UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
61812020
Article
Pengaruh sumber makanan terhadap taburan habitat populasi burung hijrah di Malaysia
Azimah Abd Rahman
Hutan paya bakau menjadi tumpuan habitat bagi pelbagai spesies marin termasuk burung hijrah yang mengunjungi kawasan paya bakau secara bermusim. Di Malaysia, kedatangan burung hijrah membuka potensi yang besar kepada bidang penyelidikan dan perkembangan ekopelancongan. Oleh itu, persekitaran habitat yang sempurna adalah penting bagi menjamin kedatangan spesies burung ini secara berterusan. Persekitaran habitat yang baik menyediakan ruang yang selamat dan aman serta bekalan makanan yang mencukupi kepada spesies burung hijrah sepanjang tempoh migrasi. Sumber makanan dalam bentuk bijirin, buah-buahan dan pelbagai spesies serangga diperlukan dalam diet burung hijrah. Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti keperluan sumber makanan burung hijrah sekitar kawasan hutan paya laut matang di Perak yang menjadi salah satu destinasi tumpuan burung hijrah sepanjang tempoh migrasi. Pendekatan teknologi geografi melalui penggunaan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) digunakan dalam kajian ini. Hu.....

692 hits

61822020
Article
Pendidikan amalan kitar semula sisa pepejal kepada masyarakat
Mohd Saifudin Mamat
Pendidikan amalan kitar semula sisa pepejal semakin berkurangan kerana terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab membuang sisa pepejal ke dalam tong sampah tanpa mengikut jenis tong sampah kitar semula. Peningkatan sisa pepejal ini adalah disebabkan oleh pertambahan penduduk dari tahun ke tahun yang menyebabkan isu ini semakin besar. Seiring dengan masalah peningkatan sisa pepejal di Malaysia, program kitar semula diwujudkan sebagai satu alternatif kepada penyelesaian masalah ini. Namun, keberkesanan program masih belum mencapai keberhasilannya. Kesedaran masyarakat masih lagi di tahap yang rendah. Kajian ini dijalankan bagi meneliti masyarakat terhadap pendidikan kitar semula khususnya bagi kawasan kajian iaitu Taman Tapai Indah. Kajian ini dijalankan berdasarkan tiga objektif utama iaitu jumlah sisa pepejal yang diperolehi daripada tiga jenis tong sampah kitar semula, jenis-jenis sisa pepejal di dalam tong sampah kitar semula dan kempen pendidikan terhadap masyarakat d.....

1875 hits

61832020
Article
Motivasi intrinsik dalam mempengaruhi penggunaan FROG VLE guru pelatih geografi Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tiffany Jane Terence
Artikel ini bertujuan mengenal pasti sejauh mana motivasi intrinsik boleh mempengaruhi guru pelatih Geografi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengaplikasikan FROG VLE dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) semasa latihan mengajar dijalankan di sekolah menengah terpilih di Malaysia. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai keadah pengumpulan data primer yang diedarkan kepada 151 orang responden yang terdiri daripada guru pelatih bidang Geografi semester 7 dan 8 Universiti Pendidikan Sultan Idris dan bersetuju menjadi responden kajian. Hasil kajian menunjukkan penggunaan FROG VLE dalam kalangan guru pelatih Geografi UPSI semasa Latihan Mengajar masih rendah. Hal ini ada kaitan dengan tahap pengetahuan, penguasaan dan pendedahan guru pelatih Geogarfi UPSI terhadap FROG VLE yang tidak mencukupi. Kelemahan ini boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor seperti kemudahan ICT di sekolah yang tidak memuaskan, guru pelatih tidak mempunyai kemahiran dan penguasaan dalam m.....

1173 hits

61842020
Article
Literasi peta dunia dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi Universiti Pendidikan Sultan Idris
Amina Pang
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap literasi peta dunia dan faktor yang menentukannya dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bagi mencapai tujuan tersebut, reka bentuk kajian tinjauanmenggunakan instrumen borang soal selidik digunakan. Sampel kajian terdiri daripada 191 orang mahasiswa geografi di UPSI dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif (kekerapan, peratus dan min) dan analisis inferensi iaitu ujian Khi-kuasa Dua. Dapatan kajian daripada ujian literasi peta dunia menunjukkan bahawa tahap literasi peta dunia dalam kalangan mahasiswa geografi adalah tahap yang baik (71.7%). Seterusnya, analisis daripada ujian Khi-kuasa Dua menunjukkan bahawa tahap literasi peta dunia ditentukan oleh faktor tahap minat mempelajari peta dunia [ X2 = 24.305, df=9, N=191, p= .004 ], kekerapan menggunakan perisian Google Earth [X2 = 21.645, df=12, N=191, p=0......

866 hits

61852020
Article
Literasi Geografi aras rendah dalam kalangan mahasiswa geografi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Muhammad Hafiz Amri Mazmin
Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap literasi geografi aras rendah mahasiswa pendidikan geografi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dan ujian literasi geografi aras rendah. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan analisis regrasi. Dapatan kajian ini menunjukkan literasi geografi aras rendah dalam kalangan mahasiswa pendidikan geografi di UPSI adalah berada di tahap yang sederhana (51.74%). Dapatan daripada analisis regrasi pula menunjukkan bahawa pembolehubah X7 iaitu kekerapan membaca buku mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan tahap literasi geografi dalam kalangan responden. Buktinya, bagi setiap 0.137 kali peningkatan kekerapan membaca buku dalam setahun menentukan tahap literasi geografi dalam kalangan responden. Dapatan daripada kajian ini penting dalam menunjukkan tahap literasi geografi dalam kalangan bakal guru yang akan ditempatk.....

717 hits

61862020
Thesis
Kesan modul integrasi “Tazkiyah An Nafs” terhadap motivasi, kecerdasan emosi dan resiliensi pelajar tahfiz
Mohd Zaharen Md Zahir
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan Modul Bimbingan Integrasi Tazkiyah An- Nafs (MBITN) terhadap motivasi, kecerdasan emosi dan resiliensi pelajar Tahfiz. Modul Bimbingan Integrasi Tazkiyah An-Nafs dibina berdasarkan model Sidek dan Jamaludin manakala elemen motivasi, kecerdasan emosi dan resiliensi berdasarkan Teori Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT) oleh Albert Ellis. Seramai 13 orang panel pakar telah mengesahkan modul tersebut dengan indeks kesahan pakar adalah 87.9 peratus. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat semester 4 di Darul Quran, telah dipilih secara rawak daripada 177 orang populasi pelajar kohort tersebut. Seramai 30 orang pelajar telah diletakkan dalam kumpulan kawalan dan 30 orang pelajar dalam kumpulan rawatan. Intervensi rawatan menggunakan modul MBITN telah dijalankan selama 8 minggu. Instrumen kajian terdiri daripada tiga set soal selidik untuk mengukur motivasi, kecerdasan emosi dan resiliensi pelajar......

2642 hits

61872021
Thesis
Development of a competency assessment model and instrument for future graphic design graduates in Malaysia
Wong, Shaw Chiang
The criteria for measuring the competency levels of graphic design (GD) graduates have continuously been shaped by the changing context of practice. However, previous studies provide little evidence on the existence of an effective competency assessment tool for GD graduates. This study aims to develop a model and an instrument to measure the competency levels of future GD graduates in Malaysia. Sequential exploratory research design approach was used. In the first phase, a two-round modified Delphi technique was employed with a group of 32 GD experts to gain their consensus on the desired competencies. In the second phase, a survey questionnaire was constructed to collect quantitative data with 207 final year GD degree students. The data was analysed using exploratory factor analysis (EFA) and Cronbach’s reliability test. The results of EFA suggested that the instrument consists of 12 constructs and 59 items under five competency dimensions (CDs). In specific, cognitive C.....

1820 hits

61882020
Thesis
Kriteria guru reka bentuk dan teknologi (RBT) terhadap teknologi hijau
Saidatul Amira Hamzah
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kriteria guru RBT dalam menghasilkan satu senarai semak berkaitan kriteria guru terhadap Teknologi Hijau. Selain itu, kajian ini dapat menentukan hubungan antara pengetahuan, kemahiran, sikap dan amalan guru terhadap Teknologi Hijau. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tinjauan secara kuantitatif dan disokong oleh temu bual. Kajian kuantitatif ini melibatkan 375 orang guru RBT sekolah menengah harian di lima buah negeri iaitu Kedah, Melaka, Selangor, Kelantan dan Sarawak. Manakala kajian temu bual pula melibatkan empat orang responden. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpul data kajian. Analisis statistik deskriptif, analisis statistik inferensi dan analisis kebolehpercayaan Model Pengukuran Rasch digunakan bagi menjawab semua persoalan kajian. Model Pengukuran Rasch digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan item yang tinggi bagi menghasilkan senarai semak kriteria guru terhadap Tekno.....

2010 hits

61892021
Thesis
Phytochemistry and antioxidant activity of selected species from lauraceae family
Muhammad Ammar Mohd Azhar
The purposes of the study were to analyse the essential oils composition, phytochemicals, and antioxidant activity of selected species of the genus Litsea (L. costalis, L. machilifolia and L. globularia), Beilschmiedia (B. kunstleri, B. insignis and B. pahangensis) and Cryptocarya (C. impressa, C. infectoria and C. rugulosa) from Lauraceae family. The essential oils were obtained via hydrodistillation technique and their chemical compositions were determined by gas chromatography (GC-FID) and gas chromatography-mass spectrometry (GC-MS). The phytochemicals were obtained using chromatography techniques and their structures were confirmed by spectroscopic analysis and comparison with literature. The antioxidant activity of the essential oils and extracts was determined using DPPH free radical scavenging assay. The study showed that the major components of L. costalis, L. machilifolia and L. globularia essential oils were β-caryophyllene (12.6%), β-sesquiphellandrene (29.5%).....

1037 hits

61902021
Thesis
The effectiveness and acceptance of mobile application for Arabic language proficiency elementary at university level
Wan Ab Aziz Wan Daud
This study aimed to develop a mobile application (i-Almunawwar) for Arabic language learning based on the KEMGERLY Model and evaluate its effectiveness and acceptance. It aimed at identifying the effect of interaction between achievement and ARCS motivation constructs toward User Acceptance (UA). A total of 470 beginner’s Arabic learners from four universities in peninsular Malaysia were selected through stratified random sampling technique. This study employed a quasi-experimental design where the participants from each university were separated into two groups of 25-30. For the treatment group, i-Almunawwar was used to conduct the lessons, while for the control group, a conventional pedagogical approach was adopted. The data were collected through tests, questionnaires, and semi-structured interviews. The data were then analysed using t-test and one-way ANCOVA. Structured Equation Modelling (SEM) statistical analysis was used to estimate the parameters and conduct model .....

2845 hits

[ First ] [ Prev ] Page 619 of 1110 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.