UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
PENDIDIKAN pembangunan matematik Komunikasi
Perpustakaan Tuanku Bainun Kurikulum addie ismail man PENDIDIKAN ISLAM

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
81812016
thesis
Development of prozyme board game for teaching and learning enzyme topic in Biology form 4
Amy Rose Aeriyanie A Rahman
This study aimed to develop a valid and reliable educational board game for teaching and learning enzyme topic in Biology Form 4. Prozyme board game was developed in accordance to the national curriculum standard for Biology Form 4. This study adopted quantitative research design. Students’ experience after using Prozyme board game was measured through survey. The data were presented as descriptive statistics. The developed Prozyme board game was validated by five experts. The study findings showed that the assessment on the validity of Prozyme board game had high percentages of agreement values. In addition, high reliability value was also recorded. The findings from the study suggested positive views on students’ learning experience using Prozyme board game. Furthermore, mean score values obtained from the pilot study were at high levels for all of the measured constructs. In conclusion, the use of Prozyme board game has added to the variability of instructional tools in teaching.....

1352 hits

81822016
thesis
Analisis sikap terhadap pembelajaran fizik dan hubungannya dengan pencapaian dalam kalangan pelajar pra universiti di sebuah kolej matrikulasi
Mohd Noor Badlilshah Abdul Kadir
Kajian ini bertujuan menganalisis sikap pelajar terhadap pembelajaran Fizik dan hubungannya dengan pencapaian. Kajian juga menentukan perbezaan sikap terhadap pembelajaran dan pencapaian Fizik mengikut jantina. Tiga dimensi sikap yang dikaji ialah minat dalam metakognisi, pembelajaran Fizik dan aplikasi Fizik. Rekabentuk penyelidikan kuantitatif dengan kaedah tinjauan dipilih bagi menjawab soalan kajian dan menguji hipotesis. Responden adalah seluruh pelajar aliran sains Kolej Matrikulasi Selangor seramai lima ratus sepuluh orang yang mengambil Fizik. Daripada jumlah tersebut sebanyak tiga ratus soal selidik berjaya dikutip semula. Soal selidik Sikap Terhadap Pembelajaran Fizik (STPF) yang mengandungi enam belas item telah digunakan sebagai alat ukur sikap terhadap pembelajaran Fizik. Statistik deskriptif digunakan bagi melihat min, kekerapan dan peratusan manakala statistik inferensi menggunakan ujian korelasi separa Pearson-r, ujian regresi, dan ujian-t sampel bebas digunakan bagi me.....

1624 hits

81832015
thesis
Hak penentuan kendiri Orang Asal di bawah undang undang antarabangsa : kajian kes Orang Asli
Muhamad Sayuti Hassan@Yahya
Hak orang asa1 te1ah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa khususnya hak penentuan kendiri melalui penerimaan Deklarasi Hak Orang Asal (DHOA) 2007 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Meskipun begitu, kedudukan Orang Asli iaitu orang asal di Semenanjung Malaysia adalah masih tertindas, terpinggir sebagai masyarakat marginal dan didominasi oleh masyarakat majoriti. Hal sedemikian berlaku kerana hak penentuan kendiri Orang Asli tidak diberi pengiktirafan selari dengan peruntukan undang-undang antarabangsa. Dengan menggunakan piawaian undang-undang antarabangsa, kajian ini menetapkan empat objektifuntuk dicapai. Pertamanya, kajian ini meninjau konsep hak penentuan kendiri orang asal di bawah undang-undang antarabangsa. Kedua, kajian menilai sejauh manakah undang-undang di Malaysia mengiktiraf hak penentuan kendiri Orang Asli dari segi teori dan amalan. Ketiga, kajian ini menganalisis perlindungan hak penentuan kendiri Orang Asli secara perbandingan den.....

944 hits

81842015
article
Kebijaksanaan emosi dan pencapaian akademik pelajar Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Zaba Universiti Pendidikan Sultan Idris
Syed Salim Syed Sofian, Mohd Adnan Nor Haslin,
1270 hits

81852016
thesis
Penguasaan domain kognitif aras tinggi dalam Matematik TIMSS murid tahun empat dan korelasinya dengan perlakuan metakognitif
Rossalmi Mohd Nawi
Kajian kuantitatif berbentuk analisis deskriptif dan inferensi ini adalah untuk melihat tahap penguasaan domain kognitif aras tinggi dalam matematik TIMSS murid tahun empat dan korelasinya dengan perlakuan metakognitif. Sampel terdiri daripada 125 orang murid tahun empat dari empat buah sekolah FELDA, di daerah Raub, Pahang. Dua instmmen digunakan iaitu yang pertama ialah Set Soalan Domain Kognitif Aras Tinggi Matematik TIMSS, mengandungi 40 item domain kognitif mengaplikasi dan menaakul, daripada sumber pentaksiran antarabangsa Matematik TIMSS 2011. Instrumen kedua ialah 20 item Soal Selidik Metakognitif yang dirujuk daripada Reliability And Validity Of A State Metacognitive Inventory. Data di analisis untuk mencari nilai peratus, min, ujian-t dan ujian korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan domain kognitif aras tinggi matematik TIMSS dalam kalangan murid tahun empat adalah pada tahap lulus (35.20%), diikuti dengan tahap sederhana (32.80%), lemah (26.40%) dan ce.....

1548 hits

81862016
thesis
Pengujian kebolehgunaan kit pembelajaran visualisasi terhadap pemahaman konsep asas komunikasi tanpa wayar dalam kalangan pelajar novis
Sumiati Suparmin
Kajian ini bertujuan untuk menguji kebolehgunaan pembangunan kit pembelajaran visualisasi terhadap pemahaman konsep asas komunikasi tanpa wayar dalam kalangan pelajar novis. Terdapat pelajar yang menghadapi masalah dalam memahami konsep asas sesuatu pelajaran yang diajarkan secara maya dan bergantung secara teori sahaja. Sebuah kit pembelajaran visualisasi telah dibangunkan sebagai alat dan bahan bantu mengajar (ABBM) yang dinamakan sebagai VizWSN. Penggunaan alat dan bahan mengajar banyak memberikan sumbangan dalam meningkatkan pemahaman pelajar serta kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pengajar dan pendidik. Dua aspek penting yang diterapkan dalam kit tersebut ialah pengetahuan konseptual iaitu pengetahuan teori dan pengetahuan melalui pengalaman secara visualisasi iaitu praktikal. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah eksperimen sahaja manakala model pembangunan yang digunakan dalam kajian ini adalah Model ADDIE. Kajian terhadap kesan penggunaan kit ini telah meli.....

1277 hits

81872016
thesis
Pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof dalam pengislaman masyarakat non-muslim di pedalaman Pensiangan, Sabah
Abd Hadi Borham
Mohd Fadli Yusof merupakan seorang pendakwah bebas yang berasal daripada negeri Perak Darul Ridzuan. Beliau telah menjalankan usaha dakwah kepada masyarakat non-muslim di pedalaman Pensiangan, Sabah sejak tahun 2011. Dalam tempoh dua tahun beliau telah berjaya mengislamkan 269 orang non-muslim yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti petani, pemburu, paderi, pastor gereja, pelajar dan lain-lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof, faktor-faktor tarikan kepada pendekatan dakwah dan masalah kepada pendekatan dakwah beliau dalam pengislaman masyarakat non-muslim di pedalaman Pensiangan, Sabah. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara perpustakaan dan lapangan. Data kajian secara lapangan dikutip dengan menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta dan menemu bual informan yang telah dipilih secara bertujuan (purposive sampling) di Kampung Padang, mukim Sepulut, Pensiangan, Sabah. Hasil kajian menunjukkan terdapat.....

2897 hits

81882015
thesis
Ghamuhyi
Kamarulzaman Mohamed Karim
Paradigma penciptaan karya ini terdiri dari lima dasar keyakinan. Pertama, kevakuman musik Ghazal Melayu Johor (GMJ) kini diibaratkan seperti sebuah pohon yang ditutupi oleh semak belukar. Oleh karena itu, diperlukan daya yang menghidupkan 'pohon' GMJ supaya dapat menghasilkan buah-buah yang manis dan juga memangkas semak belukar langgam supaya pohon GMJ tidak tertutup lagi, Kedua, cinta adalah . esensi dan kekuatan dari GMJ dan Al-Muhyi adalah sebuah kesadaran penting untuk disebarkan. Oleh karena itu, tidak salah apabila penciptaan musik dengan maksud mengekspresikan makna-makna cinta terhadap sifat Al-Muhyi memanfaatkan GMJ sebagai sarana ekspresi. Ketiga, kekuatan musik dalam menyampaikan pesan-pesan bersifat numerik mengilhamkan pengkarya untuk mengungkapkan pesan-pesan numerik dari Al-Qur'an ke dalam karya musik. Keempat, dikotomi tentang musik absolut dan musik program bukanlah dikotomi yang membedakan kualitas musikal. Maka, tidak salah jika pengkarya menyatakan bahwa dalam ide.....

1002 hits

81892016
thesis
Penilaian agihan zakat terhadap Asnaf Al-Riqāb dan Ibn Al-Sabīl di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
Halim Ismail
Kajian ini dijalankan bagi menghuraikan kedudukan asnaf al-Riq?b dan Ibn al-Sab?l sebagai asnaf zakat menurut perbahasan ulama, menganalisis pengurusan agihan zakat di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan menilai pelaksanaan agihan zakat terhadap asnaf al-Riq?b dan Ibn al-Sab?l di insitusi ini dengan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Pengumpulan data dilakukan melalui kajian perpustakaan, temu bual dan dokumentasi. Data dianalisis menggunakan metod deduktif, induktif dan perbandingan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa agihan zakat terhadap asnaf al- Riq?b perlu dilaksanakan pada masa kini bagi mengeluarkan umat Islam yang terbelenggu dengan pelbagai bentuk perhambaan di samping dapat menyelesaikan isu-isu semasa berkaitan asnaf Ibn al-Sab?l. Kajian juga menunjukkan bahawa MUIP telah diuruskan dengan cekap dan telus bagi memastikan institusi ini sentiasa mendapat kepercayaan masyarakat. MUIP juga telah melaksanakan agihan zakat terhadap asnaf al- Riq?b da.....

695 hits

81902016
thesis
Relationship between service quality dimensions and parents satisfaction in KEMAS preschool
Lily Muliana Mustafa
This research aimed to identify the relationship between six dimensions of service quality with the parents' satisfaction in Community Development Department (KEMAS) preschool in Tanjong Malim district. The population of this study was the parents who send their children to the ten selected ofKEMAS preschools. 125 parents as the respondent to answer the questionnaires regarding the service quality provided. The research design chosen SERVQUAL instrument and added one new dimension; Islamic values. All these six dimensions; tangibility, reliability, responsiveness, assurance, empathy and Islamic values being analysed to identify the level of service quality in KEMAS preschool and the relationship towards the customer satisfaction. Correlation analysis found that all dimensions except Islamic values have significant relationship with the overall service quality. The multiple regression analysis found only responsiveness and Islamic values have significant impact towards the overall servi.....

1099 hits

[ First ] [ Prev ] Page 819 of 977 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.