UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
7312024
Article
Kesan modul kaunseling keusahawanan (mycounselorpreneur) terhadap minat, pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti awam
Mohd. Noor Idris
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan latihan kaunseling modul Mycounselorpreneur terhadap terhadap minat, pengetahuan, dan kemahiran keusahawanan. Kajian eksperimen ini menggunakan reka bentuk kajian kumpulan kawalan pra-uji pasca-uji dengan sampel 60 pelajar kaunseling dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan menerusi pensampelan strata untuk memasti setiap kumpulan mempunyai jumlah yang sama bagi lelaki dan perempuan. Kumpulan rawatan menerima sebelas sesi latihan keusahawanan menggunakan modul My Counselorpreneur, manakala kumpulan kawalan tidak dijalankan apa apa aktiviti. Ujian pra dan ujian pasca melalui soal selidik dijalankan untuk mengukur minat, pengetahuan dan kemahiran keusahawanan pelajar. Analisis data dilakukan menggunakan Perisian Pakej untuk Sains Sosial (SPSS). Keputusan ujian t berpasangan menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam pengetahuan, kemahiran, dan minat keusahawanan bagi kedua-du.....

198 hits

7322024
Article
Hubungan amalan penjagaan diri dengan stres dalam kalangan kaunselor pelatih
Nor Aliah Kassim Ong
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara amalan penjagaan diri dengan stres dalam kalangan kaunselor pelatih di empat buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Pendekatan kuantitatif melalui kajian korelasi digunakan bagi mengukur hubungan amalan penjagaan diri dengan stres dalam kalangan kaunselor pelatih. Seramai 135 orang kaunselor pelatih di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang telah atau sedang menjalani latihan Praktikum dan Internship Kaunseling telah dipilih sebagai responden kajian. Self-Care Practices Survey (SCPS) (2011) dan Inventori Stres Pelajar (ISP, 2020) digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap stres dalam kalangan kaunselor pelatih adalah sederhana. Antara amalan penjagaan diri, aspek rohani merupakan yang tertinggi diamalkan dengan min 4.16, manakala aspek fizikal adalah yang paling kurang diamalkan dengan min 3.56. Kajian turut mendap.....

271 hits

7332024
Article
Stres dalam kalangan kaunselor pelatih yang menjalani internship kaunseling di institusi pengajian tinggi
Mohamad Hamizi Ramli
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti komponen internship kaunseling yang menjelaskan kepada situasi stres terhadap kaunselor pelatih yang menjalankan internship di institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Kajian ini telah dilaksanakan ke atas 157 orang responden bagi pengumpulan data deskriptif dan empat orang partisipan bagi data sokongan. Dapatan analisis deskriptif dan temubual mencadangkan bahawa terdapat empat komponen dalam perlaksanaan internship kaunseling sebagai penyumbang utama kepada stres dalam kalangan kaunselor pelatih iaitu perlaksanaan sesi kaunseling individu, perlaksanaan sesi kaunseling kelompok, pengurusan dan pentadbiran (pengurusan fail dan rekod; dan penulisan laporan) dan isu peribadi (kewangan). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa lebih daripada separuh responden mengalami stres yang memerlukan kepada bantuan. Justeru, kajian ini mencadangkan penekanan terhadap aspek kesejahteraan mental dan penjagaan diri kaunselor pelatih, penyeliaan yang berkuali.....

336 hits

7342024
Article
Hubungan antara strategi daya tindak dengan stres dalam kalangan murid sekolah menengah
Leela Mary Muniandy
Kanak-kanak tidak terkecuali daripada stres dan daya tindak yang merupakan aspek penting dalam menghadapi cabaran hidup. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara strategi daya tindak terhadap stres dalam kalangan murid di tiga buah sekolah di utara tanah air. Kajian kuantitatif ini menggunakan kajian tinjauan dengan responden seramai 370 orang murid daripada tiga buah sekolah menengah di sebuah daerah di negeri Kedah. Data kajian dikumpul dengan menggunakan soal selidik Perceived Stres untuk mengukur tahap stres dan soal Selidik Brief Cope-28 untuk mengkaji strategi gaya daya tindak. Data kajian dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap stres dan strategi daya tindak murid berada pada tahap sederhana. Selain itu, analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara strategi daya tindak dengan stres dalam kalangan murid di tiga buah sekolah di utara Malaysia. Implikasi dan perbincangan turut dib.....

212 hits

7352024
Article
Kesihatan mental, literasi bantuan dan kualiti hidup di kalangan penjaga warga emas di rumah
Kuang, Chiew Sia
Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kesihatan mental, literasi bantuan dan kualiti hidup serta menilai hubungan antara kesihatan mental dengan literasi bantuan keluarga, hubungan antara kesihatan mental dengan kualiti hidup serta hubungan antara literasi bantuan dengan kualiti hidup di kalangan penjaga warga emas di rumah. Pendekatan kuantitatif reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Dengan itu, soal selidik disediakan dalam bentuk pautan Google Form dan diedarkan melalui aplikasi Whatsapps dan Facebook kepada responden yang terpilih melalui kaedah persampelan secara bertujuan dan sebanyak 153 sampel lengkap diterima. Sampel kajian terdiri daripada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan penjaga warga emas dari seluruh Malaysia. Tiga jenis instrumen digunakan iaitu Kesihatan Umum-12, Singapore Caregiver Quality of Life Scale dan Literasi Bantuan. Data dianalisis dengan kaedah deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan bahawa penjaga warga emas di ruma.....

266 hits

7362024
Article
The experience of orang asli students towards guidance and counseling services
Nurin Jazlin Mohd Rushdi
This study investigates the experiences of Orang Asli students with guidance and counseling services in an Orang Asli village school, focusing on their motivations, experiences, and challenges in accessing these services. The study has three main objectives: to identify the motivations that lead Orang Asli students to seek guidance and counseling services, to understand their experiences with these services, and to explore the challenges they face in accessing them. Using a qualitative, phenomenological approach, the study selected three upper secondary students through purposeful sampling. Data were collected through semi-structured interviews, and triangulation with multiple data sources was used to ensure validity and reliability. Analysis of the interviews identified themes related to external and internal motivations, emotions, thoughts, and behaviors, as well as external and internal challenges. The findings offer insights for stakeholders, including parents, the Ministry of Educ.....

200 hits

7372024
Article
Meneroka hubungan kekeluargaan dalam kalangan murid yang mencederakan diri tanpa niat bunuh diri di salah sebuah sekolah menengah daerah Kuala Langat
Siti Hajar Aliyais
Non-Suicidal Self-Injury (NSSI) merujuk kepada tindakan seseorang yang menyebabkan kecederaan pada diri sendiri tanpa niat untuk mengakhiri nyawa. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pengalaman dan hubungan kekeluargaan dalam kalangan murid yang melakukan NSSI. Kaedah kajian ini dilakukan secara kualitatif kajian kes. Kajian ini melibatkan kaedah temu bual dengan tujuh orang peserta kajian yang pernah mengalami keinginan untuk melukai diri sendiri. Dalam kajian ini, data analisis menggunakan Model 3C Litchman. Dapatan kajian telah menghasilkan lapan tema utama berkaitan faktor mencederakan diri tanpa niat bunuh diri. Kajian ini juga menemukan bahawa setiap subjek kajian mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah ketika mereka merasa terfikir untuk melukai diri. Kajian ini sedikit sebanyak dapat menjadikan komuniti yang berada dalam bidang kaunseling khususnya di Malaysia lebih bersedia untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang. Kefahaman ini penting bagi kaun.....

219 hits

7382024
Article
Pengaruh tret personaliti, sokongan ibu bapa dan efikasi-kendiri dalam membuat keputusan kerjaya terhadap jangkaan hasil kerjaya pelajar universiti
Anis Fatima Savugathali
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh tret personaliti, sokongan ibu bapa, efikasi-kendiri dalam membuat keputusan kerjaya terhadap jangkaan hasil kerjaya pelajar universiti. Kajian ini melibatkan 765 orang responden yang terdiri daripada pelajar universiti tahun akhir. Terdapat empat instrumen kajian yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah iaitu International Personality Item Pool (IPIP), Skala sokongan ibu bapa, Efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya-ringkasan dan Career Decision Making Outcome Expectancies Scale. Dapatan kajian mendapati efikasi-kendiri dalam membuat keputusan kerjaya, tret personaliti Ekstraversi dan Keterbukaan adalah peramal yang signifikan dan menyumbang kepada jangkaan hasil kerjaya pelajar universiti. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa tret personaliti, efikasi-kendiri dalam membuat keputusan kerjaya dan jangkaan hasil kerjaya dapat membantu pelajar tahun akhir untuk merancang kerjaya dengan lebih baik. Kata kunci: tret perso.....

266 hits

7392010
Thesis
The use of language games in teaching vocabulary
Vincent, Jenny Vincent
Using games in teaching and learning vocabulary has become prominent. The increased application of such a tool has called for the need to evaluate its educational value. The purpose of the study was to determine the effectiveness of learning vocabulary through games in Year Three classrooms in SK Methodist (ACS) Kampar, Perak. The study attempted to look into the effects of games on vocabulary learning and to investigate the answer to the question, "Do games help pupils learn vocabulary, and if so, how?" The study was also designed to investigate whether using games could be an effective tool in creating a positive attitude and motivation in language learners. This study was also conducted to investigate to what extent using games could solve the unanticipated problems of the learners in learning a language, especially in the vocabulary area. The subjects in this study involved two groups, the experimental group and the control group. Both groups took a pre-test. The experimental group.....

151 hits

7402010
Thesis
Effectiveness of self-access learning in improving students grammer
Badrulisham Mohd Ibrahim
This paper proposed the use of self-access learning in learning grammar in the self-access centre with the assistance of the computer-assisted language learning and teachers as facilitators. The self-access learning was chosen for this study because it offers a learning environment where learners could be actively involved in the learning process. It also allows learners to make their own learning decisions regarding what to learn, which materials to work on, and when to learn. The pupils' performances and the aspect of grammar were assessed through pre-tests, post-tests and the final marks after the sessions. The study showed that pupils who learnt grammar using self-access learning showed significant improvement through post-test scores. The significant achievement of the pupils was contributed by the assistance of the self-access learning tool (Hot Potatoes software) through computer-assisted language learning. The study also showed that all aspects of grammar could be improved by s.....

184 hits

[ First ] [ Prev ] Page 74 of 1116 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.