|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 1111 | 2012 Thesis | Profil amalan guru dalam pelaksanaan kurikulum kimpalan berasaskan kompetensi di Sekolah Menengah Vokasional Baharudin Saleh Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti profil amalan guru dari aspek pengetahuan, pentaksiran dan pedagogi dalam pelaksanaan kurikulum Kimpalan berasaskan kompetensi di Sekolah Menengah Vokasional. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 156 orang guru mata pelajaran Kimpalan dari 23 buah Sekolah Menengah Vokasional di Semenanjung Malaysia. Kajian ini dijalankan menerusi pendekatan kuantitatif di mana data dikumpulkan menggunakan soal selidik. Darjah kebolehpercayaan Alpha Cronbach setiap komponen yang digunakan adalah antara 0.813 hingga 0.957. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Statistik kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawaian digunakan untuk melaporkan data deskriptif. Ujian ANOVA sehala digunakan untuk menentukan perbezaan elemen profil amalan guru antara pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian. Tahap signifikan 0.05 ditetapkan untuk melaporkan data. Manakala analisis korelasi Pearson pula digunakan untuk melihat arah dan kekuatan ..... 182 hits |
| 1112 | 2024 Thesis | Adab-adab Melayu Kelantan dalam pemaparan watak halus dan watak kasar menerusi persembahan Makyung Gading Bertimang Mohd Farid Kamaruzaman Adab-adab Melayu Kelantan dalam persembahan Makyung pada masa kini dilihat sudah semakin terhakis. Oleh itu, kajian mengenai adab-adab Melayu Kelantan dalam pemaparan watak halus dan watak kasar yang terdapat dalam persembahan Makyung telah dijalankan dengan memilih cerita Gading Bertimang sebagai sumber kajian. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini, iaitu mengenal pasti adab-adab Melayu Kelantan yang dipaparkan oleh watak halus dan watak kasar menerusi persembahan Makyung Gading Bertimang, mensintesis adab-adab yang dipaparkan oleh watak halus dan watak kasar menerusi persembahan Makyung Gading Bertimang yang merupakan adab-adab Melayu Kelantan dan objektif terakhir ialah membina rangka adab-adab Melayu Kelantan dalam pemaparan watak halus dan watak kasar berpandukan elemen-elemen adab yang terdapat dalam persembahan Makyung Gading Bertimang. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah Grounded Theory. Data di kumpul dengan menggunakan temu bual, rakaman audio dan video persembahan, da..... 432 hits |
| 1113 | 2024 Thesis | Pengurusan instruksional dalam pengajaran Al-Quran program j-QAF di negeri Perak Noor Hasyimah Abdullah Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengurusan instruksional dalam pengajaran al-Quran program j-QAF di negeri Perak berdasarkan elemen pengurusan masa instruksional, pelaksanaan bimbingan dan pelaksanaan pemantauan. Kajian ini juga turut mengkaji perbezaan tahap pengurusan instruksional dalam pengajaran al- Quran antara jantina dan kategori sekolah serta hubungan antara tahap pengurusan masa instruksional dan pelaksanaan pemantauan. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dan data kajian diperoleh dengan menggunakan instrumen soal selidik bagi menjawab lima persoalan kajian dan tiga hipotesis. Seramai 127 orang guru pendidikan Islam dari daerah Kuala Kangsar telah dipilih secara rawak. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus, min, sisihan piawai, ujian-t, ANOVA dan korelasi. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan, tahap pengurusan instruksional dalam pengajaran al- Quran program j-QAF adala..... 342 hits |
| 1114 | 2024 Thesis | Pembangunan Modul pembelajaran Autotech topik Servis Asas Kenderaan bagi program sijil Servis Kenderaan Ringan di Kolej Komuniti Malaysia Shaiful Hazmir Shaifuddin Penyelidikan ini bertujuan untuk membangunkan Modul Pembelajaran AutoTech dalam topik Servis Asas Kenderaan bagi program Servis Kenderaan Ringan di Kolej Komuniti seluruh Malaysia dan mengkaji keberkesanannya terhadap pencapaian pelajar semester satu Kolej Komuniti di Malaysia. Penyelidikan ini menyelesaikan masalah kajian dengan menyediakan alternatif pengajaran bagi pendidik dan mencapai peningkatan prestasi pelajar dalam topik Servis Asas Kenderaan. Program Servis Kenderaan Ringan di Kolej Komuniti diperkaya dengan bahan rujukan, dan Modul Pembelajaran AutoTech disesuaikan dengan latar belakang pendidikan pelajar. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kajian reka bentuk kuasi eksperimental serta berpandukan Teori Behaviorisme dan Teori Taksonomi Bloom serta model ADDIE. Dalam pembangunan modul, pendekatan ADDIE dengan pembahagian tiga fasa utama telah digunakan. Dalam fasa pertama, analisis keperluan telah dijalankan dengan menemu bual tiga orang pakar untuk menentukan elemen-elemen k..... 307 hits |
| 1115 | 2020 Thesis | Sumbangan Tamil Muslim kepada perkembangan kesusasteraan Tamil Malaysia: kajian terhadap puisi-puisi Tamil tradisional terpilih Mydee Sulthan dan S. Seeni Naina Mohamed G Manivannan Govindan Kajian ini bertujuan untuk meneliti bentuk sumbangan Tamil Muslim dalam perkembangan kesusasteraan Tamil Malaysia; menganalisis unsur-unsur Islam dan budaya Tamil dalam puisipuisi Tamil tradisional yang dihasilkan oleh Mydee Sulthan dan S. Seeni Naina Mohamed. Kaedah kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan analisis dokumen serta teori sejarah yang dipelopori oleh Hyppolite Taine telah digunakan dalam kajian ini. Puisi-puisi terpilih daripada koleksi Te. Ku.u yang dihasilkan oleh S. Seeni Naina Mohamed dan Ara.kak Kavitaika. yang dihasilkan oleh Mydee Sulthan telah digunakan sebagai sumber utama kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, Tamil Muslim telah memberi sumbangan dalam bidang percetakan akhbar dan majalah serta penulisan puisi, cerpen dan novel untuk perkembangan kesusasteraan Tamil Malaysia. Unsur-unsur Islam seperti sejarah Islam, kepimpinan Nabi Muhammad SAW dan rukun-rukun Islam telah dipaparkan dalam puisi-puisi Tamil tradisional karya Mydee Sulthan. Unsur-unsur bu..... 149 hits |
| 1116 | 2012 Thesis | Penggunaan lagu popular dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah kebangsaan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kee, Suenddy Pei Chin Sejauh manakah guru muzik di sekolah kebangsaan menggunakan lagu popular dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di sekitar sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? Dengan menggunakan kaedah interpretif dalam penyelidikan untuk mengenal pasti apakah lagu popular yang digunakan, cara guru muzik mengaplikasikan lagu popular dan sebab guru muzik menggunakan lagu popular dalam pengajaran dan pembelajaran? Kaedah pemerhatian dilakukan ke atas seorang guru muzik bersamaan dengan empat belas orang murid. Tempoh pemerhatian dilakukan adalah selama satu jam. Kaedah pemerhatian diikuti dengan kaedah temu bual, jumlah bilangan soalan yang dikemukan untuk temu bual adalah sebanyak sepuluh soalan. Enam orang murid tahun enam dan seorang guru muzik telah ditemu bual. Mereka diminta menjawab soalan berbentuk semistruktur. Semua respoden kajian yang ditemu bual dipilih dari sekolah kebangsaan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Terdapat beberapa cara guru mengaplikasi lagu..... 199 hits |
| 1117 | 2017 Thesis | Penilaian Pakej Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun Satu KSSRPK masalah pembelajaran dari perspektif guru pendidikan khas Zulkifli Mohamad Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan penilaian guru pendidikan khas terhadap Pakej Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun Satu Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pembelajaran dalam membantu penguasaan kemahiran literasi murid. Penilaian tersebut dibuat berdasarkan dua konstruk iaitu aspek kesesuaian dan kebolehlaksanaan terhadap pakej buku teks tersebut. Penilaian dibuat berdasarkan model yang disarankan oleh Ornstein dan Hunkins. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakan. Responden kajian ini terdiri daripada 93 orang guru yang sedang dan pernah mengajar Bahasa Malaysia menggunakan Pakej Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun Satu KSSRPK Masalah Pembelajaran di Negeri Pulau Pinang. Instrumen kajian ialah soal selidik dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian mendapati aspek kesesuaian pakej buku teks mempunyai nilai skor min 4.32 ±0.46 dan aspek kebolehlaksanaan mempunyai nilai skor min 4.45 ±0.63 . Nilai skor mi..... 188 hits |
| 1118 | 2020 Thesis | The effectiveness of collaborative writing in improving ESL students’ essay writing S. Vijayalachemy R. Subramaniam The purpose of this research was to determine the effectiveness of collaborative writing in improving ESL students’ essay writing skills. The main aim of the study was to investigate if collaborative writing helped to improve students’ essays in aspects like organisation, development, structure, vocabulary, coherence and mechanics of writing. This study aims to determine if students who were engaged in collaborative writing showed a greater improvement in essay writing compared to students who wrote using the traditional writing method. Quasi experimental research method was conducted to collect data for the study. A sample of 40 form four students from a secondary school in Ipoh was selected randomly. The students were equally divided into two groups. The 20 students in the experimental group were trained in essay writing using the collaborative method and the 20 students in the control group were trained to write essays individually. Both groups had to complete a pre-test and a p..... 303 hits |
| 1119 | 2005 Thesis | Pengumpulan peribahasa Thai di selatan Thailand dan terjemahannya dalam bahasa Melayu Kalong, Siripon Disetasi ini adalah kajian tentang peribahasa yang digunakan oleh kaum Melayu di Selatan Thai. Peribahasa ini dikumpulkan dan diterjemahkan. Peribahasa yang dikumpulkan ini disesuaikan untuk mengajar bahasa Melayu kepada pelajar Melayu di Selatan Thai. Bab 1 adalah deskripsi mengenai negara Thai dan komposisi penduduknya bagi menjelaskan kedudukan kaum Melayu di Selatan Thai. Bab 2 menjelaskan metodologi kajian, iaitu; peribahasa Melayu ini dikumpulkan melalui temubual. Bahan bercetak seperti buku, jurnal, akhbar dan internet. Bab 3 peribahasa Melayu Thai yang dikumpulkan diklasifikasi kepada empat, iaitu; (1) peribahasa Thai yang sama erti dengan peribahasa Melayu, (2) peribahasa Thai yang seakan-akan ertinya dengan peribahasa Melayu, (3) peribahasa Thai yang sama perkataan tetapi berlainan erti dengan peribahasa Melayu dan (4) peribahasa Thai yang berbeza perkataan tetapi mempunyai sama erti dengan peribahasa Melayu. Bab 4 membincangkan bagaimana peribahasa ini dapat digunakan dalam ..... 168 hits |
| 1120 | 2006 Thesis | Aspek formalistik dalam lukisan pelajar dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. (kajian kes ke atas lima orang pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekinchan, Selangor) Mohd Yusof Marsidin Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah tentang aspek-aspek formalistik dan faktor yang mempengaruhi lukisan lima pelajar tingkatan tiga. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kes secara kualitatif dengan menggunakan pemerhatian, temubual dan analisa karya sebagai alat kajian bagi mengukuhkan dapatan kajian. Dalam kajian ini, penyelidik meninjau sikap pelajar terhadap aktiviti melukis tentang aspek kognitif (pemikiran), afektif (emosi), dan psikomotor (tingkah laku). Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa karya lukisan yang dihasilkan oleh pelajar tingkatan tiga, banyak dipengaruhi oleh faktor sikap yang didukungi pemikiran, emosi dan tingkah laku serta pengalaman peribadinya... 336 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 112 of 1139 | [ Next ] [ Last ] |