UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
63912018
Research Report
Kesan simulasi litar elektronik berkomputer terhadap prestasi, motivasi dan KBAT pelajar mata pelajaran RBT di sekolah menengah
Abu Bakar Ibrahim
Simulasi litar elektronik berkomputer merupakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi memudahkan pelajar mempelajari mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Objektif kajian ini adalah untuk menilai kesan penggunaannya terhadap prestasi, motivasi dan KBAT pelajar sekolah menengah yang memfokuskan kepada cara penyambungan litar pendawaian asas yang betul berdasarkan litar skematik yang diberi dengan pengawasan atau bantuan daripada guru. Simulasi yang digunakan iaitu Livewire dapat menilai kesan penggunaannya terhadap prestasi, motivasi dan KBAT pelajar sekolah menengah. Proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menjadi lebih mudah kerana pelajar dapat mengesan di samping mengetahui kesalahan dalam penyambungan pendawaian yang diberi. Simulasi litar elektronik ini mampu memberi kebolehan kepada para pelajar untuk membaca, mentafsir serta memindahkan litar pendawaian kepada litar skematik. Sample kajian seramai 30 orang pelajar di sebuah sekolah di daerah Kota Setar, Kedah. .....

638 hits

63922018
Research Report
The effect of social media use on academic achievement of education 4.0 era students
Norlaile Salleh Hudin
Education 4.0 turns the internet into the core of the digital learning process which enabled students to learn anytime and anywhere. It makes teaching and learning process become more flexible and student-oriented. However, studies about social media usage for learning among high academic achievers in the higher education level are still scant, thus academicians have limited understanding on how social media can help increase students' academic performance. Therefore, the aim of this study is to explore the role of social media in the learning process of high academic achievers. A qualitative approach was employed by interviewing 10 final year high academic achievers from pure science and social science programs in a Malaysia public university and data was analyzed by using thematic analysis. The findings revealed that social media was effective as supporting sources to increase students' understanding towards a lesson. However, majority of the participants agreed that social.....

811 hits

63932020
Article
Desire of sinophone Malaysian literature ─a Story of literariness and “friendship”
Ng, Kim Chew
This article is the text of a talk I was invited to deliver at the “Making Taiwan on the Equator: Contemporary Mahua Literature in Motion” symposium at Nagoya University, Japan, on September 15, 2019. Although Lim and I were involved in the construction of the discourse on Sinophone Malaysian Literature in Taipei at the same time in the late 1990s, we parted ways later due to our different academic positions and personalities and ways of approaching the world, and the academic dialogue and friendship have long since ended. In view of the context of the symposium, this paper approaches the issue from a specific perspective: “literariness”, which is also the focus of our debate. After a brief review of our arguments against Sinophone Malaysian Literature over the years and a description of the situation of Malaysian Chinese Literature, I will also introduce some of my recent research experiences in such studies.  ..

607 hits

63942020
Article
A atudy on the atylistic features and teaching strategy of Kuo Pao Kuns Chinese expressionist drama “Kopi Diam” and “The Silly Little Girl and the Funny Old Tree”
Li, Zhengjun
“Expressionist” drama is different from traditional realistic drama. It has features like anti-conflict, anti-logical structure and shows the inner state of the characters. Therefore, in the process of expressionist drama teaching, it is necessary to highlight the characteristics of “dramatic” and “stylistic”. Here, we will take Singapore’s national treasure Kuo Pao Kun’s dramas “Kopi Diam” and “The Silly Little Girl and the Funny Old Tree” as examples to discuss the stylistic features and teaching strategy for expressionist drama to promote the effective teaching.  ..

1059 hits

63952018
Research Report
Kebersediaan universiti dan kakitangan akademik menghadapi cabaran pendidikan 4.0 melalui pengurusan pengetahuan dan pembelajaran organisasi
Rosnah Ishak
Pendidikan 4.0 (Education 4.0), salah satu inisiatif Revolusi Perindustrian ke Empat (4th IR) membawa misi baru untuk pembelajaran. Misi pembelajaran ini membolehkan setiap individu mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk sepanjang hayat Pembelajaran dalam era revolusi perindustrian keempat ini menyokong setiap individu untuk melengkapkan diri dengan kemampuan terbaik mereka. Kajian ini bertujuan menganalisis kebersediaan universiti serta kakitangan akademik berhadapan dengan cabaran Pendidikan 4.0 melalui dua inisiatif iaitu pengurusan pengetahuan dan pembelajaran organisasi. Data dikutip menggunakan borang soal-selidik yang ditadbirkan kepada kakitangan akademik di sebuah universiti berteraskan pendidikan. Tahap kebersediaan kakitangan akademik dalam sembilan cabaran Pendidikan 4.0, pengurusan pengetahuan dalam universiti serta pembelajaran organisasi oleh ahli akademik diukur menggunakan item yang diubah suai daripada tiga sumber. Data dianalisis menggunakan statistik de.....

534 hits

63962018
Research Report
Kajian perbandingan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Geografi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) seiring KSSM Geografi di sekolah
Mohmadisa Hashim
Tujuan kajian ini adalah membuat perbandingan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Geografi dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Geografi Sekolah Menengah. Kajian ini melibatkan analisis dokumen kurikulum geografi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi mata pelajaran geografi dengan menggunakan perisian ATLAS.ti. Hasil analisis mendapati sebanyak 14 kursus daripada 16 kursus ISMP Geografi adalah selaras dengan DSKP Geografi KSSM Tingkatan 1 hingga 3. Dapatan kajian juga mendapati lapan topik DSKP Geografi KSSM adalah tidak diberi penekanan dalam Rancangan Instruksional (RI) ISMP Geografi iaitu, dua topik adalah daripada Tingkatan 1 iaitu Kedudukan dan Lakaran Peta Malaysia; tiga topik daripada Tingkatan 2 iaitu Telekomunikasi di Malaysia, Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia serta Teknologi Hijau; dan tiga topik daripada Tingkatan 3 iaitu Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi di Malaysia, Hidup.....

593 hits

63972018
Research Report
Aktiviti keagamaan medium pembelajaran sepanjang hayat dan kesan terhadap penghayatan akhlak pelajar SABK di Perak
Norhisham Muhamad
Kajian yang dijalankan untuk mengetahui aktiviti keagamaan yang dilaksanakan di SABK sebagai medium pembelajaran sepanjang hayat dan kesan terhadap penghayatan akhlak pelajar. Kajian ini melibatkan lapan buah sekolah menengah agama bantuan kerajaan yang terpilih di negeri Perak. Kajian secara kuantitatif ini melibatkan 289 orang pelajar sebagai responden kajian. Hasil dapatan telah dianalisis untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Manakala ujian korelasi pearson digunakan untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah. Hasil kajian mendapati pelaksanaan aktiviti keagamaan sebagai medium pembelajaran sepanjang hayat adalah tinggi (min=4.13,sp.=0.48). Manakala dapatan inventori penghayatan pelajar berada pada tahap sederhana (min=3.14,sp.=0.35). Hasil kajian menunjukkan wujug hubungan yang signifikan antara aktiviti keagamaan yang dijalankan di sekolah dengan penghayatan akhlak pelajar. Disamping itu dapatan juga menunjukkan hubungan yang signifikan antara.....

1131 hits

63982019
Thesis
Model pemantauan serahan berasaskan wajaran bagi proses pembangunan perisian
Megat Azrin Ahmad
Kajian ini bertujuan membangunkan satu model pemantauan serahan berasaskan wajaran bagi proses pembangunan perisian, menilai kebolehgunaan alatan sokongan yang menyokong model dan menilai kebolehpraktikan model yang dibangunkan dalam persekitaran sebenar. Pembangunan model ini adalah berasaskan teknik Delphi dua (2) pusingan terhadap lapan (8) orang pakar bagi membentuk elemen dalam model yang dicadangkan. Bagi menyokong pelaksanaan model ini, satu alatan sokongan telah dibangunkan dengan menggunakan pendekatan prototaip evolusi. Penilaian kebolehgunaan alatan sokongan dijalankan berdasarkan kriteria mudah digunakan, mudah difahami, berupaya menyedia laporan yang diperlukan, mudah dilaksanakan dan kesesuaian status laporan kepada pengguna. Manakala penilaian kebolehpraktikan model ini dalam persekitaran sebenar dilakukan dengan menjalankan kajian kes terhadap tiga (3) projek perisian yang berbeza. Dapatan menunjukkan bahawa model pemantauan yang dihasilkan ini terdiri daripada lima (5).....

1292 hits

63992019
Thesis
Wuxu Zhengbian Ji dan kemunculan penulisan sastera laporan Cina pada penghujung Dinasti Qing
Tan, Yong Ling
Kajian ini meneliti hubungan Wuxu Zhengbian Ji ???????(Riwayat tentang Rampasan Kuasa 1898) yang dikarang oleh Liang Qichao ( ???) dengan kemunculan penulisan sastera laporan pada penghujung Dinasti Qing. Kajian ini memberi tumpuan kepada sumbangan Liang Qichao sebagai pengasas penting dalam peringkat awal penulisan sastera laporan Cina. Pendekatan Teori Penciptaan Gaya dan Teori Estetik Resepsi digunakan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan sastera laporan. Dapatan kajian ini menunjukkan karya Wuxu Zhengbian Ji merupakan salah satu penulisan sastera laporan yang berpengaruh kepada kemunculan genre sastera laporan yang baharu pada penghujung Dinasti Qing kerana Wuxu Zhengbian Ji merangkumi unsur-unsur sastera laporan iaitu unsur keperibadian, unsur kebenaran, unsur kesegeraan, unsur realiti dan unsur sastera. Kesimpulannya, unsur-unsur sastera laporan yang terdapat dalam karya Wuxu Zhengbian Ji telah menghasilkan satu bentuk penulisan yang baharu yang digelar "x.....

4031 hits

64002021
Thesis
Unsur metafora dalam puisi invokasi Biau masyarakat Iban
Jessica Dato
Biau (doa) merupakan puisi tradisional invokasi masyarakat Iban yang dilafazkan semasa upacara persembahan sajian atau miring untuk menyeru dan memohon keberkatan Petara (dewa-dewi). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti struktur lapisan bahasa, mengkaji jenis ayat dan menganalisis unsur yang membentuk metafora dalam struktur puisi tradisional invokasi biau. Berasaskan pendekatan kualitatif, secara deskriptif dan kaedah tinjauan digunakan untuk mengkaji tiga buah biau iaitu Biau Piring Bedara [Doa Persembahan Sajian Korban], Biau Piring Gawai Tuah [Doa Persembahan Sajian Perayaan Gawai Tuah] dan Biau Piring [Doa Persembahan Sajian] yang diambil daripada buku Sampi Enggau Biau (Robert Menua Saleh dan Janang Ensiring, 2001). Data dianalisis menggunakan kaedah pengkodan. Struktur lapisan bahasa dianalisis menggunakan teknik pengkodan terbuka. Jenis ayat dan unsur membentuk metafora dalam puisi invokasi biau pula menggunakan teknik pengkodan substansif. Dapatan kajian menun.....

1690 hits

[ First ] [ Prev ] Page 640 of 1147 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.