UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
PENDIDIKAN pembangunan matematik Perpustakaan Tuanku Bainun
Kurikulum addie ismail man PENDIDIKAN ISLAM modul

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
80012017
thesis
Penggunaan aktiviti psikomotor dalam terapi cara kerja untuk membantu murid autistik berinteraksi sosial
Mohd Yusof Norfarhada,
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan sesi Terapi Cara Kerja berasaskan aktiviti psikomotor dalam membantu murid autistik berinteraksi sosial. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti masalah interaksi sosial, jenis aktiviti psikomotor yang berkesan dan kesannya terhadap interaksi sosial murid autistik. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan responden kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan melibatkan empat orang murid autistik dan dua orang guru pendidikan khas di sebuah sekolah rendah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Sungai Petani, Kedah. Tiga jenis instrumen kajian digunakan iaitu senarai semak interaksi sosial, soalan temu bual guru dan laporan sesi terapi. Data pemerhatian, temu bual dan dokumen rasmi dianalisis secara manual oleh penyelidik. Dapatan kajian mendapati bahawa sesi Terapi Cara Kerja berasaskan aktiviti psikomotor berkesan dalam membantu interaksi sosial murid.....

2555 hits

80022017
thesis
Pengaruh kepimpinan transformasi pengarah Kolej Vokasional dan efikasi kendiri terhadap kepuasan kerja pensyarah Vokasional
Siti Nor Shahshina Soffi
Tujun utama kajian ini adalah untuk menentukan tahap kepimpinan transformasi pengarah Kolej Vokasional, kepuasan kerja dan efikasi kendiri pensyarah Vokasional. Kajian ini juga berhasrat untuk melihat hubungan di antara efikasi kendiri dan kepuasan kerja pensyarah kolej KV serta melihat pengaruh kepimpinan transformasi pengarah KV dan efikasi kendiri pensyarah KV ke atas kepuasan kerja pensyarah KV. Sampel kajian terdiri daripada 152 pensyarah Vokasional yang dipilih secara rawak dari tujuh kolej di Negeri Sembilan dan Melaka. Sesi temu bual juga telah dijalankan yang melibatkan lima orang pensyarah vokasional. Soal selidik kajian terdiri daripada tiga instrumen, Multifactor-Leadership Questionnaire (MLQ), Teacher Job Satisfaction Questionnaire (TJSQ) dan Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES) untuk mengukur kepimpinan transformasi, kepuasan kerja dan efikasi kendiri. Analisis data melibatkan kekerapan, peratusan, min, ujian-T, Anova, analisis varians, korelasi dan regresi pelbagai. Da.....

3980 hits

80032017
thesis
Kesedaran fonologikal dalam kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah
Siti Az Zaharah Ismail
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kesedaran fonologikal dalam kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah melalui pelaksanaan aktiviti kesedaran fonologikal. Kajian ini berdasarkan tiga objektif utama iaitu mengenal pasti penguasaan kesedaran fonologikal kanak-kanak dalam kemahiran awal membaca, meninjau penerimaan kanak-kanak prasekolah terhadap aktiviti kesedaran fonologikal dan mengenal pasti pandangan guru terhadap kesedaran fonologikal dalam pembelajaran kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah. Kajian kualitatif berbentuk kajian kes ini melibatkan lapan orang kanak-kanak prasekolah berumur lima tahun dan seorang guru prasekolah. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur dengan berpandukan senarai semak untuk mengenal pasti penguasaan kesedaran fonologikal dalam kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah. Kaedah temu bual semi struktur digunakan bagi mendapatkan pandangan guru berkaitan kesedaran fonologikal dalam kemahiran awal membaca kan.....

1750 hits

80042017
thesis
The anthropometric characteristics and kinematic analysis of the cricket pull shot among Malaysian elite batsmen
Muhammad Zia Ul Haq Muhammad Aslam
Empirical studies examining the relationship between anthropometric measures and kinematics of sport skills, especially cricket, are limited. The purpose of this study was to examine the anthropometric characteristics of elite Malaysian cricket batsmen and their relationship with the kinematics of the players executing the pull shot. Eighteen Malaysian national cricket batsmen from three age groups (seniors, under-19 and under-16) were selected for the study. Anthropometric measures included body composition, stature, body segment (limbs) measures and two physical strength tests. Participants performed the intended stroke against a bowling machine with 15 retroreflective markers attached to their limbs. Their performance was videotaped. Kinematics of the stroke were analysed using Aerial Performance Analysis System. One way ANOVA analysis showed the senior and under-19 players were significantly heavier and greater limb size than the under-16 group. Factorial ANOVA comparing successful.....

455 hits

80052017
thesis
Mediation effect and determinants of organisational citizenship behaviour on teachers in Perak
Choong Yuen Onn
The purpose of this thesis study was to empirically examine the proposed conceptual framework which investigated the relationship among the proposed predictors: organisational justice, trust, teacher self-efficacy and collective efficacy, and organisational citizenship behaviour in school environment. The targeted respondents were teachers of secondary schools in Perak. Four hundred and eleven teachers were selected as samples by using multi-stage sampling technique. Structural Equation Modeling technique was conducted to test the conceptual framework by adopting Partial Least Square approach. The findings of this study revealed that all predictors were significantly related to organisational citizenship behaviour. Further to this, it was also found that trust played an important mediator to mediate the relationships between organisational justice and organisational citizenship behaviour as well as dimensionality of organisational justice and organisational citizenship behaviour. Conve.....

738 hits

80062017
thesis
The use of Islamic: based reading materials among students in Southern Thailand
Binmadnee, Pratya
The objectives of the study were to evaluate upper secondary Islamic – based reading materials, to study the improvement of the students’ vocabulary skills through the Islamic – based reading materials, and to examine the students’ opinions toward Islamic – based reading materials. The mixed – mode approaches between quantitative and qualitative models with quasi – experimental design were used as the main research methodology. The research was conducted through three stages, namely; the reading material development, reading material implementation, and reading material evaluation. The research tools were the achievement tests, questionnaires, and the semi-structured interviews. The data were analyzed by using means and standard deviations. The data was also tested by using t-test for paired - sample statistics. The results of the Islamic- based reading implementation indicated that the students’ achievement mean scores and the total mean scores after using the revised .....

554 hits

80072017
thesis
Hubungan antara gaya pembelajaran dan sikap terhadap pembelajaran berbantu komputer dengan pencapaian Matematik murid sekolah rendah
Mohd Azmi Awang
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melihat hubungan antara gaya pembelajaran dan sikap terhadap pembelajaran berbantu komputer dengan pencapaian Matematik murid sekolah rendah. Rekabentuk kajian ialah tinjauan yang mengguna soal selidik untuk mengumpul data. Proses pengumpulan data menggunakan soal selidik Inventori Gaya Pembelajaran Kolb atau Kolb Learning Style Inventory (KLSI) yang diubahsuai dalam kajian Wan Azri dan sikap terhadap pembelajaran berbantu komputer dalam kajian Norliza. Soal selidik KLSI digunakan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran dan soal selidik sikap terhadap pembelajaran berbantu komputer digunakan untuk mengukur sikap terhadap Matematik berbantu komputer. Sampel kajian terdiri daripada 300 orang murid tahun 5, daripada tiga buah sekolah di daerah Klang, Selangor. Terdapat dua jenis analisis yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian iaitu analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan majoriti murid iaitu se.....

887 hits

80082017
thesis
Keberkesanan penggunaan peta pemikiran I-Think dalam menyelesaikan masalah Matematik berayat dalam kalangan murid tahun lima
Khoo, Yee Ping
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think bagi menyelesaikan masalah matematik berayat dalam kalangan murid Tahun Lima. Pembinaan modul i-Think Penyelesaian Masalah Matematik Berayat (iPMMB) adalah berdasarkan adaptasi model ADDIE. Pendekatan kuantitatif dalam bentuk kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian telah dijalankan secara persampelan berkelompok yang melibatkan 55 orang murid di sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan di daerah Hilir Perak. Tiga instrumen kajian digunakan iaitu modul iPMMB, borang soal selidik dan ujian pencapaian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis dengan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan minat murid dalam menyelesaikan masalah matematik berayat dengan peta pemikiran i-Think, manakala analisis inferensi pula melibatkan ujian-t bagi menunjukkan perbezaan antara pemboleh ubah kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawa penggunaan peta pemikiran i-Think .....

2260 hits

80092017
thesis
Kesan video bersegmen terhadap pencapaian dan sikap pelajar dalam mata pelajaran Gerontologi asas dan perkhidmatan Geriatrik
Mohd Fazly Mustapha
Kaedah pengajaran pada masa kini menimbulkan pelbagai masalah antaranya pengajaran lebih berbentuk kepada teori dan komunikasi satu arah sahaja yang akan mcngakibatkan pelajar menjadi bosan, kurang memberikan tumpuan dan seterusnya menjejaskan pencapaian mereka. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan video bersegmen terhadap pencapaian dan sikap pelajar dalam mata pelajaran Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kuantitatif deskriptif dengan memilih rekabentuk kuasi eksperimen berbentuk ujian pra-pasca bagi melihat pencapaian dan sikap pelajar melalui penggunaan video bersegmen. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan 4 dari Sckolah Menengah Seksyen 24 (2), Shah Alam, Selangor. Data yang telah dikumpul hasil daripada ujian berkenaan dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan ujian-t. Dapatan analisis deskriptif ujian pra-pasca menunjukkan tcrdapat peningkatan pencapaian yang dipero.....

479 hits

80102017
thesis
Ecology of Meiofauna from the New Zealand continental margin
Norliana Mohd Rosli
Deep-sea meiofaunal communities vary at a range of spatial scales. However, identifying which scale(s) account for most of the variability in deep-sea communities remains difficult, as few studies have been designed in such a way as to allow meaningful comparisons across more than two spatial scales. Moreover, deep-sea studies have largely focused on particular (macro) habitats in isolation, with few studies considering multiple habitats simultaneously in a comparable manner. In the present study, meiofaunal and nematode community attributes (abundance, diversity, community structure and trophic structure) were investigated at different spatial scales (sediment depth (em), habitat (slope, canyon, seamount, and seep: 1-- 100 km), and region (100-10000 km)) in two regions on the continental slope of New Zealand (Hikurangi Margin and Bay of Plenty), while accounting for the effects of water depth (700, 1000, 1200 and 1500 m). Nematode species new to science encountered during sampling on .....

1558 hits

[ First ] [ Prev ] Page 801 of 977 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.