UPSI Digital Repository (UDRep)

Latest Additions

Recently added items to the database

3611
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan permainan ChemBond-Ji sebagai bahan bantu mengajar bagi bidang pembelajaran Ikatan Kimia dan mengkaji persepsi pelajar terhadap reka bentuk, kebolehgunaan dan kepuasan. Reka bentuk kajian ini adalah merupakan kajian pembangunan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Proses pembangunan ChemBond-Ji adalah berdasarkan lima fasa dalam model ADDIE dan dibina menggunakan konsep permainan Jumanji. Responden melibatkan 80 orang pelajar Tingkatan 4 kelas aliran sains tulen di beberapa buah sekolah di daerah Seremban, Negeri Sembilan dipilih menggunakan teknik persampelan mudah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang kesahan pakar dan soal selidik persepsi. Kesahan kandungan dan soal selidik ChemBond-Ji telah disemak oleh dua orang pensyarah Kimia dan memperoleh nilai peratusan masing-masing sebanyak 93.7% dan 91.7%. Data yang diperoleh dikumpul dan dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif untuk m.....
Final Year Project Published 2024 1584 hits Available
3612
Abstract
Kemahiran literasi menulis merupakan suatu kemahiran asas yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh semua murid di sekolah rendah. Jika kemahiran ini tidak dikuasai akan menyebabkan proses pembelajaran mereka terjejas. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran literasi menulis bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun satu, membandingkan tahap penguasaan kemahiran literasi menulis bahasa Melayu antara murid-murid lelaki dan perempuan serta membandingkan tahap penguasaan kemahiran literasi menulis bahasa Melayu antara sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui ujian. Responden kajian ini terdiri daripada 105 orang murid SK, SJKC dan SJKT di sekitar daerah Segamat, Johor dipilih untuk menjawab ujian-tersebut. Kajian ini memfokuskan pada tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran menulis serta perbezaan tahap penguasaan kemahiran literasi den.....
Article Published 2023 2281 hits Available
3613
Abstract
Makalah ini mengaplikasi pendekatan semiotik sebagai kaedah dalam menginterpretasi puisi konkrit Tri-V (verbal-vokal-visual) “Gakgakgak” ciptaan Abdul Ghafar Ibrahim (AGI). Fragmen penelitian dibahagikan kepada dua. Pertama meneliti kaedah penganalisisan pendekatan semiotik. Kedua menganalisis maksud-maksud perlambangan yang dikonstruk dalam puisi Tri-V “Gakgakgak”. Berdasarkan kepada penelitian yang dijalankan terhadap kedua-dua fragmen di atas, didapati pendekatan semiotik memainkan peranan untuk mengkategorikan tanda serta petanda dalam merungkai makna tersurat mahupun tersirat dalam puisi “Gakgakgak”. Dapatan kajian mendapati, puisi ini cuba mengangkat suara masyarakat bawahan dalam memprotes serta menuntut hak mereka yang sekian lama dirampas serta dinafikan. Kesemua elemen ini dikenal pasti berdasarkan pentafsiran kodifikasi pendekatan semiotik. Secara kesimpulannya, puisi Tri-V AGI merupakan karya yang unik dan sarat dengan perlambangan serta sesuai untuk ditekuni ol.....
Article Published 2023 430 hits Available
3614
Abstract
Kajian ini bertujuan membuat analisis tentang penggunaan kronemiks atau masa dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu di negeri Perak. Majlis perkahwinan dalam masyarakat Melayu merupakan satu acara yang menyatukan dua individu lelaki dan perempuan secara sah menurut hukum Islam. Di dalam majlis ini terkandung elemen utama, iaitu masa yang penting dalam menentukan perjalanan majlis berkenaan agar sempurna. Masa menjadi elemen yang penting kerana penentuan perjalanan dan kesempurnaan majlis perkahwinan adalah antaranya tertakluk kepada penetapan masa-masa yang ditetapkan berdasarkan keperluan adat. Dengan mengambil pendekatan kualitatif dan reka bentuk etnografi, penyelidik mengambil masa selama empat bulan dengan berada bersama-sama dalam sepuluh buah majlis perkahwinan. Dilengkapi dengan catatan lapangan, kamera video, kamera DSLR, temu bual dengan tetamu, tuan rumah dan 15 orang informan terpilih yang memiliki pengalaman dalam menguruskan majlis perkahwinan, penyelidik melengkapkan.....
Article Published 2023 465 hits Available
3615
Abstract
Kajian ini memfokuskan pengaplikasian prinsip Stilistik J.J. Webber (1989) yang terdapat dalam Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Oleh hal yang demikian, terdapat lima objektif utama dalam kajian ini iaitu, menganalisis prinsip pemilihan diksi, menganalisis pembentukan ayat, menganalisis prinsip kajian semantik, menganalisis unsur bahasa dramatik dan gaya individualisme. Penganalisisan data pula adalah secara kualitatif yang melibatkan analisis terhadap teks Novel Pantai Kasih. Sehubungan dengan itu, berdasarkan kajian yang telah diimplementasikan, hasil kajian sememangnya mendapati bahawa terdapat lima elemen Prinsip Stilistik J.J. Webber (1989) yang diketengahkan menerusi Novel Pantai Kasih. Akhir sekali, kajian stilistik ini diharapkan mampu menjadi wadah bagi memartabatkan bidang stilistik sebagai satu jiwa dalam dunia pendidikan sastera Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana bidang stilistik bukan sahaja menonjolkan kesenian bahasanya malah turut menjadi pantulan khususnya .....
Article Published 2023 509 hits Available
3616
Abstract
Artikel ini cuba meninjau elemen kepemimpinan Orang Semai dengan memberi tumpuan kepada pemerkasaan komuniti. Kajian ini akan mengkaji bagaimana elemen kepimpinan dalam masyarakat Semai tercermin dalam karya sastera iaitu novel Ludaad. Watak Penghulu Busu serta pemimpin-pemimpin lain akan dilihat sebagai ketua yang memimpin masyarakat Semai dalam latar novel ini. Masyarakat Semai memiliki nilai-nilai unik seperti kolektivisme dan penglibatan komuniti yang menekankan pentingnya hubungan harmoni dan saling membantu dalam kehidupan. Mereka menekankan tanggungjawab bersama dan mencapai konsensus untuk memastikan keputusan yang diambil mempertimbangkan kepentingan bersama. Penelitian ini mendapati bahawa pemerkasaan komuniti merupakan elemen penting dalam model kepemimpinan bagi masyarakat Semai Orang Asli. Model kepemimpinan mereka mencerminkan pemahaman ini dengan memberikan keutamaan kepada penggunaan tanah yang lestari dan pemuliharaan sumber daya alam. Kata Kunci: pemerkasaan komuniti.....
Article Published 2023 633 hits Available
3617
Abstract
Karya sastera mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan alam dan alam merupakan sumber utama dalam proses penciptaan sesebuah karya sastera. Kaitan antara alam dengan karya sastera ini diteliti dalam novel karya Faisal Tehrani yang bertajuk Bila Tuhan Berbicara (2007), Tunggu Teduh Dulu (2008) dan Bahlut (2010) bagi menganalisis manifestasi alam sekitar yang terdapat karya-karya tersebut. Kaedah analisis kandungan (content analysis) digunakan untuk mendapatkan gambaran manifestasi alam dengan lebih terperinci. Pendekatan ekologi sastera digunakan untuk menganalisis manifestasi alam sekitar dalam novel-novel tersebut dengan memberi perhatian kepada ekologi alam yang menekankan kepada dua aspek, iaitu penekanan terhadap alam sebagai inspirasi karya sastera dan pembelaan terhadap alam akibat perbuatan manusia yang dikenal sebagai kajian eko kritik. Berdasarkan analisis ekologi sastera sebagai inspirasi karya sastera dalam ketiga-tiga novel kajian didapati bahawa manifestasi alam sekitar se.....
Article Published 2023 541 hits Available
3618
Abstract
Mata pelajaran Bahasa Semai merupakan mata pelajaran yang baharu sahaja diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara sejak tahun 2012 secara berperingkat dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Bahasa Semai hanya ditawarkan di sekolah-sekolah tertentu yang mempunyai murid Orang Asli sebagaimana penawaran bahasa Iban dan bahasa Kadazan Dusun yang hanya ditawarkan di sekolah tertentu di Sarawak dan Sabah. Semakan terhadap kurikulum tersebut juga telah dilaksanakan pada tahun 2017 bagi menilai semula kandungan kemahiran yang diajar termasuk menstruktur semula kemahiran-kemahiran untuk tempoh lima tahun. Walau bagaimanapun, penelitian awal mendapati panduan ejaan dan sebutan perkataan bahasa Semai yang digunakan dalam Buku Teks Bahasa Semai tidak seragam dan konsisten. Ejaan dan sebutan yang berubah-ubah digunakan dalam buku teks sekolah rendah dan sekolah menengah menyebabkan usaha pembentukan, pemahaman dan pengukuhan murid-murid dalam bahasa Semai terbantut. Kajian kualitatif .....
Article Published 2023 799 hits Available
3619
Abstract
Akibat pandemik Covid-19 yang telah berlaku sebelum ini menyebabkan krisis dalam pembelajaran terutama penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak sehingga menjadi tumpuan kerana ramai murid telah ketinggalan disebabkan penutupan sekolah. Keperluan penghasilan modul asas membaca bahasa Melayu untuk membantu menyelesaikan masalah penguasaan kemahiran membaca ini diperlukan bagi memastikan murid dapat belajar asas membaca dengan baik dan praktikal. Tambahan pula, ketiadaan modul membaca khusus daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi pendorong kajian ini dilaksanakan. Kajian ini bertujuan untuk menilai kesahan kandungan dan kebolehpercayaan Modul Asas Membaca Anakku (MAMA) untuk pembelajaran asas membaca bahasa Melayu kepada murid prasekolah. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif, iaitu menggunakan kaedah tinjauan berdasarkan pandangan pakar dan guru melalui soal selidik yang berkaitan dengan kandungan MAMA. Borang selidik kesahan kandungan dinilai oleh panel .....
Article Published 2023 1194 hits Available
3620
Abstract
Korpus merupakan sumber yang amat bernilai sebagai sumber data dalam kajian linguistik bahasa Melayu kini. Sejak akhir 90-an, korpus mula dimanfaatkan oleh ramai pengkaji linguistik bahasa Melayu dalam kajian peringkat sarjana dan doktor falsafah. Terkini, Kamus Dewan Perdana (2020) juga memanfaatkan korpus dan laman sesawang sebagai sumber data. Data raya daripada pelbagai sumber ini membolehkan pelbagai data diperoleh dan dimanfaatkan untuk tujuan kajian linguistik bahasa Melayu dalam tempoh yang singkat. Namun, penggunaan korpus sebagai sumber data menuntut pendekatan, strategi dan matlamat yang betul bagi membolehkan dapatan yang diperoleh empiris dan boleh dipertanggungjawabkan. Data korpus yang dimanfaatkan bukanlah satu jaminan bahawa hasil atau dapatan yang diperoleh merupakan dapatan yang sahih yang tidak boleh dipertikaikan dengan alasan ‘itulah bentuk bahasa yang digunakan oleh penutur jati bahasa Melayu’ dan ‘data korpus merupakan data autentik yang dikutip berdasarka.....
Article Published 2023 807 hits Available
Page 362 of 1222

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.