|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 1431 | 2024 Thesis | An investigation on student-centred English language learning among China higher education students Chen, Lei This study aims to examine the effects of student-centred language learning and EFL China higher education students_ views on the teaching, which helped improved their performances in English. Using the responses from the interviews with the tertiary lecturers, this study also seeks to investigate further on the lecturer_s views of the importance of integrating student-centred language learning among China higher education students as a teaching method to teach English and improve learners_ proficiency in the tertiary university. A mixed-method design was employed specifically an explanatory sequential design divided into two phases. In phase 1, a quasi-experimental design was employed and in phase 2, interviews with the lecturers and learners were carried out. Data was collected through pre-test, post-test, unit test, questionnaire and interviews from selected lecturers and learners. 120 EFL learners at the tertiary level of a university in China were chosen by using purposive samplin..... 234 hits |
| 1432 | 2024 Thesis | Pembangunan dan penilaian aplikasi digital T2IG untuk pembelajaran Bahasa Melayu bagi murid sekolah rendah Maran Chanthiran Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai sebuah aplikasi digital T2IG berteraskan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai bahan instruksional bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan Pendekatan Reka bentuk dan Pembangunan (PRP). Kajian ini melalui tiga fasa dan melibatkan 159 orang guru bagi fasa analisis keperluan, 12 orang pakar bagi fasa reka bentuk dan pembangunan, serta 159 orang guru dan 30 orang murid bagi fasa penilaian aplikasi digital T2IG ini. Analisis keperluan dilaksanakan dengan menggunakan kaedah gabungan iaitu tinjauan dan temu bual. Bagi kaedah tinjauan, borang soal selidik diedarkan kepada 159 orang guru. Kaedah temu bual pula melibatkan lima orang guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Analisis deskriptif terhadap tinjauan yang dilakukan mendapati bahawa kesemua guru bersetuju agar dapat dibangunkan aplikasi digital T2IG ini. Dapatan sesi temu bual mendapati bahawa pembangunan aplikasi adalah penting namun perhatian juga perlu diberikan terhadap peng..... 735 hits |
| 1433 | 2024 Thesis | Kecenderungan penggunaan makanan fungsian berdasarkan manfaat kesihatan dalam kalangan masyarakat Malaysia Nurhanie Mahjom Objektif kajian adalah membincangkan tren penggunaan makanan fungsian di pasaran Malaysia dan global, menganalisis faktor yang mempengaruhi penggunaan makanan fungsian dalam kalangan masyarakat Malaysia berdasarkan Teori Tingkah laku Terancang (TPB) dan membuktikan peranan faktor Manfaat Kesihatan sebagai faktor perantara. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen pengumpulan maklumat. Seramai 518 responden yang merupakan pengguna makanan fungsian terlibat dalam kajian ini dipilih melalui teknik pensampelan rawak kluster satu peringkat daripada empat buah bandar di Malaysia. Statistik deskriptif dan Model Persamaan Berstruktur berasaskan varian Kuasa Dua Terkecil Separa (PLS-SEM) digunakan untuk menganalisis objektif kajian. Dapatan kajian tren penggunaan makanan fungsian di pasaran Malaysia menunjukkan arah pengembangan produk keluaran tempatan dan mendorong peningkatan permintaan secara global sebanyak hampir sekali ganda (97 %) pada tahun..... 222 hits |
| 1434 | 2024 Thesis | Optical trapping and manipulation of microcrystalline cellulose microcluster (MCCM) for microtool applications Wan Nor Suhaila Wan Aziz This research endeavours to employ optical trapping technique for manipulating a single
microcrystalline cellulose microcluster (MCCM) in solution. The viscosity of low
concentration microcrystalline cellulose (MCCM) solutions was assessed to identify optimal
concentrations for optical tweezer applications. These solutions were prepared via the
sonication method, and their viscosity was measured using a rheometer. Utilizing optical
microscopy, MCCM formation was observed to determine suitable size ranges for optical
trapping. A single MCCM was successfully trapped using a 976nm linearly polarized laser with
a numerical aperture of 1.4, whist manipulation was achieved employing a circularly polarized
laser. The translation motion of the MCCM was facilitated by a piezostage system. Trajectories
of the MCCM were analyzed through visual observation via a CCD camera and scattering light
detection with a quadrant photodiode (QPD). The findings indicated that solutions with
concent..... 248 hits |
| 1435 | 2010 Thesis | Falsafah Pendidikan Negara dalam kata-kata adat Nordiana Ab Jabar Kertas projek ini membincangkan Falsafah Pendidikan Negara dalam kata-kata adat. Kajian ini mengkaji hasil pengoperasian Falsafah Pendidikan negara membentuk insan baik yang berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, patuh serta percaya kepada Tuhan. Nilai-nilai ini dilihat di dalam kata-kata adat. Hasil dapatan dari kajian ini diharapkan dapat mempertingkat lagi mutu dan sistem Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu juga melalui kajian diharapkan dapat memberi ilmu pengetahuan tentang kata-kata adat. Dalam kajian ini, pengkaji akan menyelusuri nilai-nilai masyarakat bumi tanah beradat ini samada selari atau tidak dengan sistem aliran pengoperasian FPN supaya dapat mewujudkan masyarakat seperti yang disasarkan oleh FPN sendiri. Konsep asas yang terkandung dalam FPN ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia a..... 123 hits |
| 1436 | 2010 Thesis | Kata adjektif Bahasa Melayu-Thai: satu analisis konstrastif Fadilah Saleah Tesis ini mengkaji Kata Adjektif Bahasa Melayu dan Thai: Satu Analisis Kontrastif. Kajian ini telah
menggunakan analisis kontrastif bagi menganalisis kata adjektif. Tujuan kajian ini adalah untuk
membincangkan aspek penjenisan dan susunan kata adjektif yang terdapat di dalam kedua-dua bahasa
Melayu dan Thai. Kajian ini juga memperlihatkan persamaan dan perbezaan dalam dua aspek utama;
iaitu pembentukan kata adjektif yang merangkumi aspek pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan,
serta aspek kedua berkaitan fungsi kata adjektif bagi kedua-dua bahasa Melayu dan Thai. Dapatan
dalam kajian ini menunjukkan bahawa wujud persamaan dan juga perbezaan antara kata adjektif dalam
bahasa Melayu dan Thai. Akhir sekali, secara tidak langsung dapat membantu, menimbulkan minat dan
meningkatkan pembelajaran bahasa kedua dalam pengajaran dan pembelajaran.
.. 123 hits |
| 1437 | 2006 Thesis | Pengajaran asas seni reka dalam PSV peringkat menengah rendah di SMK Lurah Bilut, Bentong, Pahang: satu kajian kes Suraya Hani Zakaria Ini adalah kajian kes mengenai Pelajaran Pendidikan Seni Visual peringkat Menengah Rendah di sebuah sekolah daerah Bentong, Pahang. Secara khususnya kajian ini mengkaji secara deskriptif bagaimana empat orang guru tingkatan satu dan dua menangani pengajaran Pendidikan Seni, KBSM. Tumpuan diberikan kepada latar belakang guru dan amalan pengajaran asas seni reka di dalam bilik darjah. Data mengenai latar belakang guru didapati dari temubual dengan guru berkenaan. Sementara itu, pemerhatian secara langsung dijalankan ke atas amalan pengajaran dalam bilik darjah. Di samping empat subjek yang dikaji, pengkaji juga menemubual pihak pentadbiran dan pengurusan seperti pengetua, guru penolong kanan satu dan dua, ketua panitia Pendidikan Seni Visual dan guru perpustakaan. Selain itu pengkaji juga memeriksa dokumen-dokumen sekolah. Dapatan-dapatan utama kajian ini menunjukkan Pertama: tiga dari empat orang guru Pendidikan Seni Visual di sekolah ini tidak mendapat latihan asas yang mencukupi bagi ..... 133 hits |
| 1438 | 2004 Thesis | Perubahan dasar bahasa sejak Merdeka hingga sekarang Zalina Hashim Kajian ini adalah bertujuan bagi menganalisis perubahan dasar bahasa di Malaysia sejak merdeka hingga sekarang (2003). Kajian ini mengandungi permasalahan pembentukan satu dasar bahasa kebangsaan dalarn sistem pendidikan negara. Perbincangan seterusnya adalah mengenai pelaksanaan laporan pelajaran, kekangan serta penentangan yang diterimanya. Perbincangan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu: (1) dasar bahasa sebelum merdeka, (2) dasar bahasa selepas berkerajaan sendiri, (3) dasar dan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, dan (4) dasar dan pelaksanaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Objektif kajian ini adalah bagi melihat kesan perubahan dasar bahasa ke atas perkembangan dan kedudukan bahasa Melayu. Ia juga bagi meninjau keperluan perubahan dasar bahasa selaras dengan perkembangan negara... 83 hits |
| 1439 | 2006 Thesis | Ekspresi diri dalam lukisan kanak-kanak prasekolah Khalijah Ahmad Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji ekspresi diri dalam lukisan kanak-kanak prasekolah iaitu dengan melihat faktor-faktor yang mendorong kepada pembentukan ekspresi diri kanak-kanak di samping turut mengkaji bentuk, makna dan simbol. Kajian ini turut melibatkan 15 orang responden yang terdiri daripada kanak-kanak prasekolah Tabika KEMAS, Kepala Batas. Menerusi kajian literatur yang dijalankan, penyelidik telah mengklasifikasikan faktor dalaman dan luaran yang dianggap turut mempengaruhi pembentukan ekspresi diri dalam lukisan kanak-kanak prasekolah. Faktor dalaman seperti minat, kreativiti, emosi, latar belakang dan pengalaman manakala faktor luaran pula terdiri daripada aspek persekitaran, kemudahan asas bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran,guru dan bahan. Pada keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah kajian kes iaitu dengan menggunakan teknik pemerhatian dan temubual. Penyelidik juga turut menggunakan kaedah tinjauan melalui set s..... 204 hits |
| 1440 | 2006 Thesis | Perbelanjaan persekolahan dan hubungannya dengan prestasi pelajar (kajian kes sekolah menengah di Teluk Intan dan Ipoh) Muhammad Nizam Yaakub Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan antara perbelanjaan persekolahan oleh ibubapa dengan prestasi pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah. Kajian ini juga mengambil kira faktor-faktor lain yang mempengaruhi prestasi pelajar di Sekolah Menengah. Sampel untuk kajian ini adalah melibatkan 96 orang pelajar Tingkatan Empat dari Sekolah Menengah Khir Johari, Sg Sumun Perak dan juga Sekolah Menengah Anderson Ipoh. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan borang soal selidik yang boleh di kategorikan kepada perkara yang berkaitan dengan latar belakang pelajar, prestasi pelajar latar belakang ibu bapa dan juga berkaitan dengan perbelanjaan, persekolahan yang di tanggung oleh ibubapa. Data yang telah dikumpul oleh penyelidik di analisis dengan menggunakan perisian ' Statistical Package for Social Science (SPSS), version 11.0 for Windows'. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara perbelanjaan persekolahan pelajar dengan prestasi pelajar ..... 109 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 144 of 1109 | [ Next ] [ Last ] |