UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
76912018
Thesis
Manifestasi pemikiran pengarang dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Noraini Ibrahim
Kajian ini bertujuan untuk memperjelaskan pemikiran pengarang secara langsung daripada watak-watak yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa. Analisis kualitatif ini menggunakan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K janaan Mohd Yusof Hassan. Teori ini berteraskan falsafah kesepaduan pemikiran iaitu pemikiran kerohanian, pemikiran kebitaraan, pemikiran kesaintifikan dan pemikiran kekreatifan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemikiran pengarang menggunakan teori SPB4K dan menganalisis pemikiran pengarang dalam novel yang dikaji. Analisis membuktikan manifestasi pemikiran pengarang novel ini berkaitan dengan teori diaplikasikan. Penyelidik mendapati keempat-empat aspek pemikiran ini terkandung secara signifikan dalam novel ini dengan adanya nilai-nilai kemanusiaan sebagai pedoman kepada pembaca. Pengkajian ini diharapkan dapat menarik minat pengarang karya sastera untuk menghasilkan lebih banyak karya yang bermutu dan dapat dijadikan sebagai salah satu pilihan tek.....

1081 hits

76922017
Thesis
Penglibatan ibu bapa dalam perkembangan holistik kanak-kanak di Taska Permata Kemas
Nurhusna Abdul Malek
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penglibatan ibu bapa dalam aspek kognitif, sosial, emosi dan bahasa serta hubungannya dengan perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian; bahasa, komunikasi dan literasi awal; dan awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik yang melibatkan seramai 279 orang sampel ibu bapa dan kanak-kanak yang dipilih daripada beberapa buah Taska Permata Kemas di Negeri Perak dan Selangor. Data dianalisis secara deskriptif bagi menjelaskan tahap penglibatan ibu bapa dan perkembangan kanak-kanak. Manakala statistik inferensi menerangkan hubungan serta perbezaan antara pemboleh ubah. Penglibatan ibu bapa dalam aspek bahasa menunjukkan nilai min tertinggi, manakala penglibatan ibu bapa dalam aspek kognitif menunjukkan nilai min terendah. Analisis inferensi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dalam aspek emosi dengan perkembangan sahsiah, sosio emosi dan kerohanian. Dapat.....

1407 hits

76932017
Article
The influence of al-Sahihayn on popular hadith literatures: the case of Khazinah al-Asrar Jalilah al-Adhkar
Abdullah Wahyu Hidayat, Mohd Zarif Muhammad Mustaqim, Borham Abd Hadi, Hashim Azmil,
1862 hits

76942017
Article
Language attitude among Tamil Language teachers
Ponniah Kartheges, Thamburaj Kingston Pal,
613 hits

76952017
Thesis
Kecerdasan emosi dan hubungannya dengan stres bebanan tugas guru tadika
Norainil Ummi Yusof@Hasan
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan di antara kecerdasan emosi dengan stres bebanan tugas guru tadika. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat interaksi lima bidang utama dalam kecerdasan emosi iaitu kemahiran intrapersonal, kemahiran interpersonal, kemahiran penyesuaian, pengurusan tekanan dan keadaan perasaan am ke atas pembolehubah stres bebanan tugas. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan reka bentuk tinjauan deskriptif. Seramai 87 orang guru tadika di kawasan Mukim Kota Damansara, Selangor dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel bagi kajian ini. Satu set soal selidik yang terdiri daripada Emotional Quotient Inventory (EQ-i) digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan emosi guru tadika dan Teacher Stress Nut Guidance to Divisions and Associations bagi mengukur tahap stres bebanan tugas guru tadika. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20 melib.....

1290 hits

76962017
Thesis
Keberkesanan pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan terhadap guru-guru sekolah Tamil di negeri Perak
Monica Henry
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) terhadap guru-guru sekolah Tamil (SJKT) di negeri Perak. Keberkesanan LADAP dalam kalangan guru-guru sekolah Tamil telah dikaji dari segi faktor-faktor perkembangan pendidikan kini, motivasi guru, pengurusan fasiliti dan kualiti penceramah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam menentukan keberkesanan LADAP. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Seramai 150 orang guru dari beberapa buah sekolah Tamil daerah Kuala Kangsar, Kinta, Hilir Perak, Larut Matang dan Selama telah dipilih secara rawak bagi mewakili populasi kajian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan LADAP berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan signifikan keberkesanan LADAP berdasarkan umur, jantina dan pengalaman bekerja. Implikasi kajian mendapati bahawa tahap keberkesanan LADAP perlu .....

639 hits

76972017
Article
Emotional intelligence and job performance: a study among Malaysian administrators
Mahdinezhad Maryam, Shahhosseini Mohammad, Kotamjani Sedigheh Shakib, Kuan Wai Bing, Hashim Emilda,
1542 hits

76982017
Thesis
Tahap dan hubungan atribut pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) ke arah kemahiran abad ke-21
Yip, Chan Ling
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap dan hubungan atribut pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) (PAKK) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke arah kemahiran yang terdapat dalam Kerangka Kerja Pembelajaran abad ke-21. Ini merupakan satu kajian penerokaan yang melibatkan pengumpulan data kualitatif dan kuantitatif. Instrumen kajian terdiri daripada dokumen program PAKK dan soal selidik. Sampel kajian dipilih berdasarkan kaedah persampelan “target population” yang melibatkan 230 orang graduan ISMP (PAKK) Sesi 2013 dan 2014 dan pelajar semester 8 (Sesi 1 2011/2012). Statistik deskriptif (peratusan) dan inferensi (korelasi Pearson) digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Dapatan kajian menunjukkan tahap atribut pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam program PAKK ke arah kemahiran abad ke-21 adalah rendah. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara a.....

2239 hits

76992017
Thesis
Pengaruh konteks dan sumber terhadap proses dalam pengurusan pelaksanaan kurikulum standard sekolah rendah Selangor
Lizamasayu Idris
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh konteks dan sumber terhadap proses pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di Selangor berdasarkan Model CIPP. Ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan untuk mengutip data. Sampel kajian merupakan 221 orang guru Sekolah Berprestasi Tinggi di Selangor. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian analisis deskriptif menunjukkan pengetahuan guru (konteks) dan kemahiran guru (sumber) berada pada tahap tinggi. Tahap latihan guru (sumber) pula memenuhi keperluan tetapi kemudahan prasarana (sumber) berada pada tahap kurang memenuhi keperluan dalam pengurusan pelaksanaan KSSR. Tahap pendekatan pengajaran dan pendekatan pentaksiran (proses) adalah selaras dengan kehendak KSSR. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran juga telah dilaksanakan dengan baik sepanjang pelaksanaan KSSR. Analisis regresi pelbagai pula menunjukkan wujud pengaruh yang signifikan dalam kombinasi faktor-fak.....

831 hits

77002017
Article
Elastic constant determination of hardwoods using ultrasonic insertion technique
Mat Daud Anis Nazihah, Jaafar Rosly, Ayop Shahrul Kadri, Yaacob Mohd Ikhwan Hadi, Rohani Md Supar,
2179 hits

[ First ] [ Prev ] Page 770 of 985 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.