UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
109612016
Thesis
Pembangunan model reka bentuk penjaminan kualiti akademik sekolah tinggi agama Islam swasta Jakarta Indonesia
Suprihatin, Krebet
Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai amalan pembangunan model rekabentuk jaminan kualiti akademik berdasarkan tujuh aspek kualiti iaitu: rekabentuk kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, penilaian pelajar, pemilihan pelajar, perkhidmatan sokongan, sumber pengajian, dan penambahbaikan berterusan. Fasa kajian dilakukan dalam dua peringkat. Kedudukan pertama ialah mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Kedudukan kedua adalah kajian sebenar tentang rekabentuk jaminan kualiti akademik dan kepuasan pelajar STAIS Lantaboer dan STAINDO Jakarta Indonesia. Kaedah kajian ini dilakukan dengan kaedah kuantitatif, data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi, kajian pengumpulan data menggunakan instrumen kajian. Hasil kajian mendapati bahawa tahap jangkaan terhadap rekabentuk jaminan kualiti adalah sederhana lemah dan positif untuk semua aspek yang dikaji, terdapat hubungan antara beberapa aspek jaminan kualiti akademik dengan kepuasan pelajar. Untuk itu me.....

1451 hits

109622016
Thesis
Pembangunan dan penilaian sistem pemilihan tokoh nilam (eSPTN) untuk pelajar dan guru sekolah rendah
Nor Azah Mansor
Kajian ini bertujuan membangun dan menilai Sistem Pemilihan Tokoh Nilam Berasaskan Web (eSPTN) dalam aspek tanggapan kegunaan dan tanggapan kemudahgunaan. Sistem eSPTN dibangunkan untuk membantu guru memilih Tokoh Nilam mengikut syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Fungsi sistem sedia ada telah ditambahbaik untuk merekod markah Kurikulum dan Ko-Kurikulum. Pembangunan sistem adalah berasaskan Metodologi Rapid Application Development dengan pendekatan Berorientasi Objek yang berasaskan model prototaip. Manakala penilaian bagi aspek tanggapan kegunaan dan tanggapan kemudahgunaan adalah berasaskan Technology Acceptance Model 3. Pendekatan kualitatif yang berasaskan temubual semi struktur digunakan yang melibatkan empat orang guru dan seorang calon Tokoh Nilam daripada dua buah sekolah daerah Hilir Perak. Responden telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Instrumen Senarai Semak Temubual digunakan untuk mengukur aplikasi kegunaan dan kemuda.....

1689 hits

109632016
Thesis
Pengetahuan, kemahiran dan amalan profesional tenaga pengajar kolej vokasional dan sekolah menengah teknik di negeri Perak
Eryzal Jumaidi
Kajian ini berhasrat untuk menentukan tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan profesional dalam kalangan tenaga pengajar kolej vokasional dan sekolah menengah teknik di negeri Perak. Borang tinjauan soal selidik telah dibina berasaskan kepada Standards Guru Malaysia. Sejumlah 162 responden telah dipilih secara persampelan rawak berlapis. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti frekuensi, min, sisihan piawai, ujian-t dan Anova. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan profesional tenaga pengajar adalah tinggi. Kajian ini juga menunjukkan aspek pengetahuan, kemahiran dan amalan profesional dalam kalangan tenaga pengajar tidak berbeza secara signifikan berdasarkan faktor jantina, umur, kelulusan akademik, pengalaman mengajar dan subjek mengajar. Kesimpulan kajian adalah tenaga pengajar memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Standards Guru Malaysia. Kajian ini juga memberi implikasi bahawa tenaga pengajar tanpa mengira latar belakang de.....

1621 hits

109642016
Thesis
Penggunaan perisian permainan Tangram bagi membantu pemahaman konsep corak bentuk geometri dalam kalangan kanak-kanak
Rozita Abidin
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan permainan Tangram bagi membantu pemahaman konsep bentuk asas geometri dari aspek pencapaian dan minat dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Reka bentuk kajian adalah menggunakan eksperimen kuasi, iaitu kaedah permainan secara manipulatif bagi kumpulan kawalan dan kaedah permainan secara maya bagi kumpulan rawatan. Data pencapaian kanak-kanak dikumpulkan dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca yang setara manakala data untuk pemboleh ubah minat dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian tingkahlaku. Seramai 60 orang kanak-kanak prasekolah telah dipilih sebagai sampel dan mereka telah diasingkan secara rawak kepada dua kumpulan setara, iaitu seramai 30 orang dalam setiap kumpulan, kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Perbezaan min pencapaian kanak-kanak dianalisis menggunakan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan walaupun .....

1923 hits

109652016
Thesis
The effects of inferencing strategy instruction on students ability to make and justify inferences while reading narrative texts
Zuraishah Zukri
This quasi-experimental study was aimed to analyse the effects of inferencing strategy instructions on the students' ability to make inferences and justify reasons while reading narrative texts. This study used two types of inferencing strategies which required students to work in two different conditions. The first strategy was the Key-Infer-support (KIS) strategy involving students to work individually. The second strategy was the Think-Pair-Share (TPS) strategy which allowed students to complete tasks in pairs. The samples of this study consisted of 120 form four students of two secondary schools in the district of Temerloh, Pahang and they were assigned to two treatment groups and two control groups. The treatment groups were inducted with the strategy lessons and the control groups were inducted with the traditional presentation-practice-production (PPP) teaching method. The instruments used in this study were pre-test and post-test scripts. The scores from the pre-test and post-t.....

959 hits

109662015
Thesis
Using creative drama to teach history to primary school students
Haneem Said
Young Malaysians today show little interest in remembering historical events, issues of governance and tend to treat patriotism trivially. These issues occur because most students are generally taught to memorise historical facts, rather than appreciate or understand History. This research investigates the used of creative drama in History teaching and the main creative drama strategies that helps to increase students' scores in History test. The students were divided into two groups: The control group and the experimental group. The control group used textbooks and the 'chalk and talk' approach, while the experimental group was exposed to the creative drama method for History classes. Data collections were made through a set of pre-post objective questions test and reflective journal. The data were analysed using aT-test and content analysis technique. The outcomes of this research show that the scores of students in both groups increased. However, the experimental group achieved a mo.....

3081 hits

109672016
Thesis
Pelaksanaan solat bagi murid-murid bermasalah pembelajaran
Arnie Adnan
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengkaji tuntutan dan tatacara solat murid bermasalah pembelajaran dalam Program j-QAF di Program Pendidikan Khas serta aspek rukhsah dalam pelaksanaannya. Responden terdiri daripada tiga orang pakar bidang agama dan dua orang guru di sebuah Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Daerah Perak Tengah. Pengumpulan data menggunakan teknik temu bual dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan tuntutan solat murid bermasalah pembelajaran adalah, pertama gugur bagi terencat akal teruk, kedua memiliki sebahagian kelayakan melaksana bagi yang berakal tetapi tidak mencapai tahap normal dan ketiga memiliki kelayakan melaksana sempurna bagi yang memiliki akal normal tetapi bermasalah tingkah laku dan kesukaran mengingat. Tatacara solat murid bermasalah pembelajaran menekankan aspek rukhsah dan tahap kemampuan murid. Kajian turut mencadangkan aspek pengajaran bacaan mudah dalam solat. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan tuntutan sola.....

2131 hits

109682016
Thesis
Pengaruh tingkah laku terancang, kecerdasan emosi dan daya tahan terhadap hasrat keusahawanan pelajar
Rohaida Muslim
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh tingkah laku terancang, kecerdasan emosi dan daya tahan terhadap hasrat keusahawanan dalam kalangan pelajar semester akhir FPE UPSI. Dalam kajian ini, sebanyak 210 set soal selidik telah berjaya dikumpul yang membawa kepada 97% kadar tindak balas. Ujian ANOVA, ujian-t, ujian korelasi dan ujian regresi pelbagai telah digunakan untuk melaksanakan analisis statistik daripada data kajian. Analisis kebolehpercayaan dan analisis faktor pengesahan telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tingkah laku terancang, kecerdasan emosi dan daya tahan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap hasrat keusahawanan. Teori Tingkah Laku Terancang (TPB) merupakan pembolehubah yang paling mempengaruhi hasrat keusahawanan pelajar. Kajian ini juga telah menyumbang kepada literatur dalam pengaruh TPB, kecerdasan emosi dan daya tahan terhadap hasrat keusahawanan pelajar. Implikasinya, universiti boleh meningkatkan self-efficacy keusahawanan dan ke.....

1703 hits

109692016
Thesis
Kecenderungan pelajar dalam memilih Ekonomi Asas sebagai mata pelajaran elektif di Kelantan
Nurhasmuni Che Hassan
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan pelajar dalam memilih Ekonomi Asas sebagai mata pelajaran elektif di Daerah Machang, Kelantan. Kajian ini memfokuskan kepada kecenderungan pelajar tingkatan empat dalam memilih mata pelajaran Ekonomi Asas di Daerah Machang, Kelantan. Terdapat empat faktor yang dikaji iaitu sikap, pengaruh ibu bapa, peranan guru dan pengaruh rakan sebaya. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 262 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih secara persampelan rawak mudah. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian mendapati tiada perbezaan yang signifikan dalam pemilihan mata pelajaran Ekonomi Asas berdasarkan kepada lokasi sekolah, jantina dan pendapatan ibu bapa. Kajian ini juga mendapati faktor sikap, pengaruh ibu bapa dan peranan guru mempunyai hubungan korelasi positif dengan kecenderungan pelajar dalam memilih ma.....

2134 hits

109702016
Thesis
Hubungan di antara kemahiran keusahawanan guru di daerah dengan efikasi Larut, Matang dan Selama, Perak
Anandan Muniandy
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara kemahiran keusahawanan dengan efikasi guru. Kemahiran keusahawanan telah dibahagikan kepada empat kategori yang utama, iaitu kemahiran pengurusan, kemahiran teknikal, kemahiran generik dan kemahiran pemasaran. Kajian ini hanya dijalankan ke atas guru-guru sekolah menengah kebangsaan yang mengajar mata pelajaran Perdagangan dan Keusahawanan di Daerah Larut,Matang dan Selama, Perak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan borang soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu A dan B. Sampel kajian ini terdiri daripada 130 orang guru sekitar di Daerah Larut,Matang dan Selama. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferen. Ujian Korelasi Pearson, Ujian Regrasi Berbilang dan Analisis Faktor digunakan untuk menganalisis soalan-soalan kajian yang dibina. Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kemahiran keusahawanan dengan e.....

1808 hits

[ First ] [ Prev ] Page 1097 of 1131 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.