UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
Today's popular searches: | ||||
PENDIDIKAN | pembangunan | matematik | Komunikasi | |
Perpustakaan Tuanku Bainun | Kurikulum | addie | ismail man | PENDIDIKAN ISLAM |
|
Latest addition to the database : |
8171 | 2016 thesis | Perkembangan kord dalam improvisasi gitar Chamil Arkhasa Nikko Mazlan Alam semesta ini dicipta dengan kepelbagaian, begitu juga dengan kord, mempunyai warna ton yang berbeza-beza. Selain daripada digunakan sebagai iringan, kord juga boleh diaplikasikan dalam improvisasi gitar. Penyelidikan ini secara khususnya tertumpu pada bagaimana kord dikembangkan dan pengaplikasian kord dalam teknik improvisasi gitar. Menggunakan kaedah analisis harmonik untuk menjelaskan hubungkait chord tones dari kord yang dikembangkan dengan kord yang dikembangkan. Perkembangan kord dilakukan pada tiga jenis kord, major7, minor7 dan dominant7. Setelah di analisis, penyelidik mendapati bahawa perkembangan kord yang digunakan berhubungkait dari tiga jenis modes; Lydian, Lydian b7 dan Dorian. Kajian ini bukanlah sesuatu yang barn, namun ia kurang digunakan dalam improvisasi gitar dan kurang dijelaskan secara eksplisit hubungkait not dalam kord yang dikembangkan. Tiga buah repertoire dipilih dan kord major7, minor7 dan dominant7 yang ada dalam repertoire tersebut akan dikembangkan d..... 627 hits |
8172 | 2016 thesis | Ketidakhadiran ibu bapa dan kesannya ke atas kesejahteraan sosial dan emosi seorang kanak-kanak lima tahun Rozinah Junaidi Kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan ketidakhadiran ibu bapa terhadap kesejahteraan sosial dan emosi seorang kanak-kanak yang dibesarkan di rumah kanak-kanak. Kajian ini juga mengenalpasti tahap perapatan yang wujud di antara seorang kanak-kanak dan pengasuhnya serta kemampuan pengasuh untuk memainkan peranan menyokong pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak yang sihat. Data diperolehi melalui temu bual dan pemerhatian dengan menggunakan senarai semak dan rakaman video. Kajian ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun yang tinggal di rumah kanak-kanak sejak berumur setahun. Dapatan menunjukkan bahawa kanak-kanak ini mengalami kekurangan dari segi membina hubungan positif dengan orang dewasa dan kanak-kanak lain. Perapatan di antara kanak-kanak dengan pengasuh dan sebaliknya, pengasuh dengan kanak-kanak, adalah rendah. Pengasuh juga didapati tidak mampu memainkan peranan untuk menyokong pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak dengan cara yang sihat. Ke..... 986 hits |
8173 | 2016 thesis | Kesan program latihan multilateral terhadap tahap kecergasan dan parameter acara pecut atlet sekolah negeri Kedah Revinthran Marimuthu Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kesan tiga bentuk program latihan olahraga yang berbeza iaitu Program Latihan Multilateral (PLM), Program Latihan Spesifik (PLS) dan Latihan Olahraga Bermusim (LOB) terhadap komponen kecergasan fizikal dan parameter acara pecut terhadap atlet sekolah menengah di negeri Kedah. Kajian kuasieksperimental ini dijalankan selama 13 minggu dan kesan ketiga-tiga program latihan diuji dalam praujian dan pascaujian 1 dan seterusnya diuji kekekalan program latihan pada pascaujian 2. Subjek seramai 66 (13-14 tahun) dipilih secara rawak dan diagihkan secara seimbang n=22 kepada kumpulan PLM, kumpulan PLS dan kumpulan LOB (kawalan). Kesan ketiga-tiga program latihan dinilai berdasarkan prestasi komponen daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kelenturan, ketangkasan, kepantasan, koordinasi dan parameter pecut iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. ANOVA sehala dan post-hoc (Tukey) serta ANOVA ukuran berulang sehala digunakan untuk menges an perbezaa..... 727 hits |
8174 | 2016 thesis | Hubungan antara pembelajaran berorganisasi dengan tingkah laku kerja inovatif dalam kalangan guru sekolah rendah baiah Ngann Sook Wei This study is aimed to identify the relationship between organizational learning and innovative work behavior among BAI’AH primary school teachers. The objective is to identify the level of organizational learning dimension and the level of teachers’ innovative work behavior. The methodology of this research is based on quantitative with exploratory design where a set of questionnaire consisting of three sections has been distributed and collectedfrom 160 respondents. The questionnaires were based on the Organizational Learning and Teachers’ Innovative Work Behavior indicators that have been modified and used in several studies. The data was collected and analyzed by using descriptive and inferential statistic. The findings showed that, there was a high significant relationship between organizational learning and innovative work behavior. Meanwhile, the findings also showed there are relationship between the three dimensions of organizational learning and teachers’ Innovative w..... 657 hits |
8175 | 2016 thesis | Biomass production of local microalgae isolates in nitrified landfill leachate Norazela Nordin This study aims to examine phycoremediation and biomass production of local microalgae isolates cultivated in high nitrate concentration of nitrified landfill leachate (NLL). The microalgae samples were collected from landfill leachate treatment plant and were isolated as potential species that are able to grow in high nitrate concentration. The isolates were identified using APHA's Key for Identification of Freshwater Algae and 16S rRNAl18S rDNA molecular techniques. Maximum microalgae growth, nitrate removal performance, and biomass productivity were determined at NLL concentration of 10 30% v/v. Biomass produced was further characterized for carbohydrate, lipid, and protein composition. The findings indicated that three species of local microalgae were successfully isolated namely; Chlorella sp., Scenedesmus sp. and Oscillatoria sp. with highest specific growth rate (11) of 0.62 day" (15% NLL), 0.71 day" (10% NLL), and 0.94 day" (10% NLL), respectively. Nitrate was removed by all mi..... 569 hits |
8176 | 2016 thesis | Tahap kefahaman guru kolej vokasional terhadap elemen kurikulum standard kolej vokasional Abdul Halim Abdul Hamid Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman guru Kolej Vokasional terhadap elemen-elemen Kurikulum Standard Kolej Vokasional. Membuat tinjauan melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 307 orang guru yang mengajar aliran vokasional daripada 15 Kolej Vokasional rintis di Malaysia yang dipilih secara persampelan bertujuan. Statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian ini ialah peratus dan min (tahap kefahaman guru terhadap elemen kurikulum dalam kurikulum KSKV) manakala bagi statistik inferensi, ujian yang digunakan ialah ujian t, untuk mencari perbezaan kefahaman KSKV berdasarkan tahap kelulusan pendidikan dan sijil kemahiran, ujian ANOVA pula digunakan untuk mencari perbezaaan kefahaman KSKV antara guru berdasarkan pengalaman mengajar dan tempoh kursus yang dihadiri. Hasil analisis kajian mendapati tahap kefahaman guru aliran vokasional terhadap elemen KSKV berada pada tahap rendah iaitu, terdapat perbezaan yang signifikan antara guru lepasan diploma dengan gur..... 1758 hits |
8177 | 2016 thesis | Kesan penggunaan kartun melalui persekitaran pembelajaran maya terhadap prestasi, motivasi dan interaksi sosial dalam kalangan pelajar ekonomi asas Muhamad Aizat Md Nasir Kajian ini bertujuan mengenal pasti penggunaan kartun melalui kaedah pengajaran Frog VLE berunsurkan kartun dan kesannya kepada prestasi, motivasi dan interaksi sosial pelajar Ekonomi Asas Tingkatan Empat. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan dua kaedah pengajaran yang berbeza iaitu kaedah pembelajaran Frog VLE (Virtual Learning Environment, Persekitaran Pembelajaran Maya) berunsurkan kartun yang diterapkan kepada kumpulan rawatan dan kaedah konvensional yang diaplikasikan kepada kumpulan kawalan. Prestasi pelajar diukur melalui ujian pra dan ujian pasca manakala data bagi motivasi dan interaksi sosial pelajar dikumpulkan melalui borang soal selidik. Seramai 63 orang pelajar tingkatan empat terlibat sebagai sampel dan mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 33 orang dalam kumpulan rawatan dan 30 orang dalam kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Frog VLE berunsurkan kartun memberi kesan positif kepada prestasi, motivas..... 779 hits |
8178 | 2016 thesis | Keberkesanan pembelajaran kooperatif model STAD terhadap pencapaian tajuk pepejal geometri dan motivasi murid berpencapaian sederhana Jaya Mala Kupusamy Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan kaedah pembelajaran kooperatif model STAD (Students Team Achievement Division) berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional terhadap pencapaian matematik dan motivasi pembelajaran. Kaedah eksperimen kuasi digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian seramai 61 orang murid tingkatan dua berpencapaian sederhana dari sebuah sekolah menengah kebangsaan luar bandar di negeri Perak. Dalam kajian ini, kumpulan rawatan terdiri daripada 30 orang murid. Manakala kumpulan kawalan terdiri daripada 31 orang murid. Pemboleh ubah tidak bersandar dalam kajian ini adalah kaedah pembelajaran kooperatif model STAD manakala pencapaian matematik dan motivasi pembelajaran adalah pemboleh ubah bersandar. Instrumen kajian adalah ujian pra-pasca dan soal selidik motivasi pembelajaran pra-pasca. Data dianalisis menggunakan ujian-t sampel tidak bersandar, ujian-t sampel berpasangan, dan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang sig..... 979 hits |
8179 | 2016 thesis | Kesan penggunaan modul pengintegrasian geogebra topik trigonometri terhadap pencapaian dan motivasi bagi murid berpencapaian rendah Muhamad Hafizhuddin Abdul Kajian ini bertujuan membina Modul Pengintegrasian GeoGebra topik Trigonometri II .serta menilai kesan penggunaannya dari segi pencapaian dan motivasi bagi murid berpencapaian rendah. Kaedah gabungan eksplanatori dan kuasi-eksperimen digunakan bagi menjawab soalan kajian. Seramai 47 orang murid dari sebuah sekolah menengah di Muar, Johor terlibat di dalam kajian ini. Analisis data kuantitatif adalah statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian-t dan ujian ANCOVA digunakan di dalam kaj ian ini. Analisis kualitatif melibatkan data dari temu bual. Hasil dapatan data mendapati min markah murid kumpulan rawatan mengatasi min markah murid kumpulan kawalan secara signifikan. Melalui analisis soal selidik dan temu bual, murid kumpulan rawatan mempunyai tahap motivasi yang tinggi terhadap Modul Pengintegrasian GeoGebra. Kesimpulannya, murid yang menjalani PdP Modul Pengintegrasian GeoGebra menunjukkan pencapaian yang lebih balk berbanding murid kumpulan tradisional serta mempunyai t..... 3613 hits |
8180 | 2016 thesis | The effectiveness of animated transition in Quranic Braille courseware design Nurul Auji Hasbullah This research aimed to evaluate the courseware effectiveness of animated transition and users satisfaction in using developed Qur’anic Braille courseware (QBC) prototypes namely QBC(animation) and QBC(graphic). The courseware was developed by using ADDIE model. The mixed-method aproach were used to explore participants views and background with the intention of using this information to develop and test the instrument with a sample from a population. Qualitative methodology was conducted to identify the Islamic education teachers’ background in the aspect of Qur’anic Braille knowledge and identifying users’ satisfaction regarding the design and development of the courseware whilst quantitative method was used to evaluate the courseware effectiveness. Five in-service teachers were interviewed and the total of 26 pre-service teachers were randomly selected as the samples in the true experimental study of pre-test and post-test. The total of 26 pre-service teachers were selected b..... 875 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 818 of 977 | [ Next ] [ Last ] |