UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
83712017
Thesis
Penghasilan Tubau menerusi amalan pembelajaran kendiri dalam kalangan penenun suku kaum Iranun di Kota Belud, Sabah
Zalia Abdullah@Wahab
Kajian ini bertujuan untuk menyelidik kaedah pembelajaran kendiri  yang diamalkan secara   tradisional  oleh  penenun  Tubau  suku  kaum  Iranun  dalam  mereka  corak  dan menghasilkan   Tubau  dengan  pelbagai  motif  dan  corak.  Kajian  ini  mengaplikasi pendekatan  kajian  kes   dengan  menggunakan  kaedah  pemerhatian  dan  temubual.  10 peserta   kajian   terlibat   dalam    mendapatkan   maklumat   kajian.   Dapatan   kajian menunjukkan    tiga    aspek    yang    signifikan    dalam    pembelajaran    kendiri    iaitu pemantauan kendiri,   pengurusan kendiri  dan motivasi, yang merupakan satu amalan dan kaedah   pembelajaran sepanjang hayat. Sebanyak 177  motif flora, 65 fauna, 55 geometri,  tiga  kosmos,  29  alam  benda,  dua  makanan  dan  25   kaligrafi  telah  berjaya dikenalpasti  dan  dikelompokkan  secara  sistematik  berdasarkan   ciri-ciri  semula  jadi motif  terseb.....

1397 hits

83722018
Thesis
Pembinaan dan penilaian modul pengajaran dan pembelajaran Matematik berasaskan model pengajaran dan pembelajaran kontektual
Maifalinda Fatra
Kajian  ini  bertujuan  membina  dan  menilai  modul  pengajaran  dan  pembelajaran matematik   berasaskan    model  pengajaran  dan  pembelajaran  kontektual  (PPMK). Kajian ini juga menguji  keberkesanan modul PPMK terhadap pemikiran kreatif dan keterampilan    sosial    pelajar    serta     menguji    pengaruh    pemikiran    kreatif    dan keterampilan sosial terhadap prestasi  pembelajaran pelajar.  Kajian ini menggunakan dua     kaedah,     iaitu     penyelidikan      pembangunan     dengan     langkah-langkah pembinaan  modul  yang  diubahsuai  daripada  model   Plomp  yang  melibatkan  (i) penyiasatan  awal;  (ii)  reka  bentuk  modul;  (iii)   realisasi/konstruksi;  (iv)    kesahan, kebolehpercayaan  serta  semakan;  dan  (v)  perlaksanaan   dan  penilaian.    Manakala penilaian   keberkesanan   modul   PPMK   menggunakan   kaedah    kuasi-eksperimen. Modul  PPMK  yang.....

1117 hits

83732019
Thesis
Pembinaan dan validasi rubrik pentaksiran kendiri kemahiran insaniah, E-Persona
Azliza Muhammad
Kajian ini bertujuan membina dan menentusahkan rubrik pentaksiran kendiri kemahiran insaniah,  e-persona.  Kajian ini mengadaptasi reka bentuk Design and Developmental Research (DDR) oleh Richey  dan Klein melibatkan empat fasa iaitu kajian keperluan, rekabentuk, pembinaan dan penilaian. Tiga  rubrik iaitu Rubrik Mendengar dengan Aktif dan   Memberi   Maklumbalas   (KOM2),   Mencari   Idea    dan   Mencari   Penyelesaian Alternatif  (BKMM3)  serta  Menganalisis  dan  Membuat  Keputusan   berkaitan  dengan Etika  (EM2)  telah  dibina.  Sampel  kajian  melibatkan  342  orang  pelajar   Kursus Pembangunan Sahsiah di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dipilih berdasarkan kaedah     pensampelan    rawak    berstrata    berkadaran.    Kesahan    konstruk    dan kebolehpercayaan  rubrik ditentukan menggunakan Model Pengukuran Rasch. Dapatan kajian menunjukkan bahawa rubrik yang  dibangunkan mempunyai kesahan konstruk yang .....

2110 hits

83742019
Thesis
Pelaksanaan program Bimbingan Tahfiz Bestari (PINTAR) sebagai medium tuisyen tahfiz separuh masa di negeri Pahang
Mohd Hasdi Mohamed
Kajian   ini   bertujuan   menilai   pelaksanaan   Program   Bimbingan   Tahfiz   Bestari (PINTAR) yang merupakan tuisyen tahfiz separuh masa di negeri Pahang. Kajian ini juga  mengkaji   Modul  LIQA  (Latihan  Intensif  Hafazan  Al-Quran)  yang  merupakan modul   utama   yang    digunakan   dalam   PINTAR   dalam   membantu   meningkatkan pencapaian hafazan pelajar. Pendekatan  kualitatif menerusi temubual telah digunakan sepenuhnya dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian  dijalankan secara persampelan bertujuan yang melibatkan 50 orang yang terdiri   daripada 5  pentadbir, 5 penyelaras, 10  guru  dan  30  pelajar.  Lima  buah  sekolah  telah  dipilih  yang   mewakili  kategori sekolah  menengah  kebangsaan  agama,  sekolah  agama  bantuan  kerajaan,   sekolah berasrama penuh, sekolah harian dan agensi kerajaan. Instrumen yang digunakan bagi kajian   ini  adalah  4  set  temubual  yang  memfokuskan.....

1807 hits

83752019
Thesis
Penggunaan platform VLE Frog dalam kalangan guru di sekolah rendah
Norliza Mohamed
Kajian ini bertujuan meninjau penggunaan platform persekitaran pembelajaran maya atau  Virtual  Learning  Enviroment  (VLE)  Frog  dalam  kalangan  guru  di  sekolah rendah.     Kajian  ini  mengukur  tahap  kegunaan,  pengetahuan,  minat  dan  kesediaan sumber  terhadap   penggunaan  platform  VLE  Frog  di  sekolah  rendah.    Pendekatan kuantitatif  berbentuk   tinjauan  digunakan  dalam  kajian  ini.    Kajian  melibatkan  260 orang  guru  Bahasa  Melayu  di   26  buah  sekolah  rendah  di  Shah  Alam,  Selangor. Dalam  kajian  ini,  instrumen  soal   selidik  dengan  empat  skala  likert  digunakan  bagi tujuan pengumpulan data.  Statistik  deskriptif digunakan  seperti min, sisihan piawai, kekerapan   dan   peratusan.   Pengujian   bagi    hipotesis   kajian   dilaksanakan   dengan menggunakan   korelasi   pearson.   Analisis    deskriptif   mendapati   tahap   kegunaan .....

1790 hits

83762019
Thesis
Kompetensi guru pendidikan awal kanak-kanak Taska dan Tadika
Nur Hafizaliyana Hassan
Kajian  ini  bertujuan  meneroka  ciri-ciri  guru  pendidikan  awal  kanak-kanak  (PAKK) yang kompeten berdasarkan perspektif pakar PAKK, pegawai kerajaan dan pengusaha TASKA dan TADIKA.  Kajian ini melibatkan 26 orang informan yang terdiri daripada tujuh  orang  pakar  PAKK,  tujuh   orang  pegawai  kerajaan  dan  12  orang  pengusaha TASKA  dan  TADIKA.  Temu  bual  separa   berstruktur  dijalankan  bagi  memperoleh data berkaitan ciri-ciri guru PAKK yang kompeten.  Analisis tematik yang dijalankan menghasilkan  empat  tema  utama   yang  menyokong  tinjauan   literatur   iaitu  ilmu pengetahuan,  kemahiran,  pengalaman  dan  sahsiah.  Dapatan  kajian   menunjukkan bahawa terdapat dua sumber ilmu pengetahuan guru PAKK, iaitu kelayakan akademik dan  program pembangunan profesional. Dari segi kemahiran, antara kemahiran yang perlu dimiliki oleh  guru PAKK yang kompeten ialah kemahiran pedagogi, kemahiran komunikasi,  kema.....

5468 hits

83772019
Thesis
Penglibatan ibu bapa dalam didikan kanak-kanak di Taska Kemas, Perak
Norjumira Abd Raof
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penglibatan ibu bapa dalam didikan kanak- kanak  di  TASKA  KEMAS,  Perak.  Objektif  kajian  ini  ialah  untuk  mengenal  pasti tahap   penglibatan  ibu  bapa  daripada  perspektif  ibu  bapa  dan  guru  serta  mengkaji kerjasama  ibu   bapa  di  TASKA  KEMAS.  Kajian  tinjauan  menggunakan  instrumen soal selidik dan kajian  kualitatif menggunakan temu bual. Sampel terdiri daripada 47 orang  ibu  bapa  dan  28  orang  guru   TASKA  KEMAS.  Data  kuantitatif  dianalisis menggunakan  statistik  deskriptif  seperti  min,   sisihan  piawai  dan  peratusan.  Data kualitatif  pula  dianalisis  secara  tematik  oleh   Boyatzis  (1998)  berdasarkan  transkrip temu bual. Dapatan kuantitatif menunjukkan penglibatan ibu  bapa daripada perspektif mereka  berada  pada  tahap  yang  sederhana  (min  =  3.234,  SP  =   0.757).  Daripada perspektif  guru pula, penglibat.....

1773 hits

83782019
Thesis
Penerimaan dan penggunaan Blended Learning dalam kalangan guru sekolah rendah
Farid Helmi Mohamad Noor
Kajian ini bertujuan menganalisis penerimaan dan penggunaan Blended Learning (BL) dalam kalangan guru sekolah rendah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes melibatkan  pentadbiran soal selidik. Populasi kajian terdiri daripada 549 orang guru yang mengajar di sekolah  rendah dalam Daerah Mersing, Johor. Sampel kajian terdiri daripada 217 orang guru dipilih  berdasarkan teknik pensampelan rawak. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan  inferensi seperti min, peratusan, sisihan piawai,  Ujian-t  Sampel  Bebas,  Analisis  Varians  Satu   Hala  (ANOVA),  Korelasi Pearson  r  dan  Regresi  Berganda.  Teori  Unified  Theory  of   Acceptance  and  Use  of Technology (UTAUT) yang telah diadaptasi digunakan sebagai kerangka  konseptual kajian  yang  mengandungi  elemen-elemen  seperti  Pengaruh  Sosial  (SI),  Jangkaan  Prestasi (PE), Jangkaan Usaha (EE), Keadaan Kemudahan (FC), Niat Tingkah Laku (BI) dan Penggunaan  Tin.....

2696 hits

83792020
Book
Pustaka menerajui masyarakat berilmu
Siti Sumaizan Ramli
syukur hanya kepada Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya, buku Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu ini dapat disiapkan. Sesungguhnya segala nikmat yang diberikan kepada kita seharusnya menyedarkan kita bahawa amanah yang kita pikul sebenarnya akan dapat dilaksanakan jika kita berusaha dan sabar melakukannya. Setiap hari kita melalui pelbagai peristiwa, setiap peristiwa memberi makna yang tersendiri. Semua itu adalah diary dan sebagai gedung ilmu di institusi pengajian, perpustakaan berusaha untuk merakam serta menyimpan segala aktiviti dan peristiwa yang berlaku, kelak ia menjadi rujukan dan kenangan masa silam. Perpustakaan Tuanku Bainun tidak ketinggalan turut bersama menyokong program Malaysia Membaca dengan pengisian pelbagai kempen dan aktiviti berkaitan buku antaranya ialah wacana buku, bicara karya, diskusi karya, forum, kafe ilmu dan pelbagai istilah lagi digunakan. Program-program seperti ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan minat membaca dengan mengadakan pelbagai aktiv.....

1072 hits

83802019
Thesis
Personaliti lima utama dan tekad keusahawanan dalam kalangan pelajar pra universiti di sekolah sukan Malaysia
Nik Adlina Nik Abdul Adel
Kajian   ini   dijalankan   untuk   mengenal   pasti   personaliti   lima   utama   dan   tekad keusahawanan  pelajar  pra  universiti  di  Sekolah  Sukan  Malaysia.  Model  Personaliti Lima  Utama dan Teori Tingkah Laku Terancang digunakan dalam kajian ini. Pengkaji mengaplikasikan    pendekatan   kuantitatif   menggunakan   kaedah   tinjauan.   Pemilihan sampel   dibuat    berdasarkan   pensampelan   rawak   mudah   mengikut   pembahagian berkadaran  dengan  menggunakan   soal  selidik.  127  responden  yang  terdiri  daripada pelajar  pra  universiti  di  Sekolah   Sukan  Bukit  Jalil,  Sekolah  Sukan  Tengku  Mahkota Ismail  dan  Sekolah  Sukan  Malaysia  Pahang   dipilih  sebagai  sampel  kajian.  Analisis deskriptif  dan  inferensi  iaitu  analisis  ujian-t,   analisis  korelasi  serta  analisis  regresi berganda  digunakan  untuk  menganalisis  data.  Nilai   min .....

2131 hits

[ First ] [ Prev ] Page 838 of 1165 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.