UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
15012007
Thesis
Hubungkait antara stail kepimpinan pentadbir dengan kepuasan kerja guru sukan/pendidikan jasmani daerah Keningau, Sabah
Zaimi Salagan
Kajian ini merupakan satu kajian di sekolah-sekolah harian di daerah Keningau, Sabah. Data dikumpul melalui soal selidik yang diedarkan kepada 32 orang guru sukan sekolah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara stail kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru sukan. Dapatan data dianalisis menggunakan program 'Statistical Package For Social Science (SPSS). Untuk memperolehi data demografi guru-guru sukan perIu mengisi maklumat tentang umur, jantina dan pengalaman mengajar untuk melihat perbezaan kepuasan kerja guru­guru sukan. Korelasi Pearson r digunakan untuk melihat perkaitan antara pembolehubah manakala Ujian-t dan analisis varians ANOVA sehala digunakan untuk menentukan perbezaan dalam kepuasan kerja. Aras signifikan .05 digunakan untuk menentukan samada hipotesis diterima dan ditolak. Hasil daripada kajian mendapati bahawa pengetua lebih = mengamalkan stail kepimpinan yang sederhana (min 3.57 dan sisihan = piawai 0.32) dan guru-guru sukan menunjukkan ke.....

143 hits

15022006
Thesis
Hubungan interpersonal pengetua baru dengan prestasi kerja guru
Adayah Zakaria
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sejauh mana hubungan interpersonal pengetua baru dengan prestasi kerja guru di lapan buah sekolah di daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan. Kajian ini akan melihat kekuatan hubungan antara pembolehubah bebas iaitu hubungan interpersonal pengetua dan pekerjaan itu sendiri dengan pembolehubah bersandar iaitu kepuasan kerja guru. Fokus kajian ini ialah kepada kepuasan kerja guru yang boleh memberi kesan langsung kepada prestasi kerja. Batasan kajian ini merangkumi kaitan hubungan interpersonal pengetua baru melalui dua pembolehubah bebas iaitu faktor hygiene dan faktor dorongan dan kepuasan kerja guru. Pembolehubah bebas ialah hubungan interpersonal dan pekerjaan itu sendiri sebagai faktor hygiene. Pembolehubah bersandar pula adalah kepuasan kerja guru. Sampel kajian sebanyak 80 orang terdiri dari pada penolong-­penolong kanan, guru-guru kanan dan guru-guru penolong di sekolah yang mempunyai pengetua baru di daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan. Seban.....

149 hits

15032007
Thesis
Hubungan gaya kepimpinan transformasi ke atas komitmen guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Slim, Slim River, Perak
Sharifah Sharif
Kajian ini bertujuan meninjau hubungan kepimpinan transformasi ke atas komitmen guru di sekolah Responden kajian terdiri daripada guru-guru SMK Slim, Slim River, Perak. Seramai 58 orang responden yang terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada penolong-penolong kanan, guru-guru kanan dan guru-guru penolong. Bagi tujuan mengumpul data, soal selidik berdasarkan skala likert dan dianalisis menggunakan Statiscal Packagefor Social Sceince (SPSS) versi 12.0 Pembolehubah bebas ialah berkaitan sikap guru iaitu inisiatif pembelajaran berterusan, suka mengajar, mempunyai moral yang tinggi dan tindakan terarah . Pembolehubah bersandar ialah gaya kepimpinan transformasi iaitu berkarismatik, menyuntik dorongan bekerja, menyediakan ransangan intelektual, membuat pertimbangan individu dan meningkat pengaruh . Dapatan kajian dianalisis menggunakan pengiraan kekerapan, peratusan, min dan korelasi. Ujian Korelasi Pearson dan Korelasi Spearman digunakan untuk melihat hubungan kepimpinan tranformasi .....

209 hits

15042004
Thesis
Using songs in the teaching of reading comprehension among form one students in Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal P.Pinang
Che Aida Md Ali
This study attempts to investigate the use of songs in teaching reading comprehension among the form one students in Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal Seberang Prai Selatan. The subjects in the sample were the form one students selected based on their monthly English test results. These students were divided into two groups. The first group is called the Traditional Method Group (TMG) and the second group is called Using Song Group (USG). Each group consists of fifteen High English Proficiency (HEP) students and fifteen Limited English Proficiency (LEP) students. The TMG students were taught using the traditional method whilst the USG students were taught using a song. Both groups were taught the same reading comprehension using lyric from the song entitled 'I Believe I CanFly'. The TMG was first asked to read the lyrics of the song. Next, they were asked to answer ten comprehension questions. The USG also followed the same procedure. The difference was only the useofthe s.....

197 hits

15052020
Thesis
Deformed Heisenberg group for a particle on noncommutative spaces via canonical group quantization and extension
Mohd Faudzi Umar
The first part of this work focuses on the canonical group quantization approach ap­plied to non-commutative spaces, namely plane 1R2 and two-torus T2. Canonical group quantization is a quantization approach that adopts the group structure that respects the global symmetries of the phase space as a main ingredient. This is fol­lowed by finding its unitary irreduciblere presentations. The use of non commutative space is motivated by the idea of quantum sub structure of space leading to nontrivial modification of the quantization. Extending to noncommuting phase space includes noncommuting momenta that arises naturally in magnetic background as in Landau problem. The approach taken is to modify the symplectic structures corresponding to the noncommutative plane, noncomrnutative phase space and noncommutative torus and obtain their canonical groups. In all cases, the canonical group is found to be central extensions of the Heisenberg group. Next to consider is to generalize the approach.....

263 hits

15062012
Thesis
Partisipasi politik pengundi muda Malaysia: dari reformasi ke tsunami politik
Norhafiza Mohd Hed
Era reformasi tahun 1998 sehingga ke tsunami politik tahun 2008 menyaksikan wujudnya kebangkitan luar biasa pengundi muda dalam politik Malaysia. Ledakan penyertaan anak muda dalam politik negara memuncak sejak pemecatan Anwar Ibrahim dari kerajaan dan keadaan ini terus berlanjutan sehingga menghasilkan gelombang tsunami politik pada PRU 2008 yang akhimya telah menangkis kemenangan dua pertiga majoriti BN dalam Parlimen. Oleh itu, kajian ini menyelidiki partisipasi politik pengundi muda di Malaysia dengan memfokuskan analisisnya kepada perubahan pola penglibatan anak muda dalam politik dari era reformasi ke tsunami politik, faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan politik golongan ini dan impak penglibatan mereka ke atas lanskap politik Malaysia. Data primer kajian ini diperolehi dari temu bual bersemuka dengan para informan terpilih juga data-data sekunder. Data-data ini dianalisis secara kualitatif. Hasil kajian ini mendapati pola penglibatan anak muda dalam politik berubah-ubah d.....

147 hits

15072020
Thesis
Penilaian pengurusan perubahan kurikulum sekolah rendah: satu kajian kes KKSR mata pelajaran sejarah tahun empat
Thangamalar Paramisivam
Kajian ini bertujuan untuk menilai pengurusan perubahan kurikulum Sejarah Tahun Empat KSSR di empat buah Sekolah Kebangsaan dan di empat buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kuala Selangor. Kajian kes instrumental ini menggunakan pendekatan deskriptif-interpretatif Model utama yang digunakan untuk menilai pengurusan perubahan kurikulum adalah model penilaian Countenance oleh Robert Stake yang terdiri daripada tiga domain iaitu kesediaan, transaksi dan hasil. Peserta kajian dipilih berdasarkan pemilihan sampel bertujuan. Peserta kajian terdiri daripada 28 informan iaitu lapan guru Sejarah tahun empat, lapan Guru Besar, lapan Guru Penolong Kanan Kurikulum, seorang jurulatih utama kebangsaan dan seorang pegawai daripada setiap bahagian iaitu Bahagian Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah. Instrumen kajian terdiri daripada protokol temubual semi struktur, borang semak analisis dokumen dan borang semak pemerhatian. Data kualt.....

163 hits

15082017
Thesis
Kesan modul strategi daya tindak kerohanian terhadap tekanan, kebimbangan dan daya tindak kerohanian dalam kalangan Guru pelatih
Mohd Hafidz Osman
Kajian ini melibatkan dua peringkat kajian iaitu kajian awal (preliminary study) dan kajian kuasi eksperimen. Kajian awal bertujuan untuk melihat fenomena dan perbezaan tahap tekanan, kebimbangan dan daya tindak kerohanian dalam kalangan guru pelatih. Kajian kuasi eksperimen pula bertujuan untuk mengukur kesan Modul Strategi Daya Tindak Kerohanian (MSDTK) terhadap tekanan, kebimbangan dan daya tindak kerohanian. Pensampelan rawak telah digunakan untuk memilih 555 orang sampel untuk kajian awal. Sampel kajian kuasi eksperimen pula dipilih secara pensampelan rawak bertujuan seramai 120 orang guru pelatih (60 kawalan; 60 rawatan). Data dikumpul menggunakan soal selidik tekanan, kebimbangan dan daya tindak kerohanian (TKDTK). Data kajian tinjauan dianalisis secara deskriptif iaitu perbandingan min dan ujian-t, manakala data kajian kuasi eksperimen pula dianalisis secara inferensi menggunakan ANCOVA dan MANCOVA. Dapatan kajian awal menunjukkan tahap tekanan, kebimbangan dan daya tindak kero.....

190 hits

15092020
Thesis
Analisis pengetahuan matematik untuk pengajaran dalam kalangan Guru sekolah rendah
Palanisamy Kathir Veloo
Kajian ini bertujuan menganalisis pengetahuan matematik untuk pengajaran dalam kalangan guru sekolah rendah. Kajian kualitatif ini dengan reka bentuk eksploratori digunakan untuk meneroka pengetahuan dan amalan guru matematik berdasarkan Model Pengetahuan Matematik untuk pengajaran yang melibatkan penyelesaian masalah topik pecahan. Kajian ini melibatkan lapan guru matematik sekolah rendah. Instrumen kajian ialah Ujian Kandungan Matematik Guru dan Ujian Matematik Untuk Murid. Pengumpulan data adalah melalui temu bual, pemerhatian pengajaran di bilik darjah dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan teknik pertemaan berdasarkan enam ciri pengetahuan matematik untuk pengajaran iaitu Pengetahuan Kandungan Umum (CCK), Pengetahuan Kandungan Pelajar (KCS), Pengetahuan Kandungan dan Pengajaran (KCT), Specialized Content Knowledge (SCK), Pengetahuan Kandungan dan Kurikulum (KCC) dan Horizon Content Knoweldge (HCK). Dapatan menunjukkan bahawa guru matematik lebih mengetahui tentang CCK d.....

228 hits

15102006
Thesis
Penilaian pentadbiran sekolah terhadap keberkesanan program latihan dalam perkhidmatan bagi meningkatkan kemahiran mengajar guru
Halif Md Saleh
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tentang tahap keberkesanan latihan dalam perkhidmatan dalam mempertingkatkan kemahiran guru dalam pengajaran di bilik darjah di 10 buah sekolah rendah dan menengah di Bandar Jengka, Pahang. Responden kajian adalah terdiri daripada 53 orang guru dari 5 buah sekolah rendah dan 95 orang dari sekolah menengah yang terpilih di Bandar Jengka, Pahang. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik dan ujian bertulis tentang tahap keberkesanan latihan dan kursus dalam perkhidmatan. Analisis diskriftif, Ujian Sampel Bebas dan Anova Sehala menggunakan Pakej Statiscal Package for Social Science (SPSS) versi 11.5 digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan (1) 52.8% keberkesanan latihan dan kursus dalam perkhidmatan adalah tinggi, (2) faktor demografik seperti jantina, umur dan pengalaman mengajar guru memberikan perbezaan yang signifikan, (3) manakala faktor demografik yang lain seperti kumpulan perkhidmatan, jawatan guru dan mata pelajaran diajar .....

133 hits

[ First ] [ Prev ] Page 151 of 1110 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.