UPSI Digital Repository (UDRep)

Latest Additions

Recently added items to the database

3401
Abstract
This book presents a course for beginner viola players. It will guide you in learning the alto clef and obtaining the basic experience required to manage bow strokes with note values and primary rhythmic patterns. This book contains twenty children’s folk songs from the following states in Malaysia: Sarawak, Sabah, Kedah, Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu and Sembilan, along with instructions for sequentially learning finger placement on the viola fingerboard. In addition, each song is supported with an exercise specially created to strengthen your confidence while learning notes in the alto clef, the value length of notes, and the placement of each finger on specific strings. All songs and exercises are supported with video demo recordings, which can be accessed via QR codes. The piano accompaniment for each song is provided at the end of the book, and there are audio-recorded backing tracks, which are also accessible via QR codes. We recommend that you develop and stre.....
Book Published 2024 525 hits Available
3402
Abstract
Kajian ini bertujuan bagi membangunkan permainan papan pendidikan Pintar Garam dan mengenal pasti persepsi guru pelatih Kimia terhadap kebolehgunaan permainan papan pendidikan Pintar Garam sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi standard kandungan penyediaan garam Kimia tingkatan empat. Reka bentuk kajian adalah kajian pembangunan berpandukan model reka bentuk instruksional ADDIE. Populasi kajian melibatkan 153 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Kimia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semester 6 dan 7. Pensampelan rawak mudah digunakan bagi menentukan sampel kajian. Responden bagi kajian rintis berjumlah 30 orang dan bagi kajian lapangan, responden adalah berjumlah 108 orang. Dua instrumen telah digunakan dalam kajian ini, iaitu borang penilaian kesahan pakar dan borang soal selidik. Data yang diperoleh daripada penilaian kesahan pakar terhadap muka, kandungan dan item soal selidik dianalisis m.....
Final Year Project Published 2024 988 hits Available
3403
Abstract
Bermula tahun 2010, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah memperkenalkan penilaian berasaskan sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Pengenalan PBS ini bertujuan untuk memastikan sistem penilaian di negara kita berubah sejajar dengan perubahan sistem pendidikan yang lebih dinamik dan holistik. Langkah ini diperkenalkan kerana kelemahan dalam sistem penilaian berpusatkan peperiksaan yang menyebabkan para peiajar dan guru terperangkap dengan teori dan soalan-soalan peperiksaan yang lepas tanpa memahami secara praktikal apa yang dipelajari oleh mereka. Justeru pengenalan PBS merupakan satu lagi transformasi dalam sistem pendidikan negara kita bagi mencapai Falsafah Pendidikan Negara. Namun begitu, pelaksanaan PBS bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan masih lagi di peringkat awal. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan dan kesepakatan panel pakar tentang cadangan penambahbaikan PBS berdasarkan masalah-masaiah yang dihadapi semasa pelaksa.....
Thesis Published 2012 588 hits Available
3404
Abstract
Bahan pembelajaran alternatif khususnya dalam topik Termokimia adalah sangat sedikit dibangunkan di Malaysia. Disebabkan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan e-Modul Thermo-Q bagi standard kandungan haba tindak balas terhadap pelajar Tingkatan 5 serta mengenalpasti kebolehgunaan e-Modul Thermo-Q. Kajian ini merupakan kajian pembangunan dengan berpandukan reka bentuk model ADDIE. Kesahan kandungan, kesahan muka dan kesahan konstruk soal selidik telah disahkan oleh dua orang pakar daripada Jabatan Kimia di Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI. Sampel kajian adalah melibatkan seramai 109 pelajar Tingkatan 5 aliran Sains di SMK Seksyen 7 Shah Alam dimana seramai 30 pelajar terlibat dalam kajian rintis untuk mengenalpasti kebolehpercayaan e-modul manakala 79 orang pelajar terlibat dalam kajian sebenar untuk mengenalpasti kebolehgunaan e-modul. Analisis data bagi kesahan instrumen adalah menggunakan peratus kesahan pakar yang telah mendapat kesahan yang bai.....
Final Year Project Published 2024 804 hits Available
3405
Abstract
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh persekitaran pembelajaran dalam meningkatkan perkembangan emosi kanak-kanak. Kajian ini berbentuk kajian kes yang melibatkan seramai empat orang sampel kanak-kanak berusia enam tahun yang terdiri daripada tiga orang kanak-kanak lelaki dan satu orang kanak-kanak perempuan, dan seorang guru tadika yang telah dilaksanakan di sebuah tadika di sekitar Alam Jaya, Selangor. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah pemerhatian berpandukan instrumen borang senarai semak yang telah diadaptasi dan kaedah temu bual untuk mendapatkan pandangan guru. Hasil dapatan objektif kajian 1 menunjukkan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak dilihat menunjukkan perubahan yang sangat ketara iaitu berada pada tahap yang positif selepas melibatkan diri dalam persekitaran pembelajaran. Hal ini menggambarkan bahawa aspek persekitaran pembelajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk perkembangan emosi kanak-kanak. Manakala, hasil dapa.....
Article Published 2023 942 hits Available
3406
Abstract
Kajian ini bertujuan membangunkan permainan kad bacaan dengan mengintegrasikan kaedah belajar sambil bermain bagi kanak-kanak 4 tahun. Jadi, objektif kajian ini adalah untuk membangunkan kad bacaan dalam membantu kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun. Reka bentuk kajian adalah berdasarkan Model ADDIE yang melibatkan lima fasa iaitu, analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan, dan penilaian. Pensampelan kajian menggunakan pensampelan kebarangkalian secara rawak mudah. Sampel kajian melibatkan tiga fasa, iaitu seramai 30 orang guru tadika dan prasekolah bagi fasa analisis, dua pakar kesahan dan 30 orang pakar pelaksana bagi fasa reka bentuk, dan 30 orang guru tadika di daerah Muallim bagi fasa perlaksanaan. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik, iaitu Soal Selidik Analisis Keperluan Pembangunan Kad Bacaan, Soal Selidik Kandungan Kad Bacaan Kanak-kanak 4 Tahun, dan Soal Selidik Kebolehgunaan bagi Kad Bacaan Kanak-kanak 4 Tahun. Kesemua instrumen menunjukkan nilai kebol.....
Article Published 2023 814 hits Available
3407
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Kad Nota Ringkas Gravit bagi Topik Kegravitian dalam Pembelajaran Fizik dan menguji kebolehgunaannya dari Perspektif pelajar Tingkatan 4. Reka bentuk kajian adalah Pembangunan dan Tinjauan dengan menggunakan pendekatan Kuantitatif. Teknik persampelan pada kajian ini ialah Teknik Persampelan Berkelompok. Sampel kajian terdiri daripada 2 orang Guru berpengalaman Fizik sebagai kesahan pakar, 10 orang pelajar Tingkatan 4 pada kajian rintis, dan 30 orang responden pada kajian lapangan. Instrumen dalam kajian ini adalah Borang Kesahan Pakar dan Soal Selidik Kebolehgunaan Kad Nota Ringkas Gravit. Data kajian dianalisis menggunakan Perisian Statical Packages for Social Science(SPSS) untuk menilai Peratus Persetujuan Pakar, nilai Kebolehpercayaan Cronbach- Alfa, nilai min dan sisihan piawai untuk tahap kebolehgunaan. Instrumen yang dibangunkan mendapat kesahan peratus persetujuan yang tinggi iaitu 96.88% bagi Kad Nota Ringkas Gravit dan 93.7% b.....
Final Year Project Published 2024 704 hits Available
3408
Abstract
Tujuan kajian ini ingin mengenalpasti tahap kesediaan dan tahap motivasi guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) serta hubungan antara tahap kesediaan dan tahap motivasi guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan PAK21. Kajian korelasi ini melibatkan 70 orang guru pelatih Fizik UPSI yang dipilih melalui pensampelan rawak mudah. Instrumen kajian merupakan borang soal selidik (Google Form) yang menggunakan skala Likert empat mata dan seterusnya dianalisis secara deskriptif dan inferensi (Spearman’s Rho) menggunakan perisian Pakej Statistik bagi Sosial Sains (SPSS) untuk mengenalpasti tahap kesediaan dan tahap motivasi guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan PAK21 serta hubungan antara tahap kesediaan dan tahap motivasi guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan PAK21. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan PAK21 adalah di tahap yang sederhana dengan nilai min = 3.38 (s.p = 0.450). Manakala tahap motivasi .....
Final Year Project Published 2024 1079 hits Available
3409
Abstract
Pencemaran alam sekitar yang berlaku sering dikaitkan dengan pelaksanaan aktviti kimia yang membebaskan gas berbahaya yang boleh memberikan kesan negatif terhadap alam sekitar bahkan terhadap kesihatan serta keselamatan pelajar.Kajian ini dijalankan bagi membangunkan modul bahan bantu mengajar yang dinamakan e- Lectrofun bagi pelajar Kimia tingkatan 5 serta menguji kebolehgunaan modul tersebut. E-Lectrofun merupakan modul digital yang merangkumi eksperimen berbentuk simulasi bagi topik elektrokimia (Standard kandungan 9.3 dan 9.4, DSKP) dan berkonsepkan Kimia hijau. E-Lectrofun dibangunkan berpandukan model ADDIE. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian pembangunan menggunakan kaedah kuantitatif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang penilaian kesahan dan soal selidik persepsi. Persetujuan pakar dalam menilai instrumen kesahan ini dikira menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 27.0 untuk mendapatkan nilai Kappa Cohen. Nilai.....
Final Year Project Published 2024 746 hits Available
3410
Abstract
This study was conducted to justify the correlation between students’ existing knowledge of acid and base with environmental sustainability awareness. A total of 100 form 4 science stream students were involved in this study. The research design was a correlational study and used quantitative analysis based on student performance test and environmental sustainability awareness questionnaire. Student performance test was used to examine the level of students’ existing knowledge of acid and base. Meanwhile, environmental sustainability awareness questionnaire was applied to identify the level of students’ environmental sustainability awareness. Expert validation was analysed using Cohen’s Kappa. Kappa value for both instruments is 1.00 from two experts. In addition, reliability of the instruments was analysed using Cronbach’s Alpha. The Cronbach’s Alpha values for instruments of test and questionnaire are 0.724 and 0.785 respectively. Findings from the test conduct.....
Final Year Project Published 2024 1116 hits Available
Page 341 of 1221

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.