UPSI Digital Repository (UDRep)

Latest Additions

Recently added items to the database

1491
Abstract
Kajian ini bertujuan membangunkan dan menguji Keberkesanan Modul Pembelajaran Super 8 (MPS8) bagi Kemahiran Mengenal Huruf Murid Pemulihan Khas. MPS8 telah dibangunkan berpandukan Model ADDIE iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Bagi konteks elemen dan kandungan MPS8, teori tingkah laku Thorndike, Prinsip Montessori dan Kaedah Brain Gym_ telah digunakan sebagai asas kepada penghasilan MPS8. Pendekatan kuantitatif menggunakan reka bentuk pra-eksperimen One Group Pretest-Posttest Design digunakan bagi menguji perbezaan skor dan keberkesanan MPS8 bagi kemahiran mengenal huruf murid pemulihan khas. Teknik persampelan yang digunakan ialah persampelan bertujuan di mana sampel kajian terdiri daripada 34 orang guru pemulihan khas dan 20 orang murid pemulihan khas Daerah Bentong, Pahang berumur 7 dan 8 tahun yang mana murid _ murid ini belajar menggunakan MPS8 selama lapan minggu. Tiga instrumen bagi kajian ini iaitu soal selidi.....
Thesis Published 2024 1247 hits Available
1492
Abstract
Matlamat kajian ini adalah untuk membentuk sebuah model keusahawanan sekolah yang komprehensif dan bersesuaian dengan persekitaran sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan hubungan antara model keusahawanan sekolah yang dibentuk dengan keberkesanan keusahawanan sekolah. Dalam kajian ini, Teori Perlakuan Terancang (TPT), Teori Efektuasi, Model Isenberg (2010), Model Feld (2012) dan Model Spigel (2017) telah didasari sebagai teori kajian. Kajian ini telah mengetengahkan 11 komponen untuk membentuk model keusahawanan sekolah. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan telah digunakan terhadap pelajar Program Tunas Niaga (PROTUNe) dan pelajar Persatuan Usahawan Muda (PUM). Seramai 391 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian berdasarkan persampelan rawak mudah. Data kajian ini telah dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif, kaedah analisis faktor penerokaan (EFA) dan analisis faktor pengesahan (CFA). Dapatan anali.....
Thesis Published 2024 1258 hits Available
1493
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan  maklumbalas pelajar terhadap kelebihan dan kelemahan  Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) khususnya mata pelajaran Seni Reka Tanda (SRT) dari  perspektif pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis-jenis kemahiran yang  dipelajari dan dikuasai serta faedah yang diperolehi dari mata pelajaran SRT. Kajian ini juga cuba  mendapatkan pandangan  pelajar  tentang  masalah  yang  dihadapi  semasa  menjalani  proses  pembelajaran mata pelajaran SRT. Kajian ini adalah satu kajian deskriptif dan maklumat  diperolehi dengan menggunakan kaedah  temubual berstruktur. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang pelajar  tingkatan  5  dari  empat   buah  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  yang melaksanakan  program  Mata Pelajaran  Vokasional  (MPV)  Seni Reka Tanda. Temubual dengan pelajar telah dirakamkan dan didengar semula. Hasil temubual telah  ditranskripsikan dan dianalisis secara kualitatif mengikut te.....
Thesis Published 2004 373 hits Available
1494
Abstract
Penguasaan bahasa Arab adalah bergantung kepada keberhasilan suatu proses pengajaran berdasarkan pemahaman guru terhadap kurikulum dan pendekatan pengajaran yang diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan(PdPc). Hal ini membuka ruang kepada guru-guru untuk mempelbagaikan lagi pendekatan pengajaran dengan menggunakan pendekatan pengajaran moden dan tidak lagi bergantung kepada pendekatan pengajaran tradisional sahaja secara sepenuhnya dalam proses PdPc bahasa. Kajian ini bertujuan untuk meneroka bentuk-bentuk pedagogi yang diaplikasikan guru, jenis-jenis pendekatan pengajaran yang digunakan guru subjek LAM sama ada bersifat tradisional atau moden, dan tahap penggunaan teknologi oleh mereka sepanjang kelas PdPc berlangsung. Seramai sepuluh orang guru mata pelajaran Al- Lughah Al-‘Arabiyyah Al-Mu’asirah (LAM) terlibat dalam kajian ini sebagai responden. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan proses temubual separa berstruktur sebagai proses pegum.....
Article Published 2024 334 hits Available
1495
Abstract
Kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah pengaruh pendapatan sebagai komponen SES dapat  mempengaruhi pencapaian pelajar dalam peperiksaan berbanding faktor SES lain  dan  faktor  bukan   SES.  Kajian  ini  juga  cuba  membuat  perbandingan  kekuatan pengaruh SES yang dipilih  (Pendapatan  keluarga dan tahap akademik  keluarga) dan bukan SES yang dipilih (Bangsa dan Jantina)  dalam mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar. Sejumlah 162 pelajar dari sekolah menengah Dr  Burhanuddin (Mempunyai aliran Khas dan Biasa) telah dipilih menjadi responden kajian. Data yang  terkumpul dianalisis dengan  menggunakan  perisian  SPSS  Version11.00  For  windows.   Penyelidikan  ini menggunakan dua jenis statistik iaitu diskriptif dan infrensi bagi membuat  penafsiran dan rumusan kepada dapatan. Aplikasi model ekonometrik juga digunakan dalam kajian ini  untuk melihat hubngan yang jelas pembolehubah yang dinyatakan terhadap pencapaian pelajar. Dapatan  .....
Thesis Published 2006 403 hits Available
1496
Abstract
Kajian  ini  merupakan  kajian  kes  yang  bertujuan  untuk  mengenal  pasti pemerolehan bahasa  kanak-kanak Melayu berasaskan Teori Mentalis. Tumpuan analisis adalah kepada pemerolehan bahasa  dari segi fonologi, morfologi, dan cara kanak-kanak menguasai bahasa untuk berkomunikasi. Oleh itu,  satu pemerhatian telah dijalankan secara jangka panjang (longitudinal) terhadap sampel kajian untuk  melihat kecekapan berbahasa kanak-kanak. Kaedah pengumpulan data dilakukan dengan cara mencatatkan  dalam buku catatan dan alat rakaman. Segala data dianalisis kembali mengikut tafsiran penulis  berdasarkan teori-teori yang berkaitan.  Basil  daripada  kajian  yang  dijalankan  mendapati   faktor  LAD (Language Acquisition Device) yang dinyatakan oleh teori mentalis serta faktor dalam  diri kanak-kanak tersebut merupakan faktor penting dalam mempengaruhi aspek pemerolehan dan  kecekapan berbahasa kanak-kanak. Hasil kajian juga mendapati bahawa apabila kanak-kanak.....
Thesis Published 2008 401 hits Available
1497
Abstract
Abstrak kertas projek yang dikemukakan kepada Fakulti Bahasa sebagai memenuhi keperluan untuk  mendapatkan ljazah Sarjana Pendidikan ( Bahasa Melayu). DASAR BAHASA DI BAWAH PENTADBIRAN MAHATHIR BIN MOHAMAD Kajian ini adalah bertujuan bagi meninjau pelaksanaan dasar bahasa sepanjang pentadbiran Mahathir  b. Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kajian kepustakaan. Kajian ini mengandungi sejarah ringkas tentang dasar bahasa sejak merdeka hinggalah kini. Selain itu kajian ini membincangkan sedikit tentang latar belakang beliau. Kajian ini menganalisis perubahan yang paling awal iaitu Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 yang  membawa kepada perubahan kurikulum lama kepada kurikulum baru dalam sistem pendidikan kebangsaan. Perbincangan seterusnya adalah mengenai rentetan peristiwa pemansuhan Akta Pelajaran 1961 kepada  termaktubnya Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 adalah satu perundangan pendidikan baru  dalam siste.....
Thesis Published 2004 395 hits Available
1498
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap penguasaan, kelemahan dan kekuatan para pelajar  Orang Asli (selepas ini disebut POA) dalam menulis karangan. Reka bentuk kajian tinjauan ini  dilakukan terhadap 70 orang POA di dua buah sekolah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh Hinai  dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan, Pahang. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada pelajar  tingkatan tiga yang masih belajar di sekolah berkenaan. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapat  maklumat berhubung tahap penguasaan, kekuatan dan  kelemahan POA dalam menulis karangan dari aspek  penyampaian isi, penggunaan bahasa dan persembahan serta meninjau masalah-masalah yang menyebabkan  pelajar Iemah dalam menulis karangan. Bagi tujuan itu, dua alat pengumpulan data digunakan. Pertama  karangan jenis perbincangan dan kedua, soal selidik. POA perlu mengisi soal selidik tersebut  selepas menulis karangan perbincangan yang telah ditetapkan oleh penyelidik. Data yang diperoleh  k.....
Thesis Published 2011 410 hits Available
1499
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis watak utama dan peranannya sebagai model modal insan dalam  dua buah novel yang dipilih. Novel-novel yang dipilih ialah Novel Kesusasteraan Melayu KBSM  Tingkatan 4 dan 5 yang bertajuk Jeriji Kasih karya Ramlah Abel. Rashid dan sebuah Novel Komponen  Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (KOMSAS) Tingkatan  4 yang bertajuk Melunas Rindu  karya Hartini Hamzah. Permasalahan yang ingin dijawab adalah berkaitan dengan peranan watak utama.  Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti watak utama dalam novel­ novel tersebut. Kajian ini juga  bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri modal insan yang dimiliki oleh watak utama serta  membuktikan bahawa mereka berperanan sebagai model modal insan selaras dengan matlamat Falsafah  Pendidikan Negara. Pendekatan moral yang diperkenalkan oleh Horace telah digunakan sebagai landasan  kajian ini. Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan pengkarya telah berjaya mengangkat  watak-wat.....
Thesis Published 2010 278 hits Available
1500
Abstract
Hari ini masalah kebejatan sosial dalam kalangan remaja semakin meruncing dan membimbangkan banyak  pihak. Remaja yang dikatakan bakal menerajui negara pada masa depan berdepan dengan masalah  keruntuhan akhlak yang serius. Pihak kerajaan memperkenal modal insan sebagai jalan keluar kepada  masalah sosial. Maka, kajian ini dilakukan untuk melihat sumbangan cerpen dalam pembentukan modal  insan yang gemilang. Kajian ini memfokuskan tiga aspek penting dalam pembentukan modal insan iaitu  nilai akhlak dan moral, nilai budaya dan sosial, dan nilai kemanusiaan dan kepimpinan. Kajian  ini menggunakan kaedah perpustakaan dengan menjadikan antologi cerpen bertajuk Pendoa Yang lkhlas  karya Azizi Haji Abdullah sebagai bahan kajian. Kajian ini ingin melihat sama ada terdapat  ketiga-tiga nilai yang ingin dikaji pengkaji dalam antologi cerpen Pendoa Yang lkhlas ini untuk  membentuk modal insan yang gemilang dalam kalangan masyarakat.  ..
Thesis Published 2009 207 hits Available
Page 150 of 1221

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.