, Nik Yusuf Nik Azmah, Omar Rumaizah, Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan mengkaji tahap kesediaan guru sains dan matematik Tahun 3 dari aspek pengetahuan, kemahiran, minat dan sikap dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kesediaan guru dengan pengalaman mengajar. Seramai 256 orang guru sains dan matematik di daerah Seremban telah dipilih secara rawak berstrata bagi menjayakan kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik. Data dianalisis menggunakan Statistik diskriptif iaitu frekuensi, min dan sisihan piawai serta statistic inferensi iaitu korelasi Pearson. Dapatan hasil kajian menunjukkan tahap kesediaan guru Sains dan Matematik Tahun 3 di Seremban dari segi pengetahuan dan kemahiran berada pada tahap sederhana manakala aspek minat dan sikap berada pada tahap tinggi. Melalui korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan minat terhadap pengalaman mengajar ma..... 3944 hits |
| 10295 | 2014 Article | Impak Dasar Ekonomi Baru ke atas peningkatan ekonomi Bumiputera selepas tragedi 13 Mei 1969 Mamat Mohamad Asrol Arpidi, Saat Ishak, Ariffin Khairi, Artikel ini memaparkan impak ekonomi kaum Bumiputera kesan daripada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB dilaksanakan sepenuhnya melalui Rancangan Malaysia Kedua yang bermula pada tahun 1971 ekoran tragedi 13 Mei 1969. DEB dirangka bagi mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera. Melalui DEB pihak kerajaan memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyertai lapangan ekonomi secara langsung bagi mewujudkan keseimbangan di antara golongan yang berada dan golongan yang tidak berada. DEB dilancarkan sebagai sebahagian daripada strategi menyeluruh Tun Abdul Razak bagi membina semangat perpaduan antara kaum di negara ini dan meningkatkan ekonomi kaum Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi agar tidak ketinggalan dengan kaum lain... 2837 hits |
| 10296 | 2016 Thesis | Kefahaman dan kesilapan pelajar dalam pembelajaran topik pembezaan tingkatan empat Nik Munirah Sa'adah Nik Ibrahim Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kefahaman dan kesilapan pelajar dalam menyelesaikan masalah pembezaan dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan dalam memilih enam orang pelajar tingkatan empat sebagai sampel kajian. Data primer kajian ini adalah data ujian dan data temubual. Data ujian dianalisis menggunakan kaedah analisis kefahaman Skemp, manakala data temubual telah dianalisis menggunakan kaedah analisis kesalahan Newman. Dapatan kajian ini mendapati pelajar hanya mempunyai kefahaman instrumental dan kesalahan yang sering dilakukan mereka ialah kesalahan membaca, kesalahan memahami dan kesalahan transformasi. Justeru, daripada kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa pelajar hanya menghafal algoritma penyelesaian matematik dan mereka tidak mampu menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah. Implikasi kajian ini ialah guru dapat mengenal pasti konsep-konsep yang perlu diberi perhatian semasa mengaja..... 985 hits |
| 10297 | 2016 Thesis | Gambaran masyarakat Melayu dalam Syair Suluh Pegawai karya Raja Ali Haji Edi Kurniawan Sahar Kajian ini bertujuan memberikan gambaran tentang kehidupan masyarakat Melayu dalam Syair Suluh Pegawai karya Raja Ali Haji. Kaedah kajian ini menggunakan analisis teks teori semiotik oleh Charles Sanders Peirce dan sosiologi sastera. Hal ini dilakukan untuk menganalisis teks sehingga dapat menentukan makna, idea, perasaan dan bentuk tingkah laku yang digambarkan. Dapatan kajian dalam Syair Suluh Pegawai ialah gambaran kehidupan berumah tangga yang sesuai dengan ajaran Islam. Pertama, syair ini merupakan pengajaran bagi masyarakat tentang kehidupan berumah tangga yang bersumber kepada Al Quran dan Hadis. Kedua, berkaitan dengan penggambaran tingkah laku individu kepada keluarga dan masyarakat sekitar yang meliputi hak dan tanggungjawabnya. Ketiga, berisikan tentang pengajaran dan aturan-aturan dalam kehidupan rumah tangga yang sarat akan ajaran agama Islam adat istiadat Melayu. Kesimpulannya, Syair Suluh Pegawai karya Raja Ali Haji ini merupakan sebuah karya yang banyak mengandung pesan..... 1508 hits |
| 10298 | 2016 Thesis | Angkatan Pemuda Insaf: (1946-1947) Hasfalila Hassan Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perjuangan dan cabaran yang dilalui oleh Angkatan Pemuda Insaf (API) daripada tahun 1946 hingga 1947. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan memberi penekanan kepada analisis dokumen di Jabatan Arkib Negara Malaysia dan beberapa perpustakaan Universiti Awam di Malaysia. Selain itu, temu bual juga dijalankan dengan beberapa orang pejuang API serta warisnya. Dapatan kajian membuktikan bahawa API adalah sebuah organisasi politik separuh tentera yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Kajian ini juga jelas menunjukkan usaha dan persediaan yang dilakukan API demi mencapai matlamat perjuangannya. Cabaran yang dilalui API serta hala tuju bekas anggota API yang dipaparkan dalam kajian turut menunjukkan bahawa barisan pejuang API ini tidak pernah berhenti untuk memperjuang kebebasan Tanah Melayu daripada menjadi jajahan British. Dapat disimpulkan bahawa, perjuangan API sebagai pertubuhan pemuda berhaluan kiri memberi impak dan kesan kep..... 3072 hits |
| 10299 | 2016 Thesis | Analisis struktur dan nilai pendidikan dalam teater tradisional Mendu di Natuna Karnasih Kajian ini bertujuan untuk (1) menjelaskan struktur cerita teater Mendu (2) menganalisis nilai-nilai pendidikan yang terkandung dalam teater tradisional Mendu (3) menjelaskan kesan teater Mendu dalam masyarakat Natuna. Pembahasan struktur cerita meliputi, tema, plot, tokoh dan penokohan, bahasa dan latar, sedangkan pembahasan tentang moral meliputi nilai pendidikan dalam teater Mendu, dan kesan teater Mendu dalam masyarakat Natuna. Teater tradisional Mendu bertema kebaikan mengalahkan kejahatan. Plot cerita dalam teater Mendu tersebut adalah plot maju atau plot lurus. Tokoh yang dominan dalam teater Mendu adalah Dewa Mendu yang memiliki kesaktian tertentu dan berwatak baik. Latar yang banyak digunakan dalam teater Mendu ialah latar tempat. Bahasa yang digunakan dalam teater Mendu ialah bahasa Indonesia dan bahasa Melayu Natuna. Nilai pendidikan yang terkandung dalam teater Mendu Kabupaten Natuna, meliputi nilai pendidikan yang mengacu kepada Indikator Implementasi Pendidikan Budaya dan..... 1042 hits |
| 10300 | 2016 Article | Analysis of meteorological drought in Tihama Plain, Yemen using Standardized Precipitation Index (SPI) Dhaif Allah Ali Ahmed, Md Hashim Noorazuan, Meteorological drought occurs when precipitation rate is less than usual for a period of time in affected areas. This article aims to analyse the meteorological drought in the Tihama Plain, as one of the most important agricultural areas in Yemen contributing 42 percent to the total agricultural production in the country. The study attempts to find out if the plain is currently facing drought conditions through analysing the rainfall data obtained from five meteorological stations for the past 30 years (1980-2010). The Standardized Precipitation Index (SPI) method normally gives best results regardless of other climatic parameters such as humidity, minimum and maximum temperature, potential evapotranspiration and sun hours as it gives accurate result using only precipitation data. The reason beyond using SPI method is that its results are effective and they are similar to the actual drought situation with some exception of the extreme condition of severe drought. SPI was calculated usi..... 2888 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 1030 of 1143 | [ Next ] [ Last ] |