UPSI Digital Repository (UDRep)
|
Today's popular searches: | ||||
PENDIDIKAN | pembangunan | matematik | ismail man | Ahmad Hashim |
M K Ahmad | PENDIDIKAN ISLAM | Abdul Halim Ali | ghazali din | Md Idris Mohd Rashid |
|
Latest addition to the database : |
1511 | 2022 article | Model pembangunan profesional efektif meningkatkan kompetensi guru vokasional Isnormaniza Ithnain Guru vokasional yang kompeten merupakan tulang belakang kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (PLTV). Pembangunan profesional efektif dapat memastikan pengetahuan dan kemahiran guru berada pada standard yang diperlukan. Kajian ini mengenal pasti hubungan antara pembangunan profesional efektif dengan kompetensi guru vokasional dan elemen-elemen pembangunan profesional efektif yang menjadi peramal utama kepada kompetensi guru vokasional. Kajian ini merupakan tinjauan keratan rentas yang melibatkan 137 orang guru sekolah yang dipilih melalui pensampelan pelbagai peringkat di salah satu negeri di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara pembangunan profesional efektif dengan kompetensi guru vokasional. Analisis lanjutan elemen pembangunan profesional efektif menunjukkan elemen pembelajaran aktif di dalam kelas, fokus kandungan pengajaran, penglibatan kolektif dan koheren menjadi peramal yang sig..... 204 hits |
1512 | 2022 article | Hubungan antara kepuasan kerja guru dengan komitmen guru sekolah kebangsaan di daerah Kinta Selatan, Perak Alagari Subramaniam Kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan antara kepuasan kerja guru dengan komitmen guru sekolah kebangsaan di daerah Kinta Selatan Perak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian secara tinjauan berdasarkan soal selidik. Ia melibatkan 150 orang guru sekolah kebangsaan dari enam buah sekolah kebangsaan daerah Kinta Selatan, Perak. Pemilihan sekolah serta responden telah dibuat dengan menggunakan persampelan secara rawak mudah, berstrata dan bersistematik. Data telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskritif dan inferensi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kepuasan kerja guru mengikut persepsi guru adalah pada tahap tinggi (min = 3.93) manakala komitmen guru juga adalah pada tahap tinggi (min = 3.96). Seterusnya kajian mendapati terdapat hubungan signifikan positif antara kepuasan kerja guru dengan komitmen guru mempunyai hubungan (r = 0.74**, p < 0.05). Secara kesimpulan kepuasan kerja guru mempunyai hubungan signifikan dengan komitmen gur..... 205 hits |
1513 | 2022 article | COVID-19 dan pengadoptasian dompet digital Lye,Yin Lik Koronavirus (COVID-19) telah menjadi pandemik yang paling memudaratkan keadaan ekonomi dan sosial sejak kebelakangan ini. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pengadoptasian dompet digital di kalangan pengguna semasa pandemik COVID-19 di Lembah Klang, Malaysia. Data daripada 220 responden yang tinggal di kawasan Lembah Klang telah dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor utama yang mempengaruhi niat tingkah laku pengguna untuk menggunakan dompet digital semasa pandemik COVID-19 di Lembah Klang ialah persepsi faedah penggunaan. Persepsi kemudahan penggunaan, persepsi keselamatan, pengaruh sosial dan persepsi risiko juga mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan pengadoptasian dompet digital di kalangan pengguna. Menariknya, sokongan kerajaan dapat meningkatkan pengadoptasian dompet digital. Dapatan kajian ini memberikan implikasi penting kepada ahli akademik, peniaga dan penggubal dasar untuk memahami kesan pandemik COVID-19 ke ..... 187 hits |
1514 | 2022 article | Cash flow and bank failure predictions: evidence from Nigerian deposit money banks Adeyemi, Zaid Adewumi This study examined the influence of cash flow on bank failure prediction in deposit money banks in Nigeria. The study exploited all listed deposit money banks in the Nigerian stock exchange market that have adequate financial reports for a period of ten years, from 2011 to 2020. Data collected were analyzed using descriptive statistics, correlation matrix, and random effect regression model. The study’s findings of the study divulged that net cash flows from investing and financing activities have a positive and considerable influence on bank failure predictions while operating activities such as cash flow have an adverse effect on the likelihood of bank distress prediction. It was also observed that investing and financing activities’ net cash flows are significant cash flow components that predict the likelihood of bank failure and the cash flow model is an effective predictor of bank failure in the Nigerian banking sector. The study recommended that the management of Nigeria’..... 133 hits |
1515 | 2022 article | Work conditions and staff job commitment An empirical survey of government-owned universities in Ogun State, Nigeria Adetoun M. Adenijia Universities all over the world are recognized as centres of excellence where knowledge is not just acquired but also disseminated to society through teaching and research. These centres of excellence cannot be without the inputs of a dedicated university workforce. Unfortunately, a dedicated workforce cannot be ensured in poor work conditions. Hence, staff welfare cannot be overlooked if excellent outputs are to be ensured in the university. Because of this, this study investigated if staff work conditions is a correlate with job commitment in Ogun-Owned Universities, Nigeria. The descriptive survey research design was adopted in the study, and the sample was made up of 300 purposively drawn staff from two universities in Ogun State. A validated instrument titled “Work Conditions and Staff Job Commitment Questionnaire (IWSJCQ)” with a reliability coefficient of .85 was used for data collection. Mean, standard deviation and Pearson Product Moment Correlation (PPMC) were used to ana..... 242 hits |
1516 | 2022 article | Tahap kreativiti dan faktor pendorong kreativiti pengetua serta hubungannya dengan prestasi sekolah menengah di pedalaman Sabah Suntik Tuina Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kreativiti dan faktor pendorong kreativiti pengetua sekolah menengah di pedalaman Sabah dan hubungannya dengan prestasi sekolah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan pendekatan pendekatan kuantitatif bagi memudahkan usaha memperoleh data. Pengumpulan data daripada populasi kajian ini dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik melibatkan semua 56 orang pengetua di sekolah pedalaman Sabah. Borang soal selidik Ujian Personaliti Kreatif oleh oleh Eugene Raudsepp digunakan untuk mengukur tahap kreativiti dan faktor pendorong kreativiti. Lima faktor pendorong kreativiti pengetua yang diukur dalam kajian ialah faktor ilmu pengetahuan, gaya berfikir, personaliti, motivasi, dan faktor keadaan persekitaran. Analisis data menunjukkan menunjukkan kreativiti pengetua adalah pada tahap tinggi (M=4.56, SP=.10), begitu juga dengan faktor pendorong kreativiti pengetua (M=4.25, SP=0.21). Faktor keadaan persekitaran menjadi faktor utama..... 118 hits |
1517 | 2022 article | Tahap amalan kepimpinan lestari guru besar satu kajian rintis daripada perspektif guru di SK Asli, Negeri Sembilan Saraswathy Kullan Kerintangan yang dihadapai sewaktu Pendemik Covid-19 telah memberi kesedaran kepada semua pihak yang terlibat bekerjasama dalam pembangunan pendidikan untuk membaik pulih sistem pendidikan. Pada masa yang sukar ini, guru besar diberi tanggungjawab untuk mengurus sekolah sebaik mungkin agar peluang pembelajaran berterusan kepada semua murid ditawarkan tanpa sebarang halangan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap amalan kepimpinan lestari guru besar di empat buah Sekolah Kebangsaan Asli (SK Asli), Negeri Sembilan. Reka bentuk kuantitatif berkonsepkan tinjauan telah pun diimplentasikan dalam kajian ini. Seramai 50 orang guru yang dipilih secara rawak mudah telah dijadikan sampel menggunakan instrumen Sustainable Leadership Questionnaire (SLQ). SPSS 25.0 telah digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan lestari guru besar berada pada tahap tinggi (min=4.55, SP=0.43) di semua empat buah sekolah kajian. Dapatan kajian ini diharap..... 167 hits |
1518 | 2022 article | Pengaruh pengupayaan pengetua terhadap prestasi kerja ketua panitia Maziana Binti Muradaa Pengupayaan merujuk kepada pemberian autonomi kepada guru-guru untuk terlibat dalam sesuatu perancangan di sekolah agar mereka lebih komited dan dedikasi terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh pengupayaan terhadap prestasi kerja ketua panitia mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah menengah. Kajian ini juga menerangkan model pengukuran dan model struktural pengupayaan terhadap prestasi kerja. Kajian tinjauan ini melibatkan 278 orang ketua panitia di sekolah-sekolah menengah yang terpilih di negeri Pahang. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini diadaptasikan daripada Empowerment Indicator Survey dan Prestasi kerja yang dibangunkan oleh Supian dan Khadijah (2012). Data dianalisis menggunakan aplikasi SPSS dan SmartPLS 3.0. Hasil dapatan menunjukkan nilai R2 adalah sebanyak 0.192, f2 (0.238) dan Q (0.050). Secara keseluruhan hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara pen..... 141 hits |
1519 | 2022 article | Non-executive directors and earnings quality evidence from Nigerian listed firms Aderemi Olalere Adebayoa Non-executive directors are appointed based on various distinct attributes which are expected to enhance the quality of decision-making and improve the performance of firms. Financial information serves as an important communication tool to various stakeholders’ groups. In extant studies, manipulation of financial information has been associated with managerial opportunistic behavior, hence, the need for non-executive directors. This study explores various attributes of non-executive directors and how these influence earnings quality. The study sourced secondary data from annual reports of listed firms on the Nigerian Exchange Group, which were analysed using the feasible generalized least square method. Directors’ attributes were proxied with expertise, tenure, nationality, shareholdings, and multiple directorship while the modified jones model was employed for earnings quality. The findings revealed that among the attributes of non-executive directors studied shareholdings and na..... 113 hits |
1520 | 2022 article | Kecekapan Pengurusan Kewangan Mahasiswa Farah Lyana Zulkefllya Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kecekapan kewangan dan amalan pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar B40 semester 1 di UPSI. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel terdiri daripada 242 pelajar dari 9 buah fakulti yang dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi dari Salamon dan Lee (2012) sebagai instrumen. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif melibatkan frekuensi, min dan sisihan piawai menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) manakala statistik inferensi melibatkan ujian-t dan korelasi. Hasil analisis hubungan langsung menunjukkan bahawa kecekapan ( β = 0.360, p < 0.001) mempunyai hubungan yang signifikan terhadap amalan pengurusan kewangan. Dengan hasil ini, hipotesis disokong. Penemuan ini menunjukkan bahawa amalan pengurusan kewangan sangat berkait rapat dengan kecekapan mengurus kewangan. Sehubungan itu, pe..... 122 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 152 of 947 | [ Next ] [ Last ] |