UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
nurul fadly habidin sejarah Siti Nor Ain Ibrahim 2025
Hanifah Mahat Khalid Azam Abdelhakeem Azlan Kamari Haslina Hassan Maria Shu Hong Bee Abdullah

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
52912019
article
Buku kanak-kanak: analisis unsur Estetika
Kaithiri Arumugam
Buku kanak-kanak sentiasa mendapat tempat dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Hal ini demikian kerana, buku kanak-kanak mempunyai unsur keindahan atau estetika yang menyumbang kepada aspek berbahasa dalam kalangan pembaca. Namun demikian, buku-buku terbitan penerbit di Malaysia sebagai bahan bacaan untuk mengasah minat membaca dan mendapat keseronokan dalam kalangan kanak-kanak masih belum setanding dengan buku yang diterbitkan oleh penerbit dari luar negara (Alimah Salam, 2010:39). Oleh itu, tujuan kertas kerja ini adalah untuk membicarakan persoalan estetika dalam buku kanak-kanak di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti unsur-unsur estetika dalam buku kanak-kanak dan menganalisis unsur-unsur estetika dalam buku kanak-kanak. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan meneliti sembilan buah buku kanak-kanak berdasarkan pendekatan estetika yang dikemukakan oleh Maria Nikolajeva (2005). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua unsur esteti.....

1346 hits

52922019
article
Aspek budaya Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing
Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli
Kajian ini memfokuskan aspek budaya Melayu yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing berdasarkan hubungan antara bahasa dan budaya yang saling berkait rapat. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji komponen budaya Melayu yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Kaedah kuantitatif yang menggunakan soal selidik dijalankan untuk mengumpul data. Seramai 30 orang pelajar program Bahasa Melayu di Tokyo University of Foreign Studies (TUFS), Jepun terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar bersetuju bahawa aspek budaya Melayu perlu dimasukkan dalam kurikulum Bahasa Melayu. Dapatan kajian juga menunjukkan aspek budaya Melayu yang diterapkan dalam kelas Bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi (min=3.58) yang melibatkan kerangka budaya 3P yang mengandungi tiga dimensi budaya, iaitu produk, praktik dan perspektif. Perspektif budaya Melayu merupakan dimensi budaya yang pal.....

845 hits

52932019
article
Penggunaan “Teknik Jalinan Cerita” untuk meningkatkan penguasaan dan ingatan pelajar terhadap kata majmuk bentuk mantap
Wong, Shia Ho
Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan penggunaan “Teknik Jalinan Cerita” dalam usaha membantu pelajar menguasai dan mengingati 15 kata majmuk bentuk mantap bahasa Melayu. Kajian ini juga untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran saya ketika mengajarkan topik kata majmuk. Selain diri saya, peserta kajian terdiri daripada 38 orang pelajar semester satu berpengkhususan bahasa Melayu di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Data kajian dikumpul melalui lembaran kerja dan soal selidik. Penyemakan data dilakukan melalui triangulasi antara kaedah, sumber dan masa. Hasil analisis data mendapati bahawa “Teknik Jalinan Cerita” dapat membantu pelajar menguasai kata majmuk bentuk mantap selain menambah baik amalan pengajaran danpembelajaran guru. Walau bagaimanapun, mereka lupa akan kata majmuk tersebut apabila diuji setelah tiga bulan. Oleh itu, kajian ini bercadang untuk memasukkan elemen latih tubi terhadap “Teknik Jalinan Cerita” ini pada masa akan datang ke.....

368 hits

52942019
article
Pelaksanaan pendidikan perpaduan menerusi teks KOMSAS dalam kalangan pelajar tingkatan dua
Chew, Fong Peng
Sentimen perpaduan di negara berbilang kaum seperti di Malaysia seringkali menjadi isu yang perlu diambil berat. Dalam konteks negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama, integrasi kaum dijadikan elemen penting dan tonggak asas dalam kestabilan negara. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana pelaksanaan pendidikan sastera menerusi teks Komsas mampu memupuk perpaduan pelajar sekolah menengah bawah di Merlimau, Melaka. Teori Weiner (1965) diaplikasikan dalam kajian ini untuk menilai pelaksanaan pendidikan teks Komsas tersebut. Soal selidik digunakan instrumen kajian untuk mengutip data daripada 103 orang pelajar Tingkatan Dua yang mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi kaum dan pendapatan keluarga/SES. Dapatan kajian secara analisis deskriptif memperlihatkan bahawa buku teks Komsas tidak menggambarkan realiti masyarakat majmuk di Malaysia. Walaupun guru bersungguh-sungguh menarik minat pelajar, namun para pelajar masih tidak berminat dalam pembel.....

1551 hits

52952019
article
Penggunaan kiasan dalam plot konflik filem: Satu analisis pragmatic
Aminnudin Saimon
Bahasa kiasan merupakan satu bentuk bahasa yang diungkapkan bagi mengindahkan sesuatu perkara yang kurang elok atau mempunyai niat yang tidak elok. Pengungkapan bahasa kiasan dalam konflik ini mempunyai pelbagai tujuan, antaranya mengungkapkan ketidakpuasan hati, kekecewaan dan perkelahian. Sehubungan itu, tulisan ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan bahasa kiasan dalam plot konflik menggunakan pendekatan pragmatik. Data diperoleh menerusi filem Melayu yang dilakonkan oleh Nordin Ahmad, iaitu Lanchang Kuning, Semerah Padi, Hang Jebat dan Seri Mersing. Hasil kajian mendapati bahasa kiasan banyak diungkapkan dalam plot konflik bagi menyatakan kekecewaan, perkelahian dan ketidakpuasan hati. Kajian ini juga membuktikan bahawa pengungkapan bahasa kiasan dapat difahami oleh komunikator berdasarkan pendekatan teori pragmatik. Kesimpulannya, penelitian terhadap bahasa dalam filem telah dapat menyerlahkan keperibadian, akal budi positif atau negatif dan kekreatifan masyarakat Melayu dala.....

394 hits

52962019
article
Prinsip kehadiran dalam novel-novel Jong Chian Lai: analisis teksdealisme
Sara Beden
Pembaharuan atau inovasi sentiasa dilakukan oleh pengarang yang prolifik dalam berkarya dengan menghadirkan pelbagai sumber dan idea untuk meletakkan teks ciptaannya mencapai tahap keunggulan. Justeru, kepelbagaian dan kesegaran sumber menjadi keutamaan seseorang pengarang dalam berkarya. Jong Chian Lai sebagai penulis yang prolifik di Sarawak sedar akan kepentingan melakukan pembaharuan dalam menghadirkan sumber dan idea yang baharu dalam teks-teks ciptaannya. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk menganalisis prinsip kehadiran dalam tiga buah novel karya Jong Chian Lai berdasarkan teori Teksdealisme. Teori Teksdealisme mengandungi empat prinsip yang dapat digunakan untuk mengukur tahap kualiti kepengarangan seseorang pengarang. Kajian ini hanya mengaplikasikan prinsip kehadiran untuk menganalisis novel Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga (1986), Pemberontakan (1994) dan Ensera Marga Timur dari St Anthony (2009). Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kaedah kepustakaan. H.....

406 hits

52972019
article
Strategi berekod berterus-terang dalam kritikan
Indirawati Zahid
Strategi berterus-terang ialah strategi yang tidak taksa. Ujaran kritikan lazimnya mengaplikasikan strategi ini. Sehubungan itu analisis ujaran kritikan juri telah dilakukan dengan dua objektif, iaitu mengklasifikasikan strategi berterus terang; dan membincangkan hubungan strategi dan air muka. Antara metod yang diaplikasi ialah muat turun dan analisis teks. Dapatan analisis memperlihatkan kritikan juri dibahagikan kepada dua, iaitu dengan fakta umum dan spesifik. Fakta umum dirujuk sebagai situasi tanpa gangguan semantik manakala sebaliknya fakta spesifik. Penggunaan strategi ini didapati tidak menjejaskan air muka kerana faktor jarak, kuasa dan pemeringkatan budaya dalam konteks kritikan. Ringkasnya, masyarakat perlu memahami peranan dan tanggung jawab juri semasa melakukan kritikan...

469 hits

52982019
article
Emoji dan ekspresi emosi dalam kalangan komuniti siber
Norwati Mohd Zain
Kajian mengenai penggunaan emoji sebagai salah satu bentuk ekspresi emosi sebelum ini sangat terikat dengan pengkategorian emoji berasaskan ciri yang tipikal seperti persamaan dari segi makna, fungsi dan nilai. Kajian ini menjelaskan pemahaman makna penggunaan emoji yang mengiringi ekspresi emosi [marah] dalam rangkaian media sosial khususnya melalui www.facebook.com. Pemahaman makna penggunaan emoji yang mengiringi ekspresi emosi marah dianalisis berpandukan pendekatan disiplin linguistik korpus. Hasil analisis menunjukkan penggunaan emoji yang mengiringi ekspresi emosi [marah] telah membentuk konsep makna marah seperti [meluat], [mengamuk], [benci], [takut], peristiwa dan tindakan. Kajian ini diyakini mampu memperjelaskan fenomena penggunaan bentuk visual emoji, reaksi wajah dan ekspresi emosi [marah] dalam kalangan komuniti siber.  ..

497 hits

52992019
article
Beriman kepada Allah SWT sebagai fitrah manusia dalam skrip drama ‘Tiang Seri Tegak Berlima karya Noordin Hassan
Intan Zahariah Gaisun
Model teater fitrah merupakan satu kerangka dalam menentukan fitrah sesebuah teater. Dalam hal ini, model teater fitrah merupakan acuan daripada prinsip teater fitrah yang dikemukakan Noordin Hassan. Ironinya, model teater fitrah merupakan satu model yang telah dikembangkan bersandarkan kepada prinsip teater fitrah. Walau bagaimanapun, kedua-duanya (model dan prinsip) tetap menyalurkan konsep pementasan yang jitu berasaskan agama Islam. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan mengaplikasikan model teater fitrah terhadap drama “Tiang Seri Tegak Berlima” karya Noordin Hassan. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya melihat berdasarkan kepada prinsip yang pertama sahaja iaitu beriman kepada Allah SWT dengan melihat watak dan perwatakan yang terdapat dalam skrip drama tersebut. Berdasarkan kajian lepas, kajian mengenai teater fitrah banyak dilakukan terhadap teater Noordin Hassan selepas munculnya konsep teater fitrah. Kebanyakannya menyentuh soal konsep teater fitrah tanpa mengaitkan d.....

554 hits

53002019
article
The integration of supply chain coordination in higher education supply chain framework
Wahama, Mohammed Ahmed
The purpose of this conceptual paper is to develop the education supply chain framework by integrating the supply chain coordination dimensions that are information sharing, commitment, joint decision making and responsiveness. A qualitative framework analysis methodology proposed by Srivastava and Thomson (2009) will be performed by interviewing seven groups of supply chain actors (schools/polytechnics, university, employers, government, professional bodies, current students and alumni) until data saturation is reached to understand the participants’ experiences about supply chain coordination. The interview data will be analysed by using thematic analysis and emerging themes will help to explain the education supply chain framework from supply chain coordination perspectives. In education supply chain context, this is the first attempt to embed the selected supply chain coordination dimensions in the existing framework. Education supply chain actors could benefit from this framewor.....

906 hits

[ First ] [ Prev ] Page 530 of 956 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.