UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
5312024
Article
Kefahaman Fatwa Mengenai Akidah dalam Kalangan Belia Islam di Negeri Selangor
Zanariah Noor
Fatwa-fatwa membabitkan akidah contohnya pengharaman ajaran-ajaran sesat yang serta ideologi yang bertentangan dengan Islam seperti Al-Arqam, Syiah, Hizbut Tahrir, Qadiani, liberalism, pluralism, anti-hadith, Islamic State dan lain-lain telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) agar ketetapan tersebut menjadi garis panduan kepada umat Islam khususnya belia Islam agar tidak terlibat dengan perkumpulan-perkumpulan berkenaan. Ketetapan fatwa telah dikeluarkan, namun persoalannya ialah adakah belia Islam mengetahui tentang fatwa pengharaman ajaran dan ideologi menyeleweng yang banyak tersebar di Malaysia pada ketika ini. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kefahaman fatwa akidah dalam kalangan belia Islam di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan kaedah tinjauan (survey) dengan menggunakan instrumen soal selidik dalam mengutip data. Konstruk instrumen kajian dibina berdasarkan fatwa akidah sedia ada yang dikeluarkan oleh Jabat.....

170 hits

5322024
Article
Implimentasi program pendidikan terapi Al-Quran dan ibadah dalam kalangan pelajar autisme di akademi Al-Quran Ar-Rayyan
Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi
Program Pendidikan Terapi Al-Quran dan Ibadah dalam kalangan pelajar autisme merupakan satu inisiatif yang direka untuk membantu pelajar autisme memahami dan menghayati ajaran Al-Quran serta ibadah. Ia dilaksanakan dengan tujuan untuk perkembangan kognitif, emosi, dan spiritual pelajar autism dengan kaedah yang sesuai dengan kemampuan dan keperluan khas mereka. Ini kerana, kanak-kanak dengan spektrum autisme sering menghadapi pelbagai cabaran dalam pembelajaran tradisional, termasuk dalam pendidikan agama. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti pelaksanaan, pendekatan dan keberkesanan strategi yang dilaksanakan bagi kanak-kanak autisme menerusi Program Pendidikan Terapi Al-Quran dan Ibadah yang dilaksanakan oleh Akademi Al Quran Ar-Rayyan (AQR). Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dengan rekabentuk kajian kes, pengumpulan data menerusi temu bual mendalam dengan guru-guru Al-Quran yang berpengalaman mengajar kanak-kanak autisme, serta pemerhatian langsung dalam kelas-k.....

212 hits

5332024
Article
Hamka and the Rise of Kaum Muda (the Modernist) in Indonesia
Ahmad Nabil Amir
The paper aims to study the historical background of the Islamic reform movement in West Sumatera with particular reference to the idea of Haji Abdul Malik Karim Amrullah or his pseudonym Hamka (1908-1981). His religious ideal was instrumental in driving the new consciousness and unprecedented religious struggle that erupted in the late 20th century in the Malay Archipelago, which reflected the force of modern ideas of Shaykh Muhammad Abduh (1849-1905) that had brought decisive and most significant influence in the region. The reform movement he inaugurated was carried out by Kaum Muda (the young faction) in the Malay Archipelago, who disseminated his dynamic ideas and aspirations through journals and newspapers such as Al-Imam, Al-Munir, and Saudara. One of the leading figures and pioneers in the struggle of Kaum Muda was Haji Rasul and Kiyai Haji Ahmad Dahlan, whose legacy was continued by Hamka, who was celebrated as the foremost advocate of Abduh’s reformist ideas through his inf.....

167 hits

5342024
Article
Cabaran pelajar kelainan upaya masalah penglihatan (OKUMP) dalam mempelajari ilmu qiraat di darul quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Noraini Farhanah Ismail
Darul Quran JAKIM merupakan satu institusi pengajian tahfiz yang banyak melahirkan para pelajar menghafal al-Quran dengan kurikulum yang sistematik. Menariknya, para pelajar dan graduan di institusi ini turut meliputi golongan orang kurang upaya (OKU). Walau bagaimanapun, pelajar Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) di Darul Quran, JAKIM merupakan golongan minoriti yang mempelajari ilmu Qiraat. Pelajar OKUMP yang mengikuti program Diploma Tahfiz wal Qiraat perlu mempelajari ilmu Qiraat di semester satu dan dua. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh OKUMP dalam mempelajari ilmu Qiraat. Pengkaji menggunakan metode kajian iaitu kualitatif melalui temubual secara atas talian bagi mengetahui cabaran yang dihadapi oleh pelajar OKUMP dalam mendalami ilmu Qiraat. Seramai 16 orang responden yang terdiri daripada pelajar dan alumni OKUMP Darul Quran telah memberi respon dan kerjasama yang baik sepanjang kajian dijalankan. Hasil kajian mendapati tiga cabaran ut.....

146 hits

5352024
Article
Sumbangan pertubuhan harakah islamiah (HIKMAH) dalam memperkasa program dakwah mualaf di pedalaman Sarawak
Mohd. Zuhaili Kamal Basir
Sarawak terkenal sebagai sebuah wilayah Sarawak terbina dari pelbagai suku, etnik dan agama menerusi proses asimilasi dan akomodasi budaya serta perkahwinan campur. Kedudukan komuniti mualaf atau mualaf di tengah-tengah kepadatan penduduk Sarawak turut menyumbang ke arah perkembangan dakwah Islam di Sarawak. Salah satu badan dakwah yang aktif dan bersifat aktivis di Sarawak adalah Pertubuhan Harakah Islamiah (HIKMAH) yang membantu mengurus dan mengendalikan program-program dakwah mualaf di kawasan pedalaman. Penubuhan HIKMAH telah menjadi pemangkin ke arah usaha dakwah di pedalaman melalui program dakwah bercorak pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menelusuri perkembangan pertubuhan terbabit dan sumbangannya dalam memperkasa program-program bimbingan dan kemasyarakatan di Sarawak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif iaitu analisis dokumen, jurnal, laporan aktiviti. Hasil kajian mendapati Pertubuhan Harakah Islamiah (HIKMAH) ko.....

175 hits

5362024
Article
Penggunaan Ilmu Qira’at dalam Ayat Hukum berdasarkan Tafsir Al-Quran di Nusantara
Sukhairu Sulaiman
Pentafsiran ayat al-Quran oleh ulama Nusantara mempunyai pelbagai pendekatan dalam menghuraikan sesebuah ayat al-Quran termasuklah ilmu Qiraat. Kebanyakan karya tafsir yang ada di Nusantara menghuraikan maksud dari ayat al-Quran dan perkara-perkara lain yang berkaitan tanpa menghuraikan khilaf Qiraat yang wujud pada ayat tersebut. Kajian ini memfokuskan penggunaan ilmu Qiraat dalam tafsir al-Quran di Nusantara iaitu Turjuman al-Mustafid, Tafsir Nur al-Ihsan dan Marah Labid yang merupakan hasil karangan ulama Nusantara. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis ayat-ayat hukum di dalam al-Quran yang mengandungi khilaf Qiraat yang dikemukakan oleh mereka dengan metode yang tersendiri. Kajian yang bersifat kualitatif ini dilakukan dengan menganalisis maklumat yang diperolehi dari sumber primer dan juga sekunder. Kajian mendapati sebanyak 99 tempat di dalam tafsir ini yang membincangkan mengenai ilmu Qiraat samada dari aspek akidah, akhlak dan fiqh yang merangkumi soal ibadah, munakahat, mua.....

142 hits

5372024
Article
Pembinaan dan pengesahan soal selidik pembudayaan inovasi pengajaran guru pendidikan islam sekolah rendah TS25
Siti Hazlini Haris
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengesahkan soal selidik Pembudayaan Inovasi Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) berdasarkan analisis faktor. Berdasarkan penerokaan kajian lepas, konstruk dan item yang dikenalpasti menyumbang kepada Pembudayaan Inovasi Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah TS25 berjaya dibangunkan. Soal selidik telah disahkan melalui kesahan muka dan kesahan kandungan instrumen yang melibatkan 9 orang pakar, manakala kesahan konstruk dan kebolehpercayaan Alpha Cronbach serta faktor analisis instrumen telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) Versi 26.0. Seramai 120 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah TS25 terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian mendapati keputusan ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) dan Bartlett terhadap semua angkubah adalah signifikan dengan nilai KMO=0.911 (p = 0.000), yang menunjukkan nilai 0.90 ke atas adalah amat baik. Keputusan.....

189 hits

5382024
Article
Pelaksanaan wakaf golongan bukan islam menurut perspektif sarjana islam era pemerintahan ‘Uthmaniyyah
Nur Ainul Basyirah Alias
Amalan wakaf sememangnya merupakan amalan Islam yang bertujuan memberikan kebajikan kepada masyarakat. Ia sentiasa dipelopori oleh umat Islam di setiap wilayah pemerintahan Islam sedangkan para pewakaf tidak disyaratkan mesti beragama Islam. Walau bagaimanapun, jumlah wakaf yang dilakukan oleh orang bukan Islam ketika pemerintahan ‘Uthmaniyyah amat signifikan sama ada kepada kelompok agama mereka atau diberikan kepada manfaat umum. Oleh itu, perbincangan ini bertujuan untuk meneliti konsep & pelaksanaan wakaf golongan bukan Islam yang pernah dicatatkan pada era ‘Uthmaniyyah. Kajian ini menggunakan metode kajian kepustakaan dalam mengumpulkan data daripada pelbagai sumber yang berautoriti dan dianalisis menggunakan pendekatan tematik. Kajian mendapati bahawa amalan wakaf orang bukan Islam di dalam pemerintahan ‘Uthmaniyyah telah dilaksanakan dan direkodkan seperti mana wakaf yang dilakukan umat Islam. Golongan bukan Islam turut berwakaf bagi tujuan keagamaan mereka dan juga kebaji.....

170 hits

5392024
Article
Gerakan pembaharuan islam analisis terhadap islamic renaissance front (IRF)
Mohammad Firdaus Mohd Ashfari
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan Islamic Renaissance Front (IRF) dalam gerakan pembaharuan Islam melalui pendekatan analisis kritikal. IRF adalah sebuah organisasi pemikir dan pendidikan yang berpusat di Malaysia. Tujuan asal penubuhan adalah untuk meningkatkan pemahaman tentang Islam dengan lebih terbuka, progresif, dan sesuai dengan konteks, serta menentang pemikiran sempit dan ekstremisme yang semakin berkembang dalam kalangan masyarakat Islam. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan IRF mempengaruhi pemikiran pembaharuan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Metodologi kajian ini melibatkan tinjauan literatur terhadap sumber-sumber sekunder yang berkaitan dengan IRF, analisis dokumen, dan penelitian terhadap kenyataan awam dan aktiviti gerakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa IRF memainkan peranan penting dalam merangsang pemikiran pembaharuan dalam masyarakat Islam, namun terdapat kritikan terhadap pendekatan dan metodologi gerakan ini. Dalam masa yang sama,.....

139 hits

5402024
Article
Dakwaan unsur Misogoni dalam Hadith oleh Fatima Mernissi Analisis berdasarkan buku ‘The Veil and The Male Elite
Rusni Mohamad
Pengutusan Nabi SAW antaranya bertujuan untuk menghapuskan budaya mendiskriminasikan golongan wanita dalam masyarakat Arab jahiliah seterusnya mengangkat kedudukan mereka. Namun menurut Fatima Mernissi, hadith-hadith Nabi SAW merendahkan kedudukan wanita kerana mendakwa terdapat unsur misogoni dalam banyak riwayat hadith khususnya berkenaan penyebutan hadith tentang wanita, keldai dan anjing seterusnya menolak hadith tersebut kerana telah dimanipulasikan oleh perawi-perawi di peringkat sahabat. Dakwaan ini secara tidak langsung menuduh Nabi SAW merendahkan golongan wanita dan menolak konsep ‘adalah sahabat Nabi SAW. Oleh itu, kajian ini akan merungkaikan dakwaan tersebut berdasarkan riwayat dalam Sahih al-Bukhari khusus berkaitan penyebutan wanita, keldai dan anjing dan menjelaskan fiqh al-hadith keseluruhannya menurut muhaddithīn serta menghuraikan konsep ‘adalah sahabat menurut Ahli Sunnah wal Jamaah dan kedudukannya di sisi Islam. Kajian ini menggunakan metode pengumpulan data .....

172 hits

[ First ] [ Prev ] Page 54 of 1139 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.