|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 7901 | 2019 Article | Meningkatkan kemahiran menyoal dalam pengajaran Syafiq Mah Hasan Terdapat beberapa kemahiran yang boleh dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti kemahiran menyoal, kemahiran menerang atau demonstrasi dari guru dan demonstrasi dari pelajar. Kemahiran menyoal merupakan soalan-soalan yang digunakan untuk mengetahui penguasaan pelajar terhadap pelajaran yang dipelajarinya dan kemahiran menyoal ini juga digunakan untuk melihat masalah yang dialami oleh pelajar dalam pelajaran. Menyoal tidak hanya tertumpu kepada soalan-soalan yang berfokus satu perkara sahaja akan tetapi boleh dijadikan soalan bercambah dan melalui kemahiran menyoal ini dapat meningkat kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Tanpa kemahiran menyoal, guru tidak akan mengetahui tahap pemahaman pelajar mengenai maklumat yang disampaikan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian tindakan ini menfokuskan kepada kemahiran menyoal dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan di dalam kelas makro pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahir..... 823 hits |
| 7902 | 2019 Article | Malaysia-Vietnam relations from the 15th to 19th century Ku, Boon Dar This paper attempts to analyse the historical development of the Malaysia-Vietnam relationship from the 15th to the 19th century with reference to the works of researchers in Malaysia. This particular period was chosen for review as the Southeast Asian at this time was the theatre of radical unrest following the growth of capitalist trade which sparked an influx of Europeans to this part of the world. By providing the background and a general overview of the research done on the history of Malaysia-Vietnam relations, it is hoped that this study can serve as a platform for other researchers to further explore this relationship... 1059 hits |
| 7903 | 2019 Article | Implikasi dasar kolonial British terhadap pembentukan komuniti di kampung baru daerah Ulu Selangor 1948-1957 Mohammad Bukhari Badrol Hisham Pelaksanaan dasar kolonial British terhadap pembentukan rancangan penempatan di kampung baru Cina telah menimbulkan implikasi dan cabaran terhadap komuniti kampung baru Cina di Daerah Ulu Selangor pada tahun 1948-1957. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis dokumen dan manuskrip telah digunakan dengan memperoleh sumper primer, iaitu dokumen dan manuskrip yang terdapat di Arkib Negara Malaysia seperti file, Colonial Office Ulu Selangor, Annual Report, dan keratan akbar. Kajian turut disokong oleh sumber kedua yang diperoleh dari perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Awam yang terdapat di Malaysia. Kajian lapangan juga telah dilakukan dengan menemu bual individu serta tokoh-tokoh penting di kampung baru Cina. Hasil kajian ini telah mendapati penempatan semula komuniti di kampung baru Cina di daerah Ulu Selangor telah menghadapi pelbagai masalah dalam mengharungi kehidupan mereka. Kesimpulannya, pembentukan kampung baru Cina ini telah berjaya menyelesaikan masalah koloborasi a..... 1130 hits |
| 7904 | 2019 Article | Prinsip pembelajaran mentalis dalam pengajaran dan pembelajaran teks Kesusasteraan Melayu sekolah menengah Cynthia Layah Geraman Kajian ini bertujuan untuk meneliti peranan prinsip pembelajaran mentalis dalam pengajaran dan pembelajaran teks Kesusasteraan Melayu sekolah menengah. Kajian dijalankan secara kualititatif di tiga buah sekolah menengah di sekitar Kuching, Sarawak, melibatkan kaedah soal selidik. Data dianalisis menggunakan perisian kualititatif skala likert dan juga Cohen’s Kappa. Hasil kajian menunjukkan bahawa prinsip pembelajaran mentalis ini memberi kesan dalam pengajaran dan pembelajaran guru yang mengajar Kesusasteraan Melayu malah dapat mempengaruhi karakter pelajar agar berfikir secara kritis. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar Kesusasteraan Melayu dapat memahami perkara yang dipelajari oleh mereka semasa pembelajaran di dalam kelas dengan mengaplikasikan prinsip pembelajaran mentalis dalam Kesusasteraan Melayu. Implikasi kajian ini adalah penting untuk mengetahui sejauh mana prinsip pembelajaran mentalis ini dapat mempengaruhi pelajar untuk mempelajari Kesusasteraan Melayu malah member..... 887 hits |
| 7905 | 2019 Article | Pengurusan identiti bangsa dalam trilogi karya Hamka: suatu pengenalan Fathin Noor Ain Ramli Penulisan makalah ini bertujuan memperlihatkan penggunaan prinsip pengurusan untuk mengetahui prinsip yang terdapat dalam pengurusan identiti bangsa yang berasaskan daripada penyelidikan Pengurusan Identiti Bangsa dalam Trilogi Karya Hamka. Antara objektif kajian ialah mengenalpasti pengurusan identiti bangsa Melayu dan melihat kesesuaian Teori Teksdealisme dalam menganalisis pengurusan identiti bangsa yang terdapat dalam trilogi novel Hamka iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Merantau Ke Deli dan Di Bawah Lindungan Ka’bah. Penelitian yang berbentuk tekstualiti ini adalah penelitian yang berasaskan kajian kualitatif. Teori Teksdealisme telah dijadikan sebagai landasan utama dan digabungkan bersama 14 Prinsip Asas Pengurusan oleh Henry Fayol. Empat prinsip Teori Teksdealisme iaitu prinsip kehadiran, prinsip pelanggaran, prinsip pengukuhan dan individualisme diaplikasikan bagi melihat proses pembentukan identiti bangsa dalam novel tersebut. Manakala 14 Prinsip Asas Pengurusan oleh ..... 803 hits |
| 7906 | 2019 Article | Pendidikan dwibahasa di Malaysia: upaya Bahasa Melayu Zuraini Ramli Keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah terbukti sejak sekian lama dan tidak perlu diragui lagi. Makalah ini meneliti peranan dan kedudukan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan, pada ketika Malaysia melaksanakan dasar bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk mata pelajaran Sains dan Matematik. Kajian dijalankan secara kualitatif di dua buah sekolah menengah di negeri Melaka, melibatkan kaedah rakaman video dalam kelas, temu bual separa berstruktur dengan guru dan kumpulan pelajar terpilih, serta pemerhatian dalam kelas. Data dianalisis menggunakan perisian penganalisis kualitatif data Transana, melalui prosedur pengekodan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bahasa Melayu digunakan dalam majoriti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirakam, melibatkan interaksi formal dan tidak formal guru dan pelajar. Bahasa Inggeris pula, hanya digunakan dalam perbualan formal, apabila disertai oleh bahan-bahan sokongan seperti buku teks, video, dan nota di papan putih sahaja. Ke..... 926 hits |
| 7907 | 2019 Article | Kesedaran kebangsaan nasionalis kiri Melayu: satu pengenalan Wan Noorlizawati Wan Mat Ali Makalah ini membincangkan kesedaran kebangsaan golongan rakyat di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua khususnya dengan kemunculan PKMM. Mereka menjadi satu gerakan yang dinamik dan tidak tertakluk kepada kerangka politik Melayu tradisional. PKMM dianggap sebagai golongan radikal dalam politik Tanah Melayu. Dengan menggunakan kaedah perpustakaan maklumat berkenaan gerakan kiri dan faktor yang mempengaruhi gerakan kesedaran ini dicerap dari dokumen, buku, akhbar, majalah serta artikel yang berkaitan. Sumber-sumber ini dianalisis untuk menghasilkan artikel ini. Hasil kajian memperlihatkan golongan nasionalis kiri Melayu berjuang untuk membela nasib masyarakat Melayu yang semakin jauh ketinggalan berbanding golongan imigran dan secara terbuka menuntut kemerdekaan. Kesedaran golongan ini banyak dipengaruhi oleh semangat yang dicetuskan oleh negara luar seperti India, Timur Tengah dan juga Indonesia di samping peranan akhbar. Secara ringkasnya pengaruh luar melahirkan kesedaran dalam kal..... 1212 hits |
| 7908 | 2018 Thesis | Pengaruh komponen kecergasan fizikal terhadap prestasi lari pecut 100 meter Ahmad Najib Abd Razak Tujuan utama kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti pengaruh komponen kecergasan
fizikal terhadap prestasi lari pecut 100 meter dalam kalangan murid lelaki berumur 13
tahun di Kuala Lumpur. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk kajian kes
sekali (one shot case study) untuk menganalisis pengaruh komponen kecergasan fizikal
berasaskan kesihatan, komponen kecergasan fizikal berasaskan sukan dan komponen
antropometri terhadap lari pecut 100 meter. Seramai 180 orang murid lelaki berumur 13
tahun telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan
rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan analisis regresi pelbagai. Dapatan kajian
menunjukkan, tiga komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan iaitu daya tahan
kardiovaskular, kekuatan otot dan komposisi tubuh badan; tiga komponen kecergasan
fizikal berasaskan sukan iaitu kuasa, kepantasan, masa reaksi; dan dua komponen
antropometri iaitu ketinggian berdiri dan berat badan; menyumbang kepad..... 1754 hits |
| 7909 | 2017 Thesis | Analisis hubungan persekitaran pembelajaran psikososial dan gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan Tingkatan Empat Nur Haslisa Isa Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan persekitaran pembelajaran psikososial dan
gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan. Kajian ini juga
bertujuan mengenal pasti perbezaan persekitaran pembelajaran psikososial dan gaya
pembelajaran mengikut jantina dan jenis sekolah dalam pencapaian Matematik
Tambahan. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam
kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan berstrata yang
melibatkan 205 orang murid Tingkatan Empat aliran sains yang mengambil mata
pelajaran Matematik Tambahan di 13 buah sekolah menengah di daerah Setiu.
Instrumen kajian ialah borang soal selidik What is Happening in This Classroom
(WIHIC) dan borang soal selidik gaya pembelajaran Model Dunn dan Dunn. Data
dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif
menjelaskan tahap persepsi murid tentang psikososial persekitaran pembelajaran dan
gaya pembelajaran yang paling dominan dia..... 3380 hits |
| 7910 | 2017 Thesis | Reka bentuk modul pengajaran multimedia dalam sastera untuk Tingkatan Enam (6) Siti Ramlah Ibrahim Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan Enam. Pembangunan modul ini
berpandukan model Masteri yang diperkenalkan oleh Benjamin Bloom (1968). Modul
ini dibangunkan berdasarkan topik "Multimedia dalam Sastera" yang meliputi empat
(subtopik) iaitu pengenalan multimedia dalam sastera, prinsip asas multimedia dalam
sastera, pembinaan papan cerita dan aplikasi multimedia dalam sastera. Pembangunan
modul ini bertujuan untuk menyediakan instrumen pengajaran dan pembelajaran yang
berpandu modul Multimedia dalam Sastera (MDS) di samping untuk mengetahui
kesediaan guru dan pelajar menggunakan modul ini dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Kesusasteraan Melayu, Menerusi kaedah soal selidik
yang dilakukan, hasil kajian mendapati guru dan pelajar mempunyai tahap kesediaan
yang tinggi untuk menggunakan modul MDS dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kajian juga mendapati pelajar berasa sangat s..... 2505 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 791 of 1213 | [ Next ] [ Last ] |