UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
103012016
Article
Peranan anak lelaki sebagai penjaga utama warga tua Melayu di luar bandar : kajian kes di daerah Jerantut, Pahang
Md Nor Nik Norliati Fitri, Ghazali Suriati,
Taraf kesihatan yang semakin baik membawa kepada meningkatnya jangka hayat dan bilangan warga tua di Malaysia. Artikel ini meninjau tentang satu aspek spesifik berkaitan pengaturan kehidupan warga tua Melayu, iaitu kecenderungan memilih untuk tinggal dengan anak lelaki berbanding tinggal dengan anak perempuan. Dengan menggunakan kawasan luar bandar dan pinggir bandar di daerah Jerantut, Pahang sebagai kajian kes, artikel ini akan mengkaji peranan anak lelaki sebagai penjaga utama warga tua, terutama warga tua yang uzur dan terlantar sakit; dan juga anak lelaki sebagai sumber kewangan yang diharapkan oleh warga tua. Kajian ini melibatkan 54 warga tua Melayu yang berumur 60 tahun dan ke atas terdiri daripada pelbagai latar belakang ekonomi. Warga tua yang tinggal bersama anak lelaki berkahwin, sama ada tinggal di rumah mereka (warga tua) atau berhijrah ke rumah anak lelaki mereka, akan dipilih sebagai responden kajian. Maklumat telah dikumpul menggunakan borang kaji selidik dan dianalisi.....

2190 hits

103022016
Article
Pendidikan geografi di sekolah-sekolah Malaysia : perkembangan dan isu
Ahmad Mohammad Zohir,
Tujuan artikel ini adalah untuk menjelaskan perkembangan dan isu-isu yang berkaitan pendidikan geografi khususnya geografi sekolah di Malaysia. Pendidikan geografi telah melalui perkembangannya sejak sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Bermula dengan pengaruh dan berorientasi pendidikan kolonial, khususnya jangkamasa sebelum merdeka dan jangkamasa awal selepas merdeka, kurikulum geografi di Malaysia telah berubah selaras dengan perkembangan semasa dan keperluan negara. Perkembangan ini berkait rapat dengan konteks sosio budaya Malaysia dan falsafah yang mendasarinya. Perubahan telah berlaku dari segi status dalam kurikulum negara dan juga dari kandungan. Geografi sekolah juga tidak terlepas daripada isu-isu yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kualiti kurikulumnya khususnya yang melibatkan pelaksanaannya...

1184 hits

103032016
Article
Konflik hak tanah adat (native costumary rights) Kampung Imahit Tenom, Sabah
Luyan Madeline Henry, Lunkapis Gaim James,
Konflik tanah adat semakin kritikal dalam kalangan Orang Asal di seluruh dunia. Di Malaysia khususnya di Sabah, konflik ini merupakan antara isu yang hangat kerana melibatkan pengiktirafan hak Orang Asal terhadap penggunaan tanah, harta benda, amalan adat, budaya dan kepercayaan mereka secara tradisional. Artikel ini membincangkan dan menjelaskan konflik hak tanah adat yang dihadapi oleh penduduk Kampung Imahit, Tenom, Sabah dan menerangkan kepentingan hak tersebut kepada mereka. Objektif kajian ini adalah untuk memahami kaedah penjagaan hutan adat, mengkaji kepentingan dan kesan yang dihadapi oleh Orang Asal yang terlibat serta mendapatkan persepsi penduduk berkenaan hak mereka terhadap tanah adat pada masa kini. Kajian berdasarkan pada kupasan literatur, pemerhatian, temu bual dan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil kajian mendapati tanah adat sinonim dengan Orang Asal kerana menjadi asas kepada kehidupan mereka malah keseimbangan ekosistem hutan dicapai melalui amala.....

1367 hits

103042016
Article
Kesedaran terhadap sistem penuaian air hujan dalam kalangan komuniti Tanjong Malim, Perak
Mahat Hanifah, Koh Liew See, Norkhaidi Saiyidatina Balkhis,
Penuaian air hujan merupakan proses pengumpulan, penyimpanan dan penggunaan air hujan untuk kegunaan domestik. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesedaran terhadap Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dalam kalangan komuniti Tanjong Malim, Perak. Kajian ini menggunakan borang kaji selidik yang berfokus pada aspek empat pemboleh ubah iaitu pengetahuan, sikap, tingkah laku jimat air terawat dan tingkah laku penuaian air hujan dalam kalangan komuniti Tanjong Malim, Perak. Seramai 500 orang komuniti Tanjong Malim telah dipilih secara rawak. Analisis kajian yang digunakan adalah deskriptif (frekuensi dan min) dan analisis inferensi (korelasi Pearson dan regresi berganda). Hasil analisis menunjukkan pengetahuan komuniti terhadap sistem penuaian air hujan, sikap komuniti terhadap sistem penuaian air hujan mempunyai nilai min yang tinggi manakala tingkah laku penuaian air hujan berada pada tahap sederhana. Hasil analisis korelasi menunjukkan bahawa wujud kekuatan yang rendah dan lemah antara.....

1806 hits

103052016
Article
Keparahan kemarau hidrologi di Lembangan Sungai Lui, Hulu Langat Selangor
Sakke Nordin, Ithnin Hamirdin, Saudi Azali, Mapa Mohammad Tahir,
Kemarau hidrologi merupakan fenomena kekurangan air yang ekstrem yang selalunya memberikan impak ke atas kehidupan normal manusia.Impak kemarau ini amat bergantung pada tahap keparahan sesuatu peristiwa kemarau. Tahap keparahan kejadian kemarau hidrologi boleh digambarkan melalui tempoh atau jumlah defisit kemarau. Tempoh kemarau yang panjang dan jumlah defisit air yang tinggi merupakan petunjuk penting bagi keekstreman kemarau. Artikel ini mengkaji tahap keparahan kemarau di lembangan Sungai. Lui, Hulu Langat, Selangor. Dalam konteks kajian ini, nilai lampauan (persentil - Q) daripada keluk tempoh alir (KTA) digunakan untuk menentukan peristiwa kemarau. Tempoh 48 tahun data luahan bagi stesen Lui digunakan bagi menentukan nilai Q. Dengan menggunakan persentil Q70 = 1.15 m3s-1sebagai paras ambang (PA) asas kemarau yang diperoleh daripada KTA, didapati tempoh dan jumlah defisit luahan yang terhasil adalah berbeza mengikut kelas keparahan kemarau. Berpandukan kepada analisis, tempoh kumu.....

3007 hits

103062016
Article
Unsur pemikiran kreatif masyarakat Melayu tradisi melalui teks sastera tulisan dan lisan terpilih
Zakaria Norazimah, Mat Naffi, Baharum Hasrina, Sintian Minah,
Pemikiran kreatif ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Masyarakat tradisi telah lama mengamalkan pemikiran kreatif dalam menghadapi kelangsungan hidup. Kehidupan masyarakat tradisi dilatari sumber alam yang banyak mengajar mereka bagaimana untuk hidup dan mengamalkan nilai dan norma berdasarkan pengalaman dan sumber alam yang terdapat di sekeliling mereka. Pemikiran kreatif masyarakat Melayu yang disampaikan melalui tradisi lisan dan tulisan wajar diperluaskan untuk generasi kini bagi membentuk sahsiah dan adab di samping menggalakkan mereka berfikir dengan menggunakan pemikiran kreatif dengan melihat konteks masyarakat yang melahirkan sastera tradisi tersebut. Makalah ini mempunyai dua objektif iaitu pertama mengenal pasti unsur pemikiran kreatif yang terdapat dalam pantang larang, peribahasa dan Sejarah Melayu. Objektif kedua ialah menghuraikan peranan unsur pemikiran kreatif terhadap pembentukan sahsiah pelajar. Makalah ini turut melihat tiga kaedah tekni.....

2207 hits

103072016
Article
Penerapan Undang-undang Adat terhadap kesalahan sahsiah pada zaman kesultanan Melayu
Razak Salihahs, Sujud Arba'ie,
Undang-undang Adat merupakan salah satu elemen penting dalam pembentukan masyarakat ke arah nilai sahsiah yang baik. Masyarakat akan lebih bertanggungjawab denga adanya undang-undang yang boleh dirujuk sekali gus membentuk disiplin individu dan anggota masyarakat itu sendiri untuk mewujudkan keharmonian dalam kehidupan. Undang-undang Melaka merupakan teks utama dalam sistem perundangan yang diguna pakai pada zaman kesultanan Melayu. Undang-undang ini banyak memaparkan peraturan adat yang mesti dipatuhi oleh masyarakat Melayu dalam mewujudkan keharmonian semua pihak. Pemakaian Undang-undang Adat ini terhadap sahsiah masyarakat boleh memberi gambaran tentang kesan terhadap amalan sahsiah negatif yang dilakukan oleh masyarakat untuk memberi panduan kepada masyarakat kini melalui peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan Undang-undang Adat. Bagi melihat peristiwa-peristiwa yang berkaitan, naskhah Sulalatus Salatin digunakan dalam kajian ini sebagai panduan kepada khalayak umum...

944 hits

103082016
Article
Pemetaan bunyi bising trafik di penempatan terpilih Koridor Utara Negeri Selangor
Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir, Saleh Yazid, Mahat Hanifah,
Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti tahap aras kebisingan trafik di kawasan penempatan terpilih yang terletak dalam Koridor Utara Negeri Selangor (KUNS) yang melibatkan 16 buah stesen cerapan. Proses cerapan dilakukan pada hari bekerja dan tidak bekerja yang meliputi waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. Parameter yang diambil kira adalah nilai maksimum (Max), minimum (Min) dan juga purata (Leq). Data bunyi bising trafik yang dicerap pada setiap stesen dipetakan kawasan liputan sebaran bunyi bising menggunakan kaedah regresi dalam sistem maklumat geografi (GIS) iaitu interpolasi Inverse Distance Weighted (IDW). ArcGIS 93 digunakan sebagai alatan untuk membuat analisis interpolasi sebaran bunyi. Hasil kajian mendapati bahawa pada hari bekerja kesemua kawasan di KUNS mencatatkan nilai kebisingan melebihi piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu 65 dBA pada setiap waktu cerapan kecuali Bandar Sungai Buaya bagi waktu pagi dan tengah hari. Situasi yang hampir sama berlaku pada ha.....

2470 hits

103092016
Article
Isu kesediaan guru dalam amalan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Abdul Khalil Fakhri, Awang Mohd Isha,
Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) masa kini dilihat dari perspektif yang lebih luas. Demi menjamin kualiti pendidikan yang menjurus kepada pembangunan modal insan ‘minda kelas pertama’, sistem peperiksaan sekarang telah diperkukuh dengan memperluaskan konsepnya kepada pentaksiran. PBS merupakan satu bentuk amalan pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor secara terancang oleh guru dan pihak sekolah. Pentaksiran ini perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Sehubungan itu, amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru diharap dapat memberikan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Artikel ini merupakan kertas konsep yang membincangkan isuisu berkaitan kesediaan guru dalam amalan melaksanakan PBS. Artikel ini turut mengetengahkan isu kesediaan guru serta kesannya ke atas amalan PBS. Perkara yang dibincangkan adalah selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20.....

2100 hits

103102016
Article
Challenges faced by school professionals to promote social cohesion in Malaysia
Awang Mohd Mahzan, Ahmad Abdul Razaq,
This paper explores school professionals’ experience in promoting social cohesion. School professionals are principals, teachers and counsellors. The study utilised Ecological System theory to explore types of challenges faced by school professionals to promote social cohesion. This study defines social cohesion as a stage for developing unity among multi-ethnic nation. The case study research design was used to gather data Results indicate that challenges faced by school professionals exist in the micro-sytem and macro-system layers with special characteristics and elements. This study employed a case study research designed to explore in-depth understanding of ethnic relation at the school levels. The data was gathered from interviews with 13 school professionals from two national secondary schools. The participants consisted of principals (n=2), vice principal (n=1), counsellors (n=2), class teachers (n=3), discipline teachers (n=2), and physical education teachers (n=3). Data gat.....

948 hits

[ First ] [ Prev ] Page 1031 of 1143 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.