UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
25012023
Article
Pendidikan multibudaya dalam kalangan guru sekolah rendah di Negeri Sembilan
Suzana Muhamad Pilus
Objektif kajian ini adalah untuk melihat tahap pelaksanaan pendidikan multibudaya dalam kalangan guru sekolah rendah di Negeri Sembilan. Reka bentuk kajian ini berdasarkan pendekatan penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan kaedah survei. Kajian survei ini menggunakan soal selidik yang telah diadaptasi iaitu Borang Soal Selidik Kajian Pendidikan Multibudaya sebagai instrumen utama bagi mengumpul data berkaitan kajian ini. Kaedah persampelan rawak berstrata telah digunakan di mana 927 orang guru sekolah kebangsaan daripada 103 buah sekolah di seluruh daerah di Negeri Sembilan telah dipilih sebagai responden. Indek kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal selidik bagi mengukur semua aspek dalam kajian ini adalah antara 0.742 hingga 0.934. Pengumpulan data kajian ini dilakukan dengan menggunakan aplikasi google form. Data kajian ini dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 26.0. Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif ia.....

604 hits

25022023
Article
Pedagogical approavhes using neoro linguistis programming (NLP) strategies from perspective of NLP ttained teachers
Nik Muhammad Hanis Nek Rakami
The purpose of this study is to explore how Neuro Linguistic Programming (NLP) strategies applied by NLP-trained teachers as their pedagogical approaches in teaching and learning. A qualitative research was conducted among secondary school teachers in Malaysia. A total of 7 interviewees were selected. Content analysis and critical discourse analysis on analysing three sources of data collection have been carefully applied. The teachers are NLP practitioners who have been certified by the National Federation of Neuro-Linguistic Programming (NFNLP) and NLP Malaysia. This study identifies strategies of NLP that have been applied in the teaching and learning process. The strategies include ‘building rapport’, ‘representational system’, ‘logical level’, ‘Milton Models’, ‘metaphors’ and ‘anchoring’. The findings indicate that NLP is a viable means of teaching and learning practices in the classroom, but it needs flexibility due to the obstacles faced in its practices......

271 hits

25032023
Article
Kesejahteraan emosi murid berkeperluan pendidikan khas pasca covid-19
Mohd Ridhuan Mohd Jamil
Konsep kesejahteraan merangkumi pelbagai dimensi, termasuk aspek mental/psikologi, fizikal, dan sosial. Salah satu dimensi kesejahteraan iaitu kesejahteraan emosi yang menerangkan konsep psikologi berkaitan dengan kepuasan hidup, tujuan, dan emosi positif. Dimensi kesejahteraan emosi ini amat kritikal terutamanya bagi murid berkeperluan pendidikan khas pasca Covid-19. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah tinjauan literatur dengan merujuk bahan daripada sumber ilmiah. Objektif kajian berfokus kepada; (i) mengenal pasti perkaitan antara kesejahteraan emosi dan murid berkeperluan pendidikan khas, (ii) mengenal pasti isu kesejahteraan emosi bagi murid berkeperluan pendidikan khas pasca Covid-19. Hasil analisis mencadangkan keperluan terhadap panduan dalam menguruskan kesejahteraan emosi bagi murid berkeperluan pendidikan khas pasca Covid-19 bagi membantu guru dan murid menangani isu ini. Kata kunci: kesejahteraan emosi, murid berkeperluan pendidikan khas, pasca Covid-.....

813 hits

25042023
Article
Kesahan modul kecerdasan emosi bagi latihan psikopendidikan pegawai Tentera Malaysia
Vijayasree Raghavan Pillai
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesahan kandungan Modul Kecerdasan Emosi yang digunakan sebagai latihan psikopendidikan pegawai tentera. Asas kerangka modul ini adalah berlandaskan prinsip-prinsip Teori Pemusatan Insan (TPI) oleh Carl Rogers (1959) bagi meningkatkan tahap kecerdasan emosi dalam diri individu dan seterusnya memberi kesan positif terhadap kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi. Kajian deskriptif ini berasaskan kepada pembinaan modul oleh Sidek dan Jamaluddin (2005) yang mempunyai dua fasa kajian. Fasa pertama dijalankan bagi mengubahsuai modul kecerdasan emosi berdasarkan aktiviti yang diutarakan oleh Lynn (2002) berdasarkan kajian perpustakaan dan pandangan pakar. Aktiviti yang digariskan oleh Lynn bertujuan untuk meningkatkan tahap kecerdasan emosi dalam kalangan pekerja. Melalui perbincangan bersama pakar, modul ini diubahsuai dengan mengambil kira faktor silang budaya untuk memenuhi keperluan kumpulan sasaran. Fasa kedua pula dijalankan untuk memperole.....

472 hits

25052023
Article
Kesahan kandungan instrumen pengukuran pengurusan pengetahuan organisasi pembelajaran menggunakan kaedah nisbah kesahan kandungan (CVR)
Shahrulazman Abd Raub
Artikel ini menyediakan ulasan berkaitan proses kesahan kandungan untuk konstruk dan item yang dimaksudkan dalam pengurusan pengetahuan organisasi pembelajaran di Malaysia. Ini bertujuan mengisi jurang akademik berkaitan konsep pengurusan pengetahuan organisasi,terutamanya dalam bidang pendidikan. Kajian ini dilaksanakan untuk menguji aspek kesahan kandungan instrumen pengukuran pengurusan pengetahuan organisasi menggunakan kaedah Nisbah Kesahan Kandungan (CVR). Ini bagi memastikan instrumen pengukuran adalah sesuai untuk digunakan dalam konteks pendidikan dan budaya tempatan. Kajian adalah berbentuk tinjauan soal selidik secara bertulis dan dalam talian. Lapan orang pakar dalam bidang kepimpinan pendidikan dipilih yang terdiri daripada lima orang pakar profesional dan tiga orang pakar lapangan yang masih aktif berkhidmat di Universiti Awam Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Proses kesahan instrumen melibatkan 32 item daripada empat konstruk. Daripada 32 item berkenaan, 16 i.....

462 hits

25062024
Bulletin
CeBEC-Rafflesia
Centre of Biodiversity and Conservation UPSI
604 hits

25072024
Bulletin
CeBEC-Hornbill
Centre of Biodiversity and Conservation UPSI
622 hits

25082024
Bulletin
Buletin CPRI-CPRI dan Antarabangsa 2024
Pusat Pedagogi Penyelidikan dan Inovasi UPSI
523 hits

25092024
Bulletin
Buletin CPRI-CPRI dan Sesi Townhall Isu 3/September 2024
Pusat Pedagogi Penyelidikan dan Inovasi UPSI
509 hits

25102023
Article
Kajian pembangunan persepsi guru pelatih terhadap penggunaan Chemibonds Card bagi subtopik ikatan ion dan kovelen tingkatan 4
Siti Fatimah Nazlia Ruslan
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan alat bantu mengajar Chemibonds Card bagi subtopik ikatan ion dan kovalen serta mengkaji persepsi guru pelatih terhadap penggunaan Chemibonds Card bagi subtopik ikatan ion dan kovalen Tingkatan 4. Proses pembangunan Chemibonds Card yang berasaskan permainan ini menggunakan model ADDIE sebagai model reka bentuk instruksi. Kajian ini melibatkan seramai 97 orang pelajar yang mengambil jurusan ISMP Kimia bagi Semester 5 dan 6. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah alat bantu mengajar Chemibonds Card, borang kesahan Chemibonds Card, borang kesahan soal selidik dan borang soal selidik persepsi yang menggunakan skala Likert empat mata. Kesahan Chemibonds Card dilakukan oleh dua orang pensyarah jabatan Kimia dan dua orang pensyarah dari Fakulti Seni Komputeran Industri Kreatif. Nilai kesahan yang diperoleh masing-masing adalah 0.689 dan 1.0. Bagi kesahan borang soal selidik pula, dilakukan oleh dua orang pensyarah dari Jabatan Pendidikan dengan.....

940 hits

[ First ] [ Prev ] Page 251 of 1165 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.