|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 3631 | 2023 Thesis | Keberkesanan penggunaan papan putih interaktif dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan murid tahun 3 Phan, Chei Wei Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan papan putih
interaktif dalam Bahasa Inggeris terhadap murid tahun 3 di sebuah sekolah
rendah Daerah Kinta Selatan, Perak. Objektif kajian adalah untuk mengenal
pasti keberkesanan penggunaan papan putih interaktif terhadap tahap
pencapaian, tahap motivasi dan tahap minat dalam kalangan murid Tahun 3
dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Reka bentuk kuasi eksperimen
digunakan dalam kajian ini. Teori pembelajaran inkuiri dan teori pembelajaran
konstruktivisme diguna pakai dalam kajian ini. Kajian ini berlangsung selama
lapan minggu dan terdiri daripada 39 orang responden pelbagai tahap
pencapaian akademik diagihkan secara rawak ke dalam dua kumpulan, 19
orang responden bagi kumpulan rawatan (kaedah multimedia interaktif) dan 20
orang responden bagi kumpulan kawalan (kaedah tradisional). Data dikumpul
dengan menggunakan ujian pasca pencapaian dan soal selidik bagi tahap
motivasi dan tahap minat. Perbezaan min ujian pas..... 915 hits |
| 3632 | 2023 Thesis | Hubungan antara amalan pengajaran dan pembelajaran STEM dalam kalangan guru dan tahap penguasaan Matematik murid Tahun Lima Ahmad Radzi Hamdan Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara amalan ciri pengajaran dan pembelajaran
STEM guru terhadap tahap penguasaan matematik murid Tahun 5. Reka bentuk kajian yang
digunakan melibatkan kajian kuantitatif yang disokong dengan kajian kualitatif. Satu set soal
selidik Ciri Pengajaran dan pembelajaran STEM (CPSTEM) yang mengandungi 7 konstruk
yang terdiri daripada 7 ciri pengajaran dan pembelajaran STEM digunakan untuk mengenal
pasti tahap pengamalan pengajaran dan pembelajaran STEM dalam kalangan guru matematik.
Seramai 73 orang guru matematik sekolah kebangsaan di daerah Kuala Selangor telah dipilih
sebagai responden kajian menggunakan teknik pensampelan rawak mudah di mana 73 guru
matematik dipilih daripada 90 orang guru matematik di Kuala Selangor. Kaedah temu bual
digunakan untuk meneroka dengan lebih mendalam berkaitan pengamalan ciri pengajaran dan
pembelajaran STEM dalam kalangan murid Tahun 5. Analisis statistik melibatkan skor min,
peratusan, ujian ANOVA s..... 1591 hits |
| 3633 | 2022 Article | The adaptation of modesty concept in sportswear design for Malaysian women Nasyirah Saleh Modesty sportswear design is an alternative outfit to fulfill the needs of modesty appearances while doing sports especially for the Muslim women. The intention of innovating modesty sportswear design for Malaysian women is to provide more options of sport outfit for their active lifestyle. Recently, there was an issue regarding the lack of fashion likeness of the current sportswear design in local fashion industry and an excessive attention towards the women appearance in public which could distress their moral and confident level. The objectives of this study are: 1. to investigate the problems faced by Malaysian women regarding their option of sportswear clothing: 2. to identify the important features to be considered in designing modest sportswear designs for Malaysian women: 3. to create alternative sportswear designs with adaptation of modesty concept to suite Malaysian’s lifestyle: 4. To offer a module/guidance to designers and Small and Medium manufactures in getting the righ..... 472 hits |
| 3634 | 2023 Thesis | Pembangunan dan kebolehlaksanaan modul pengajaran STEM kebarangkalian mudah Tingkatan Dua (STEM-KEBUM) Mohd Romashal Isnan Mohd Shah Kajian ini bertujuanmembangunkansebuahModulPengajaranSTEM
KebarangkalianMudahTingkatanDua(STEM-KEBUM)danmenilaitahap
kebolehlaksanaanmodulpengajarantersebut.Kajianinimenggunakanrekabentuk
kajianpembangunanberasaskanmodelinstruksiADDIE.Sejumlah103orang
daripada140orangguruMatematikTingkatanDuadisekitardaerahTemerloh,
Pahangtelahdipilihsecararawakmudahsebagaisampelkajianini.Kajian
pembangunaninimelibatkanproseskesahanmukadankandungan,kebolehpercayaan
dankebolehlaksanaanmodul.Kaedahyangdigunakanuntukmenilaitahapkesahan
mukadankandunganmoduladalahdenganmendapatkanmaklumbalasdanperatus
persetujuanpakar.Penilaiantahapkebolehlaksanaanmodulpuladianalisissecara
deskriptif.Dapatankajianmenunjukkanbahawamodulpengajaranyangdibangunkan
inimempunyaikesahanmukadankesahankandunganyangtinggidenganpurata
keseluruhanperatuspersetujuanpakaradalah90.5%dan97.2%masing-masing.
KebolehpercayaanmoduladalahsangatbaikdengannilaiCronbach’sAlpha0.936.
Modulinijugamempunyaitahapkebolehlaksanaanyangti..... 546 hits |
| 3635 | 2022 Article | Sukatan efektif untuk penghasilan piece mould dalam kursus arca tuangan logam seni halus kajian eksperimen untuk pengajaran dan pembelajaran Wan Nurhasyimah W. Mohd Apandi Seni arca tuangan logam merupakan salah satu kursus yang penting dalam Diploma Seni Halus. Berdasarkan pengalaman penulis, penghasilan acuan atau ‘piece mould’ yang diajar dalam kursus ini tidak mempunyai sukatan khusus dan menggunakan teknik kovensional turun menurun iaitu ‘island formula’ yang tidak melibatkan sistem sukatan yang tepat diantara air dan ‘plaster of paris (POP)’. Hal ini telah menyebabkan kerugian kos bagi air dan POP apabila sukatan yang tidak sekata telah mengakibatkan ‘piece mould’ yang terhasil kurang ketahanannya. Berdasarkan situasi diatas, kertas kerja ini bertujuan menghasilkan sukatan paling efektif diantara air dan POP dalam penghasilan piece mould bagi kursus arca tuangan logam. Dengan menggunakan kaedah eksperimentasi didalam bengkel arca tuangan logam, penyelidik telah menjalankan sebanyak 6 kali uji kaji penghasilan piece mould melalui sukatan POP yang berbeza didalam bancuhan 100 ml air. Bancuhan uji kaji ini adalah berdasarkan nisbah dia..... 359 hits |
| 3636 | 2022 Article | Pengaruh kepelbagaian budaya seni reka masjid di negara asia Muhammad Salehuddin Zakaria Masjid merupakan tempat ibadat umat islam yang berada di serata pelusuk dunia, masjid juga tempat melakukan aktiviti ibadah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kajian ini mengkaji pengaruh budaya dalam seni reka masjid di negera asia berdekatan menggunakan kaedah deskriptif kualitatif dan dianalisis tentang perbandingan masjid yang terpilih. Fokusnya lebih tertumpu terhadap perbandingan terhadap motif, mimbar dan mihrab masjid di negara asia terpilih seperti Masjid Besar Shah Alam, Masjid Panglima Kinta, Ipoh dan Masjid Tonson Thailand menggunakan teori semiotika. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor tempatan berdasarkan gaya hidup tempatan, pembangunan bandar, dasar tempatan, kepercayaan tempatan, budaya tempatan, faktor luaran seperti dasar luar, dasar komersial negara, dan dasar luar negara menyebabkan terdapat perbezaan dari motif yang terdapat pada seni bina di masjid. Sejarah penubuhan masjid di suatu kawasan juga mempengaruhi penghasilan seni bina masjid yang berbeza. Antar..... 472 hits |
| 3637 | 2022 Article | Laman arca connecting the public sculpture experience through a cloud based system Nur Muhammad Amin Hashim Amir Experiencing public sculpture can be highly individualistic for each participating audience. The experience only lasts for as long as they are on the site. Without any extensive interactive element besides taking photographs and observing, it is safe to say that lacking thereof is shown in a static environment. This research aims to create a platform that connects visitors’ experiences into one collective hive by expanding it through the artworks’ captions. Laman Arca; is a series of public sculptures on specific sites that allow visitors to use the implemented cloud-based system to harness their creative needs. This implementation improves visitors’ ways of interacting with the sculptures by adding a platform to discourse them, exponentially improving their appreciative experiences. The system has several sections; artwork description, artist’s biography, essential information, and live-site projects. The platform is retroactive, which means new visitors can assess previous au..... 697 hits |
| 3638 | 2022 Article | Karya seni visual dalam konteks pasca COVID-19 di Malaysia Interpretasi simbol bagi catan terpilih “Transit 1×1 online exhibition” Rosmidahanim Razali Seni catan berfungsi sebagai medium komunikasi untuk menceritakan sesuatu peristiwa atau menyampaikan maksud sesuatu konteks penceritaan yang melibatkan idea, gaya, dan makna oleh artis seni visual. Dengan itu, seni catan juga membolehkan pengkarya seni mengekspresi emosi dan merakamkan gambaran fikiran melalui imej visual yang diterjemahkan kepada karya seni. Pengkaji mendapati bahawa peristiwa COVID-19 yang berlaku pada ketika itu memberi kesan terhadap masyarakat bahkan pengkarya seni juga terkesan terutama perkembangan kehidupan yang melibatkan kehidupan sosial, budaya, ekonomi, politik, psikologi, teknologi dan komunikasi. Oleh kerana implikasi peristiwa yang berlaku itu, artis mula menghasilkan karya yang mencerminkan pengalaman atau pandangan yang berkisar dengan peristiwa pandemik COVID 19. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan memahami bentuk dan makna bagi simbol yang digunakan dalam karya seni catan oleh Husin Othman, Shafiq Nordin dan Aimi Atikah Roslan dalam konteks ..... 390 hits |
| 3639 | 2023 Thesis | Kesediaan guru Pendidikan Islam dalam pengajaran ibadat solat bagi murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran di Negeri Selangor Zaini Mt Isa Sebagai umat Islam mengerjakan ibadah merupakan bentuk ketaatan kepada Allah
SWT terutama ibadah wajib seperti solat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
tahap kesediaan guru Pendidikan Islam dalam pengajaran ibadat solat murid
berkeperluan khas bermasalah pembelajaran di negeri Selangor. Dalam kajian ini
pengkaji memberi penekanan kepada tiga aspek kesediaan pengajaran iaitu
pengetahuan, kemahiran dan penilaian. Seramai 90 orang guru Pendidikan Islam yang
mengajar di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di negeri
Selangor dipilih sebagai peserta kajian ini. Bagi memperolehi data, pengkaji
menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal
selidik. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dilakukan pengesahan pakar. Hasil
dapatan kajian pengkaji mendapati tahap kesediaan guru Pendidikan Islam dalam
pengajaran ibadat solat adalah tinggi iaitu min =4.01. Secara keseluruhannya mendapati
guru Pendidikan Islam menunjukkan kesungg..... 1169 hits |
| 3640 | 2023 Thesis | Pembangunan dan kebolehgunaan Modul Kursus Asas Mekanik Struktur berasaskan Teori Konstruktivisme bagi Program Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional Mohd Zulhilmi Ab Kadir Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah Modul Pembelajaran Kursus Asas
Mekanik Struktur (KAMS) berasaskan Teori Konstruktivisme bagi Program Teknologi
Pembinaan di Kolej Vokasional (KV). Kajian ini menggunakan Pendekatan Reka
Bentuk dan Pembangunan (Design and Development Research, DDR) yang melibatkan
tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan serta
fasa penilaian. Data fasa analisis keperluan dikutip dengan menggunakan instrumen
soal selidik terhadap 40 orang pensyarah Program Diploma Teknologi Pembinaan KV
yang mengajar KAMS. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk
mengetahui nilai kekerapan, peratusan dan min. Bagi fasa reka bentuk dan
pembangunan, data dikumpul dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan
menggunakan sumber-sumber bahan bercetak seperti dokumen dan buku bagi tujuan
reka bentuk modul. Manakala bagi proses kesahan kandungan modul, instrumen soal
selidik digunakan terhadap 7 orang pakar ba..... 1278 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 364 of 1138 | [ Next ] [ Last ] |