|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 3641 | 2022 Article | Kajian terhadap kepentingan landskap budaya Melayu di Kampung Bukit Pegoh, Melaka Amizatul Najeha Lukmanulhakim Landskap dan budaya masyarakat Melayu merupakan perlambangan reka bentuk dan susun atur yang kompleks. melibatkan interaksi antara manusia, alam dan Tuhan serta cara manusia mengolah alam selari dengan keperluan dan kepentingan kehidupan. Oleh yang demikian, gabungan kompleks ini dapat dilihat serta dihayati melalui reka bentuk dan susun atur ruang landskap yang terdapat pada sebahagian kawasan rumah masyarakat Melayu tradisional di Malaysia. Namun begitu, seiring dengan perubahan dan permodenan di Malaysia, banyak landskap budaya Melayu di kampung khususnya mengalami proses transformasi ke arah kebaratan, tanpa mengambil kira asal usul kepentingan fungsi landskap budaya Melayu itu sendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membuktikan kepentingan landskap budaya Melayu yang menjadi tunjang utama kepada identiti masyarakat Melayu yang semakin hilang ditelan zaman, kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif kajian ini adalah penyelidikan kualitatif melibatkan kajian kes di Kampung..... 451 hits |
| 3642 | 2022 Article | Tren jenayah harta benda di Malaysia: kajian di Selangor dan Kuala Lumpur Norita Jubit ABSTRAK Tren jenayah harta benda di Malaysia masih membimbangkan walaupun menunjukkan penurunan kes. Kes curi motosikal adalah penyumbang utama kepada jenayah indeks di Malaysia, diikuti lain-lain kes curi dan ketiga tertinggi adalah kes curi kereta. Justeru, Artikel ini bertujuan meneliti tren jenayah harta benda di Kuala Lumpur dan Selangor mengikut daerah dan juga balai polis bagi tempoh 2015-2020. Data diperoleh daripada PDRM Bukit Aman dalam bentuk excel. Data terdiri daripada tiga seksyen iaitu seksyen 379 Kanun keseksaan (curi), manakala seksyen 379A Kanun keseksaan (curi motosikal, kereta, lori, van dan jentera berat) serta seksyen 457 Kanun keseksaan (kes pecah rumah siang dan malam). Kes jenayah harta benda di Selangor adalah lebih tinggi berbanding di Kuala Lumpur. Daerah Petaling Jaya di bawah Kontinjen Selangor merekodkan kes tertinggi berlaku jenayah harta benda dalam tempoh 2015-2020. Selain itu daerah Sepang mencatat kes jenayah harta benda tertinggi dan Balai Polis Sen..... 784 hits |
| 3643 | 2022 Thesis | Kesan penggunaan peta minda dalam pemahaman teks bacaan Bahasa Cina Tahun Empat Chew, Kai Liang Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan peta minda dalam
pemahaman teks Bahasa Cina tahun empat jika dibandingkan dengan pengajaran
konvensional. Kesan kedua-dua kaedah ini terhadap pencapaian markah ujian soalan
pemahaman Bahasa Cina murid Tahun Empat telah dikaji. Kajian ini merupakan kajian
reka bentuk campuran. Reka bentuk kajian kuantitatif menggunakan pendekatan
eksperimen-kuasi dan disokong oleh data kualitatif seperti analisis dokumen dan temu
bual. 62 orang murid telah dipilih untuk menjadi sampel kajian. Dalam reka bentuk
eksperimen-kuasi, sebuah kelas dijadikan kumpulan eksperimen yang menggunakan
peta minda semasa pengajaran dan pembelajaran pemahaman teks Bahasa Cina selama
12 minggu. Manakala sebuah kelas lagi dijadikan kumpulan kawalan yang menerima
pengajaran konvensional. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah ujian
pra dan ujian pasca, soal selidik, analisis dokumen dan temu bual. Data yang dikumpul
dianalisis dengan me..... 1568 hits |
| 3644 | 2022 Article | Spatial temporal of school dropout hot spot: a case study of Sarawak District Education Danggat Chabo ABSTRACT The Ministry of Education Malaysia (MOE) has achieved remarkable successes midway between the implementation of education policy for all through the Malaysia Education Development Plan 2013-2025. However, dropout, especially at the secondary school level, relics stagnant as an educational issue in the country. Therefore, this study aims to identify the changes in the spatial pattern of dropout among secondary school students in Sarawak for a study period of six years starting from 2013 to 2018. The spatial methods applied in this study to identify dropout hotspot areas for secondary school students are Getis-Ord Gi* and polygon grid (fishnet). The analysis conducted from 2013 to 2018 revealed that the hotspot areas for secondary school dropouts were intense within the District Education Office of Kuching, Sibu, and Bintulu. In conclusion, the identification of student dropout hot spots based on time and space is very important so that intervention programmes to manage dropout ..... 521 hits |
| 3645 | 2022 Article | Persepsi penduduk terhadap pembinaan paip graviti di Tambunan, Sabah Freddy Jango ABSTRAK Bekalan air bersih merupakan keperluan yang sangat penting kepada manusia. Kadar pertumbuhan penduduk dan pertambahan tempat kediaman tentunya memberi implikasi kepada penyediaan bekalan air bersih. Di kawasan luar bandar terutama di negeri Sabah, paip air graviti digunakan bagi mendapatkan sumber air yang bersih untuk kegunaan harian penduduk. Sebelum paip air graviti ini dibina, penduduk mendapatkan bekalan air daripada perigi atau mata air yang telah digali bagi mendapatkan bekalan air. Walau bagaimanapun penduduk sering berdepan dengan masalah bekalan air terutama ketika musim kemarau. Justeru, penduduk Kampung Narayat di Tambunan Sabah mengambil inisiatif bagi membina paip air graviti bagi kegunaan harian penduduk di situ. Artikel ini akan membincangkan tentang persepsi penduduk terhadap pembinaan paip air graviti dan meneliti tindakan serta langkah yang diambil oleh penduduk setempat bagi memastikan paip air graviti ini terus dijaga dengan baik dan lestari. Kajian ini men..... 565 hits |
| 3646 | 2023 Thesis | Pelaksanaan tugasan seni terapeutik dalam proses PdP Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah Siti Almunawwarah Shahuddin Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan potensi tugasan seni terapeutik dalam
meningkatkan tahap keyakinan diri murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) Pendidikan Seni Visual (PSV) di sekolah rendah. Objektif kajian ini juga
meneroka keperluan tugasan seni terapeutik dan reka bentuk tugasan seni terapeutik
yang boleh dilaksanakan semasa PdP PSV di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan
kaedah kualitatif reka bentuk deskriptif yang telah dilaksanakan semasa kajian rintis
dan kajian sebenar. Penambahbaikan telah dilaksanakan dalam kajian sebenar
berdasarkan dapatan daripada kajian rintis. Kajian ini telah dijalankan di tiga buah
sekolah iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis
kebangsaan tamil yang melibatkan tiga (3) orang guru PSV dan 36 orang murid. Data
di kumpul menggunakan pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Dapatan data
telah dianalisis secara serentak berpandukan model interaktif Miles & Huberman. Kod
yang dihasil..... 1100 hits |
| 3647 | 2023 Thesis | Faktor-faktor yang menyumbang kepada amalan pengintegrasian ICT dalam PdPc guru Pendidikan Khas Emiliona Alosza Mandi Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada
amalan pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) guru Pendidikan Khas di sekolah daerah Kinta Utara, Ipoh.
Objektif kajian adalah untuk menentukan hubungan kesediaan dan jumlah sumbangan
integrasi ICT terhadap amalan penggunaan ICT dalam PdPc guru Pendidikan Khas.
Model Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Kandungan (TPACK) dan Teori Kognitif
Sosial diguna pakai dalam kajian ini. Reka bentuk kuantitatif melalui kaedah tinjauan
dan soal selidik telah digunakan. Kajian ini berlansung selama lapan minggu dengan
menggunakan pensampelan bertujuan yang melibatkan 207 orang guru Pendidikan
Khas di sekolah daerah Kinta Utara, Ipoh. Data dianalisis dengan menggunakan analisis
deskriptif, analisis inferensi korelasi dan regresi untuk mengkaji kesignifikan kajian.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pengintegrasian ICT dalam PdPc guru
Pendidikan Kh..... 978 hits |
| 3648 | 2022 Thesis | Solid waste management and disposal practice in Bauchi City, Nigeria Muhammed, Iliyasu ABSTRACT Municipal solid waste (MSW) services are critical elements of human societies and environmental infrastructure. In developing countries, household waste collection and disposal are the responsibility of local authorities, but often the volume of waste surpasses their collection capabilities. In addition, a lack of awareness and knowledge of sustainable waste practices contributes to poor waste practices. As a result, most waste ends in open dumps, roadsides, and other similar places. Massive waste disposal sites (locally termed Bingi) in every ward within the case study area, Bauchi old city are the most critical problem facing the Bauchi state environmental protection agency (BASEPA), responsible for solid waste collection and disposal. This study evaluates the disposal practices and constraints faced by residents, thus providing relevant information to BASEPA towards more effective implementation of sustainable waste management (SWM). Questionnaires were collected from 156 h..... 719 hits |
| 3649 | 2022 Article | Pengetahuan, kesedaran dan kesediaan pelajar menengah rendah SMK Yan terhadap isu banjir di Yan, Kedah Nor Izzatie Mohd Shohid ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap, hubungan serta perbezaan antara pemboleh ubah pengetahuan, kesedaran dan kesediaan pelajar menengah rendah Sekolah Menengah Kebangsaan Yan terhadap isu banjir di Yan, Kedah. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan serta soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan, kesedaran dan kesediaan berada pada tahap tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara pengetahuan dan kesedaran, pengetahuan dan kesediaan serta kesediaan dan kesedaran pelajar menengah rendah terhadap isu banjir di Yan, Kedah. Keputusan ujian-t menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan terhadap pengetahuan, kesedaran dan kesediaan mengikut jantina. Oleh itu, hasil dapatan membuktikan bahawa pendedahan mengenai isu banjir menerusi mata pelajaran Geografi di sekolah membawa kepada pengetahuan, kesedaran dan kesediaan dalam kalangan pelajar menengah rendah ..... 566 hits |
| 3650 | 2022 Article | Literasi istilah geografi dalam kalangan mahasiswa Geografi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Lokman Hakim Abdullah ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap literasi istilah geografi dalam kalangan mahasiswa geografi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Istilah dalam geografi fizikal, geografi manusia dan kemahiran geografi digunakan dalam kajian ini. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan menerusi instrumen borang soal selidik telah digunakan. Sampel kajian terdiri daripada 220 mahasiswa geografi UPSI dengan menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Analisis deskriptif (kekerapan dan peratus) dan analisis inferensi (ujian-t dan korelasi Pearson) digunakan bagi menjawab setiap persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan 55.0% mahasiswa geografi UPSI berada pada tahap baik bagi literasi istilah geografi. Keputusan ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dan lokasi tempat tinggal dengan tahap literasi istilah geografi, bagi jantina t=1.275, p>.05 dan lokasi tempat tinggal, t=-1.66, p>.05. Analisis korelasi Pearson menunjukkan ..... 640 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 365 of 1143 | [ Next ] [ Last ] |