|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 4541 | 2022 Final Year Project | Pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek Our Toys Kingdom: pengintegrasian asas inovasi dan kreativiti dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak Nur Fatini Adila Mohd Faudzi Kajian ini dijalankan bagi membangunkan sebuah modul pembelajaran berasaskan
projek pembinaan alat permainan idaman “Our Toys Kingdom' yang mengintegrasikan
asas inovasi dan kreativiti dalam pendidikan awal kanak-kanak di bawah (i) tunjang
komunikasi (bertutur untuk menyampaikan idea), (ii) tunjang kerohanian, sikap, dan
nilai (kerjasama), (iii) tunjang perkembangan fizikal dan estetika (perkembangan motor
halus dan meneroka pelbagai pergerakan, ekspresi kreatif, dan aplikasi seni) di dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) semakan 2017 bagi kanak-kanak
berumur enam tahun. Tinjauan awal mendapati guru-guru prasekolah tidak
menggabungkan kemahiran pemikiran kreatif dalam pengajaran mereka. Kemahiran
guru yang terhad dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek berlaku kerana
kurang penghayatan dalam mentafsir kurikulum serta kurang pengetahuan dalam
mengendalikan kaedah ini disebabkan kurangnya panduan yang jelas dalam dokumen
KSPK itu sendiri. Pendekata..... 1750 hits |
| 4542 | 2023 Final Year Project | Cabaran mahasiswa dan mahasiswi TVET dalam mengintegrasikan kemahiran keusahawanan sebagai pencipta kerjaya Nur Syafirah Rahman Bidang teknikal dan vokasional (TVET) sekarang merupakan salah satu bidang yang
sangat diperlukan di Malaysia terutamanya dalam meningkatkan ekonomi negara.
Generasi muda iaitu mahasiswa dan mahasiswi bidang teknikal dan vokasional (TVET)
merupakan harapan bagi melahirkan usahawan muda dalam kalangan mereka. Oleh itu,
kajian ini bertujuan untuk menyelidik tentang keupayaan serta cabaran yang dihadapi
mahasiswa dan mahasiswi teknikal dan vokasional (TVET) sebagai pencipta kerjaya
kepada masyarakat. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti pandangan pakar
terhadap sejauhmanakah aspek kemahiran keusahawanan yang wujud dalam kalangan
pelajar teknikal dan vokasional (TVET), mengenal pasti perkaitan di antara kemahiran
teknikal dengan kemahiran keusahawanan yang dipelajari dalam kalangan pelajar
teknikal dan vokasional (TVET) di Universiti, mengenal pasti cabaran yang dihadapi
oleh pelajar bidang teknikal dan vokasional (TVET) dalam mengaplikasikan kemahiran
keusahawanan sebagai..... 2459 hits |
| 4543 | 2023 Final Year Project | Tahap kesediaan mahasiswa Fakulti Teknikal dan Vokasional terhadap bidang elektronik ke arah kebolehpasaran Anis Farhana Amiruddin Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan mahasiswa fakulti teknikal dan
vokasional terhadap bidang elektronik ke arah kebolehpasaran sebagai seorang
pendidik. Kajian ini berbentuk kualitatif. Pengkaji menguji objektif kajian dengan
menggunakan kaedah kajian tinjauan. Analisis data yang diperolehi adalah berdasarkan
temu bual yang dilakukan ke atas atas 6 orang responden iaitu 3 orang responden pakar
dan 3 orang responden yang merupakan mahasiswa fakulti teknikal dan vokasional di
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Terdapat tiga objektif kajian ini iaitu mengenalpasti
kesediaan mahasiswa fakulti teknikal dan vokasional dalam aspek pengetahuan,
mengenalpasti sikap dan mengenalpasti kemahiran yang dimiliki oleh mahasiswa
fakulti teknikal dan vokasional terhadap bidang elektronik ke arah kebolehpasaran.
Daripada hasil dapatan yang diperolehi, didapati bahawa mahasiswa telahpun bersedia
dari segi pengetahuan yang telah dibekalkan di peringkat Universiti untuk menjadi
..... 797 hits |
| 4544 | 2023 Final Year Project | Peramalan penggunaan tenaga elektrik di Malaysia menggunakan model Holt-Winters Siti Nur Khairani Che Humaidi Elektrik merupakan sumber yang penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi di
seluruh dunia termasuk Malaysia. Penggunaan tenaga elektrik digunakan bagi
menggerakkan pelbagai sektor di Malaysia seperti sektor industri, komersial,
perlombongan, domestik dan lain lain. Maka, kajian ini dijalankan adalah untuk
menganalisis pola bagi penggunaan tenaga elektrik di Malaysia dalam pelbagai sektor
serta meramalkan nilai penggunaannya pada tahun 2022 sehingga tahun 2024. Analisis
pola dan peramalan ini penting untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai
penggunaan tenaga dalam pelbagai sektor di Malaysia sama ada semakin meningkat
atau menurun beserta faktor-faktor yang mendorong kepada terjadinya hal tersebut dan
berdasarkan keputusan ini ia dapat membantu banyak pihak untuk terus mengekalkan
kecekapan penggunaan tenaga elektrik di Malaysia. Kajian ini menggunakan
pendekatan statistik deskriptif seperti analisis min dan sisihan piawai manakala model
Holt-Winters Multiplicative d..... 1746 hits |
| 4545 | 2023 Final Year Project | The use of pop culture reference to motivate students during form 3 English lessons in Tamparuli Eleazar Ehud James Learning English in schools has always involved using relatable topics for the
students being taught. However, textbooks and workbooks that are based on the
textbooks in Malaysia are not revised yearly, making the content outdated as the year
accumulates. Pop-culture, on the other hand, keeps the lesson interesting and fresh
as a motivator for students to learn the English language in classrooms. In this
research, there were 30 participants that were aged 15 and are Form 3 students.
This study observes a lesson delivery conducted with a text-book based topic and a
pop-culture related topic. After that, a task was given that allowed two groups of
participants to work on general topics and pop-culture topics respectively. The
observation and document analysis from the given task provides a perspective on
how the right topic selection can motivate the participants to be active during the
lesson delivery as well as completing a classroom task beyond the expected
responses predi..... 1038 hits |
| 4546 | 2023 Final Year Project | Pembangunan modul latihan berasaskan aplikasi permainan digital flippity bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 2 Muhammad Saiful Fitri Daud Pembelajaran abad ke 21 merupakan suatu proses pembelajaran yang berpusatkan
kepada pelajar. Dimana pembelajaran secara konvensional iaitu dengan menggunakan
buku teks dan papan putih sudah lagi tidak relevan pada zaman sekarang. Murid
menjadi cepat bosan disebabkan suasana pembelajaran yang membosankan.
Penggunaan alat bantu mengajar amatlah diperlukan oleh seorang guru didalam kelas.
Kajian ini bertujuan untuk membina modul latihan berasaskan aplikasi permainan
digital flippity bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 2. Modul ini
dibangunkan dengan menerapkan penggunaan model ADDIE yang melibatkan lima
fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Reka bentuk
kajian ini adalah melibatkan penyelidikan dan pembangunan yang berbentuk
penyelidikan kualitatif secara temubual. Instrumen kajian terdiri daripada borang soalan
temu bual separa berstruktur kesahan dan kebolehgunaan. Bagi memastikan modul ini
sesuai digunakan, tiga orang pakar tel..... 1453 hits |
| 4547 | 2023 Final Year Project | Kesediaan dan penerimaan guru terhadap pengaplikasian teknologi digital RI 4.0 sebagai bahan bantu mengajar Matematik Izzah Hayani Saleh Kajian ini bermatlamat untuk mengetahui tahap kesediaan dan penerimaan guru terhadap
pengaplikasian teknologi digital RI 4.0 sebagai bahan bantu mengajar matematik di
peringkat menengah. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif berbentuk tinjauan
menggunakan instrumen soal selidik dalam talian yang terdiri daripada tiga bahagian,
iaitu Bahagian A: maklumat demografi, Bahagian B: tahap kesediaan guru serta Bahagian
C: tahap penerimaan guru yang diberikan kepada 175 orang guru matematik sekolah
menengah di Bandar Alor Setar, Kedah secara rawak berstrata. Data dianalisis secara
deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi
28 menerusi skor min dan peratusan bagi melihat tahap kesediaan dan penerimaan guru
dan secara inferensi menerusi ujian t tidak bersandar bagi melihat perbezaan tahap
kesediaan dan penerimaan guru di antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Hasil
dapatan kajian mendapati tahap kesediaan (min=3.6829) dan penerim..... 2354 hits |
| 4548 | 2023 Final Year Project | Analisis kesediaan guru menerapkan elemen pendidikan seksualiti dalam Pendidikan Islam di sekolah menengah Mohd Fahruddin Sahrih Moklis Pendidikan Seksualiti merupakan satu bentuk pendidikan yang masih dianggap tabu
oleh sesetengah pihak dan masyarakat. Hal ini kerana disebabkan dengan satu istilah
iaitu “seks” yang membawa pandangan yang berbeza kepada sesetengah orang dan ia
dianggap sebagai stigma masyarakat di Malaysia hari ini. Punca Pendidikan Seksualiti
ini masih dianggap sebagai kurikulum yang tidak relevan diajarkan di sekolah,
antaranya ialah isu kewajaran dan kesediaan murid menerima isi kandungan
Pendidikan Seksualiti, isu kebimbangan ibu bapa terhadap pelaksanaan Pendidikan
Seksualiti dan isu kredibiliti guru. Kajian ini akan memfokuskan kepada isu kredibiliti
guru menerapkan Pendidikan Seksualiti ini kepada murid-murid. Justeru, kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan guru menerapkan elemen Pendidikan
Seksualiti dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah dan
menjadikan tiga aspek kesediaan guru sebagai perkara utama yang dikaji iaitu
kesediaan kognitif, afektif da..... 2116 hits |
| 4549 | 2021 Article | Persepsi pelajar terhadap pembelajaran dalam talian kursus pidato dan bebat Arab Ketika pandemik COVID-19 Siti Salwa Mohd Noor Pandemik Covid-19 yang melanda dunia bermula pada akhir tahun 2019 telah mengubah sistem pendidikan negara secara drastik dan holistik. Pembelajaran dan pengajaran yang sebelumnya dilaksanakan secara bersemuka diganti sepenuhnya dengan mod pembelajaran dalam talian melalui penggunaan pelbagai aplikasi digital. Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pembelajaran secara bagi kursus pidato dan debat bahasa Arab ketika era pandemik Covid-19. Seramai 76 orang pelajar tahun dua pengajian Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu terlibat sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kuantitatif iaitu pengumpulan data melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada responden setelah selesai semester pengajian. Terdapat 26 ayat penyataan dalam soal selidik mewakili persepsi responden terhadap pembelajaran kursus pidato dan debat bahasa Arab secara dalam talian. Skala lima tahap digunakan sebagai penentu tahap ..... 784 hits |
| 4550 | 2021 Article | Modified monopoly deal game for learning the declension of Arabic words Tg Ainul Farha Tg Abdul Rahman Declension is one of the basic principles of Arabic Syntax that must be mastered by students. However, learning the declension requires students to be familiar with a variety of rules and routines. Thus, it is essential to provide interactive and fun learning activities. Since the teenagers prefer to play card games as one of the tools for language learning, modified Monopoly Deal card game has a high chance of being utilized as a learning tool. This study aimed to (1) explore the steps and procedures in developing modified Monopoly Deal card game for learning the declension of Arabic words and (2) investigate the usability test level of using Arabic - Inovatif - Fun (ArIF) card game among secondary school students in Kolej GENIUS Insan, Universiti Sains Islam Malaysia. The design and development of this card game started with an analysis of three theories relating to the Revised Bloom’s Taxonomy (Krathwohl & Anderson, 2009), Grammar Learning Strategies (Pawlak, 2009), Game-based Lea..... 504 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 455 of 1139 | [ Next ] [ Last ] |