UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
PENDIDIKAN pembangunan matematik addie Goh swee Choo
Perpustakaan Tuanku Bainun Ahmad Hashim M K Ahmad PENDIDIKAN ISLAM Md Idris Mohd Rashid

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
17312007
thesis
Tahap penguasaan pengetahuan jurulatih pemainan bola baling dalam kalangan guru-guru sekolah menengah
Salmi Lilek
Tujuan utama penyelidikan  ialah untuk mengkaji tahap penguasaan pengetahuan jurulatih permainan  bola baling dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di Sarawak sama ada jurulatih yang bertauliah  mahupun jurulatih yang tidak bertauliah. Kajian merangkumi aspek penguasaan pengetahuan kemahiran  dan undang-undang dalam permainan  bola baling. Penyelidik juga mengkaji tentang pengaruh gaya  kepimpinan dan pengunaan program latihan oleh  jurulatih bertauliah dan tidak bertauliah bagi  memastikan kejayaan pasukan di bawah bimbingan mereka. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimental  ke atas sampel. Soal selidik, temuramah dan penyeliaan digunakan  untuk mengumpulkan  data  penyelidikan. Kajian ini juga melibatkan 28 orang pemain bola baling wanita sebagai sampel bagi  mengumpul data berkaitan gaya kepimpinan jurulatih. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, jurulatih  yang bertauliah mempunyai tahap penguasaan pengetahuan yang tinggi terhadap kemahiran dan  undang-u.....

190 hits

17322007
thesis
Perkaitan tahap ketangkasan dan kelajuan di kalangan pemain hoki 18 tahun MSSM (Sabah)
Saidil Mazlan Abdul Razak
Kajian ini berbentuk kuantitatif diskriptif  Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti hubungan  antara tahap ketangkasan dan tahap kelajuan di kalangan pemain hoki lelaki 18 tahun MSSM Sabah. Kajian ini juga turut melihat hubungan tahap ketangkasan  dan tahap kelajuan di kalangan pemain hoki mengikut posisi dalam permainan dan mengikut bahagian  yang terdapat di Negeri Sabah. Subjek kajian terdiri daripada pemain hoki lelaki bawah 18 tahun  yang mewakili Negeri Sabah ke Kejohanan MSSM peringkat kebangsaan tahun 2006. Alat ukur kajian ini  adalah menggunakan bateri ujian meliputi Ujian Lompat Kuadran dan Ujian Lari Ulang Alik 30 kaki  (mewakili tahap ketangkasan) dan Ujian Lari Pecut 30 meter dan Ujian Lari Pecut 6 saat (mewakili  tahap kelajuan). Keputusan kajian dengan menggunakan korelasi Pearson Product Moment menunjukkan  bahawa terdapat hubungan positif yang rendah dan signifikan di antara ujian lompat kuadran  (ketangkasan) dengan ujian lari ulang alik 3.....

197 hits

17332014
thesis
Persepsi murid terhadap bengkel Kemahiran Hidup mengikut faktor kelengkapan, keselamatan dan persekitaran di sekolah rendah
Sharina Md. Tahir
Pelajaran Kemahiran Hidup adalah mata  pelajaran  dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dirancang untuk membolehkan  murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan serta melalui berbagai­ bagai teknik untuk  menghasilkan sesuatu pengalaman yang membolehkan murid-murid  celik  teknologi  dan  memberikan   mereka  pengalaman mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan. Keadaan fizikal bengkel Kemahiran   Hidup  merupakan  elemen  penting   dalam  mempengaruhi keberkesanan  pengajaran  dan  pembelajaran   terutamanya  dalam  bidang kelengkapan, keselamatan dan persekitaran. Aspek ini akan meningkatkan  tumpuan dan minat murid untuk belajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi  murid terhadap bengkel. Hasil kajian mendapati bahawa faktor keselamatan dan kelengkapan di dalam  bengkel Kemahiran Hidup boleh mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Diharap dengan  maklumat  yang diperolehi  daripadaÂ.....

199 hits

17342012
thesis
Kesan penggunaan video dan buku teks terhadap pencapaian, minat dan motivasi pelajar dalam topik putaran dan peredaran bumi
Normah Dali
Kajian ini dijalankan untuk  membandingkan kesan penggunaan video dan buku teks terhadap pencapaian  , minat dan motivasi pelajar bagi topik putaran dan peredaran bumi dalam mata pelajaran geografi  tingkatan  I. Video dibangunkan menggunakan Model ASSURE berpandukan Teori Konstruktivisme dan  Teori Pembelajaran Multimedia yang menggabungkan unsur visual, interaktif dan permainan. Kajian  dijalankan secara eksperimen dan tinjauan menggunakan soal selidik. Sampel kajian adalah seramai  62 orang pelajar. Pelajar  dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan  kawalan. Kumpulan eksperimen  diuji menggunakan  video. Manakala kumpulan kawalan menggunakan  buku  teks.  Analisis  menggunakan  ujian t clan nilai  min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat  perbezaan yang signifikan antara pelajar yang menggunakan video dengan pelajar yang menggunakan  buku teks dalam aspek  pencapaian, minat dan motivasi pelajar.  ..

188 hits

17352007
thesis
Keberkesanan Peta Pintar Rujukan Grid terhadap pencapaian dan minat pelajar
Khairuddin Nisa
Tujuan melaksanakan kajian ini ialah; (1) membangunkan koswer Peta Pintar Rujukan Grid (RG) yang  dapat menggantikan buku teks dalam mempelajari topik rujukan grid, (2) mengenalpasti pencapaian  pelajar yang menggunakan koswer Peta Pintar RG berbanding menggunakan  peta  topografi  di  buku   teks  di  dalam  topik  rujukan  grid,  dan  (3) membandingkan tahap minat pelajar terhadap  pendekatan koswer Peta Pintar RG dengan pendekatan peta topografi di dalam buku teks selepas  mempelajari topik rujukan grid. Seramai 82 pelajar Tingkatan 3 SMK. Khir Johari Sg. Sumun telah  dipilih daripada kelas sederhana dan lemah bagi mewakili kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.  Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini dijalankan melalui 3 fasa kajian iaitu ujian pra, ujian pos,  dan soal selidik. Model ASSURE telah digunakan bagi membangunkan koswer Peta Pintar RG. Ujian t  digunakan bagi membandingkan pencapaian pelajar yang menggunakan koswer Peta Pintar RG dengan .....

194 hits

17362007
thesis
Mengukur tahap kecergasan fizikal serta mengenal pasti subkomponen kecergasan fizikal yang lebih dominan ke atas pelajar tingkatan satu di SMK Kundasang
Suhaidah Nesiri
Kajian ini dilakukan untuk mengukur tahap kecergasan fizikal serta mengenalpasti subkomponen  kecergasan fizikal yang lebih dominan ke atas pelajar tingkatan satu di SMK Kundasang yang tinggal  di kawasan tanah tinggi. Subjek terdiri daripada 26 orang iaitu 13 lelaki dan 13 perempuan.  Pengumpulan data dibuat melalui lima ujian kecergasan yang terdiri daripada ujian PACER, ujian  lndeks Jisim Badan, ujian tekan tubi dan ujian bangkit tubi. Daripada hasil analisis data  kelima-lima ujian ini, ia menunjukkan komponen kecergasan fizikal pelajar lelaki dan perempuan yang  mana lebih dominan. Bagi pelajar lelaki, mereka lebih dominan dari segi kekuatan otot (M = 55.57, ± 8.62), Kemudian diikuti oleh daya tahan otot iaitu (M = 52.79, ± 12.51), kelenturan tulang belakang (M = 49.97, ± 10.02), daya tahan kardiovaskular (M = 49.01, ± 2.44) dan akhir sekali indeks jisim badan (M = 46.45, ± 7.65). Bagi pelajar perempuan pula, mereka lebih dominan dari segi indeks jisim badan.....

189 hits

17372007
thesis
Kesan latihan pliometrik terhadap tahap ketangkasan di kalangan pelatih Institut Perguruan
Ahmadi Amnan
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan latihan pliometrik terhadap tahap ketangkasan pelatih Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan. Seramai 20 pelatih lelaki yang  terlibat dalam kajian yang berbentuk eksperimen ini. Subjek telah dibahagi kepada kumpulan latihan  dan kumpulan kawalan. lnstrumen kajian yang digunakan ialah Ujian Ketangkasan Illinois dan Ujian  Ketangkasan t. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS (I 1.5) untuk memperoleh kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan ujian - t berpasangan.  Dapatan kajian menunjukkan daripada enam hipotesis not ditetapkan, hanya hipotesis not yang ketima ditotak. Keputusan pengujian hipotesis not ketima bagi membandingkan skor  min ujian pra dengan ujian pasca tatihan ptiometrik tetah menunjukkan, terdapat perbezaan secara  signifikan bagi petatih kumputan tatihan. Kajian ini mendapati masa yang dicatat adalah lebih pantas setelah subjek menjalani latihan  pliometrik berbanding dengan sebelum mengik.....

185 hits

17382007
thesis
Faktor yang mempengaruhi prestasi lompat jauh
Chula Bina
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi prestasi jarak lompat jauh dalam  kalangan pelajar Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Perguruan Rajang,  Bintangor. Subjek kajian adalah seramai 37 orang yang terdiri daripada 21 orang pelajar lelaki dan  16 orang pelajar perempuan. Data kajian diperolehi melalui pengukuran berat badan dan ketinggian,  ujian duduk dan jangkau, ujian lompat jauh berdiri, ujian lari pecut 30 meter dan ujian lompat jauh  untuk mendapatkan berat badan, ketinggian, fleksibiliti, kuasa kaki, kelajuan dan prestasi lorn pat   jauh.  Analisis  korelasi  Pearson's  product  moment  digunakan  untuk mengetahui nilai pekali  korelasi antara prestasi lompat jauh dengan setiap faktor yang diramalkan mempunyai pengaruh ke  atas prestasi lompat jauh yakni fleksibiliti, kuasa kaki, kelajuan, berat badan dan  ketinggian.   Dapatan kajian menunjukkan berat badan, ketinggian, kuasa kaki, dan kelajuan mempunyai .....

2744 hits

17392007
thesis
Penilaian prestasi pemain hoki lelaki Sukan Teras bawah 16 tahun Negeri Sabah
Medi Marau
Kajian ini bertujuan menilai prestasi serta  Kemahiran Hoki bagi pemain hoki Sukan Teras Negeri  Sabah yang berumur 16 tahun. sample kajian ini seramai 18 orang pemain telah dipilih dari pasukan  Hoki Sukan Teras yang mewakili Negeri Sabah ke Kejohanan Hoki Sukan Teras Umur 16 tahun peringkat  kebangsaan.. Tiga item ujian kemahiran hoki telah digunakan iaitu Ujian Kemahiran Menjaring Gol,  Ujian Kemahiran Hantaran Tolak, Ujian Kemahiran Mengelecek, Data di analisis menggunakan analisis  statistik diskriptif dan analisis statistik inferensi. Keputusan analisis inferensi Ujian Kemahiran  Menjaring Gol berdasarkan ketepatan menunjukkan nilai 1 (45) = 45.2, .Q = .000 Keputusan analisis  statistik diskriptif  menunjukkan bahawa Ujian Kemahiran Menjaring Gol pemain hoki sukan Teras  Negeri Sabah berumur 16 tahun (M=9.00. SD=.99). Keputusan analisis inferensi Ujian Kemahiran  Hantaran Tolak menunjukkan nilai 1 (27) = 27.43, .Q = .000. Analisis diskriptif menunjukkan  pre.....

199 hits

17402007
thesis
Perkaitan tahap ketangkasan dengan tahap masa tindak balas di kalangan pemain bola jaring Sekolah - Sekolah Kebangsaan Zon Sri Aman, Sarawak
Habibah Nor Haji Laili
Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perkaitan tahap ketangkasan dan tahap masa  tindak balas di kalangan pemain bola jaring Sekolah-Sekolah Kebangsaan Zon Sri Aman, Sarawak.  Kajian ini dibuat untuk meninjau pemain dari posisi manakah yang memiliki tahap ketangkasan dan  tahap masa tindak balas yang terbaik dalam satu­ satu pasukan bola jaring. Penyelidik telah  menggunakan khidmat seramai 120 pemain sebagai sampel kajian ini. Para pemain ini dipilih dari 6  buah sekolah rendah di sekitar Bandar Sri Aman, Sarawak. Dari setiap sekolah, seramai 20 orang  pemain dari pelbagai posisi dipilih sebagai subjek kajian. Kajian ini bersifat kuantitatif kerana  data yang diperolehi adalah berdasarkan skor ujian ketangkasan dan skor ujian masa tindak balas.  Dapatan kajian menunjukkan bahawa, tahap ketangkasan dan tahap masa tindak balas bagi semua posisi  dalam permainan  bola jaring adalah berbeza. Ujian Ketangkasan Lompat Kuadran dan Ujian Larian  Boomerang.....

221 hits

[ First ] [ Prev ] Page 174 of 946 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.