UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
24612009
Thesis
Respons murid tahun lima terhadap program nilam di daerah Bentong
Johari Sidek
Kajian ini diusahakan  untuk mengkaji keberkesanan Program Nilam yang dilaksanakan di sekolah   rendah. Kajian yang dijalankan ini adalah  kajian  tinjauan. Kajian  ini dijalankan  di empat  buah  sekolah  rendah. Bagi  tujuan  mendapatkan  persampelan, sebanyak 120 orang murid Tahun Lima telah  dikenal pasti bagi tujuan tersebut. Sampel­ sampel berkenaan terdiri daripada taburan komposisi  jantina yang seimbang. Sampel­ sampel tersebut juga mewakili tiga kumpulan belajar yang utama, iaitu  potensi, sederhana dan cemerlang. Soalan-soalan  kajian yang diutarakan  berhubung demografi sampel  sebagai pemboleh ubah. Seterusnya, soalan-soalan kajian meninjau genre bacaan yang sering  dimanafaatkan oleh kumpulan sampel. Selain itu, soalan kajian juga mencakupi ruang  lingkup   kefahaman  sampel  terhadap  pelaksanaan  Program  Nilam  yang dilaksanakan di sekolah. Selain itu,  penglibatan murid terhadap pelaksanaan program tersebut sama ada di sekolah .....

493 hits

24622007
Thesis
Kekangan pengurusan sekolah kurang murid sekolah jenis kebangsaan Cina di negeri Perak
Lier Giew Leong
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kekangan pengurusan sekolah kurang murid di sekolah Jenis  Kebangsaan Cina di Negeri Perak. Kajian ini adalah bertumpu kepada kekangan fizikal, tanggungjawab,  emosi dan psikologi ke atas pengurusan sekolah kurang murid. Seramai 65 orang Guru Besar daripada 74 buah sekolah kurang murid SJK(C) di Negeri Perak. telah  memberi respon terhadap kajian ini. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan satu set soal  selidik yang mengandungi 54 item.yang dibahagi kepada empat bahagian, iaitu bahagian A mempunyai 14  item mengenai maklumat sekolah, bahagian B mempunyai 6 item mengenai maklumat fizikal sekolah,   bahagian  C  mempunyai  12  item  mengenai  maklumat  kekangan tanggungjawab, dan bahagian D  mempunyai 22 item yang mengukur keletihan emosi, depersonalisasi dan pencapaian responden. Hasil dapatan kajian ialah pengurus-pengurus SKM SJK(C) di Negeri Perak menghadapi kekangan fizikal  dan tanggungjawab semasa menjalank.....

436 hits

24632007
Thesis
Ekspresi seni kanak kanak prasekolah dalam aktiviti seni: satu kajian kes
Muhammad Sukri Osman
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji  ekspresi seni kanak-kanak prasekolah dalam aktiviti  seni iaitu dengan melihat aktiviti seni yang dilakukan di samping turut mengkaji bentuk ekspresi dan  unsur yang wujud dalam ekspresi seni tersebut. Kajian ini melibatkan  5 orang responden  yang terdiri daripada  kanak-kanak  prasekolah  Sri Cempaka, Institut Perguruan Perlis, Perlis. Menerusi  kajian literature yang dijalankan, penyelidik mengklafikasikan aktiviti seni Yang dilakukan adalah  berdasarkan sukatan pelajaran iaitu mengikut bidang menggambar, membuat corak rekaan dan membuat  bentuk binaan. Pada keseluruhannya kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah  kajian kes iaitu dengan menggunakan teknik pemerhatian dan temubual. Analisisis data secara  interpretasi diskriptif digunakan dalam kajian ini bagi menjelaskan seberapa tepat yang mungkin  tentang apa yang dikaji serta menstrukturkan semula data dalam bentuk realiti yang mudah difaha.....

548 hits

24642007
Thesis
Tingkah laku kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru guru sekolah menengah daerah Kota Bharu, Kelantan
Salmah Jaafar
Kajian bematlamat untuk melihat orientasi tingkah laku kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan  kepuasan kerja guru di beberapa buah sekolah menengah di daerah Kota Bharu. Dimensi tingkah laku  kepimpinan yang dikaji ialah tingkah laku kepimpinan pendayatamaan struktur dan tingkah laku  kepimpinan timbang rasa. Manakala tahap kepuasan kerja guru berdasarkan aspek faktor pendorong dan  faktor higien. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan tingkah laku kepimpinan pengetua dan  kepuasan kerja guru. Kajian turut melihat perbezaan tingkah laku kepimpinan pengetua berdasarkan  ciri-ciri demografi seperti klasifikasi sekolah dan jantina pengetua. Seramai 315 guru dari 27 buah  sekolah menengah yang terletak di daerah Kota Bharu dipilih sebagai responden.. Instrumen kajian  terdiri daripada soal selidik •The Leader Behaviour Description Questionaire' (LBDQJ untuk mengukur  dimensi  tingkah  laku  kepimpinan  pendayautamaan  struktur  dan  tingkah  laku kepim.....

603 hits

24652005
Thesis
Penggunaan multimedia di kalangan guru guru PPSMI di sekolah sekolah menengah daerah Larut, Matang dan Selama, Perak
Baharuddin Hashim
Kejayaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)  bergantung kepada usaha guru mengintegrasikan pelbagai kaedah pengajaran  yang berkesan dalam  pengajaran mereka  termasuk penggunaan pakej peralatan multimedia yang dibekalkan oleh Kementerian  Pelajaran Malaysia seperti komputer bimbit, projektor LCD dan CD perisian pembelajaran. Kajian ini  bertujuan melihat kekerapan penggunaan pakej multimedia tersebut di samping faktor-faktor yang  mendorong penggunaannya iaitu faktor persepsi guru, faktor kemahiran, faktor kursus dan faktor  pentadbiran. Kaedah tinjauan secara soal-selidik telah dijalankan di kalangan empat puluh empat  orang guru yang mengajar Sains atau Matematik dalam Bahasa lnggeris di enam buah sekolah menengah  di Daerah Larut Matang Dan Selama, Perak. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian  SPSS untuk mengira min, sisihan piawai, peratusan dan ujian-t. Antara dapatan kajian ialah: (a) gur.....

371 hits

24662006
Thesis
Pengaruh situasi kerja dan gerak balas terhadap stress di kalangan pengetua di Daerah Kuala Kangsar: satu tinjauan
Mohd Yusof Din
Objektif kajian ini untuk mengenal pasti pengaruh situasi kerja dan gerak balasnya terhadap stres  di kalangan pengetua di Daerah Kuala Kangsar. Soal selidik yang diubah suai daripada Gmelch dan  Swent (Administrative Stress Index dan Coping Stress Preference) telah digunakan sebagai instrumen  kajian.  Soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu faktor demografi (pemboleh ubah  bebas), faktor situasi kerja (pemboleh ubah bersandar) dan tindak balas terhadap stres (pemboleh  ubah bersandar). Seramai 20 orang pengetua di Daerah Kuala Kangsar telah dipilih sebagai sampel  dalam kajian ini.  Sebanyak lima soalan kajian telah ditimbulkan dan sepuluh hipotesis telah  dibentuk.  Hipotesis ini telah diuji menggunakan Ujian t, ANOVA Satu Hala dan Korelasi Pearson.  Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor situasi kerja mempengaruhi stres pengetua-pengetua di Dearah Kuala Kangsar.  ..

306 hits

24672024
Final Year Project
Keberkesanan pendekatan gamifikasi dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran Ekonomi
Norasyikin Udianto
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan pelajar menerima penggunaan pendekatan gamifikasi dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran Ekonomi serta menganalisis keberkesanan pendekatan gamifikasi dalam proses PdPc mata pelajaran Ekonomi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan. Borang soal selidik diedarkan kepada 304 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima yang mengambil mata pelajaran Ekonomi di SMK Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor. Analisis data dilaksanakan dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian ujian regresi berbilang menunjukkan bahawa pemboleh ubah Persepsi Kebergunaan (=0.270, p..

1017 hits

24682005
Thesis
Persepsi guru terhadap kepuasan kerja : kajian di Sekolah Menengah Daerah Lenggong, Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan
Rosli Yusof
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja dan faktor-faktor yang  mempengaruhi kepuasan kerja guru sekolah menengah Daerah Lenggong, Hulu Perak. Faktor demografi  seperti umur, jantina, bangsa, gaji, pengalaman mengajar dan taraf perkahwinan manakala aspek dalam  kepuasan kerja ialah kepuasan terhadap suasana pekerjaan, kepuasan terhadap teman sekerja, kepuasan  terhadap gaji , kepuasan terhadap kenaikan pangkat dan kepuasan terhadap penyeliaan pengetua. Kajian ini melibatkan 65 orang guru sekolah menengah di tiga buah sekolah di Daerah Lenggong, Hulu  Perak. Kajian ini menggunakan soal selidik yang terdapat dalam 'Job Descriptive Index' (JDI). Set  soalan soal selidik mengandungi 58 soalan yang berkaitan dengan aspek kepuasan kerja yang  menggunakan lima skala Likert. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik  inferensi. Terdapat enam hipotesis telah dibentuk dan telah diuji dengan menggunakan.....

376 hits

24692024
Final Year Project
Pengaruh keusahawanan sosial berfokus orang kelainan upaya (OKU) terhadap altruisme pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Elysha Mikail
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keusahawanan sosial berfokus kepada OKU dan tahap altruisme dalam kalangan pelajar UPSI. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan hubungan di antara keusahawanan sosial dan menentukan pengaruh keusahawanan sosial terhadap altruisme pelajar UPSI. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan deduktif. Sampel kajian terdiri daripada 110 orang mahasiswa yang mengambil kursus Budaya Keusahawanan di Universiti Pendidikan Sultan Idiris (UPSI) menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Borang soal selidik tadbir sendiri digunakan sebagai instrumen. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif untuk menguji tahap keusahawanan sosial dan tahap altruisme pelajar. Analisis korelasi digunakan untuk mengkaji hubungan dan analisis regresi berganda bagi mengkaji pengaruh keusahawanan sosial terhadap altruisme pelajar. Dapatan kajian diharapkan berupaya untuk menguji tahap keusahawanan sosial dan tahap altruisme pelajar selain dapat menentukan .....

397 hits

24702024
Final Year Project
Pengaruh pemilihan Pedagogi terhadap motivasi pelajar bagi mata pelajaran Ekonomi dalam kalangan golongan belia di Perak
Yasmin Izzwani Hasya Kamal Hisham
Kajian ini dijalankan dengan tujuan menijau “Pengaruh Pemilihan Pedagogi terhadap Motivasi Pelajar bagi Mata Pelajaran Ekonomi dalam Kalangan Golongan Belia di Perak”. Kajian ini terdiri daripada tiga objektif iaitu pertama menentukan peratus pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi. Objektif kedua menentukan hubungan antara profesionalisme guru terhadap motivasi pelajar bagi mata pelajaran Ekonomi dalam kalangan golongan belia manakala objektif ketiga pula Menentukan pemilihan pedagogi terhadap motivasi pelajar bagi mata pelajaran Ekonomi dalam kalangan golongan belia. Reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian merupakan soal selidik yang menggunakan skala Likert lima mata. Data dianalisis secara deskriptif dan analisis statistik inferensi menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, min dan melihat hubungan di antara pemboleh ubah kajian bagi menjelaskan kedua du.....

691 hits

[ First ] [ Prev ] Page 247 of 1145 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.