UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
PENDIDIKAN pembangunan matematik Komunikasi
Perpustakaan Tuanku Bainun Kurikulum addie ismail man PENDIDIKAN ISLAM

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
81612016
thesis
Impak kilang simen terhadap penghasilan PM10 di Rawang, Selangor Darul Ehsan
Mohamad Ihsan Muhamad Ismail
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pola taburan dan menentukan sejauh mana jarak dan parameter cuaca (suhu, halaju angin dan kelembapan) mempengaruhi serakan partikel terampai (PM10) di sekitar kilang simen Rawang; mengukur paras kosentrasi partikel ampaian secara mendatar; dan menilai pola partikel ampaian dan kaitannya dengan parameter cuaca tersebut. Data primer kajian diperoleh daripada kajian lapangan melalui pencerapan PM10, PM2.5, suhu, kelembapan, dan kelajuan angin di Rawang (kawasan kajian) dan Batang Kali (kawasan kawalan). Terdapat 11 lokasi pencerapan setiap satu di kawasan kajian dan kawasan kawalan. Analisis kajian menggunakan statistic deskriptif, ujian Kolerasi Spearman r, Regresi non-linear dan Regresi Pelbagai Stepwise. Hasil kajian mendapati jarak sangat mempengaruhi serakan partikel. Pola serakan partikel terampai di Rawang mempunyai hubungan yang berbeza-beza dengan parameter, iaitu hubungan sangat kuat antara jarak, dan dengan suhu, hubungan kuat deng.....

1016 hits

81622014
thesis
Hubungan fungsi pengurusan dengan kejayaan koperasi sekolah
Veer Singh, Gurcharanjit Singh
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara fungsi pengurusan dengan kejayaan koperasi sekolah. Reka bentuk kajian merupakan kajian berbentuk kuantitatif di mana data dikumpul menggunakan soal selidik. Sampel kajian adalah terdiri daripada 120 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) di sepuluh buah sekolah menengah yang terpilih di Perak. Analisis data menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens. Hasil kajian menunjukkan bahawa empat fungsi pengurusan dalam koperasi sekolah berada pada tahap yang tinggi. Ujian korelasi menunjukkan bahawa fungsi pengawalan dan fungsi kepimpinan mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan kejayaan koperasi sekolah, manakala fungsi pengorganisasian dan fungsi perancangan menunjukkan hubungan yang lemah tetapi signifikan. Pendedahan tentang fungsi pengurusan dalam koperasi sekolah kepada Ahli Lembaga Koperasi melalui aktiviti-aktiviti yang sesuai boleh membantu meningkatkan prestasi koperasi sekolah pada masa akan datang...

563 hits

81632009
thesis
English morpheme acquisition order of Malay secondary school students
Abdul Halim Ibrahim
The objective of the study was to investigate the order of English morpheme acquisition (EMAO) by 600 early adolescent Malay secondary students (MSS) aged 13 years (Form 1), 14 years (Form 2) and 16 years old (Form 4) who were learning English in two different settings: urban or English as second language (ESL) and rural or English as a foreign language (EFL). This was a cross-sectional study adopting a quantitative research method in gathering the data. Two method of written elicitation techniques (translation and compositions) were used to obtain responses from the subjects and two scoring methods (target-like-use and suppliance in obligatory context) were used to measure the morphemes supplied. The quantitative findings show that (1) the EMAO-MSS of different age groups in the same setting is similar, (2) the EMAO-MSS is similar to the order of English morpheme acquisition (EMAO) of Makino’s (1979) subjects (3) the EMAO-MSS in the urban setting is not similar to the EMAO-MSS in th.....

1306 hits

81642016
thesis
Citra dan status dalam novel-novel terpilih M. Ramaiah
Magaswari Eliyarni Subramaniam
Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis citra wanita, kedudukan citra wanita dan menganalisis citra perjuangan watak wanita dalam tujuh buah novel terpilih M.Ramaiah. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kaedah kepustakaan. Jenis citra wanita dikenal pasti mengikut teori A. Wahab Ali dan Ungku Maimunah Mohd Tahir. Kedudukan dan perjuangan wanita dikenal pasti mengikut teori femenisme Naomi Wolf. Kajian berasaskan A. Wahab Ali, mendapati 20 peratus watak wanita moden, 32.73 peratus watak wanita transisi dan 47.27 peratus watak wanita tradisi. Disambing itu, kajian berasaskan Ungku Maimunah Mohd Tahir menunjukkan 47.27 peratus watak wanita positif, 18.18 peratus watak wanita negatif, 23.64 peratus wanita tragis dan 10.91 peratus watak wanita tidak jelas dalam novelnovel tersebut. Dapatan kedua menunjukkan bahawa 8 peratus wanita adalah mangsa feminisme, 58 peratus wanita adalah feminis yang berkuasa, 30 peratus wanita adalah mempunyai kedua-dua ciri tersebut dan 4 peratus ti.....

1662 hits

81652016
thesis
Analysis of toxic cyanobacterial abundance in selected aquaculture systems and its effect on Oreochromis spp
Ann Sinden
This study aims to analyse the abundance of toxic cyanobacterial in selected aquaculture systems and its effect on Oreochromis spp. In this study, a total of forty freshwater fish aquaculture ponds were sampled from ten different locations in Perak, Malaysia. To analyse the effects of naturally-occurring microcystins concentration in Perak aquaculture environments on fish, Oreochromis spp. fingerlings were cultured in water treated with cyanobacterial extracts in the laboratory. Study results revealed that the most commonly found cyanobacterial taxa in Perak aquaculture systems was Microcystis spp. During the sampling periods, the majority of the sampled ponds water were under cyanobacterial bloom and contained unsafe concentration of microcystins exceeding 20 μg/L. A combination of temperature and pH was correlated to the proliferation of cyanobacteria and its toxicity in the selected aquaculture ponds. Microcystins accumulated in fish tissues were dependent on the concentration of m.....

560 hits

81662016
thesis
Analisis drama Mana Sikana dari perspektif teori New Historisisme
Samin Rabani
Kajian ini dijalankan untuk menganalisis tiga buah drama beraliran metasejarah yang terkandung dalam buku kumpulan drama Pasir-pasir di Pasir Salak karya Mana Sikana (2011) iaitu “Di Hujung Taming Sari”, “Pasir-pasir di Pasir Salak” dan “Air Mata Naning”. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri metasejarah dalam drama tersebut; menganalisis nilai-nilai sejarah yang terkandung dalam drama berkenaan dan menilai sumbangan drama aliran tersebut kepada masyarakat. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan teks bersandarkan prinsip-prinsip teori New Historisisme. Hasil kajian mendapati bahawa ketiga-tiga drama kajian adalah dihasilkan berlatarbelakangkan peristiwa sejarah silam yang berlaku di negara ini, mempunyai lima ciri iaitu peristiwa tidak mengikut kronologi sejarah; terdapat pelanggaran fakta sejarah; penggunaan watak rekaan di samping watak sebenar; penampilan watak tidak mengikut sistem tekstual sejarah; dan terdapat selingan .....

755 hits

81672016
thesis
Amalan terbaik pengajaran guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Daerah Larut Matang dan Selama Perak
Nor Hadibah Hushaini
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pelaksanaan Amalan Terbaik Pengajaran (ATP) berpusatkan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dalam kalangan guru di daerah Larut, Matang dan Selama. Kajian ini dijalankan berasaskan prinsip amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran bahasa oleh Zemelman dan rakanrakan. Kajian juga meninjau hubungan antara lokasi sekolah dan pengalaman guru dengan tahap pelaksanaan ATP. Kaedah kajian kuantitatif digunakan bagi mendapatkan data deskriptif dan inferensi. Ujian statistik deskriptif dan statistik inferensi, iaitu ujian kolerasi digunakan bagi menjawab soalan dan hipotesis kajian. Bagi mendapatkan data, borang soal selidik digunakan. Soal selidik dijalankan kepada 80 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Larut, Matang dan Selama. Sampel dipilih secara rawak berstrata berkadar. Dapatan kajian menunjukkan ATP yang diamalkan guru-guru di daerah Larut, Matang dan Selama berada pada tahap tafsiran min yang tinggi. Dapatan .....

724 hits

81682014
thesis
Alkaloids isolated from the bark of Alseodaphne Peduncularis (Wall.Ex Nees) MEISN and the roots of Alseodaphne Corneri Kosterm
Siti Nor Fadzilah Mohamad
The objectives of this study are to extract and isolate the alkaloids from two species of Alseodaphne; Alseodaphne peduncularis (Wall. ex Nees) Meisn from Kluang- Mersing, Johor and Alseodaphne corneri Kosterm from University Malaya, Kuala Lumpur. The extraction process of the plant material started by cold percolation process using hexane to remove non-polar organic compounds, waxes and fats. The plant material then re-extracted by dichloromethane using soxhlet extractor followed by acid-base extraction to get the alkaloid crude extract. The isolation and purification of alkaloids from the crude extract were done by using various chromatographic techniques including column chromatography and preparative thin layer chromatography. The elucidation of the isolated alkaloids were determine by using various spectroscopic methods such as 1D NMR (1H, 13C and DEPT) and 2D NMR (COSY, HMQC and HMBC), ultraviolet (UV), infrared (IR) and mass spectrometry (MS). The structures were further confirm.....

844 hits

81692016
thesis
Penerapan nilai oleh guru dalam pengajaran Matematik di Sekolah Menengah Pertama Palembang
Nyimas Aisyah
Kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis penerapan nilai oleh guru dalam pengajaran matematik di Sekolah Menengah Pertama (SMP) bandar Palembang, Indonesia. Kaedah persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini yang melibatkan seramai tiga orang guru SMP di bandar Palembang. Proses pemerhatian pengajaran dilakukan sebanyak tiga kali terhadap setiap peserta. Pengumpulan data dibuat secara individu melalui temu bual pra pengajaran, pemerhatian pengajaran bilik darjah, temu bual pasca pengajaran, temu bual akhir kerja lapangan, nota lapangan dan dokumen pengajaran. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisi isi kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta kajian dikesan membuat rancangan penerapan nilai dalam ketiga-tiga pengajaran di bilik darjah, walaupun perancangan ini cenderung dibuat secara tersirat. Nilai-nilai yang dirancang ini diterapkan oleh peserta sama ada secara sedar atau tidak sedar. Dua nilai yang dirancang dan diterapkan secara sedar oleh.....

755 hits

81702016
thesis
Elemen kemahiran abad ke-21 dan indikator kreativiti kanak-kanak dalam proses reka bentuk permainan penceritaan digital
Laili Farhana Md Ibharim
Kajian ini bertujuan menganalisis indikator kreativiti dan elemen kemahiran abad ke-21 dalam proses reka bentuk permainan penceritaan digital menggunakan peranti Teknologi Kapasitif Sentuhan dalam persekitaran bilik darjah terhadap kanak-kanak. Melalui indikator kreativiti, kajian memberi fokus kepada aspek keaslian, keluwesan, kelancaran dan kejelasan semasa proses reka bentuk permainan penceritaan digital. Tiga elemen kemahiran abad ke-21 yang difokuskan dalam kajian ini adalah kemahiran pembelajaran dan inovasi; kemahiran maklumat, media dan teknologi; serta kemahiran hidup dan kerjaya. Kaedah gabungan berpandukan model reka bentuk kajian bertumpu selari telah digunakan bagi memperolehi dapatan yang lebih mendalam dan menyeluruh. Data dikumpulkan melalui senarai semak pemerhatian, senarai semak temu bual dan penilaian portfolio. Kajian dijalankan di sebuah sekolah di daerah Kuala Kangsar yang melibatkan 20 orang murid Tahun 4. Data kualitatif dianalisis menggunakan kaedah triangulas.....

1219 hits

[ First ] [ Prev ] Page 817 of 977 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.