UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
Today's popular searches: | ||||
PENDIDIKAN | pembangunan | matematik | Komunikasi | |
Perpustakaan Tuanku Bainun | Kurikulum | addie | ismail man | PENDIDIKAN ISLAM |
|
Latest addition to the database : |
7951 | 2017 thesis | Fostering reading comprehension through shared reading in the year four English classroom Sheema Ahtmanathan The objective of this study is to identify students‘ responses towards reading comprehension,the strategies used by the researcher to facilitate students‘ reading comprehension and students‘ experiences during shared reading sessions. A qualitative case study design was selected to answer three research questions. Ten year four students from a school in Cameron Highlands, Pahang participated in the study. The researcher facilitated the shared reading sessions while observed by another teacher. Six sessions of shared reading were conducted using two different big books which were recorded and transcribed. Six students were then selected for semi-structured interview sessions. The recording transcriptions, interview transcriptions and observation notes were analysed using the framework technique of thematic coding.The findings showed six categories of students‘ responses towards reading comprehension. Overall, the students enjoyed and preferred shared reading and it enhanced thei..... 498 hits |
7952 | 2017 thesis | Pembinaan modul pembelajaran teradun nutrisi di hujung jari dan kesannya terhadap pencapaian pelajar Nurul Hafizah Masni Kajian ini bertujuan membina dan mengkaji keberkesanan modul pembelajaran teradun Nutrisi Di Hujung Jari terhadap pencapaian pelajar biologi tingkatan empat. Modul ini dibina berdasarkan model Sidek & Jamaludin dan pembinaan blog pula berpandukan model ADDIE. Kaedah penyelidikan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen melibatkan ujian pra dan pasca telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian telah dipilih dari dua buah sekolah di negeri Perak. Seramai 44 orang pelajar biologi telah dipilih dan dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan rawatan secara sama rata. Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah modul pembelajaran teradun Nutrisi Di Hujung Jari dan ujian pencapaian. Modul ditentu sahkan melalui skala persetujuan Cohen Kappa. Data dianalisis menggunakan ujian-t bagi menunjukkan perbezaan antara pembolehubah kajian. Dapatan kajian menunjukan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar bagi kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan dengan peningkatan..... 4916 hits |
7953 | 2017 thesis | Pendekatan belajar melalui bermain untuk membantu kemahiran komunikasi kanak-kanak autistik di Pra Sekolah Pendidikan Khas Hasmah Muhamed Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki kesan pendekatan belajar melalui bermain untuk kanak-kanak autistik yang bermasalah komunikasi di prasekolah pendidikan khas. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti masalah komunikasi, jenis aktiviti bermain dan impak aktiviti bermain terhadap komunikasi kanak-kanak autistik. Kajian kes kualitatif ini dijalankan di sebuah prasekolah pendidikan khas di daerah Kluang, Johor melibatkan tiga kanak-kanak autistik dan seorang guru prasekolah pendidikan khas sebagai responden kajian. Tempoh masa kutipan data adalah selama lapan minggu. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Pemerhatian dijalankan sebanyak lima kali bagi setiap aktiviti bermain menggunakan borang senarai semak pengesanan masalah komunikasi dan senarai semak pengesanan kewujudan aspek komunikasi pada kanak-kanak autistik. Dua set soalan temu bual disediakan dan digunakan dalam empat sesi temu bual. Data pemerhatian, dokumen rasmi dan ..... 1200 hits |
7954 | 2017 thesis | Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar Siti Sakinah Mohd Yusof Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman mengenai konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar. Satu kajian berbentuk kuasi-eksperimen telah dijalankan di sebuah kolej di Perak. Sampel kajian terdiri daripada 91 orang pelajar telah dipilih berdasarkan markah ujian-pra mereka. Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan dengan menggunakan persampelan bertujuan, 53 pelajar dalam kumpulan eksperimen dan 38 orang pelajar dalam kumpulan kawalan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar dalam kumpulan eksperimen telah dirawat dengan menggunakan alat bantu mengajar interaktif kontemporari manakala pelajar dalam kumpulan kawalan telah dirawat menggunakan alat bantu mengajar interaktif konvensional. Data telah dikumpulkan melalui ujian-pra dan ujian-pasca, dan ia dianalisis menggunakan ujian-t berpasangan, analisis kovarians (ANCOVA) dan analisis tematik. Peningkatan yang signifikan dalam prestasi s..... 2381 hits |
7955 | 2017 thesis | Chemical constituents from Ficus deltoidea var. kunstleri corner and its antidiabetic property Nor Afifah Md Jamal The aims of this study are to determine the chemical structures of the isolated compounds from the leaves and stem bark of Ficus deltoidea var. kunstleri by using various type of spectroscopy and to evaluate their antidiabetic activities. The isolation process of isolated compounds involved extraction, separation and purification by using column chromatography and preparative thin layer chromatography techniques. These compounds were structurally identified by using various spectroscopic techniques such as 1D (1H,13C and DEPT) and 2D-NMR (HMBC,HMQC and COSY), UV, IR and mass spectrometry; and also by comparison with previous studies. Study on in-vitro antidiabetic activities were evaluated by using α-glucosidase inhibitory assay with 4- nitrophenyl-α-D-glucopyranoside (pNPG) as substrate. As findings, chromatographic purification of F. deltoidea var. kunstleri afforded eleven chemical compounds: α- tocopherol, β-amyrin cinnamate, triglycerides fatty acids, hexadecyl palmitate, berg..... 1034 hits |
7956 | 2017 thesis | Aspek Meyppatu dalam cerpen remaja Tamil Malaysia Puspavalli Sathival Kajian ini bertujuan mengenal pasti aspek Meypp?tu dalam cerpen remaja Tamil Malaysia dan meninjau ciri persamaan dan perbezaan antara situasi Meypp?tu seperti yang dikarang oleh Tolk?ppiyar. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kajian kepustakaan berdasarkan teori Meypp???iyal yang diutarakan oleh Tolk?ppiyar dalam bukunya Tholk?ppiyam. Tiga puluh buah cerpen remaja Tamil Malaysia yang diterbitkan antara tahun 2000 hingga 2014 telah digunakan sebagai sumber kajian. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa cerpen remaja Tamil Malaysia mempunyai lapan aspek Meypp?tu iaitu nakai, a?ukai, ilivaral, maru?kai, accam,bperumitam, veku?i dan maki?cci. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kebanyakan situasi Meypp?tu dalam cerpen remaja Tamil Malaysia mempunyai persamaan dengan situasi Meypp?tu yang dinyatakan oleh Tolk?ppiyar. Dapatan kajian juga menunjukkan peredaran zaman menyebabkan beberapa situasi Meypp?tu yang diketengahkan oleh Tolk?ppiyar kurang relevan dan tidak sepe..... 526 hits |
7957 | 2017 thesis | Kajian perbandingan antara Kurikulum Pendidikan Anak Usia Dini di Indonesia dan Kurikulum Permata Negara di Malaysia Rahelly, Yetty Penyelidikan ini dijalankan untuk membandingkan proses penggubalan dan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Anak Usia Dini atau ringkasnya PAUD di Indonesia dan Kurikulum PERMATA Negara di Malaysia. Tujuh soalan penyelidikan dikemukakan untuk menyiasat perbezaan dan persamaan dalam proses penggubalan dan pelaksanaan, falsafah dan teori-teori yang melandasi kurikulum, kandungan, pedagogi dan kaedah penilaian kanak-kanak, persediaan guru/pendidik, prasarana, sarana, dana, dan penglibatan ibubapa serta masyarakat dalam pelaksanaan kedua-dua kurikulum tersebut. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kualitatif. Data/maklumat diperolehi melalui kaedah analisis dokumen, kajian pustaka, temu bual dan pemerhatian. Kebolehpercayaan (trustworthiness) dapatan kajian dicapai melalui teknik triangulasi. Sebanyak 51 dokumendan 16 buah makalah dianalisis, 12 individu ditemubual dan 4 buah Taman Kanak-kanak/Pusat Anak PERMATA Negara diperhati. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan besar dari segi pros..... 664 hits |
7958 | 2017 thesis | Fungsi simbol dalam mantera Melayu berdasarkan model Peirce Hashim Awang Mazarul Hasan Mohamad Hanafi Kajian ini adalah merupakan sebuah kajian kualitatif yang bertujuan untuk mencapai tiga objektif iaitu untuk mengenal pasti simbol-simbol dalam mantera berasaskan teori semiotik Peirce. Kedua menganalisis hubungan penggunaan simbol dengan makna mengikut konteks pandangan dunia Melayu dan ketiga menghuraikan penggunaan simbol sebagai terapi dalam masyarakat Melayu. Kajian ini juga merupakan sebuah kajian yang berbentuk kajian kepustakaan. Data utama kajian terdiri daripada mantera Melayu dalam buku Ulit Mayang Kumpulan Mantera Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Data dalam bentuk mantera ini dianalisis kandungannya berasaskan kerangka model Peirce Hashim Awang (PHA) untuk mengenal simbol-simbol serta fungsi-fungsi simbol tersebut. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, kajian ini berjaya menemukan 76 jenis simbol. Simbol-simbol ini telah dikelompokkan kepada lima jenis iaitu simbol binatang, simbol tumbuhan, simbol alam kosmos, simbol benda dan simbol makhluk ghaib dan manusia..... 1688 hits |
7959 | 2017 thesis | Struktur dan pragmatik dalam puisi Pelandai Bulan Nelson Tandang Edwin Unting Kajian ini ialah tentang Leka Main Pelandai Bulan yang merupakan sejenis puisi lisan dalam masyarakat Iban. Puisi ini ialah hasil ciptaan Mendiang Dunging Anak Gunggu sekitar tahun 1954. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti struktur dan menerangkan tema Pelandai Bulan. Ia juga menjelaskan fungsi Pelandai Bulan dalam masyarakat Iban. Kajian ini bersandarkan Teori Strukturalisme untuk mengupas struktur dan tema Pelandai Bulan. Teori Pragmatisme telah digunakan untuk menjelaskan fungsi puisi ini dalam masyarakat Iban. Data kajian telah dikumpul daripada bahan artifak, bahan kepustakaan dan temu bual dengan responden. Data dari aspek struktur dan tema telah dianalisis dengan Kaedah de Saussure dan untuk data fungsi dianalisis dengan Kaedah System Coding J. Saldana. Kajian mendapati bahawa Pelandai Bulan memiliki struktur yang bercirikan karya sastera. Ia memiliki tema yang berfokus kepada proses rutin penanaman padi tahunan dalam masyarakat Iban. Pelandai Bulan berfungsi sebagai pandu..... 1125 hits |
7960 | 2017 thesis | Strategi metafora integrasi dalam pembentukan makna simpulan bahasa \"kepala\" berdasarkan Teori Blending Nor Asiah Ismail Kajian ini merupakan satu strategi baharu dalam pembentukan makna simpulan bahasa ‘kepala’ menggunakan mekanisme dan prinsip-prinsip metafora integrasi berdasarkan Teori Blending yang diasaskan oleh Fauconnier & Turner (2002). Objektif utama kajian adalah untuk menganalisis proses pemikiran kompleks masyarakat Melayu semasa menjana makna simpulan bahasa kepala angin dan kepala batu menggunakan empat langkah pengadunan integrasi di dalam empat ruang mental manusia. Reka bentuk kajian ialah kaedah kualitatif berlandaskan pendekatan korpus berkomputer dengan menggunakan pangkalan data berkomputer Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Malay Concordance Project (MCP) melalui himpunan data ‘kepala’ berjumlah 12,207 baris kata. Sebanyak 531 data simpulan bahasa kepala batu dan 217 data kepala angin dipilih sebagai data kajian berdasarkan kekerapan tertinggi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pemikiran Melayu sangat kompleks semasa membentuk simpulan bahasa kepala angin dan kepala bat..... 24525 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 796 of 977 | [ Next ] [ Last ] |