UPSI Digital Repository (UDRep)
|
Today's popular searches: | ||||
PENDIDIKAN | pembangunan | Komunikasi | matematik | Kurikulum |
ismail man | Goh swee Choo | Perpustakaan Tuanku Bainun | M K Ahmad | model |
|
Latest addition to the database : |
1821 | 2022 thesis | Pengaruh literasi keluarga terhadap penerapan kemahiran membaca dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak prasekolah di rumah Roszainiza Roslan Objektif kajian ini adalah untuk meneliti aspek persekitaran literasi keluarga (penyediaan
bahan dan ruang pembelajaran, sikap, interaksi dan komunikasi serta penggunaan masa
bersama anak prasekolah ketika di rumah) dan tahap pendidikan ibu bapa terhadap penerapan
kemahiran membaca dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak prasekolah ketika di rumah. Reka
bentuk penyelidikan kuantitatif dipilih untuk menjawab tujuh persoalan kajian dan lima
hipotesis. Instrumen borang Soal Selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian digunakan
untuk mengukur aspek persekitaran literasi keluarga dan penerapan kemahiran membaca
dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak prasekolah di rumah. Seramai 349 orang ibu bapa
kanak-kanak prasekolah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dipilih sebagai
responden menggunakan teknik Persampelan Rawak Berstrata. Analisis Kolerasi Pearson r
menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan di antara aspek persekitaran
literasi keluarga dan tahap pendidikan ib..... 260 hits |
1822 | 2007 thesis | Kesan latihan pliometrik ke atas kuasa kaki atlet bakat sekolah bawah 13 tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Pakan Sarikei Grace Anak Jumat Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan latihan pliometrik terhadap kuasa
kaki atlet bakat sekolah di bawah 13 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Pakan.
Sarikei. Seramai 60 orang pelajar telah dikenalpasti sebagai subjek dalam dua
kumpulan kajian eksperimen ini. Ujian pra dan dan ujian pasca dengan kumpulan
kawalan digunakan. Seramai 30 orang subjek (19 perempuan 11 lelaki) dipilih sebagai
kumpulan experimen yang menjalani latihan pliometrik sebagai rawatan manakala 30
subjek lagi sebagai kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen menjalani latihan
pliometrik 2 kali seminggu selama 6 minggu. Kuasa kaki diukur dengan menggunakan
Ujian Lompat Jauh Berdiri (r=0.81) dan Ujian Lompat Menegak (r=0.91). Analisis
statikal dibuat dengan menggunakan Ujian-t Sampel Berpasangan dan p.. 203 hits |
1823 | 2023 thesis | Analisis isu dan strategi dasar lonjakan graduan TVET berkualiti di Institut Latihan Kemahiran Malaysia Nur Adnin Syamil Halik Bassah Strategi lonjakan Graduan TVET Berkualiti di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia: Pendidikan Tinggi 2015-2025 (PPPM PT) dibangunkan kerana kesedaran
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan enrolmen TVET dengan
sasaran seramai 656,000 graduan menjelang 2025. Namun demikian, enrolmen pelajar
aliran TVET pada masa kini didapati tidak mencukupi dalam10 daripada 12 sektor
Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Tujuan kajian ini ialah untuk menganalisis
strategi yang relevan untuk diimplementasi untuk merealisasikan aspirasi lonjakan
Graduan TVET Berkualiti melalui empat aspek analisis dasar iaitu permasalahan,
pemilihan, pemerhatian dan pencapaian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang
menggunakan kaedah protokol temu bual dan analisis dokumen dengan bersandarkan
kepada Model of Policy Analysis (Dunn, 1994). Seramai 18 orang peserta kajian yang
terdiri daripada kumpulan pentadbir institusi, tenaga pengajar dan wakil industri telah
ditemu bual dengan b..... 732 hits |
1824 | 2020 thesis | Development of supervision framework for teaching practice in a public University Chew, Wai Keng The purpose of this study was to develop a supervision framework for teaching practice in a public university. This study also aimed: (a) to identify issues faced by student teachers, supervisors and mentor teachers during the teaching practice, (b) to explore valuable elements for developing a supervision framework, and (c) to validate the framework. The research design in this study was a framework development. The instruments used in this study consisted of a set of questionnaires, semi-structured interview, focus group discussion (FGD) and document analysis. This study involved 62 trainee teachers in the focus group discussion, eight supervisors and eight mentor teachers were involved in the interview and 353 trainee teachers were selected to respond to the questionnaires. Descriptive statistics such as frequency, percentage, mean and standard deviation were used in the study to analyse quantitative data. Thematic analysis was used to analyse the qualitative data. Key findings from..... 266 hits |
1825 | 2019 thesis | Mitos agama Kristian dalam sajak moden A.S. Francis Indhran Anandan Kajian ini adalah untuk mengenal pasti serta menganalisis tujuan penggunaan mitos agama Kristian dalam sajak moden A.S. Francis dan membandingkannya dengan ayat-ayat suci Al-Injil. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan yang menggunakan kaedah analisis kandungan serta teori mitos yang dicetuskan oleh Roland Barthes dalam enam buah kumpulan sajak moden A.S. Francis. Pola perbincangan kajian ini tertumpu kepada mitos agama Kristian berunsur sejarah dan peristiwa. Dapatan kajian menunjukkan daripada 226 buah sajak moden yang dikaji sejumlah 57 (25.2%) sajak moden sahaja mencerminkan mitos agama Kristian. Daripada 57 sajak moden tersebut, 39 (68.4%) sajak moden menggambarkan mitos sejarah dan 18 (31.6%) sajak moden menggambarkan mitos peristiwa. Mitos agama Kristian tersebut digunakan untuk memenuhi 36 tujuan. Daripada 36 tujuan tersebut 12 (33.3%) tujuan penggunaan adalah untuk mitos berunsur sejarah dan 24 (66.7%) tujuan penggunaan adalah untuk mitos berunsur peristiwa. Selain itu..... 259 hits |
1826 | 2023 thesis | Organizational commitment, job satisfaction, job stress, psychological contracts and turnover intentions: assessing the role of social support Retno Dwiyanti The main objective of this study was to examine the relationship between job
satisfaction and turnover intention, with social support as a moderating variable. The
next objective is to examine the relationship between psychological contracts and
turnover intention, with job satisfaction as a mediating variable. The relationship
between organizational commitment and job stress is also the aim of this study. A
quantitative approach with a survey method is used in this research. The population in
this study were salespersons at retail companies in Purwokerto Indonesia, amounting
to 979 people, and a total of 274 respondents were used as a sample in this study. The
instruments in this study consisted of an organizational commitment questionnaire, a
job satisfaction survey, a psychological contract scale, a work stress scale, a social
support scale, and a turnover intention questionnaire. The results showed that there was
a significant relationship between job satisfaction and tu..... 306 hits |
1827 | 2023 thesis | Penerapan rasa-fenomenologi dalam cerpen Tamil terpilih karya M.Navin Puspavalli Mariappan Kajian ini bertujuan mengenal pasti, menganalisis teori rasa-fenomenologi dalam
cerpen-cerpen M.Navin dan seterusnya meneliti perasaan yang diberi keutamaan oleh
pengarang. Pengkaji menggunakan tiga antologi cerpen, iaitu ‘Mandai Oodi’, ‘Boyak’
dan ‘Uchai’ sebagai bahan kajian.Kajian ini berfokus pada reka bentuk kualitatif yang
menggabungkan kaedah kepustakaan, kaedah temu bual dan kaedah analisis teks
dengan berlandaskan teori rasa-fenomenologi yang diperkenalkan oleh Sohaimi Abdul
Aziz. Teori rasa-fenomenologi merangkumi lapan jenis perasaan yang terdiri daripada
rasa duka (sedih), rasa berang (marah), rasa dahsyat (takut), rasa benci (jijik), rasa
kagum (hairan), rasa wira (bertenaga), rasa berahi (kasih) dan rasa lucu (riang).
Dapatan kajian menunjukkan bahawa karya M.Navin telah menerapkan kelapan-lapan
jenis perasaan tersebut dalam 25 cerpennya. Berdasarkan dapatan kajian, kewujudan
perasaan rasa duka dan rasa dahsyat dapat dilihat dalam 24 daripada 25 cer..... 401 hits |
1828 | 2023 thesis | Peranan keperluan asas psikologi sebagai pengantara bagi hubungan antara iklim sekolah dengan kesejahteraan subjektif pelajar Norkhafizah Yussuf Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan keperluan asas psikologi sebagai
pengantara bagi hubungan antara iklim sekolah dengan kesejahteraan subjektif pelajar
di sekolah. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif dipilih untuk menjawab tiga persoalan
kajian dan lapan belas hipotesis. Tiga set instrumen telah digunakan untuk mengukur
iklim sekolah, keperluan asas psikologi dan kesejahteraan subjektif pelajar di sekolah.
Seramai 361 responden yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah di Daerah Hilir
Perak dipilih melalui pensampelan bersrata dan data dianalisis menggunakan Structural
Equation Modeling. Keputusan analisis secara bootsraping mendapati bahawa
keperluan asas psikologi adalah pengantara yang signifikan positif bagi hubungan
antara dimensi iklim sekolah yang terdiri daripada sokongan guru, hubungan rakan
sebaya, hubungan dengan pihak sekolah, melaporkan dan meminta pertolongan,
kepelbagaian budaya dan peraturan yang jelas terhadap perasaan positif dengan nila..... 375 hits |
1829 | 2023 thesis | Development and usability of the Fountain of Phase (FOP) Model for the concept of matter in teaching and learning Chemistry Faezatul Alwani Mohd Rahim This study aims to develop a concrete model, the Fountain of Phase model, for the concept
of matters and determine the usability of the FOP model. The design of this study is a
development study based on the ADDIE model. A need analysis was administered to
fourteen (14) chemistry teachers across PPD Muallim, Perak, to assess the need for using
the concrete model as a teaching aid in science and chemistry education. Two validated
instruments used in this study are the model’s validity questionnaire (MVQ) and the
model’s usability questionnaire (MUQ). The MUQ was adapted from the questionnaire
Usefulness, Satisfaction, and Ease of Use (USE) by Lund in 2001. The model was
evaluated by five (5) experts from Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), including
subject matter experts, lecturers in the field of chemical education, and lecturers with at
least three (3) years of experience in teaching aid development. The FOP model had
obtained a 0.99 Content Validity Index (CVI)..... 372 hits |
1830 | 2023 thesis | Pemahaman dan kekerapan guru menggunakan kaedah belajar melalui bermain di TADIKA Nur Adilah Musa Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman, kekerapan, dan masalah
guru menggunakan kaedah belajar melalui bermain di TADIKA. Pendekatan kuantitatif
dengan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik yang terbahagi kepada empat
bahagian iaitu demografi responden, tahap pemahaman guru, aktiviti dan kekerapan
guru serta masalah yang dihadapi guru melaksanakan kaedah belajar melalui bermain
digunakan dalam kajian ini. Populasi kajian terdiri daripada guru TADIKA di daerah
Hulu Selangor, Selangor. Sampel dipilih seramai 70 orang guru TADIKA. Pemilihan
sampel dibuat secara rawak tanpa mengambil kira demografi responden. Secara
keseluruhannya dalam bahagian B, tahap pemahaman guru tentang penggunaan kaedah
belajar melalui bermain di TADIKA berada pada tahap ‘tinggi’ dengan nilai min 3.936
(s.p. = 0.753). Analisis ANOVA satu hala menunjukkan tiada perbezaan yang
signifikan antara tahap pemahaman guru menggunakan kaedah belajar melalui bermain
dengan jenis TADIKA (F..... 237 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 183 of 947 | [ Next ] [ Last ] |